kertas kerja seni budaya tarian

16
1.0 PENDAHULUAN Seni Tarian Etnik ini diadakan untuk memenuhi Sukatan Pelajaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam kompenan GERKO Persatuan.Di samping itu, juga memberi peluang kepada guru- guru pelatih mempelajari jenis-jenis tarian tradisional. Projek ini juga bertujuan member peluang kepada para guru-guru pelatih mengaplikasikan teori kemahiran yang dipelajari melalui kuliah. Selain itu, bakat-bakat kesenian yang terpendam dapat dicungkil melalui penglibatan dalam tarian ini. Dengan ini secara langsung, dapat mengeratkan talisilaturahim antara guru-guru pelatih . Diharapkan dengan adanya projek Seni Tarian Tradisional ini dapat diperkembangkan di kalangan generasi muda agar ianya tidak akan lenyap ditelan arus pembangunan negara yang semakin pesat berkembang. 2.0 MATLAMAT Memperolehi kemahiran pengurusan aktiviti dalam situasi yang sebenar. Menambah ilmu pengetahuan tentang beberapa tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Mendalami kemahiran serta pergerakkan dalam jenis-jenis tarian yang berbeza. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih.

Upload: zue-layhar

Post on 11-Feb-2015

445 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

gerko

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

1.0 PENDAHULUAN

Seni Tarian Etnik ini diadakan untuk memenuhi Sukatan Pelajaran Program Persediaan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam kompenan GERKO Persatuan.Di samping itu,

juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih mempelajari jenis-jenis tarian

tradisional. Projek ini juga bertujuan member peluang kepada para guru-guru pelatih

mengaplikasikan teori kemahiran yang dipelajari melalui kuliah.

Selain itu, bakat-bakat kesenian yang terpendam dapat dicungkil melalui

penglibatan dalam tarian ini. Dengan ini secara langsung, dapat mengeratkan

talisilaturahim antara guru-guru pelatih . Diharapkan dengan adanya projek Seni Tarian

Tradisional ini dapat diperkembangkan di kalangan generasi muda agar ianya tidak

akan lenyap ditelan arus pembangunan negara yang semakin pesat berkembang.

2.0 MATLAMAT

Memperolehi kemahiran pengurusan aktiviti dalam situasi yang

sebenar.

Menambah ilmu pengetahuan tentang beberapa tarian tradisional

yang terdapat di Malaysia.

Mendalami kemahiran serta pergerakkan dalam jenis-jenis tarian

yang berbeza.

Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih.

3.0 OBJEKTIF

Mempelajari kemahiran mengurus aktiviti kokurikulum.

Mempelajari beberapa seni tarian dengan teknik yang betul.

Mewarisi serta mempertahankan warisan seni tarian.

Melahirkan insan yang mencintai warisan seni tarian.

Page 2: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

Merapatkan tali persaudaraan dan perhubungan antara guru pelatih

PPISMP BM1 (SJK C) DAN BM2 (SJK T) Ambilan Julai 2010.

4.0 TEMA Seni Tarian Etnik

5.0 SASARAN

Unit PPISMP BM1 (SJK C) - 25 Orang

Unit PPISMP BM2 (SJK T) - 20 Orang

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh : 8Oktober 2010 (Jumaat)

Tempat : Dewan Hone

Masa : 9.30 a.m – 11.45 a.m

7.0 ANGGARAN PERBELANJAANMemohon jasa baik pihak institut agar dapat memberi sumbangan dalam

menjayakan projek mini ini.

