kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

29
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD 1.0 PENGENALAN Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nanas diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamaya di Johor. Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Untuk projek perladangan bagi kawasan seluas 5 hektar yang ingin saya usahakan, saya telah memilih untuk mengusahakan nanas daripada kumpulan Spanish iaitu varieti nanas gandul kerana tujuan projek perladangan saya adalah untuk memasarkan dan membekalkan hasil nanas kepada kilang-kilang memproses nanas untuk ditinkan kerana variety ini adalah jenis variety yang sesuai untuk diproses kerana sifat buahnya yang tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Nanas gandul contohnya mempunyai 1

Upload: roman-picisan

Post on 14-Jun-2015

3.333 views

Category:

Small Business & Entrepreneurship


461 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

1.0 PENGENALAN

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang

dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nanas diperkenalkan di Tanah

Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman

getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai

tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di

kawasan tanah gambut terutamaya di Johor. Malaysia merupakan salah satu negara

pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory

Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang

dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika

Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Untuk projek perladangan bagi kawasan seluas 5 hektar yang ingin saya usahakan, saya

telah memilih untuk mengusahakan nanas daripada kumpulan Spanish iaitu varieti nanas

gandul kerana tujuan projek perladangan saya adalah untuk memasarkan dan membekalkan

hasil nanas kepada kilang-kilang memproses nanas untuk ditinkan kerana variety ini adalah

jenis variety yang sesuai untuk diproses kerana sifat buahnya yang tahan lasak dan tidak

mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Nanas gandul contohnya

mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi

kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik

sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang

tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA

atau pun Etephon akan diletakkan pada pokok yang telah sedia untuk digalakan

pembungaan.

Antara ciri lain yang terdapat pada variety ini adalah pokok ini mempunyai 35 - 70 helai

daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya pula mempunyai duri dibahagian hujung

dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang

terbit pada pangkal buah. Saiz buahnya pula adalah sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji

yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan apabila masak, warna buahnya bertukar dari

hijau ungu gelap atau jingga kemerahan  Isinya pula berwarna kuning keemasan dan

berserabut.

1

Page 2: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Bayu Farm Agro Sdn Bhd didaftarkan pada 25 Ogos 2012 dengan modal berbayar sebanyak RM

100,000.00 dan mempunyai ekuiti bumiputera 100%.Syarikat telah melihat peluang yang begitu

luas dalam bidang pertanian khususnya penanaman nanas dan berkeyakinan untuk melibatkan

diri dalam perusahaan ini. Lokasi ladang dan syarikat Bayu Farm Agro Sdn Bhd bertempat di :

No. 47 Bangunan SEDCO,jalan cosway 91308 Semporna,Sabah. Syarikat telah mengusahakan

penanaman nanas Moris seluas 2 hektar khusunya untuk kegunaan segar dan dipasarkan di pasar-

pasar sekitar Tawau dan Semporna Sabah. Untuk mengembangkan lagi perusahaan perladangan

ini,Bayu Farm Agro Sdn Bhd ingin membuka dan mengusahakan ladang nanas seluas 5 hektar

untuk penanaman nanas Gandul di kawasan Sabah . Lokasi ladang untuk penanaman nanas

gandul ini adalah beralamat di kampong pokas,jalan tagasan baru 91308 semporna ,sabah

.Tanah untuk projek penanaman ini telah dipeolehi secara pajakan (sewa) dari pemilik tanah di

lokasi tersebut. Projek penanaman nanas ini bertujuan untuk membekalkan hasil nanas gandul

ini kepada kilang-kilang pemprosesan nanas untuk dikalengkan atau membuat produk lain

seperti jem ,kordial dan sebagainya.. Syarikat memandang jauh potensi bidang usaha ini kerana

produk nanas sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya pada produk hiliran.

Dengan projek penanaman dan pengedaran hasil nanas ini kepada kilang-kilang memproses,

syarikat melihat projek ini sebagai satu keperluan untuk memperkembangkan pasaran nanas dan

produk hiliran serta ingin menyahut seruan kerajaan yang sedang giat meningkatkan bidang

pertanian dan hasil hilirannya.

