kertas kerja sukan prasekolah sesi 2013

3

Click here to load reader

Upload: nur-adria

Post on 19-Jul-2015

4.900 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja sukan prasekolah sesi 2013

Kertas Kerja Sukan Prasekolah sesi 2013 1.0 Tujuan

Sukan prasekolah merupakan salah satu program di bawah bidang Ko-

kurikulum sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang

diadakan pada setiap akhir tahun di mana aktiviti ini merupakan aktiviti

bagi kanak-kanak prasekolah bersama-sama dengan sukan tahunan

sekolah.

Sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara sukaneka yang

melibatkan semua murid termasuk kanak-kanak pra-sekolah.Di samping

itu juga sukan ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di kalangan

guru dan ibubapa kanak-kanak Prasekolah Sk Kampung Lintang.

Kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini merupakan kanak-kanak

dari Pra sekolah yang berumur 6 tahun iaitu seramai 8 orang dan

termasuk ibubapa kanak-kanak prasekolah.

2.0 Objektif

2.1 Kanak-kanak boleh mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari

semasa aktiviti permainan luar

2.2 Mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah iaitu guru dan

staf termasuk ibubapa kanak-kanak prasekolah

2.3 Budaya sukan yang menyihatkan/kecergasan.

2.4 Semangat persaingan yang sihat.

3.0 Maklumat Aktiviti

3.1 Tarikh/ Hari : 12/11/2013

3.2 Masa : 8.00 pagi

3.3 Tempat :Padang dan Gelanggang SK Kpg Lintang

3.4 Kerjasama :AJK PIBG Prasekolah

3.5 Tema :Sukan Tahunan

Page 2: Kertas kerja sukan prasekolah sesi 2013

4.0 Penyertaan

Kumpulan sasar untuk aktiviti ini adalah kanak-kanak 6 tahun.Aktiviti khas yang diwujudkan bagi murid-murid pra iaitu aktiviti sukaneka.

5.0 Jawatankuasa Induk

5.1 Penasihat : Guru Besar

5.2 Pengerusi : PK Ko Kurikulum

5.3 Setiausaha : Nur Adila bt Baharuddin

5.4 Bendahari : Nurlelawati bt Anuar

5.5 AJK Permainan :Guru, AKS yang terlibat

6.0 Aturcara Program

7.30 pagi - Senamrobik

7.45 pagi - Taklimat pertandingan/sukaneka

8.10 pagi -Sukaneka

11.59 tengahari -Penyampaian hadiah

7.0 Perbelanjaan

7.1 Pakaian sukan :RM13.00 x 8kanak-kanak pra sekolah

=RM104.00

7.3 Hadiah :RM12.00x 8 kanak-kanak prasekolah

= RM96.00

Page 3: Kertas kerja sukan prasekolah sesi 2013

8.0 Penutup

8.1 Besarlah harapan penganjur agar pihak sekolah

mempertimbangkan untuk meluluskan program tersebut. Sehubungan

dengan itu juga diharapkan pihak sekolah meluluskan anggaran

perbelanjaan yang telah dibuat bagi menjayakan serta melicinkan lagi

kelancaran program yang dicadangkan ini.

Sekian

Disediakan Oleh

__________________

(NUR ADILA BINTI BAHARUDDIN)

Guru Prasekolah,

SK Kampung Lintang.