kertas kerja program menaik taraf pentas

3
 PROGRAM : PROGRAM MENAIK TARAF PENTAS SK SENIBONG TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBONG PENDAHULUAN: Sekolah ini telah memulakan sejarahnya pada 22 September 1952 dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kampong Senibong. Bangunan berdindingkan separuh kayu dan beratapkan zink. Usaha ikhlas tuan Imam Hj. Ali bin Adam. Sekolah yang dikelilingi oleh sebuah kampung nelayan di pinggir bandar Johor Bahru. Pada tahun 2002, bangunan sekolah yang baharu telah dibina di tapak perumahan guru KIP Permas 6 yang terletak 1 km dari tapak asal. Bangunan baharu ini terdiri daripada satu bangunan empat tingkat yang mempunyai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayang, sebuah bilik muzik, sebuah makmal Sains, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan 6 buah kelas. Pada tahun 2014, jumlah murid di sekolah ini ialah seramai 58 orang termasuk pra sekolah. Sekolah baharu ini juga disertakan sebuah bangunan kantin berasingan yang mempunyai satu bilik makan yang selesa selain dewan makan murid-murid. Di kantin sekolah inilah sebuah pentas telah dibina bagi memenuhi keperluan sekolah apabila mengadakan sebarang majlis rasmi. Pentas yang dibina hanyalah daripada bangku-bangku panjang yang telah disusun dan diletakkan di atasnya papan lapis yang tebal. Namun keadaan pentas yang sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan menyebabkan pihak sekolah susah untuk mengadakan apa jua majlis di situ. RASIONAL : Keadaan pentas yang usang dan rosak menyebabkan pihak sekolah mengalami kesukaran apabila ingin mengadakan sebarang majlis rasmi. Selain itu, ia juga boleh mengundang bahaya kepada warga sekolah jika tidak berwaspada. Sumber kewangan yang terhad juga membantutkan hasrat pihak sekolah untuk membina pentas yang lebih baik dan tahan lama. MATLAMAT : Menaik taraf pentas Sekolah Kebangsaan Senibong yang telah usang dan rosak. OBJEKTIF : 1. Membantu pihak sekolah mengadakan apa jua majlis rasmi 2. Imej sekolah sebagai medan penyampai ilmu 3. Membantu pihak sekolah dalam mendidik bakal-bakal pemimpin negara melalui aktiviti pidato, syarahan, tarian dan sebagainya. 4. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum terutama yang melibatkan penggunaan pentas

Upload: naldo169

Post on 17-Oct-2015

933 views

Category:

Documents


74 download

DESCRIPTION

buat rujukan

TRANSCRIPT

PROGRAM:PROGRAM MENAIK TARAF PENTAS SK SENIBONGTEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBONG

PENDAHULUAN:Sekolah ini telah memulakan sejarahnya pada 22 September 1952 dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kampong Senibong. Bangunan berdindingkan separuh kayu dan beratapkan zink. Usaha ikhlas tuan Imam Hj. Ali bin Adam. Sekolah yang dikelilingi oleh sebuah kampung nelayan di pinggir bandar Johor Bahru. Pada tahun 2002, bangunan sekolah yang baharu telah dibina di tapak perumahan guru KIP Permas 6 yang terletak 1 km dari tapak asal. Bangunan baharu ini terdiri daripada satu bangunan empat tingkat yang mempunyai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayang, sebuah bilik muzik, sebuah makmal Sains, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan 6 buah kelas. Pada tahun 2014, jumlah murid di sekolah ini ialah seramai 58 orang termasuk pra sekolah. Sekolah baharu ini juga disertakan sebuah bangunan kantin berasingan yang mempunyai satu bilik makan yang selesa selain dewan makan murid-murid. Di kantin sekolah inilah sebuah pentas telah dibina bagi memenuhi keperluan sekolah apabila mengadakan sebarang majlis rasmi. Pentas yang dibina hanyalah daripada bangku-bangku panjang yang telah disusun dan diletakkan di atasnya papan lapis yang tebal. Namun keadaan pentas yang sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan menyebabkan pihak sekolah susah untuk mengadakan apa jua majlis di situ.

RASIONAL:Keadaan pentas yang usang dan rosak menyebabkan pihak sekolah mengalami kesukaran apabila ingin mengadakan sebarang majlis rasmi. Selain itu, ia juga boleh mengundang bahaya kepada warga sekolah jika tidak berwaspada. Sumber kewangan yang terhad juga membantutkan hasrat pihak sekolah untuk membina pentas yang lebih baik dan tahan lama.

MATLAMAT:Menaik taraf pentas Sekolah Kebangsaan Senibong yang telah usang dan rosak.

OBJEKTIF:1. Membantu pihak sekolah mengadakan apa jua majlis rasmi2. Imej sekolah sebagai medan penyampai ilmu3. Membantu pihak sekolah dalam mendidik bakal-bakal pemimpin negara melalui aktiviti pidato, syarahan, tarian dan sebagainya.4. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum terutama yang melibatkan penggunaan pentas

STRATEGI PELAKSANAAN :1. Mesyuarat Pengurusan Sekolah2. Mengadakan perbincangan dan mengwujudkan pelan tindakan.3. Mengenalpasti pihak yang terlibat4. Menyediakan kertas kerja5. Mendapat kelulusan daripada guru besar.6. Menghantar permohonan kepada pihak-pihak berkenaan7. Menjalankan program8. Membuat laporan.9. Post Mortem

SUMBER TENAGA

EX OFFICO:GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SENIBONGPn Hjh Nor`Aini binti Atan

YANG DIPERTUA: En Suhardi bin IsmailNAIB YG DIPERTUA : En Suhaimee bin OmarSETIAUSAHA KEHORMAT:Pn Saidah binti IbrahimBENDAHARI KEHORMAT:Pn Masitah binti Sujak

AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK:1. En Wahid bin Jumaat2. Pn Leha binti Lei3. Pn Masliza binti Ismail4. Pn Zam bin Mohamad Din5. En Rosli bin Mohamad6. Pn Herlindah binti Kesing7. Pn Azean binti Abu Bakar8. Pn Hanisah binti Mohamad Mohktar9. Pn Normawati binti Jori10. Cik Noor Azreen binti Nordin

PEMERIKSA KIRA-KIRA:En Mohd Mustaqim bin Mat ZainPn Fauziah binti Abu

PEMEGANG AMANAH:Pn Nurnazhatulshima binti Abu HassanEn Zyed Alwee bin Kunju Poku

SUMBER KEWANGAN:

PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

1. Sumbangan=RM 10,000.00

KEGUNAAN PERUNTUKAN

Pembinaan Pentas=RM 6000.00JumlahRM 6000.00 sahaja

Papan Kenyataan/Podium=RM 4000.00Hiasan Pentas/PeralatanJumlahRM 4000.00 sahajaMengecat

JUMLAH KESELURUHAN=RM 6000.00 + RM 4000.00

=+- RM 10,000.00 sahaja

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

..( SAIDAH BINTI IBRAHIM )( SUHARDI BIN ISMAIL )Setiausaha Kehormat PIBGYang Dipertua PIBGSekolah Kebangsaan SenibongSekolah Kebangsaan Senibong