kertas kerja perkhemahan pk 2013-selai

20
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT TAHUN 2013 TARIKH : 4-5 September 2013 TEMPAT : Taman Negara Endau-Rompin Selai PENGELOLA PROGRAM : SK KG KUDONG 1

Upload: mehmethilmi

Post on 13-Sep-2015

265 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Contoh kertas kerja program perkhemahan bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi.

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN

PAGE

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS

DAERAH SEGAMAT TAHUN 2013TARIKH: 4-5 September 2013TEMPAT: Taman Negara Endau-Rompin SelaiPENGELOLA PROGRAM : SK KG KUDONGSEGAMAT,JOHOR.1.PENDAHULUAN

Perkhemahan gabungan sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas telah menjadi satu agenda tahunan dalam takwim Pendidikan Khas Daerah Segamat. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

2.MATLAMATPerkhemahan yang dijalankan akan dapat melahirkan pelajar yang boleh mengurus diri dalam suasana dan keperluan yang terbatas, menepati masa dan bertanggungjawab, menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.3.OBJEKTIF

3.1Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta tentang aspek

perkhemahan secara menyeluruh.3.2 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

3.3 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

4.SASARANPelajar pelajar Pendidikan Khas dari sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di daerah Segamat.5.PELAKSANAAN

5.1 TARIKH: 4-5 September 2013 5.2 HARI: Rabu dan Khamis5.3 TEMPAT : Taman Negara Endau Rompin Selai. 6.SENARAI JAWATANKUASA6.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH

SEGAMAT TAHUN 2013Penaung

: EN. YASIRAN BIN MASKOM

(Pegawai Pelajaran Daerah Segamat)

Penasihat

:EN. MASNAWI BIN SHAMSUDIN

(PPP Daerah Segamat Pendidikan Khas/ Pemulihan)Pengerusi

:PN. Rosnah Binti Yaacob

(Guru Besar SK KG Kudong)Naib Pengerusi

:En. Sandiran A/L Alaganathan

(GPK Ko-kurikulum SK KG Kudong)Penyelaras Program:PN. Siti Asmira Binti Mohd Idris

(Penyelaras Pendidikan Khas SK Kg Kudong)Setiausaha

:En. Rasidde Bin A. Jalil

(Guru Pendidikan Khas SK Kg Kudong)

Bendahari

: En. Ainuddin Bin Mohd Zainal Arifin

(PPM Pendidikan Khas SK Kg Kudong)

Kem Komandan

:TN.HJ ANUAR BIN ABDUL HALIM

(Guru Pendidikan Khas SMK Maokil)

Pen. Kem Komandan:EN. ZULHAFIZI BIN ISMAIL

(Guru Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris)

6.2 AJK JAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN 6.2.1Urusetia SK Kg Kudong

6.2.2PENDAFTARAN

SK Seri Bekok 6.2.3Aktiviti, Pertandingan dan Jurulatih

SK Dato Wan idris (K)SMK Tenang StesenSK LKTP Palong Timur SMK LKTP Palong Timur SJKC Jementah 1SMK Dato Bentara Dalam

6.2.4Makanan MURID DAN JAMUAN VIP

SK Bandar Putra (K)SK Tenang Stesen

SK LKTP Medoi

6.2.5 PERASMIAN Penutup dan Juru Acara

SK Pogoh (K)SK Kemedak6.2.6PERALATAN

SMK Paduka Tuan (K)SMK Buloh Kasap

6.2.7PENGANGKUTAN

SMK Bekok (K)SK Batu Anam 6.2.8Rakaman FOTO/vedio

SJKC Li Chi (K) 6.2.9PERSIAPAN TEMPAT

SK Kg Kudong (K)

6.2.10Siaraya/P.a sistem

SK Desa Temu Jodoh (K)

6.2.11Hadiah, Sijil dan Cenderamata

SMK Labis (K)SMK Pemanis

6.2.12KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

SMK Chaah (K)

SMK Seri Jementah

6.2.13 BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN

SJKC Labis (K)

6.2.14PUBLISITI

SK LKTP Chemplak

6.2.15KEROHANIAN/ MORAL

SK Labis

SJKT Batu Anam 6.2.16KEBERSIHAN

Sk Temenggong Abdul Rahman (K)

SK Jementah

6.2.17 KAWALAN MURID

SK LKTP Maokil 1 (K)

SMK Gemereh

SJKC Hua Nan

6.2.18PENGINAPAN

SK Kg Kudong

6.2.19KEPUASAN PELANGGAN

SJKT Cantuman Chaah

6.2.20SUMBANGAN

SK Air panas

SK Sri Bali

SK Spang Loi

SJKC Bukit Siput

7.JADUALRujuk Lampiran 18.SUMBER KEWANGAN Yuran Peserta (RM 65 X bil. peserta)Sumbangan Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas Daerah SegamatSumbangan badan NGO dan bukan NGO9.PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan:

