kertas kerja pkhemahan pbsm 2010

12
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG SELANGOR DARUL EHSAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ( LINK KLANG ) KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG BSMM LINK KLANG Page 1

Upload: norizan-bt-awang

Post on 19-Jun-2015

2.978 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

PEJABAT PELAJARAN

DAERAH KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA( LINK KLANG )

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH

KLANG

TEMPAT:

SK BUKIT NAGA, KLANG

BSMM LINK KLANGPage 1

Page 2: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

TARIKH : 14-16 MEI 2010

14 – 16 MEI 2010

MENGADAKAN PERKHEMAHAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (LINK) CHAPTER KLANG

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh PPD

Klang disamping kerjasama dari Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter Klang.

Aktiviti tahunan ini disertai oleh 2 orang ahli unit beruniform Bulan Sabit Merah

Malaysia yang terpilih dari Sekolah-sekolah Rendah daerah Klang. Ia akan

diadakan di SK Bukit Naga pada 14 hingga 16 Mei 2010.

Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Bulan Sabit

Merah Malaysia di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan

Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam

dewasa kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta

bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk

bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini

memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej

hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan

menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di

BSMM LINK KLANGPage 2

Page 3: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan

berguna kepada setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF

Diharap perkhemahan tahunan ini dapat;

3.1 Memberi peluang kepada setiap peserta merasai pengalaman

perkhemahan.

3.2 Melahirkan peserta-peserta yang mahir dalam teknik-teknik

pertolongan cemas.

3.3 Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan

menghargai alam sekitar.

3.4 Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam

sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda

yang ada di persekitaran.

3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

3.6 Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.7 Melatih peserta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik

perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan,

pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan

serta aspek keselamatan diri.

3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

BSMM LINK KLANGPage 3

Page 4: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

4.0 CADANGAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 14 hingga 16 Mei 2010 iaitu pada hari

Jumaat sehingga hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 IMPLIKASI

5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 5 dan Tahun 6 unit

beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Rendah Daerah

Klang.

5.2 Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan

fasilitator.

5.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

BSMM LINK KLANGPage 4

Page 5: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Pn Hjh Noraini Md Tahir

Penasihat : En Anuar B. Mohamad Kusni

Pengerusi : En Najhan B. Mat Akhir

Penyelaras : En Ahmad Shukri B. Said

Penolong Penyelaras : En Nohan B. Miskon

Setiausaha : Pn Norizan Bt Awang

Bendahari : Pn Fadhliza Bt Che Din

Jawatankuasa Kecil

Jawatan Bidang TugasPengurus Peserta:1) En Hairol Anuar Hashim -

Ketua

Menyediakan murid-murid untuk menyertai perkhemahan.

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta.

Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan.

Menyediakan jadual guru bertugas. Memastikan penyediaan senarai semak

peralatan lebih awal. Memastikan disiplin peserta sebelum dan

selepas perkhemahan.

Khemah:1) En Fazly B. Ibrahim -ketua

Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan.

Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta dan guru.

Memastikan setiap khemah dibuka dan

BSMM LINK KLANGPage 5

Page 6: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

dibersihkan selepas perkhemahan. Menyediakan senarai nama guru mengikut

khemah masing-masing. Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya

terdapat pinjaman khemah dari luar.

Aktiviti:1) En Ahmad Shukri b. Said –

Ketua2) Pn Anida Bt Kaimi –

Pen.Ketua

Merangka, merancang dan mengurus aktiviti yang hendak dijalankan.

Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan.

Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan.

Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab.

Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.

Memastikan kelancaran aktiviti.

Hadiah / Cenderamata:1) Pn Satiyavani A/P

Darmalingam -Ketua

Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan hadiah.

Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan.

Menyediakan cenderahati untuk urusetia dan peserta sebagai kenang-kenangan.

Sijil Penyertaan:1) Pn Suzana Bt Aziz -ketua

Menyediakan Sijil Penyertaan kepada semua peserta.

Kerohanian:1) En Muhamad B. Hussin -

Ketua

Memulakan perjalanan dengan bacaan doa. Memastikan perlaksanaan jadual solat

berjemaah terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh.

Mengadakan bacaan yaasin pada malam jumaat.

Mengadakan tazkirah selepas solat subuh dan maghrib.

Memastikan tempat solat dalam keadaan yang bersih dan teratur.

Elektrik dan Siaraya:1) En Najhan B. Mat Akhir –

Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna di seluruh

BSMM LINK KLANGPage 6

Page 7: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

Ketua tapak perkhemahan sepanjang tempoh perkhemahan.

Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai.

Mengurus dan menyediakan peralatan bagi Malam Kebudayaan.

Makanan:1) Pn Norhaida Bt Ibrahim -

Ketua

Menyediakan senarai menu sepanjang program.

Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan urusetia.

Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan.

Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan.

Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur.

Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang ingin dijalankan.

Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta seperti sesetengah individu yang mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan.

Keselamatan / Kecemasan:1) Pn Nor Azah Bt Ismail –

Ketua

Memastikan keselamatan peserta dan kawasan sekitar perkhemahan.

Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran kumpulan aktiviti.

Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang ditugaskan.

Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan.

Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan peralatannya adalah lengkap.

Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, serta membuat pemantauan dan kawalan keselamatan.

Peka terhadap masalah kesihatan peserta.

Urusetia:1) Pn Ramlah bt Ishak -

Ketua

Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan. Menyelaras perjalanan aktiviti dan

pertandingan. Sentiasa menghebahkan segala maklumat

terkini.

BSMM LINK KLANGPage 7

Page 8: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas.

Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan.

Mengendalikan acara majlis penutup. Menyediakan kain rentang perkhemahan.

Apresiasi Seni:1) Pn Pakiam A/P Rajoo –

Ketua

Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya.

Menyediakan borang penghakiman. Mengurus perjalanan Malam Kebudayaan Memastikan tempat aktiviti Malam

Kebudayaan bersih selepas digunakan. Memberi taklimat kepada peserta

persembahan 3 hari sebelum pertandingan.

Senaman Pagi:1) Pn Punitha Selveswari A/P

Ramayah –Ketua

Menyediakan jadual bertugas pengendali senaman pagi.

Mengendalikan perjalanan senaman pagi selama tempoh perkhemahan berlangsung.

BSMM LINK KLANGPage 8

Page 9: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

7.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Sijil dan hadiah RM 350

2 Makanan 250 orang xRM16 ( 3hari) RM 4000

3 Aktiviti RM 300

4 Saguhati Fasilitator RM 500

5 Rencam RM 200

JUMLAH BESAR RM 5350

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program

ini ialah sebanyak RM20.00.

BSMM LINK KLANGPage 9

Page 10: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina

keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat

berbilang kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan

memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu

diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan memberikan hasil

dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid yang

terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(Pn Norizan Bt Awang ) (Encik Anuar B. Mohd Kusni)

Setiausaha, Pegawai Unit Ko-Kurikulum,

Bulan Sabit Merah Malaysia (Link), Pejabat Pelajaran Daerah Klang.

Chapter Klang.

BSMM LINK KLANGPage 10

Page 11: Kertas Kerja Pkhemahan Pbsm 2010

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN

Masa6.00 am

8.00 am

8.00 am

10.00 am

10.00 am

12.00 pm

12.00 pm

2.00 pm

2.00 pm

4.00 pm

4.00 pm

5.00 pm

5.00 pm

6.00 pm

6.00 pm

8.00 pm

8.00 pm

9.00 pm

9.00 pm

11.00

pm

HARI

PERTAMA

14.5.2010

PENDAFTARAN

TAKLIMAT

MENGEMAS

BARANG

SOLAT ASAR &

PEMBAHAGIAN

KUMPULAN

PENGURUSAN

DIRI

SOLAT MINUM

PETANG

LDK 1

ICE BREAKING &

PEMBENTUKAN

KUMPULAN

HARI

KEDUA

15.5.2010

PENGURUSAN

DIRI

SOLAT SUBUH

SENAMAN

PAGI

SARAPAN

PAGI

MODUL 1

SCAVENGER

HUNT

MODUL 2:

MACGYVER

MAKAN

TENGAHARI

&

SOLAT

MODUL 3 :

CPR

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM

PETANG

MODUL 4:

SUKAN

RAKYAT

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM

PETANG

LDK 2

LATIHAN

PERSEMBAHAN

MALAM

1001

IMPIAN

HARI

KETIGA

16.5.2010

PENGURUSAN

DIRI

SOLAT

SENAMAN

PAGI

SARAPAN

PAGI

MODUL 5:

IQ GAME

CHALLENGE

MODUL 6:

“TER”

MAJLIS

PENUTUP,

MAKAN

TENGAHARI

&

SOLAT

SESI

FOTOGRAFIBERSURAI

BSMM LINK KLANG Page 11