3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan

bagi :

i) Memohon pembiayaan pinjaman untuk Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah

(SUTKS) daripada Bank Pertanian berjumlah RM 150,000.00 sebagai modal

tambahan dan modal pusingan bagi mengembangkan aktiviti pertanian ini.

ii) Merancang pelaksanaan projek.

iii) Dijadikan garis panduan mengusahakan ladang penanaman nanas Gandul .

2

Page 3: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan/Syarikat : Bayu Farm Agro Sdn Bhd.

Alamat Berdaftar : No. 47 Bangunan SEDCO,jalan cosway 9108 Semporna,Sabah.

Alamat Operasi : kampong pokas,jalan tagasan baru 91308 semporna ,sabah Tarikh Pendaftaran : 25 Ogos 2012

Tarikh Mula Berniaga : 15 September 2006

Aktiviti Perniagaan : Menanam dan Membekalkan Nanas kepada kilang untuk diproses

Status Perniagaan/Syarikat : Sdn Bhd.

Modal Awal : RM 50,000.00

Bank Berurusan : Bank Pertanian , Tawau, Sabah

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI

5.1 Pengurus Besar

Nama : Mohd Asrif Bin Madsarapi

Jawatan : Pengurus Besar

Alamat Tetap :

No. Telefon : 019-5320062

No. Kad Pengenalan : 881025-12-5225

Tarikh Lahir : 25-10-1988

Umur : 25 tahun

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Bacelor Degree Pendidikan Sains Pertanian UPSI.

3

Page 4: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

Pengalaman Kerja : 5 tahun- Pegawai Pertanian Mardi

Kursus Dihadiri : a) 22/3/2009 – Latihan Asas Parniagaan &

: b) 15 Jun hingga 14 Sept.2009 – Skim Latihan Galakan

Parniagaan – Anjuran MECD bersama MARA

5.2 Pengurus Pemasaran

Nama : Mohd Azizul Naim Bin Abd Mim

Jawatan : Pengurus Ladang dan Pemasaran

Alamat Tetap : No. 209, Jln. Desa Melati 2-6, Tmn. Desa Melati Fasa 2,

89000 Tawau Sabah.

No. Telefon : 013-4456871

No. Kad Pengenalan : 900102-12-5411

Tarikh Lahir : 2 JAN 1990

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Teknologi Lepas Tuai

Pengalaman Kerja : 2 Tahun

Kursus Dihadiri : 6 – 7 Ogos 2007 Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan

Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Lahad Datu

5.3 Pengurus Teknikal & Operasi

Nama : Mohd Khairul Bin Lenter

Jawatan : Pengurus Teknikal & Operasi

Alamat Tetap : Lot 234, Jalan Bugaya lama 91308 Semporna Sabah,

4

Page 5: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

No. Telefon : 013-4578235

No. Kad Pengenalan : 850623-12-5442

Tarikh Lahir : 23 Jun 1985

Bangsa/Agama : Bajau/ Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Pengurusan Ladang

Pengalaman Kerja : 3 tahun- Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Getah Malaysia ( RRIM)

Kursus Dihadiri : 6 – 7 Ogos 2007 Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan

Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Tawau

5.4 Pengurus Kewangan

Nama : Mohd Shukri Bin Lajim

Jawatan : Pengurus Kewangan

Alamat Tetap : Lot 165, Kampung Panji Jalan Hospital,91308 Semporna Sabah.

