kertas kerja perkhemahan ketua sekawan pengakap

8
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KETUA SEKAWAN PENGAKAP SK SUNGAI RAPAT 2013 Cadangan Tarikh : 15 - 16 MAC 2013 ( JUMAAT-SABTU) 1. Pendahuluan Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap adalah salah satu aktiviti pengakap bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid- murid supaya aktif dalam bidang kokurikulum. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pengenalan pengakap dunia antarabangsa,pakaian seragam yang lengkap, penyediaan buku log dan mempelajari kemahiran berpengakap dan mendapat lencana-lencana pengakap kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman dalam berpengakapan. 2. Matlamat. Matlamat Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran : 2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dikalangan murid dan guru-guru. 2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid. 2.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul. 3. Objektif. Objektif Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti ko- kurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah: 3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan dalam unit beruniform. 3.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber. 3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tingg 1

Upload: c-hensem-zulman

Post on 27-Dec-2015

111 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sambungan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KETUA SEKAWAN PENGAKAP

SK SUNGAI RAPAT2013

Cadangan Tarikh : 15 - 16 MAC 2013 ( JUMAAT-SABTU)

1. Pendahuluan

Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap adalah salah satu aktiviti pengakap bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif dalam bidang kokurikulum. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pengenalan pengakap dunia antarabangsa,pakaian seragam yang lengkap, penyediaan buku log dan mempelajari kemahiran berpengakap dan mendapat lencana-lencana pengakap kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman dalam berpengakapan.

2. Matlamat.

Matlamat Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran :

2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dikalangan murid dan guru-guru.

2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid.2.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan

mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.

3. Objektif.

Objektif Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah:

3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan dalam unit beruniform.

3.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tingg

1

Page 2: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

4. Kumpulan Sasaran.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap akan melibatkan kepada:

4.1 Ahli pengakap Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja.4.2 Semua Guru Pengakap.

5. Aktiviti.

TARIKH : 15 MAC 2013 ( JUMAAT )

3.00 petang : Istiadat Laung Agung:Taklimat Perkhemahan

3.30 – 4.30 ptg : SLOT 1 - Pengenalan Pengakap

4.30 – 5.00 ptg : Minum Petang / Sembahyang Asar

5.00 – 6.00 ptg : SLOT 2 – Berbasikal

6.00 – 6.45 ptg : SLOT 3 - Ikatan

6.45 ptg : Makan Malam/Siap diri

7.30 - 8.30 malam : Sembahyang Magrib/Isha (Dataran Kasih)

9.00 – 10.30 malam : SLOT 4 - Malam Kebudayaan

10.30 – 11.00malam : Minum Malam/BBQ

11.30 malam : T I D U R

2

Page 3: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

TARIKH : 16 MAC 2013 ( SABTU)

6.00 pagi : Kecergasan

6.30 pagi :Sembahyang Subuh/ Siap Diri

7.00 – 7.30 : Sarapan Pagi

7.30 -8.00 : Istiadat Laung Agung

8.00 – 10.30 : SLOT 5 : Aktiviti Stesen Kemahiran Pengakap

10.30 – 11.00 : REHAT

11.00 – 12.30 tengahari : Majlis Penutup Penyampaian sijil dan lencana

12.30 – 1.30 : Makan Tengahari/S.Dzohor

1.30 – 2.30 petang : Gotong-royong

3.00 petang : B E R S U R A I

6. Sasaran : 6.1 Ahli pengakap Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja.

6.2 Semua Guru Pengakap .

7. Tarikh : 15 Mac – 16 Mac 2013 ( Jumaat – Sabtu )

8. Tempat : SK Sungai Rapat

9. Anggaran Kos :

9.1 Anggaran Perbelanjaan :

3

Page 4: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

No PerkaraBil.

Hadiah Harga Total9.1.1 Pertandingan Buku Log 12 RM5 RM60.00

         

9.1.2Pertandingan Malam Kebudayaan

     

  Tempat pertama 2 RM5 RM10.00  Tempat kedua 2 RM4 RM8.00  Tempat ketiga 2 RM3 RM6.00  Saguhati 2 RM2 RM4.00         

9.1.3 Pertandingan Kraftangan        12 RM3 RM36.00            

9.1.4 Makanan murid 84 RM15 RM1260.00         

  Jumlah Keseluruhan     RM1444.00

10. Sumber Kewangan : 10.1 Peruntukan Sekolah Wang Kokurikulum

10.2 Peruntukan Wang Suwa Kokurikulum

11. Strategi Perlaksanaan : 11.1 Mengemukan proposal Program.

11.2 Melantik Ahli Jawatankuasa. 11.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja. 11.4 Melaksanakan Program. 11.5 Pemantauan. 11.6 Penilaian.

