kertas kerja teng-teng

Upload: muhammad-syazwan

Post on 03-Apr-2018

440 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    1/9

    1

    1.0 PENGENALAN

    Menurut Nani Menon (2008), permainan tradisional adalah sejenis permainan

    warisan nenek moyang. Ia adalah salah satu aktiviti bermain yang dicipta oleh nenek

    moyang kita yang dimainkan di seluruh rantau negeri Tanah Melayu suatu ketika

    dahulu. Sesetengah permainan ini dimainkan di negara lain. Walau bagaimanapun

    nama permainan dan peraturannya mungkin berbeza antara satu negeri dengan

    negeri lain, tetapi konsep permainan itu tetap sama.

    Satu perkara yang amat jelas terkandung dalam permainan tradisional ini

    adalah penerapan kemahiran sosial kepada setiap pemainnya. Di mana rata-rata

    didapati permainan tradisional yang dimainkan melibatkan lebih daripada dua orang.

    Secara tidak langsung ia menggalakkan interaksi sosial, sifat toleransi serta

    kerjasama. Permainan tradisional bukan sahaja menggalakkan perkembangan

    sosial, fizikal, mental malahan perkembangan emosi, pintar bahasa, ruang,

    interpersonal dan pintar alam.

    2.0 MATLAMAT

    Tujuan permainan tradisonal ini diadakan adalah untuk membantu membina dan

    mempertingkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar. Tambahan pula,

    melalui permainan tradisional ini, guru pelatih dapat mencurahkan idea dan

    menggunakan kreativiti mereka di samping dapat menimba pengalaman baru dalam

    mengelolakan sesuatu permainan.

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Menguji ketahanan mental dan fizikal guru pelatih.

    3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih.

    3.3 Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

    3.4 Meningkatkan kemahiran serta potensi guru pelatih dari segi jasmani,

    emosi, rohani, intelek dan sosial.

    3.5 Mengenalpasti tahap kemampuan guru pelatih terhadap permainan

    tradisional.

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    2/9

    2

    3.6 Melatih guru pelatih untuk mengelola pertandingan supaya dapat

    dipraktikkan ketika di sekolah kelak.

    4.0 PERMAINAN DIPILIH

    Teng-teng ( Jengkek Kapal Terbang)

    5.0 KUMPULAN SASARAN

    Guru pelatih PISMP Semester 5

    6.0 BILANGAN PESERTA

    5 orang

    7.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

    7.1 Ahli Jawatankuasa

    Penasihat : Encik Roshaimi Bin Mohd Yusoff

    Ahli Jawatankuasa Kerja : Nurul Liyana Bt Sabarudin

    (Pengurus) Sakinah Bt Sallim

    Siti Nur Alifah Bt Mohmad Nasir

    Rusydina Adani Bintit Mohd Salleh

    7.2 Senarai Nama Peserta

    BIL PESERTA

    1

    2

    3

    4

    5

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    3/9

    3

    8.0 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PELAKSANAAN

    Sebelum (Pra)

    BIL SENARAI SEMAK X CATATAN

    1 Mengadakan perbincangan dengan ahlikumpulan

    2 Merancang gerak kerja atau aktiviti permainanyang menarik

    3 Mengenalpasti waktu yang sesuai untukmelaksanakan permainan

    4 Menentukan tempat atau kawasan permainan

    5 Peralatan permainan yang menarik dan

    mencukupi6 Bilangan peserta yang mendaftar

    7 Menyediakan borang-borang catatan

    8 Menyediakan kertas kerja

    9 Penyebaran syarat-syarat permainan kepadapeserta

    10 Setiap ahli menjalankan tugas sebelumpermainan

    Semasa

    BIL SENARAI SEMAK X CATATAN

    1 Menyusun atur peralatan dengan baik

    2 Memastikan pelajar menepati masa

    3 Peserta yang terlibat memakai pakaian yangkemas

    4 Membawa pelajar ke tempat permainan

    5 Pengadil memberi taklimat sebelum bermain

    6 Memastikan pelajar memahami peneranganatau arahan yang diberikan

    7 Mengawasi pelajar agar mematuhi peraturandan prosedur permainan

    8 Menggalakkan pelajar terlibat secara aktif

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    4/9

    4

    Selepas

    BIL SENARAI SEMAK X CATATAN

    1

    Membuat rumusan dan memberi maklum balas2 Memberi penghargaan kepada pelajar

    3 Peralatan yang digunakan mencukupi dandikembalikan serta disusun rapi di stor sukan

    4 Kawasan permainan dalam keadaan sedia kala

    5 Tiada sampah di tapak permainan

    6 Semua ahli jawatankuasa membuat refleksipermainan

    7 Guru pelatih mengkaji semula kesesuaianpermaianan

    9.0 SENARAI ALATAN

    9.1 Pita Pelekat

    9.2 Skitel

    Pita Pelekat Skitel

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    5/9

    5

    10.0 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

    1

    2

    3

    7

    5

    6 4

    MULA

    Permainan

    Skitel

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    6/9

    6

    10.2 Langkah/peraturan pelaksanaan

    1. Permainan ini sekurang-kurangnya dimainkan oleh 2 orang peserta.

    2. Permainan ini memerlukan buah yang diperbuat daripada sesuatu objek

    yang sesuai.3. Bagi menentukan siapa yang memulakan dahulu,satu undian yang unik

    akan dijalankan. Masing-masing berdiri bahu membahu membelakangi satu

    garisan. Kemudian melemparkan buah secara membelakang, sejauh yang

    mungkin. Siapa yang jauh mendapat hak bermain yang pertama.