No. Telefon : 013-7234589

No. Kad Pengenalan : 850122-12-5231

Tarikh Lahir : 22 Jan 1985

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Ekonomi dan Pengurusan Sains UTM

Pengalaman Kerja : 3 tahun- Penolong Akauntan Bank Muamalat , Johor

Kursus Dihadiri : 15 Jun hingga 14 Sept.2009 – Skim Latihan Galakan

Parniagaan – Anjuran MECD bersama MARA

5

Page 6: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

6.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

VISI

- Menjana bidang pertanian bertaraf komersial

MISI

- Meningkatkan pelbagai jenis tanaman dan hasil hilirann pertanian

- Membekalkan hasil pengeluaran dan hiliran pertanian di seluruh Malaysia

OBJEKTIF PERNIAGAAN

- Meningkatkan keluasan tanaman dari 5 hektar ke 6 hektar dalam tempoh 3 tahun dan

seterusnya 10 hektar dalam masa 5 tahun

- Membekalkan hasil nanas gandul ke kilang memproses nanas untuk produk hiliran

seperti jem,kordial dan sebagainya.

- Menyahut seruan kerajaan untuk menumpu dan meningkatkan hasil pertanian.

7.0 SKOP PERNIAGAAN

7.1 Aktiviti

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniagaan ialah

-Pertanian ( Penanaman nanas gandul)

-Pembekalan / Pengedaran ( Membekalkan hasil nanas ke kilang memproses)

7.2 Potensi Perniagaan

Penanaman nanas gandul ini mempunyai potensinya yang tersendiri. Antara potensi yang

dilihat oleh Bayu Farm Agro adalah :

1) Permintaan terhadap nanas kaleng sentiasa meningkat di pasaran.

Penanaman nanas gandul adalah satu perniagaan yang berpotensi tinggi kerana

permintaan terhadap nanas kaleng sentiasa meningkat di pasaran. Sebagaimana yang kita

tahu, Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna

6

Page 7: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

kuning keemasan. Pada masa ini, 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk

pasaran eksport dan lebihan 5 % untuk pasaran domestic manakala nanas segar

menyumbangkan 3 % untuk pasaran . Justeru, Bayu Farm Agro melihat potensi yang ada

dalam pasaran nanas gandul ini sebagai satu peluang untuk memperkembangkan lagi

sayap perniagaan dengan penanaman nanas gandul pada keluasan seluas 5 hektar

seterusnya membekalkannya kepada kilang-kilang pemprosesan nanas untuk dikalengkan.

2) Khasiat nanas gandul

Bayu Farm Agro juga melihat khasiat buah nanas sebagai satu potensi dalam

perniagaan kerana ciri ini menjadi salah satu penyumbang dalam pasaran nanas. Buah

Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk

kesihatan . Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin)

berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan

dalam usus . Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat

mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis

enzim yang sangat berguna dalam sector perubatan iaitu enzim Bromelin di mana

iainya digunakan dengan meluas semasa pembedahan di dalam mengawal jangkitan,

pembengkakan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

3) Lokasi ladang penanaman

Lokasi ladang penanaman juga adalah baik di mana laluan untuk ke ladang penanaman baru

diperbaharui dan ini akan memudahkan urusan penghantaran dibuat.

7

Page 8: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

8.0 ASPEK PENGURUSAN

8.1 Struktur organisasi

Secara keseluruhannya, struktur organisasi Pineapple Farm Agro diketuai oleh Pengurus

Besar dan perniagaan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Teknikal &

Operasi, Pemasaran dan Kewangan. Struktur Organisasinya adalah seperti di bawah.

8.2 Fungsi & Tanggungjawab

1) Pengurus Besar

Pengurus Besar akan bertanggungjawab secara umumnya ke atas urusan perniagaan di mana

dia mengawasi bahagian-bahagian yang ada dalam perniagaan serta berurusan dengan pihak

luar seperti MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian dan yang seumpama dengannya untuk

mendapatkan khidmat nasihat, maklumat mahupun bantuan untuk memajukan dan

memperkembangkan lagi perniagaan.