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN

1. Sewa pakaian:

RM 20 x 45

RM 900 Pakaian tarian

disewa daripada

KEKWA

Page 3: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

2. Hadiah:

(a) Johan (RM 50)

(b) Naib Johan (RM40)

(c) Ketiga (RM 30)

(d) Saguhati (RM 20 x 3)

RM 180

3. Makanan dan minuman:

RM 3.50 x 45

RM 157.50

Jumlah: RM 1237.50

Page 4: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

8.0 TENTATIF PROGRAM8.1 TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM

9.30 pagi : Ketibaan para peserta

10.00 pagi : Ketibaan pensyarah

Bacaan doa

Nyanyian lagu “Sabah Tanah Airku” dan lagu IPG

10.15 pagi : Pertandingan dimulakan

Taklimat

Perasmian

Pertandingan

Penyampaian hadiah

11.45 pagi : Jamuan

Majlis bersurai

9.0 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : PN. MARY TERESA KINAJIL – PENGARAH

PENGERUSI : EN. ROMLI DARUS – TIMBALAN PENGARAH

KETUA UNITKOKURIKULUM : EN. D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN

PENYELARASPERSATUAN : TN. HJ. MOHD ROZAIMI ABD. RAZAK

KETUA PROJEK : PN. HJH. RAMLAH ALAS

Page 5: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

PENOLONGPROJEK : CIK. CAROLINE DAVID

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI PROJEK : MUHD. MUHIDDIN BIN SAMSUDDIN

TIMBALAN PENGERUSI : FAIZATUL HANIM BINTI MATDIN

SETIAUSAHA : SHELLA BINTI DAUD GAN ABDULLAH

TIMBALAN SETIAUSAHA : NUR NADRAH BINTI HASFINIE

BENDAHARI : JENNY BINTI BAILIN

TIMBALAN BENDAHARI : LESLIE WILLIAM CHIN

JURUGAMBAR : LIONAD LIUS (KETUA): MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI: FHENYSIUS DUASIN

LAPORAN : UMI NAQIAH BINTI HAMRUD (KETUA): NURHAMIZAH FATHIN BINTI YEW: ARIATHY FAIRUZ BINTI ALI: PEYONA BINTI MOKHTAR

DOKUMENTASI : SHERNA SUFINA BINTI SAHADAN (KETUA): SAHARIA RAHMAN

TEKNIKAL : HAFEEZ SHAFEEK AHSOH (KETUA): MUHD IRHAM BIN TOKIJOH: EVYLIN YUTIS

Page 6: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

MAKANAN : NORMAH BINTI ALAM(KETUA): MOHD HAIRY BIN SAID: MOHD FIKRI BIN IBRAHIM

PROTOKOL : MUJID BENAZER (KETUA): SURIANA BINTI KADIR: SITI NURHAFIZAH BINTI BOLONG: NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN

HADIAH : RAHIM BIN NANANG (KETUA): JONATHAN GREYGORY: NURUL MAIYAH BINTI YAHYA: NORLINAH RAIS

HIASAN PENTAS DAN PENYUSUNAN DEWAN : GHAZALI BIN MOHD SHUKOR (KETUA)

: MASBILLAH BIN MOROGOS: NORLINAH BINTI GAPARE: SARIMAH BINTI LANTONG

PENYIAPAN DEWAN : MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF (KETUA): HENDERY GAMBIAS: ROHAYU BINTI BACHO: ROSLINA MUSLIMIN

PUBLISITI : SITI ZULAIHA BINTI KASBY (KETUA): HELDA PILIM: KARTINI HAPSAH BINTI SARIM: SITI NIRWANAH BINTI DARASIN

JURUACARA : FAIZATUL HANIM BINTI MATDIN (KETUA)

Page 7: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

: BIBI HERDA BINTI KIM

TUGAS-TUGAS KHAS : MOHD HAFIZUL BIN RAKMADIN (KETUA): ROSNEY BINTI GANI: ZAITUN BINTI HJ. KISUN

11.0 PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini, guru-guru pelatih baru akan dapat

menonjolkan bakat yang selama ini terpendam begitu sahaja. Melalui

program ini juga, bakat-bakat baru akan terhasil. Hasil kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini agar berjalan

dengan lancar amatlah dihargai. Semoga berkat usaha semua, majlis ini

dapat dijalankan dengan lebih meriah dan jayanya.

