nenas md ii - higaorganic.com data nenas md2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma....

12
NENAS MD II Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Upload: others

Post on 14-Oct-2019

102 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

NENAS MD II

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 2: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

LAPORAN ANALISIS FISIOLOGI DAN FIZIKAL PRESTASI NENAS MD II

Technical Research and Development (TRD) Department, Goh Biotechnology Sdn Bhd

1.00 RUMUSAN

Baja merupakan utama dalam bidang pertanian. Penemuan Inovasi BAJA HIGA® POLIMER terbukti meningkatkan potensi pertanian sebanyak 10% - 200%. Menurut Kementerian Pertanian Malaysia bahawa hanya perningkatan hasil yang mendadak terhadap semua jenis tanaman makanan tempatan akan berjaya menampung sepenuhnya keperluan harian rakyat Malaysia.

Berdasarkan perbandingan prestasi yang dilakukan terhadap BAJA HIGA® POLIMER dan baja komersil (sebatian), kajian fisiologi dan fizikal kepada NENAS MD II telah menunjukkan nilai bacaan yang sangat memberansangkan. NENAS MD II yang menggunakan BAJA POLIMER® memberi bacaan tumbesaran yang paling pantas dan berjaya menghasilkan buah NENAS MD II dalam tempoh kurang daripada 12 bulan. Kualiti tertinggi diperolehi berbanding yang dihasilkan oleh baja komersil. Kajian ini telah dilakukan di kawasan tanah gambut, Ayer Baloi, Daerah Pontian, Johor Bahru dan mempunyai keadaan topografi yang landai. Secara amnya, penggunaan BAJA HIGA® POLIMER telah berjaya mendorong prestasi NENAS MD II mencapai keadaan yang paling maksima walaupun kos input yang terlibat lebih rendah berbanding baja komersil.

2.00 PENGENALAN

Industri NENAS MD II (AC9). merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae dan ia merupakan Industri sektor Pertanian yang penting di Malaysia kerana telah menyokong 3% eksport negara. Pendekatan secara menyeluruh haruslah dilakukan supaya kuantiti dan kualiti hasil NENAS MD II meningkat tinggi demi keutuhan industri ini terjamin berterusan. Pembaharuan teknologi wajib dilakukan dengan sejajarnya maka kedudukan Malaysia sebagai pengeluaran NENAS MD II terbesar dipertahankan di peringkat antara bangsa.

Goh Biotechnology Sdn Bhd Sebagai syarikat penkaji nutrisi tumbuhan dan mempunyai kilang memproses baja. BAJA HIGA® POLIMER telah dicipta dimana ia boleh membekalkan nutrisi keperluan tanaman berterusan. BAJA HIGA® POLIMER berkeupayaan mengatasi masalah kebanyakan ganguan cuaca. BAJA HIGA® POLIMER sesuai untuk semua jenis tanaman industri dan kontang terutamanya kelapa sawit, getah, kelapa, padi, nenas, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.00 Objektif Laporan

Laporan ini bertujuan untuk menkaji kadar tumbesaran pokok NENAS MD II yang berdasarkan penggunaan baja-baja yang berbeza tetapi menggunakan cara pembajaan yang serupa. Laporan ini adalah sangat penting untuk tujuan menentukan baja yang paling efficient dalam meningkatkan hasil NENAS MD II.

MPIB telah menyatakan bahawa pokok NENAS MD II akan matang dan sesuai untuk aruhan pembungaan antara 11 - 12 bulan menaman, manakala hasilnya masak 135 - 150 hari selepas tarikh aruhan pembungaan maka pusingan penuh NENAS MD II adalah 15 - 16 bulan menanam.

Laporan ini juga bertujuan untuk membuat perbandingan prestasi BAJA POLIMER® dan baja komersil melalui beberapa parameter fisiologi dan fizikal yang telah ditetapkan oleh MPIB terhadap NENAS MD II.

Kajian tindakbalas dan kaedah pembajaan terhadap tanaman NENAS MD II penuh musim dilakukan. Catitan penuh telah diambil dan perbandingan akan dibuat selanjutnya secara terperinci.