2) Bahagian Teknikal dan Operasi

Bahagian Teknikal dan operasi yang diketuai oleh En. Haziq Shahmi pula bertanggungjawab

ke atas pengendalian operasi di ladang bermula dari pembersihan kawasan, penyediaan tanah,

mendapatkan benih, penanaman , penjagaan serta pengutipan hasil. Selain itu, bahagian ini

juga menguruskan hal-hal pekerja seperti mengatur jadual pekerja, kedatangan serta

8

PENGURUS BESAR

BAHAGIAN TEKNIKAL & OPERASI

BAHAGIAN PEMASARAN

BAHAGIAN KEWANGAN

Page 9: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

mengawasi kerja-kerja yang dilakukan. Pengurus bahagian teknikan dan operasi ini juga

bertanggungjawab menyimpan rekod-rekod pembelian benih ataupun peralatan pertanian

3)Bahagian kewangan

Bahagian kewangan yang diketuai oleh Pn Syarifah Hazwani bertanggungjawab ke atas

urusan perbelanjaan harian serta segala urusan yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan

masuk wang .

8.3 Pekerja ladang

Seramai 6 orang pekerja ladang akan diambil untuk menjalankan kerja-kerja operasi di ladang

8.4 Gaji dan Ganjaran

Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah sebagaimana di bawah

Jawatan Gaji

(RM)

Pengurus Besar 900

Pengurus (3) 2400

(800 setiap seorang)

Pekerja (6) 3600

(600 setiap seorang)

Jumlah6900

9

Page 10: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

9.0 ASPEK TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

8.1 Perolehan tanah

Tanah diperolehi secara sewa/ pajak untuk tempoh 5 tahun. Tanah yang digunakan untuk

penanaman nanas gandul ini telah dipajak/ disewa daripada seorang pemilik tanah iaitu En

Faizul Ibrahim yang mempunyai tanah kosong yang sesuai untuk kegiatan pertanian seluas 5

hektar di Kg Tagasan Baru. Semporna Harga jualan tanah tersebut adalah sebanyak RM

30000, namun untuk sewaan , pemilik tanah menetapkan sebayak RM 500 dibayar sebulan

setelah rundingan dibuat dan perjanjian ditandatangani. Surat perjanjian penyewaan tanah ini

boleh dirujuk pada bahagian lampiran.

8.2 Kemudahan asas premis

Kemudahan asas yang terdapatberhampiran ladang perniagaan adalah jalan, bekalan elektrik,

bekalan air dan telefon

8.3 Harga Tetap dan Peralatan yang diperlukan

Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaian ini adalah seperti jadual di

bawah.

Bil Peralatan Harga/Unit

(RM)

Kuantiti Nilai

1. Pam air 20 000 1 2000

2. Power sprayer 2,000 2 4000

3 Mesin rumput sangkut

di bahu

1000 4 4000

5 Kereta sorong 200 6 1200

6 Bangsal dan Tempat

Kediaman

25 000 1 25000

7 Setor dan Tandas 5000 1 5000

8 Kolam dan Tangki 3000 1 3000

10

Page 11: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

10.0 PEMASARAN

10.1 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti menjadi pelanggan kepada Bayu Farm Agro Sdn Bhd

ialah kilang-kilang memproses nanas yang terdapat di sekitar Tawau dan Semporna. Senarai

kilang-kilang memproses yang disasarkan menjadi pelanggan kepada Bayu Farm Agro Sdn

Bhd ialah :

BI

LNAMA NAMA SYARIKAT ALAMAT

NO. TELEFON

/ H/P 

1 Tan Ah Kaw

HONG ING

TRADING &

TRANSPORT

AGENCIES

113, Jalam lintas Taman

Suria, 91308, Semporna

Sabah

089-711523

fax:089-782039

2 Mr Lim John Son

COCOSONG FOOD

INDUSTRIES SDN

BHD

No. 11, Jalan Wawasan 8,

Kawasan Perindustrian Sri

Gading, 91000 Tawau

Sabah.

089-4559818   

fax:089-4559811

3Mr Adnan

ShaukatMAXTUS SDN BHD

776A, Bt 4 1/2, Jalan kg

Air, kota kinabalu Sabah.

088-62503685

fax:088-

62509405

4En Kamarulzaman

bin Othman

JTP TRADING SDN

BHD

39A, Jalan Perang, Taman

Pelangi, lahad datu Sabah..

