Download - Kertas Kerja Seni Budaya Tarian
1.0 PENDAHULUAN
Seni Tarian Etnik ini diadakan untuk memenuhi Sukatan Pelajaran Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam kompenan GERKO Persatuan.Di samping itu,
juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih mempelajari jenis-jenis tarian
tradisional. Projek ini juga bertujuan member peluang kepada para guru-guru pelatih
mengaplikasikan teori kemahiran yang dipelajari melalui kuliah.
Selain itu, bakat-bakat kesenian yang terpendam dapat dicungkil melalui
penglibatan dalam tarian ini. Dengan ini secara langsung, dapat mengeratkan
talisilaturahim antara guru-guru pelatih . Diharapkan dengan adanya projek Seni Tarian
Tradisional ini dapat diperkembangkan di kalangan generasi muda agar ianya tidak
akan lenyap ditelan arus pembangunan negara yang semakin pesat berkembang.
2.0 MATLAMAT
Memperolehi kemahiran pengurusan aktiviti dalam situasi yang
sebenar.
Menambah ilmu pengetahuan tentang beberapa tarian tradisional
yang terdapat di Malaysia.
Mendalami kemahiran serta pergerakkan dalam jenis-jenis tarian
yang berbeza.
Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih.
3.0 OBJEKTIF
Mempelajari kemahiran mengurus aktiviti kokurikulum.
Mempelajari beberapa seni tarian dengan teknik yang betul.
Mewarisi serta mempertahankan warisan seni tarian.
Melahirkan insan yang mencintai warisan seni tarian.
Merapatkan tali persaudaraan dan perhubungan antara guru pelatih
PPISMP BM1 (SJK C) DAN BM2 (SJK T) Ambilan Julai 2010.
4.0 TEMA Seni Tarian Etnik
5.0 SASARAN
Unit PPISMP BM1 (SJK C) - 25 Orang
Unit PPISMP BM2 (SJK T) - 20 Orang
6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROJEK
Tarikh : 8Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Hone
Masa : 9.30 a.m – 11.45 a.m
7.0 ANGGARAN PERBELANJAANMemohon jasa baik pihak institut agar dapat memberi sumbangan dalam
menjayakan projek mini ini.
BIL PERKARA JUMLAH CATATAN
1. Sewa pakaian:
RM 20 x 45
RM 900 Pakaian tarian
disewa daripada
KEKWA
2. Hadiah:
(a) Johan (RM 50)
(b) Naib Johan (RM40)
(c) Ketiga (RM 30)
(d) Saguhati (RM 20 x 3)
RM 180
3. Makanan dan minuman:
RM 3.50 x 45
RM 157.50
Jumlah: RM 1237.50
8.0 TENTATIF PROGRAM8.1 TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM
9.30 pagi : Ketibaan para peserta
10.00 pagi : Ketibaan pensyarah
Bacaan doa
Nyanyian lagu “Sabah Tanah Airku” dan lagu IPG
10.15 pagi : Pertandingan dimulakan
Taklimat
Perasmian
Pertandingan
Penyampaian hadiah
11.45 pagi : Jamuan
Majlis bersurai
9.0 JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : PN. MARY TERESA KINAJIL – PENGARAH
PENGERUSI : EN. ROMLI DARUS – TIMBALAN PENGARAH
KETUA UNITKOKURIKULUM : EN. D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN
PENYELARASPERSATUAN : TN. HJ. MOHD ROZAIMI ABD. RAZAK
KETUA PROJEK : PN. HJH. RAMLAH ALAS
PENOLONGPROJEK : CIK. CAROLINE DAVID
10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI PROJEK : MUHD. MUHIDDIN BIN SAMSUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI : FAIZATUL HANIM BINTI MATDIN
SETIAUSAHA : SHELLA BINTI DAUD GAN ABDULLAH
TIMBALAN SETIAUSAHA : NUR NADRAH BINTI HASFINIE
BENDAHARI : JENNY BINTI BAILIN
TIMBALAN BENDAHARI : LESLIE WILLIAM CHIN
JURUGAMBAR : LIONAD LIUS (KETUA): MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI: FHENYSIUS DUASIN
LAPORAN : UMI NAQIAH BINTI HAMRUD (KETUA): NURHAMIZAH FATHIN BINTI YEW: ARIATHY FAIRUZ BINTI ALI: PEYONA BINTI MOKHTAR
DOKUMENTASI : SHERNA SUFINA BINTI SAHADAN (KETUA): SAHARIA RAHMAN
TEKNIKAL : HAFEEZ SHAFEEK AHSOH (KETUA): MUHD IRHAM BIN TOKIJOH: EVYLIN YUTIS
MAKANAN : NORMAH BINTI ALAM(KETUA): MOHD HAIRY BIN SAID: MOHD FIKRI BIN IBRAHIM
PROTOKOL : MUJID BENAZER (KETUA): SURIANA BINTI KADIR: SITI NURHAFIZAH BINTI BOLONG: NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN
HADIAH : RAHIM BIN NANANG (KETUA): JONATHAN GREYGORY: NURUL MAIYAH BINTI YAHYA: NORLINAH RAIS
HIASAN PENTAS DAN PENYUSUNAN DEWAN : GHAZALI BIN MOHD SHUKOR (KETUA)
: MASBILLAH BIN MOROGOS: NORLINAH BINTI GAPARE: SARIMAH BINTI LANTONG
PENYIAPAN DEWAN : MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF (KETUA): HENDERY GAMBIAS: ROHAYU BINTI BACHO: ROSLINA MUSLIMIN
PUBLISITI : SITI ZULAIHA BINTI KASBY (KETUA): HELDA PILIM: KARTINI HAPSAH BINTI SARIM: SITI NIRWANAH BINTI DARASIN
JURUACARA : FAIZATUL HANIM BINTI MATDIN (KETUA)
: BIBI HERDA BINTI KIM
TUGAS-TUGAS KHAS : MOHD HAFIZUL BIN RAKMADIN (KETUA): ROSNEY BINTI GANI: ZAITUN BINTI HJ. KISUN
11.0 PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini, guru-guru pelatih baru akan dapat
menonjolkan bakat yang selama ini terpendam begitu sahaja. Melalui
program ini juga, bakat-bakat baru akan terhasil. Hasil kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini agar berjalan
dengan lancar amatlah dihargai. Semoga berkat usaha semua, majlis ini
dapat dijalankan dengan lebih meriah dan jayanya.