Makan dan jamuan peserta serta VIP

= RM 6,000

Pengangkutan

= RM 100

Aktiviti

= RM 600

Guide

= RM 500

Tapak perkhemahan/ Latihan Jasmani

= RM 800

Hadiah dan Cenderamata

= RM 300

Banner

= RM 100

Insuran

= RM 316

Buku program/ kad jemputan

= RM 50

Belanja runcit

= RM 500

Jumlah

= RM 9266,0010. SUMBER TENAGA

9.1Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Segamat

9.2Pembantu Pengurusan Murid

11.KAWALAN DAN PENYELIAAN

10.1Penyelaras / Urusetia Program

10.2Kem Komandan

10.3Guru-guru pengiring setiap sekolah (1 orang guru bagi 2 orang murid)12. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

12.1SEKOLAH

11.1.1 Khemah peserta

11.1.2 Peti pertolongan cemas

11.1.3 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan )

11.1.4 Surat Kebenaran Waris

11.1.5 Keperluan-keperluan lain

12.2 PESERTA

11.2.1 Seluar dan t-shirt secukupnya

11.2.2 T-shirt pengakap (Majlis Penutup)

11.2.2 Pakaian riadah / Sukan termasuk kasut (Kasut Sukan & Kasut Getah)

11.2.3 Pakaian ibadah termasuk sejadah

11.2.4 Peralatan peribadi (alatan mandi)11.2.5 Lampu picit13. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Pendidikan Khas Daerah Segamat Tahun 2013 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah mencapai kegemilangan. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni ini.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:..................................

..................................

..................................

(Rasidde Bin A.Jalil) (Siti Asmira Binti Mohd Idris)

(Rosnah Binti Yaacob)Setiausaha

Penyelaras Pendidikan Khas Guru BesarProgram Perkhemahan P.Khas SK KG Kudong

Sk Kg Kudong

Daerah Segamat Tahun 2013PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJAPERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2013

1. Jawatankuasa Urus setia

1. Melantik AJK

2. Memastikan program lancar dan tersusun

3. Bekerjasama dengan jawatankuasa perasmian penutup

4. Menyelaraskan tugasan di antara semua jawatankuasa penuntup

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)

2. Jawantankuasa Pendaftaran1. Melantik AJK2. Menyediakan kertas cadangan3. Menyediakan borang pendaftaran4. Menguruskan pendaftaran peserta dan guru-guru pengiring5. Menyediakan tag peserta dan fasilitator

6. Bekerjasama dengan jawatankuasa urusetia7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)3. Jawatankuasa Aktiviti, Pertandingan dan Jurulatih

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas

4. Menyelaras dan memantau perjalanan aktiviti sepanjang perkhemahan

5. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan

6. Menetapkan aktiviti pertandingan

7. Menyediakan format/ syarat pertandingan

8. Menentukan jumlah hakim pertandingan

9. Mengatur taklimat untuk petugas/jurulatih10. Melantik fasilitator untuk setiap kumpulan

11. Membahagikan kumpulan pelajar12. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)4. Jawatankuasa Makanan Murid & Sajian VIP1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat

4. Memastikan tahap kualiti makanan terjamin5. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi

6. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan

7. Menentukan menu harian

8. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )

9. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan

10. Menentukan lokasi penyediaan makanan

11. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)5. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyusun aturcara perasmian penutup4. Bekerjasama dengan jawatankuasa urusetia dan PA sistem5. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa

6. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)6. Jawatankuasa Peralatan1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan

4. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan

5. Memastikan alatan selamat digunakan

6. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)7. Jawatankuasa Pengangkutan1. Melantik AJK 2. Menyediakan kertas cadangan3. Menyediakan pengangkutan pergi dan balik .

4. Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU) 8. Jawatankuasa Rakaman Foto / vedio1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan3. Menyediakan alatan seperti kamera, perakam video, dan sebagainya.4. Membuat rakaman foto keseluruhan program

5.Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)

6.Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)

9. Jawatankuasa Persiapan Tempat1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina

4. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa

5. Memastikan tapak perkhemahan bersih

6. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)10. Jawatankuasa Siaraya/ P.A. Sistem1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya

4. Menyediakan petugas siaraya

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)11. Jawatankuasa Hadiah, Sijil dan Cenderamata1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyusun tempahan hadiah

4. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim

5. Menguruskan sijil-sijil6. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah

7. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan8. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah

9. Memastikan penerima hadiah bersiap sedia awal

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)

12. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan berdekatan4. Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan

5. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan

6. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas

7. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan.

8. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas

9. Merekod rawatan pesakit

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)13. Buku Program dan Jemputan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan 3. Menyediakan buku program yang mengandungi matlamat, objektif, jawatankuasa pengelola, tentatif program dan apa yang difikirkan perlu.4. Menyediakan buku program untuk diagihkan kepada perasmi, VIP dan PPD.5. Menyedia dan mengedarkan kad jemputan kepada perasmi, VIP dan PPD.6. Menyediakan senarai semak terakhir nama jemputan yang akan hadir.