Page 8: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

Disediakan oleh,

________________(SHELLA BINTI DAUD GAN)SETIAUSAHA PROJEK.

Ulasan :

Disemakoleh,

________________(Pn. HJH. RAMLAH ALAS)KETUA PENASIHAT,PERSATUAN SENI BUDAYA (TARIAN).

Ulasan :

Disokong oleh,

________________(En. D.VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN)KETUA UNIT KOKURIKULUM.

Ulasan :

Diluluskan oleh,

________________(Pn. MARY TERESA KINAJIL)PENGARAH,IPGM KAMPUS KENT.

Ulasan :

Page 9: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENT

KERTAS KERJAHARI SENI WARISAN MELAYU

KURSUS : PENGURUSAN GERKOANJURAN : PPISMP BM (SJKC) DAN

BM (SJKT) AMBILAN JUN 2010TEMPAT : DEWAN HONETARIKH : 8 OKTOBER 2010

(HARI JUMAAT)

Page 10: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah dan kurnia-Nya saya dan rakan-rakan Berjaya

menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun telah menghadapi beberapa

masalah sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Di ruangan penghargaan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih

terutama sekali kepada pensyarah pembimbing Persatuan Seni Budaya Tarian iaitu

Puan Hajah Ramlah Alias dan Cik Caroline David kerana telah banyak memberi

tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan kerja kursus

ini. Dengan keprihatinan beliau, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan

berpandukan maklumat-maklumat dan tunjuk ajar dari beliau. Tanpa bimbingan dari

beliau, kami tidak akan mempunyai petunjuk ataupun panduan untuk

melaksanakan seterusnya menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga kami ingin tujukan kepada semua rakan-rakan yang

lain atas sokongan dan kerjasama mereka dalam bersama-sama menyiapkan kerja

kursus ini. Kehadiran dan perhatian mereka sangat memberansangkan terutama

sekali apabila perbincangan dilakukan. Selain itu, mereka bukan sahaja

menyumbang dari segi tenaga fizikal yang mereka miliki namun mereka juga

menyumbangkan akal fikiran yang relevan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan

sokongan kepada walaupun terdapat perbezaan jarak yang menyukarkan kami

untuk berjumpa.

Page 11: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

REFLEKSI

Sepanjang saya dan rakan-rakan menyiapkan kerja kursus pendek ini, kami telah

mengalami beberapa kesukaran yang sememangnya sedikit sebanyak menyebabkan

proses menyiapkan tugasan ini terganggu. Antaranya ialah, jaringan internet yang

disekat dan kesukaran untuk mencari maklumat kerana pengaksesan internet yang

selalu terganggu.

Selain itu, proses mencari bahan turut menjadi faktor kepada kami. Ini adalah

disebabkan Pusat Sumber kekurangan bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Namun, menunggu kejayaan tanpa usaha adalah sia-sia.

Kami telah bekerjasama mencari bahan rujukan di perpustakaan Tuaran dan akhirnya

mendapat sedikit sebanyak bahan yang boleh membantu kami.

Di samping itu juga, masa dan jadual yang padat sedikit sebanyak

mempengaruhi proses penyiapan kerja kursus ini berjalan dengan lancar disebabkan

kerja kursus yang ditugaskan kepada kami agak banyak dan perlu dihantar pada masa

yang ditetapkan.

Walaupun telah menghadapi kesukaran, namun kami bersyukur dapat

menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dengan itu juga, kami turut dapat

menimba ilmu dan memperdalamkan pengetahuan berkaitan dengan pergerakkan

tarian dan cara mengendalikan sesuatu aktiviti atau program.

Page 12: Kertas Kerja Seni Budaya Tarian

FORMAT PELAKSANAAN

i. Mengadakan mesyuarat

ii. Menyediakan kertas kerja

iii. Sesi pembentangan

iv. Mengadakan mesyuarat

v. Mesyuarat pelaporan dan semakan kerja

vi. Pelaksanaan program

vii. Pelaporan