kertas kerja projek internship membaik pulih kolam hiasan pancuran air

6
KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH KOLAM HIASAN PANCURAN AIR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN) PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH PELAJAR PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2013 TARIKH PELAKSANAAN JULAI - OGOS

Upload: maryam-ahmad

Post on 21-Jan-2018

159 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH KOLAM HIASAN

PANCURAN AIR

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH

PELAJAR PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI

2013

TARIKH PELAKSANAAN

JULAI - OGOS

Page 2: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di

dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya

sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan

keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk

nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Projek Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air Sekolah Kebangsaan Sungai

Lalang ini dilakukan bagi memenuhi kehendak aktiviti intership yang berkaitan dengan

subjek major iaitu Pendidikan Seni Visual. Malah, projek ini dilakukan bagi

mencantikkan lagi kawasan sekolah agar ceria dan menarik. Diharapkan agar dengan

wujudnya kolam air terjun yang baru, ia akan menjadikan warga sekolah lebih sayang

dan cinta akan sekolah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat projek ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan

pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting

dalam rutin seharian di sekolah. Keselesaan dan suasana yang kondusif

digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan

mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para

murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.

3.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai adalah

Mewujudkan kawasan tempat sekolah yang lebih ceria dan harmonis.

Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif serta identiti sekolah yang positif.

Menjadikan sekolah tempat perhatian murid dan juga tetamu yang selalu

mengunjungi sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

4.0 PENYERTAAN

Empat orang guru pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 8 Ambilan Januari

2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

5.0 TARIKH

Bermula 17 Julai 2016 hingga 4 Ogos 2016

6.0 TEMPAT

Kolam Hiasan Pancuran Air yang berhadapan dengan bilik guru Sekolah Kebangsaan

Sungai Lalang.

Page 4: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

7.0 AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG

Encik Azmi bin Romli

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang

PENASIHAT

Encik Ku Rizwan b. Ku Ibrahim (PK Pentadbiran )

Puan Suhaini binti Hud @ Abd Razak ( PKHEM )

Encik Zamri bin Hj. Jusoh (PKKK )

PENGERUSI

Puan Zurita binti Ismail (KP PSV)

FASILITATOR

Puan Marzura binti Abu Bakar

(Mentor Praktikum)

SETIAUSAHA

Cik Maryam Binti Ahmad (Guru Pelatih IPGKSAH)

BENDAHARI

Cik Fatin Hanani Binti Mohamad Akhir (Guru Pelatih IPGKSAH)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Page 5: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

9.0 PENUTUP

Semoga pelancaran projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri

para murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Diharapkan juga apa yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama semua

pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bil Perkara Perincian Per/ unit Anggaran

Perbelanjaan

1. Berus cat 6 unit x RM 3 1/RM 3 RM 18

2. Batu Sungai

Batu putih 2 bag

Batu hitam 2 bag

1 beg/RM 15

1 beg/RM 30

RM 30

RM 60

3. Cat Minyak 5 unit x RM 29 1kg/RM 29 Rm 145

4. Minyak Tanah 3 x RM 4 1 botol/RM 4 RM 12

5. Pasu Bunga 10 biji x RM 6 1 biji/RM 6 RM 60

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN: RM

RM 325

Page 6: Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air

Disediakan oleh,

.........................................

(MARYAM BINTI AHMAD)

Setiausaha,

Guru Pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disemak oleh,

..........................................

( PUAN ZURITA BINTI ISMAIL )

Guru Pembimbing,

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang ,

Disahkan oleh,

..........................................................

(ENCIK AZMI BIN ROMLI )

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang.

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam

kertas kerja ini.