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)14. Jawatankuasa Publisiti 1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan 3. Menyediakan banner yang sesuai dengan tema perkhemahan

4. Menyediakan cadangan lain untuk penambahbaikan jawatankuasa kerja5. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)15. Jawatankuasa Kerohanian/ Moral1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Memastikan semua peserta Islam mengikuti solat secara berjemaah

4. Menyediakan pengisian takzirah/ bimbingan moral

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)16. Jawatankuasa Kebersihan1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Menyediakan plastik sampah

4. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu

5. Memastikan seluruh kawasan perkhemahan bersih sepanjang masa

6. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah

7. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan

8. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih

9. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)17. Jawatankuasa Kawalan Murid dan Keselamatan1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Membuat jadual guru bertugas pada waktu siang dan malam

4. Memastikan keadaan terkawal sepanjang aktiviti dijalankan

5. Memaklumkan kepada urusetia jika berlaku kecemasan untuk tindakan selanjutnya18. Jawatankuasa Penginapan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas cadangan

3. Mendapatkan jumlah pegawai yang memerlukan penginapan

4. Mengenal pasti bangunan dan kawasan penginapan

5. Mengagihkan penginapan para peserta

6. Menyelaras peraturan penginapan

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan (JIKA PERLU)19. Jawatankuasa Sumbangan1. Melantik AJK

2. Menyediakan kertas konsep

3. Mengenal pasti penaja bagi menjayakan program

4. Menyediakan resit dan surat penghargaan untuk penaja

20. Jawatankuasa Kepuasan Pelanggan

1. Melantik AJK

2. Menyediakan borang skala pemarkahan program Lampiran 1

JADUAL PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2013TARIKHMASAAKTIVITITINDAKAN

4/9/20138.00 9.00 pagiBerkumpul di SK Kg KudongUrusetia

AJk Pendaftaran

9.00 11.00 pagiBertolak ke Taman Negara Endau RompinAJK Pengangkutan

11.00 11.30 pagiTiba di Taman negara Endau RompinAJK Keselamatan

11.30 12.30 tengah hariTaklimat Keselamatan & Mendirikan KhemahKem Komanden

12.30 2.00 petangMakan Tengah Hari, Urus Diri & Solat ZohorAJK Makanan

AJK Kerohanian/Moral

2.00 4.00 petangAktiviti 1AJK Aktiviti & Bomba

4.00 5.00 petangMinum Petang & Solat AsarAJK Makanan

AJK Kerohanian/Moral

5.00 6.30 petangAktiviti 2AJK Aktiviti & Bomba

6.30 7.45 malamMakan Malam, Urus Diri & Solat MaghribAJK Makanan

AJK Kerohanian/Moral

7.45 8.15 malamTazkirah MaghribAJK Kerohanian/Moral

8.15 8.45 malamSolat IsyakAJK Kerohanian/Moral

8.45 10.30 malamAktiviti 3AJK Aktiviti

10.30 11.00 malamMinum MalamAJK Makanan

11.00 malamTidurAJK Keselamatan

5/9/20135.30 6.15 pagiUrus Diri & Solat SubuhAJK Kerohanian/Moral

6.15 6.45 pagiTazkirah SubuhAJK Kerohanian/Moral

6.45 7.30 pagiAktiviti 4AJK Aktiviti

7.30 8.00 pagiSarapan PagiAJK Makanan

8.00 10.00 pagiAktiviti 5AJK Aktiviti

10.00 10.30 pagiMinum PagiAJK Makanan

10.30 12.00 tengah hariMengemas Tapak Perkhemahan & Urus DiriAJK Kebersihan

12.00 1.00 petangMajlis PenutupAJK Penutup

1.00 2.00 petangMakan Tengah Hari & Solat ZohorAJK Makanan

AJK Kerohanian/Moral

2.00 4.00 petangBertolak ke SK Kg KudongAJK Pengangkutan

4.00 petangPulang ke Destinasi Masing-MasingGuru Pengiring

BORANG PENDAFTARAN PROGRAM PERKHEMAHAN

PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2013SEKOLAH

:_____________________________________________________________

GURU PENGIRING:____________________________________________________________NO. TELEFON

:_______________________________SENARAI NAMA PESERTA

BilNama PesertaNo. Kad OKUNo.Sijil Kelahiran/KPTarikh Lahir

Disahkan Oleh:

Cop Sekolah

Tarikh :______________________*Catatan:1. Borang penyertaan MESTI dihantar sebelum/ pada 1 Ogos 2013 (Isnin) kepada Pengelola Program SK Kg Kudong, Segamat [up: Pn Siti Asmira Binti Mohd Idris (019-7112955)] atau Email : ([email protected])2. Bayaran yuran peserta perlulah dijelaskan sebelum atau pada mesyuarat penyelarasan perkhemahan (20 Ogos 2013-cadangan)3. Pastikan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga diserahkan semasa sesi pendafaran.

PAGE 6