12. Kawalan & Penyeliaan: 12.1 Guru Besar 12.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran12.3 Guru Penolong Kanan HEM

12.4 Guru Penolong Kanan Petang.

13. Penilaian: Keberkesanan program Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap 2013 ini dapat dinilai : 13.1 Murid dapat menghargai hadiah anugerah yang

diterima

4

Page 5: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

13.2 Program yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.

13.3 Mendokumentasikan laporan program yang dirancangkan dalam format yang standard.

13.4 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang perlu dikekalkan.

14. Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi. : Pn. Sariyah bt Kamis (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Peggy Wong (Penolong Kanan Ko-kurikulum): Pn. Shamsiah Bt Abd.Kadir (Penolong Kanan 1): Pn. Latifah Binti Majid (Penolong Kanan HEM): Pn. Hjh. Noorihan Binti Abd Hadi (Penyelia Petang)

Setiausaha : Pn.Noor Akmar Bt Mohd Pahri

Bendahari : En. Herman Bin Mat Zan

Bil Tugas & Senarai Nama Bidang Tugas14.1 Setiausaha

Pn.Noor Akmar Bt Mohd Pahri

1. Menulis aturcara majlis yang dipersetujui oleh semua.

2. Mencari butiran maklumat yang diperlukan oleh J/K Buku program.

3. Menyelia kelancaran aktiviti dan pertandingan.

4. Menyediakan laporan Perkhemahan.

14.2 BendahariEn. Herwan b. Mat Zan

1. Menyediakan laporan kewangan

14.3 Buku ProgramPn. Norliza Bt Japilos

1. Merangka isi kandungan untuk buku program.

2. Memastikan Buku Program disiapkan dengan sempurna

14.4 Penyelaras Pertandingan

a) Buku logPn.Zaleha Bt Mohd Samanb) Malam Kebudayaan Pn.Noor Akmar Mohd Pahri

c)KraftanganPn.Noor Iziana Bt Istihat

1. Menyelaraskan pertandingan yang akan dijalankan.

2. Menyediakan tempat dan peralatan yang bersesuaian dengan pertandingan.

3. Memastikan murid bersediakan untuk pertandingan.

4. Mengawal disiplin murid sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

5

Page 6: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

5. Mencari hakim bagi sesuatu acara yang dipertandingkan.

14.5 Pengurus Penerima Sijil dan Lencana

Pn.Faizah Bt BaharuddinPn,Nurfaizahwati Bt Ishak

1. Mendapatkan senarai nama penerima hadiah.

2. Menyusun atur kedudukan dan urutan peserta yang menerima hadiah.

3. Memastikan penerima hadiah bersedia pada masa untuk menerima hadiah.

14.6 HadiahPn. Zaleha bt Mohd SamanPn.Norliza Bt JapilosPn.Salma Bt Ibrahim

1. Menentukan hadiah dan bilangannya untuk setiap kategori.

2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

3. Memastikan hadiah dibalut dengan kemas dan kategori hadiah ditulis dengan sempurna.

4. Memastikan susunan hadiah selaras dengan juruacara majlis semasa penyampaiannya.

5. Menyediakan alatan berkaitan (dulang, alas meja) yang mecukupi.

14.7 Persiapan Dewan/ TempatEn.Nurulizwan B. Mohd Basri

1. Menyediakan dan menyusun kerusi serta peralatan lain yang digunakan. (meja hadiah, rostrum dsb)

2. Memastikan dewan bersih dan kemas.

3. Mengemas semula dewan setelah majlis selesai.

14.8 SiarayaEn. Nurulizwan B. Mohd Basri

1. Menentukan bilangan peralatan yang perlu digunakan.

2. Menyediakan alatan dan memastikan dapat berfungsi dengan baik.

3. Menyelia kawal sistem dan mutu bunyi alatan.

4. Mengemas dan menyimpan semula peralatan yang digunakan.

14.9 DisiplinEn.Zulman B Mohd Noor

1. Memastikan keadaan murid terkawal semasa pertandingan dan sepanjang majlis

6

Page 7: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

berlangsung sama ada di dewan atau kawasan sekolah yang lain.

14.11 MakananPn.Faizah Bt BaharuddinPn.Nurfaizahwati Bt IshakPn.Nooraini Bt Abd RahmanPn.Khadijah Bt Mohd YusoffPn.Maziah Bt Abdul Wahid

1. Menentukan jenis makanan untuk jamuan.

2. Menyediakan anggaran perbelanjaan/kos.

6. Penutup.

Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap yang akan dijadikan acara tahunan ini akan memberi dorongan kepada pelajar supaya lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik SK Sungai Rapat. Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

Disediakan oleh:

…………………………………………..(NOOR AKMAR BT MOHD PAHRI )Setiausaha Perkhemahan.SK Sungai Rapat.

Disemak oleh:

..................................................(PN. PEGGY WONG)Penolong Kanan Ko-kurikulumSK Sungai Rapat

Diluluskan oleh:

.......................................................................(PN. SARIYAH BINTI KAMIS)

Guru BesarSK Sungai Rapat

7

Page 8: Kertas Kerja Perkhemahan Ketua Sekawan Pengakap

8