Disediakan oleh,
________________(SHELLA BINTI DAUD GAN)SETIAUSAHA PROJEK.
Ulasan :
Disemakoleh,
________________(Pn. HJH. RAMLAH ALAS)KETUA PENASIHAT,PERSATUAN SENI BUDAYA (TARIAN).
Ulasan :
Disokong oleh,
________________(En. D.VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN)KETUA UNIT KOKURIKULUM.
Ulasan :
Diluluskan oleh,
________________(Pn. MARY TERESA KINAJIL)PENGARAH,IPGM KAMPUS KENT.
Ulasan :
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KENT
KERTAS KERJAHARI SENI WARISAN MELAYU
KURSUS : PENGURUSAN GERKOANJURAN : PPISMP BM (SJKC) DAN
BM (SJKT) AMBILAN JUN 2010TEMPAT : DEWAN HONETARIKH : 8 OKTOBER 2010
(HARI JUMAAT)
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah dan kurnia-Nya saya dan rakan-rakan Berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun telah menghadapi beberapa
masalah sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Di ruangan penghargaan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
terutama sekali kepada pensyarah pembimbing Persatuan Seni Budaya Tarian iaitu
Puan Hajah Ramlah Alias dan Cik Caroline David kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan kerja kursus
ini. Dengan keprihatinan beliau, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
berpandukan maklumat-maklumat dan tunjuk ajar dari beliau. Tanpa bimbingan dari
beliau, kami tidak akan mempunyai petunjuk ataupun panduan untuk
melaksanakan seterusnya menyiapkan tugasan ini.
Ribuan terima kasih juga kami ingin tujukan kepada semua rakan-rakan yang
lain atas sokongan dan kerjasama mereka dalam bersama-sama menyiapkan kerja
kursus ini. Kehadiran dan perhatian mereka sangat memberansangkan terutama
sekali apabila perbincangan dilakukan. Selain itu, mereka bukan sahaja
menyumbang dari segi tenaga fizikal yang mereka miliki namun mereka juga
menyumbangkan akal fikiran yang relevan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan
sokongan kepada walaupun terdapat perbezaan jarak yang menyukarkan kami
untuk berjumpa.
REFLEKSI
Sepanjang saya dan rakan-rakan menyiapkan kerja kursus pendek ini, kami telah
mengalami beberapa kesukaran yang sememangnya sedikit sebanyak menyebabkan
proses menyiapkan tugasan ini terganggu. Antaranya ialah, jaringan internet yang
disekat dan kesukaran untuk mencari maklumat kerana pengaksesan internet yang
selalu terganggu.
Selain itu, proses mencari bahan turut menjadi faktor kepada kami. Ini adalah
disebabkan Pusat Sumber kekurangan bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Namun, menunggu kejayaan tanpa usaha adalah sia-sia.
Kami telah bekerjasama mencari bahan rujukan di perpustakaan Tuaran dan akhirnya
mendapat sedikit sebanyak bahan yang boleh membantu kami.
Di samping itu juga, masa dan jadual yang padat sedikit sebanyak
mempengaruhi proses penyiapan kerja kursus ini berjalan dengan lancar disebabkan
kerja kursus yang ditugaskan kepada kami agak banyak dan perlu dihantar pada masa
yang ditetapkan.
Walaupun telah menghadapi kesukaran, namun kami bersyukur dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dengan itu juga, kami turut dapat
menimba ilmu dan memperdalamkan pengetahuan berkaitan dengan pergerakkan
tarian dan cara mengendalikan sesuatu aktiviti atau program.
FORMAT PELAKSANAAN
i. Mengadakan mesyuarat
ii. Menyediakan kertas kerja
iii. Sesi pembentangan
iv. Mengadakan mesyuarat
v. Mesyuarat pelaporan dan semakan kerja
vi. Pelaksanaan program
vii. Pelaporan