kertas kerja perkhemahan

5
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENDIDIKAN ALAM SEMULA JADI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2015 1.0 RASIONAL Pemupukan amalan mencintai persekitaran dan alam semula jadi dalam diri pelajar akan dapat membantu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan kemajuan negara. Lantaran itu, suatu pendekatan yang difikirkan lebih praktis untuk melaksanakan Pendidikan Alam Semula Jadi adalah dengan memberi peluang kepada murid-murid mengalami dan melihat sendiri hakikat saling kebergantungan dan hubungan antara unsur yang membina alam semula jadi itu. Demikian juga, kefahaman murid-murid mengenai prinsip-prinsip yang mendasari sesuatu fenomena atau kejadian semula jadi dan teori-teori saintifk terjana daripadanya akan menjadi lebih mantap apabila mereka sendiri berada dalam suasana atau situasi terjadinya fenomena tersebut. Dengan mengalami dan menikmati sendiri keindahan dan keseimbangan alam semula jadi, maka kecintaan murid-murid terhadap alam semula jadi akan bertambah mendalam. Justeru, murid-murid akan dapat menilai secara rasional dan saksama sebarang isu yang berbangkit mengenai keseimbangan dan keindahan alam semula jadi khususnya mengenai keperluan

Upload: jenry-saiparudin

Post on 11-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Perkhemahan Alam Semula Jadi Tahap 2

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENDIDIKAN ALAM SEMULA JADISEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 20151.0 RASIONALPemupukan amalan mencintai persekitaran dan alam semula jadi dalam diri pelajar akan dapat membantu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan kemajuan negara. Lantaran itu, suatu pendekatan yang difikirkan lebih praktis untuk melaksanakan Pendidikan Alam Semula Jadi adalah dengan memberi peluang kepada murid-murid mengalami dan melihat sendiri hakikat salingkebergantungan dan hubungan antara unsur yang membina alam semula jadi itu. Demikian juga, kefahaman murid-murid mengenai prinsip-prinsip yang mendasari sesuatu fenomena atau kejadian semula jadi dan teori-teori saintifk terjana daripadanya akan menjadi lebih mantap apabila mereka sendiri berada dalam suasana atau situasi terjadinya fenomena tersebut.

Dengan mengalami dan menikmati sendiri keindahan dan keseimbangan alam semula jadi, maka kecintaan murid-murid terhadap alam semula jadi akan bertambah mendalam. Justeru, murid-murid akan dapat menilai secara rasional dan saksama sebarang isu yang berbangkit mengenai keseimbangan dan keindahan alam semula jadi khususnya mengenai keperluan pembangunan dan kepentingan alam semula jadi kepada bangsa dan negara. Kecintaan yang mendalam ini jugalah akan merangsang murid-murid untuk memelihara dan memulihara alam semula jadi sebagai satu usaha melestarikan alam semula jadi khususnya dalam usaha mencegah pencemaran dan penyalahgunaan sumber-sumber alam secara melampau.

2.0 RASIONALProgram alam semula jadi merupakan program yang membantu murid memahami perkaitan antara semua komponen alam semula jadi terutamanya interaksi antara manusia dengan alam semula jadi. Ia juga dapat membantu murid menguasai kemahiran saintifik tentang isu-isu dan tindakan yang wajar dalam meningkatkan kualiti alam semula jadi. Melalui program ini, murid diharapkan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mengubah sikap bagi menangani isu-isu alam semula jadi agar mereka mengambil bahagian secara aktif dalam usaha melindungi alam semula jadi.

3.0 MATLAMATUntuk melahirkan insan yang bukan sahaja mencintai dan menyumbang kepada kelestarian alam semula jadi sebagai satu sumber ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni kemanusiaan yang akan menjadikan mereka warga yang cemerlang kepada bangsa dan negara.

4.0 OBJEKTIFPendidikan alam semula jadi membolehkan murid:4.1 Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam semula jadi,4.2 Memupuk sikap positif, mencintai alam semula jadi dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi4.3 Memahami dan menghargai wujudnya fauna dan flora yang mempunyai peranan masing-masing dalam menjamin kelangsungan hidup sejagat4.4 Menjana dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan melalui aktiviti kajian luar secara berkumpulan

5.0 TARIKH PELAKSANAAN16 hingga 18 Mei 20156.0 TEMPAT

7.0 JANGKA MASA PROGRAM4 Hari 3 Malam

8.0 SASARAN8.1 Murid-murid Sekolah Rendah Tahap 2 ( Tahun 5 dan 6)8.2 Kriteria Pemilihan Peserta8.2.1 Tidak menghidap masalah kesihatan8.2.2 Tidak fobia dengan aktiviti air dan aras tinggi8.2.3 Memiliki ketahanan fizikal dan mental8.2.4 Mempunyai insurans Takaful8.2.5 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga

9.0 PENGISIAN PROGRAM9.1 Pendidikan Kerohanian dan Moral9.2 Pendidikan Ketatanegaraan dan Malaysia Cergas9.3 Kawad Kaki9.4 Pecah Bendungan9.5 Rekreasi Tali9.6 Kajian Sungai9.7 Permainan Alam9.8 Lawatan ke Zoo9.9 Denai Alam/Sahabat Pokok9.10 Saintis Muda9.11 Malam Hijau9.12 Memerhati Burung