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 3: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

4.00 Kitaran Semula Jadi Nutrien di dalam Tanah

Perbandingan pembajaan kajian ini dilakukan di kawasan tanah gambut di mana komposisi nutrien semulajadi adalah organik sepenuhnya. Faktor lain yang akan mempengaruhi merupakan sejarah penggunaan tanah, keadaan kimia tanah dan perparitan. Setiap faktor akan menentukan jadual dan kadar pembajaan NENAS MD II di kawasan tersebut. Komposisi nutrien yang terbentuk semulajadi akibat daripada beberapa proses alam seperti panahan petir ke tanah yang mengecas nutrien kepada bentuk aktif yang dapat diserap oleh akar dan juga melalui proses penguraian semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses Haber-Bosch dan juga proses pembakaran (combustion) perindustrian yang boleh membantu melengkapkan kitaran nutrien di dalam tanah.

Tekstur tanah gambut difahamkan tidak berkeupaya memergang komposisi nutrien yang larut dan nilai pH agak rendah iaitu dikelaskan sebagai tanah masam. Sebagai contoh, komposisi Nitrogen (N) di dalam tanah akan berkurangan secara signifikan apabila pH tanah adalah lebih rendah dari pH 5.5. Tambahan pula, komposisi nutrien utama lain seperti Fosforus (P), Kalium (K), Sulfur (S), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg) akan menunjukkan pengurangan signifikan di dalam julat pH 6.0 dan pH 5.5 tambahan lagi tanah gambut tidak berkeupayaan memergang komposisi nutrien baja komersil. Oleh itu, kadar pembajaan baja komersil amat tinggi supaya dapat memenuhi keperluan tumbesaran pokok Nenas MD II.

5.00 Perbandingan BAJA HIGA® POLIMER dan Baja Komersil kepada NENAS MD II.

Senario pembajaan baja komersil yang melibatkan pembaziran tinggi kerana teknologi baja adalah berasal daripada Eropah yang kurang sesuai dengan keadaan tanah, tanaman dan cuaca tropika. Peladang-peladang tempatan telah bingung menggunakan teknologi dari Eropah dan hanya mengamalkan konsep pertanian iaitu “input tinggi akan menghasilkan output tinggi”. Konsep ini mengelirukan dan tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan nutrien pada NENAS MD II.

Konsep pertanian seumpama ini telah menyebabkan keracunan tanah yang diakibatkan oleh resapan nutrien yang sangat berlebihan ke persekitaran. Impak jangka panjang ke atas ciri-ciri tanah tersebut menjadi bermasalah. Kehilangan nutrien melalui proses larut resap, denitrifikasi, diambil rumpai, dan juga larian air di permukaan (surface runoff) (Turner, 2006) akan menyebabkan kenaikan kos keseluruhan sebanyak 40% ke 60%.

NENAS MD II merupakan tanaman yang menggunakan kadar baja komersil yang amat tinggi, kepekatan yang luar biasa

N = 30, P = 1, K = 30 untuk tumbesaran, N = 12, P = 12, K = 17, MgO = 2 untuk penghasilan buah, N = 15, P = 15, K = 15 untuk kesuburan, Urea tunggal = 46% untuk menghijaukan daun, Kapur tunggal pH = 14 untuk mengurangkan kemasanan tanah

Kebanyakan petani petani mempunyai persepsi bahawa amalan pembajaan terkini adalah optima. Mereka takut membuat perubahan kerana tiada penyelidikan dan belum ada penganti baja yang sesuai. Walaubagaimanapun, BAJA HIGA® POLIMER merupakan baja penemuan terkini yang menjimatkan kos, bahan dan tenaga manusia kerana berkeupayaan tinggi dan kadar baja banyak dikurangkan sehingga 30% penjimatan untuk tanaman NENAS MD II.

Perbandingan kadar rekomendasi am baja komersil dan kadar kegunaan BAJA HIGA® POLIMER ditunjukkan di jadual berikut: -

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 4: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

5.01: Jadual baja taburan

Kadar baja komersil tanaman NENAS MD II gred ekspot

* berdasarkan rekod kajian TRD

5.02: Jadual Baja Taburan

Kadar BAJA POLIMER® tanaman NENAS MD II gred ekspot

* berdasarkan rekod kajian TRD

Berbandingkan jadual 5.01 dan 5.02, jelas didapati kadar BAJA HIGA® POLIMER hanya 1080 kg / ha lebih rendah dan ekonomikal untuk penghasilan NENAS MD II gred ekspot berbandingkan baja komersil memerlukan jumlah kuantiti yang lebih banyak iaitu 1,482 kg / ha. Penjimatan kuantiti berat adalah 37.22 % daripada yang menggunakan baja komersil.