089-

3333776/777

fax:07-3333775

5En Tan Tai Kim

RIDA FRUITS SDN

BHD

PLO 248, Kawasan

Perindustrian Sri saujana,

91000 Semporna Sabah.

089-

3333776/777

fax:089-3333775

11

Page 12: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

6 Mr Lee San YeeLEE PINEAPPLE CO.

(PTE) LTD.

Batu 8 1/2, Jalan Talun

Pekan Kunak Kunak Sabah

089-5561411  

fax:089-5573755

7Rauf Ahmad

Kokatay

PRISMA EVOLUSI

SDN BHD

23, Jalan Rimba Riang 9/8,

Sandakan ,Sabah

012-6652903    

016-2183025

019-3152078

10.2 Strategi pemasaran

Bayu Farm Agro Sdn Bhd mempunyai strategi tersendiri dalam memasarkan / membekalkan

hasil pertanian kami. Antara stategi pemasaran yang kami gunakan adalah :

i) Memastikan mutu, rasa dan rupa buah nanas gondol sentiasa berkualiti

ii) Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang

telah ditetapkan.

iii) Mengedarkan pamphlet dan broser secara berkala kepada kilang-kilang memproses

dan orang ramai

iv) Membuka laman web syarikat sendiri iaitu Bayu Farm Agro. Net sebagai salah satu

cara untuk mempromosi serta untuk berkongsi maklumat tentang penaman nanas

kepada orang ramai serta pendapatan yang diperolehi dari perniagaan yang

diceburi.

v) Mengekalkan hubungan mesra dengan pelanggan.

12

Page 13: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

11.0 JADUAL PROSES PENGHASILAN BUAH NANAS

13

Penyediaan tanah/ kawasan

(Meracun, membakar, menebas, membersih)

Menanam

Membaja dan menyiram

Menyembur hormone aruhan

Menyembur hormone aruhan buah

Memetik buah

Menggred

Membungkus

Page 14: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

12.0 RANCANGAN KEWANGAN

1. Sumber pembiayaan projek

Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM 200,000.00 dimana sebanyak 50 000 dibiayai

dengan wang syarikat sendiri dan 150 000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon

ini. Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun danBayu Farm Agro turut memohon

tempoh bernafas selama 12 bulan.

Pengiraan pembiayaan

Nilai Pembiayaan : RM 150 000.00

Kadar Keuntungan : 5% setahun

Keuntungan Pembiayaan : RM 150 000.00 @ 5 % @ 5 tahun

Jumlah Pembiayaan : RM 150 000.00 + RM 37 500

Bayaran Balik Bulanan : RM 187,500.00 / 60 bulan

Bayaran Bulanan : RM 3125 .00 sebulan

KOS PERBELANJAAN PERTANIAN

Tempoh satu pusingan atau musim : 18 bulan

Jarak tanaman : 2.5’x 1.5’ x1

Kepadatan pokok : 55 000/ha .Untuk 5 ha,

kepadatan pokok adalah 275 000.

14

Page 15: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

1) Kos bahan mentah

Bil Jenis bahan mentah Harga per unit Keperluan Jumlah

Kos(RM)

Harga Jumlah Unit

1. Racun

i)Racun rumpai paraquat 33.00/gelen 20 gelen 660

ii)Racun Pracambah 90.00/gelen 20 gelen 1800

2. Baja Semburan

i)Kapur (Hydrated Lime) 12.00/25kg 237 kg 113.76

ii)Urea 80.00/50kg 237 kg 379.20

iii)Terusi (Kuprum Sulfat) 8.00/kg 75 kg 600.00

iv)Zink Sulfat 6.00/kg 75 kg 450.00

v)Ferum sulfat 6.00/kg 37.05 kg 222.30

Baja Tabur

i)Baja Campuran

15 :0.5:16

90.00/beg 50 beg 4500

ii)Baja Tambahan

15:15:15

144.00/beg 20 beg 2880

12:12:17:2 146.00 20 beg 2920

3 Hormon

i)Ethrel(500 CC/botol) 12.00/botol 37.5 botol 450.00

ii)Fruitone (250 CC/botol) 32.00/botol 37.5 botol 1200.00

4 BenihRM 0.10/sulur 275 000 27 500

JUMLAH : 43, 675.26

15

Page 16: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2) Kos senarai mesin dan peralatan pertanian