    4. Dalam pusingan pertama, pemain disyaratkan membawa buah dengan

    cara menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika buah terjatuh,

    pemain dikira mati. Ini bermakna pemain seterusnya mendapat peluanguntuk berjengkek.

    5. Jika pemain berjaya menamatkan ke semua kotak ting tanpa menjatuhkan

    buah, pemain akan meneruskan untuk pusingan seterusnya di mana

    pemain perlu melempar buah mengikut nombor petak yang telah ditetapkan.

    6. Pemain akan berjengkek satu kaki melompat mengikut urutan petak dan

    kembali ke petak yang pertama dan megambil buah pemain dan

    seterusnya kembali ke garisan mula. Pemain tidak boleh berjengkek pada

    petak yang mempunyai buah pemain lain. Pemain dikira mati sekiranya

    memijak garisan dan terjatuh. Buah pemain yang mati akan berada di

    petak yang terakhir pemain tersebut baling.

    7. Bagi pusingan ini, pemainan akan diteruskan sehingga pemain berjaya

    mengelilingi petak-petak permainan teng-teng kemudian pemian itu perlu

    melambung buah dan menyambutnya secara kaut dengan kedudukan

    tapak tangan menghala ke bawah.

    8. Kemudian barulah pemain tersebut berhak mendapatkan rumah. Buah

    mestilah mendarat di mana-mana petak iaitu dengan melempar

    membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu, pemian

    lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak rumah pemain lain. Pemain

    lain boleh bertingting di petak rumah pemian lain dengan kebenaran

    tuannya.

    9. Nilai markah dalam permainan tingting kapak terbang terletak pada

    kemewahan iaitu banyaknya rumah yang Berjaya dimiliki oleh seseorag

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    7/9

    7

    pemian. Oleh yang demikian, 1 mata diberikan kepada pemain yang Berjaya

    memiliki satu buah petak rumah.

    10. Permainan kan ditamatkan apabila semua petak sudah bertukar menjadi

    rumah. Seandainya buah yang dilemparkan mendarat di rumah sendiri

    maka rumah itu dikira hangus iaitu bertukar menjadi petak semula dan

    dikira mati. Mata tidak akan ditarik bagi rumah yang terbakar.

    10.3 Borang Skor

    1 mata diberikan kepada peserta yang berjaya memiliki 1 petak rumah

    BIL PESERTAMATA (JUMLAH

    RUMAH)

    1

    2

    3

    4

    5

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    8/9

    8

    Pengadil : Nur Azirah Binti Zakaria

    Nurulasida Binti Daud

    Siti Nadawiah Binti Abd Rahman

    11.0 RUMUSAN

    Melalui kertas kerja yang kami laksanakan ini, permainan tradisional amat

    penting dalam mengekalkan warisan budaya Melayu. Di samping itu, melalui

    permainan tradisional, guru pelatih dapat membina sifat-sifat jasmani dan sosial

    yang positif seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Secara konklusinya, faedah yang diperolehi melalui permainan galah panjang

    ialah dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti berlari dan

    mengelak. Manakala aspek kognitif peserta berkembang melalui permainan

    tradisional ini dan perlu ada strategi permainan. Antara strateginya adalah peserta

    perlu pandai mengagak. Selain itu, peserta dapat meningkatkan kemahiran sewaktu

    menggunakan ruang sempit terutama apabila mengelak daripada disentuh ataupun

    dipegang oleh pihak pertahanan.

    12.0 RUJUKAN

    Hasnah Udin, Zainuddin Jamil. (1987). Jan-Jan Jala. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Nani Menon. (2008). Permainan Lagu dan Puisi Kanak-Kanak. PTS PofesionalPublishing Sdn. Bhd.

    Cara pemarkahan

    1 mata diberi kepada peserta dari pasukan penyerang yang berjaya

    melepasi garisan penamat dalam masa 2 minit.

    Pasukan yang memperoleh jumlah mata yang banyak dikira sebagai

    pemenang.

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Teng-Teng

    9/9

    9

    [n.d.]. Skor Mata Lari 100 Meter.http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1312873137.pdf.Dicapaipada 17 Februari 2013.

    http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.moe.gov.my%2Fupload%2Fgaleri_awam%2F2011%2F1312873137.pdf&h=lAQFhp4h1http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.moe.gov.my%2Fupload%2Fgaleri_awam%2F2011%2F1312873137.pdf&h=lAQFhp4h1