kertas kerja program kesihatan mental
TRANSCRIPT
Program Pameran Kesihatan Mental Dan Outreach---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0 PENGENALAN
Menjalankan program kesihatan mental dan outreach merupakan sebahagian
daripada keperluan bagi kursus KKD 4013 Psikologi Bilazim. Sejajar dengan itu,
kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan program pameran kesihatan
mental dan outreach di Hospital Daerah Langkawi, Kedah Darulaman.
Program ini diadakan ibarat serampang dua mata yang mana ia memberi faedah
bersama kepada kedua-dua belah pihak iaitu kepada mahasiswa dan mahasiswi yang
bertindak sebagai agen penyebar maklumat agar orang ramai dapat menimba
sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kesihatan mental.
Dalam konteks kesihatan mental, kami memilih penyakit skizofrenia untuk
disebar serta memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang penyakit ini. Seperti
mana yang kita ketahui skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental akibat
daripada gangguan pada otak yang teruk. Keadaan ini mengakibatkan seseorang
pesakit mengalami gangguan perasaan, tingkah laku dan tekanan emosi.
Melalui program ini juga, kami akan mendedahkan jenis atau klasifikasi penyakit
skizofrenia, simptom-simptom, etiologi (faktor penyebab) dan kaedah serta pelan
rawatan yang disediakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Program Bimbingan & Kaunseling
1
Program Pameran Kesihatan Mental Dan Outreach---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini adalah untuk memberi maklumat yang sebenar
kepada orang ramai tentang penyakit skizofrenia. Penyakit skizofrenia ini tidak
pernah mengenal mangsa, latar belakang seperti status sosial ekonomi, keturunan,
gender dan sebagainya. Memandangkan penyakit ini kurang mendapat pendedahan
yang sebenar dan masyarakat kerap kali menyalahtafsirkan dan membuat persepsi
yang sama dengan penyakit mental yang lain. Namun demikian, sebenarnya penyakit
skizofrenia ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tertentu yang mana masyarakat
kurang memahami penyakit ini dengan sebenarnya.
Melalui program ini, ibu bapa yang mempunyai anak-anak ataupun sanak saudara
yang menderita akibat penyakit ini boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan
yang mencukupi di mana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit tersebut.
Matlamat program ini juga supaya dapat mendidik masyarakat untuk mendapatkan
kaedah rawatan yang sebenar melalui saluran yang betul.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Program Bimbingan & Kaunseling
2
Program Pameran Kesihatan Mental Dan Outreach---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.0 OBJEKTIF
Masyarakat dapat memahami dengan jelas mengenai penyakit skizofrenia.
Masyarakat dapat mengetahui klasifikasi, simptom-simptom, etiologi dan
kaedah serta pelan rawatan untuk penyakit ini.
Masyarakat dapat mengetahui kaedah yang betul serta saluran yang sebenar
untuk mendapatkan rawatan.
Memberi pendidikan supaya masyarakat memperolehi kesedaran tentang punca-
punca dan dapat mencegah penyakit ini daripada awal supaya ia dapat
dibendung.
4.0 TEMA PROGRAM
Tema program ini adalah “ Kesihatan Mental Ke Arah Kesejahteraan Bersama”
5.0 ANJURAN
Program ini akan dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), seramai 10 orang sebagai penyebar maklumat dan anjuran
bersama Hospital Daerah Langkawi.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan penduduk Langkawi amnya serta pengunjung Hospital
Daerah Langkawi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Program Bimbingan & Kaunseling
3
Program Pameran Kesihatan Mental Dan Outreach---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7.0 CADANGAN TARIKH
28 Ogos – 3 Sept 2005
8.0 CADANGAN TEMPAT
Ruang legar Hospital Daerah Langkawi, Kedah Darulaman.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Program Bimbingan & Kaunseling
4