Bil Peralatan Harga/Unit

(RM)

Kuantiti Nilai

(RM)

1. Pam air 20 000 1 2000

2. Power sprayer 2,000 2 4000

3 Mesin rumput sangkut

di bahu

1000 4 4000

5 Kereta sorong 200 6 1200

6 Bangsal dan Tempat

Kediaman

25 000 1 25000

7 Setor dan Tandas 5000 1 5000

8 Kolam dan Tangki 3000 1 3000

9 Alatan pertanian 200 200

Jumlah : RM 44 200

3) Kos operasi perniagaan

Anggaran Belanja Pengurusan Sebulan

Bil Perkara Jumlah

1 Elaun Pengurus/ Pemilik -

2 Gaji dan Elaun Pekerja 6900

3 Bil Air &Elektrik 186.00

4 Bil Telefon & Faks 200.00

5 Pengangkutan 100.00

6 Alat tulis & Belanja pejabat 100.00

7 Sewa Tanah 500.00

8 Bayaran Pinjaman 3125.00

Jumlah kos operasi perniagaan = RM 11,111

16

Page 17: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

4) Kos Upah Pembersihan kawasan

RM 1000/1ha

=RM 5000 untuk 5ha

JUMLAH KESELURUHAN KOS PROJEK

Kos bahan mentah +Kos Mesin& Peralatan + Kos operasi pengurusan+ Kos upah pembersihan

kawasan

RM 43, 675.26 + RM44 200 + RM11,111 + RM5000 = RM 103, 986.26

ANGGARAN PENDAPATAN KASAR

Kategori/ Hasil Jumlah hasil

(kg/5 ha)

Anggaran

harga

(RM/kg)

Pendapatan

kasar

Rendah 265 000

265 000

0.40

0.45

106 000

119250

Sederhana 275 000

275 000

0.40

0.45

110 000

123750

Tinggi 291 500

291 500

0.40

0.45

116 600

131 175

Kategori/

Hasil

Jumlah hasil

(kg/5 ha)

Anggaran

harga

Pendapatan

kasar

Jumlah kos

pengeluaran

Pendapatan

bersih

17

Page 18: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

(RM/kg) (RM) (RM)

Rendah 265 000

265 000

0.40

0.45

106 000

119250

103, 986.26

103, 986.26

2013.74

15 263.4

Sederhana 275 000

275 000

0.40

0.45

110 000

123750

103, 986.26

103, 986.26

6013.741963.74

Tinggi 291 500

291 500

0.40

0.45

116 600

131 175

103, 986.26

103, 986.26

12613.74

27 188.74

ANGGARAN PENDAPATAN BERSIH

13.0 JUSTIFIKASI & PENUTUP

Berdasarkan perancangan dan anggaran pendapapatan perniagaan yang telah dipersembahkan

ini, Bayu Farm Agro amat berkeyakinan perniagaaan yang diceburi ini akan menunjukkan

kejayaan yang positif dengan membeikan pulanagan yang amat menguntungkan .Syarikat telah

membuat perancangan dan kajian yang jitu bagi membolehkan perniagaan penanaman nanas

gandul ini berjalan dengan lancar. Justeru, syarikat begitu yakin bahawa perniagaan yang akan

dijalankan ini mampu berdaya saing, berdaya maju dan boleh dikembangkan dengan lebih luas

pada masa akan datang. Dengan ini, syarikat amat berharapa agar pinjaman yang dipohon untuk

menjalankan projek penanaman nanas gandul ini diluluskan.Segala perhatian kerjasama yang

diberikan kelak amat didahulukan dengan jutaan terima kasih.

LAMPIRAN

1) LOKASI LADANG PENANAMAN

18

Page 19: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

19

Page 20: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2) CONTOH LADANG NANAS YANG TELAH DIBANGUNKAN

3) VARIETI NANAS GANDUL

20

Page 21: kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

21