Kelebihan BAJA HIGA® POLIMER yang berkeupayaan memergang cairan nutrisi setiap butiran berbentuk kelembapan tinggi yang boleh diambil oleh akar NENAS MD II sepanjang masa diperlukan. Maka NENAS MD II tidak akan menghadapi masalah kekurangan makanan walaupun menghadapi perbagai ganguan cuaca dan fizikal tanah yang keritikal.

Pembajaan secara menabur, BAJA HIGA® POLIMER boleh dilakukan pada awal peringkat penanaman tanpa merencatkan pertumbuhan disebabkan BAJA HIGA® POLIMER berkeupayaan memergang kelarutan yang pekat daripada meracunkan pokok NENAS MD II tetapi baja komersil tidak boleh menjalankan pembajaan seperti pada peringkat awal penanaman kerana ia akan melecurkan akar pokok NENAS MD II yang diakibatkan kepekatan tinggi apabila dicairkan semasa hujan.

BAJA HIGA® POLIMER berkeupayaan memergang cairan baja dalam polimernya sendiri dalam lapisan POLIMER® dapat mengelakkannya daripada dibawa lari daripada kawasan perakaran oleh air hujan. Maka ganguan hujan lebat terhadap pembajaan dapat diselesaikan dengan kehadiran polimer yang berkeupayaan tinggi.

Kegunaan baja komersil kepada tanaman NENAS MD II / ha (disyorkan oleh MARDI)

Usia pokok /Bulan

Bilangan pokok / ha

Gram / pokok

Unsur Utama campuran / kg / haJumlah kg / ha

N (AS) P2O5 (CIRP) K2O (MOP)

3 18,000 27.44 356 5 133 494

6 18,000 27.44 356 5 133 494

9 18,000 27.44 356 5 133 494

Jumlah 1,482

Kegunaan BAJA HIGA® POLIMER kepada tanaman NENAS MD II / ha (Teknologi HIGA®)

Usia pokok /Bulan Bilangan pokok / ha BAJA HIGA® POLIMER gm / pokok Jumlah kg / ha

1 18,000 10 180

3 18,000 20 360

5 18,000 30 540

Jumlah 1,080

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 5: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

5.03: Jadual baja Semburan menggunakan baja komersil

* berdasarkan rekod TRD

5.04: Jadual baja Semburan menggunakan BAJA HIGA®

* berdasarkan rekod TRD

Berbandingkan jadual 5.03 dan 5.04, jelas didapati kadar semburan menggunakan BAJA HIGA® POLIMER hanya 221 kg / ha 73.1% lebih rendah untuk penghasilan NENAS MD II gred ekspot berbandingkan baja komersil memerlukan jumlah kuantiti yang lebih banyak iaitu 651 kg / ha.

Kelebihan BAJA HIGA® POLIMER yang menggunakan unsur-unsur berprestasi tinggi dan kehadiran polimer memergang cairan nutrisi melekat dipermukaan daun NENAS MD II, maka NENAS MD II dapat menerima makanan berterusan tanpa digangu cuaca yang keritikal.

Pembajaan secara semburan, cairan BAJA HIGA® POLIMER boleh dilakukan pada awal peringkat penanaman disebabkan POLIMER berkeupayaan memergang kelarutan yang pekat daripada melecurkan pokok NENAS MD II tetapi baja komersil tidak digalakkan menjalankan semburan pada peringkat awal penanaman kerana ia akan melecurkan pokok NENAS MD II akibat kepekatan baja yang tinggi dalam larutan tersebut.

Pembajaan semburan menggunakan teknologi BAJA HIGA® POLIMER juga tidak perlu dilakukan pada hujung peringkat penanaman, BAJA HIGA® POLIMER berkeupayaan memergang cairan baja dalam polimernya sendiri dan boleh mengelakkan daripada dibawa lari daripada permukaan daun oleh air hujan. Maka ganguan cuaca terhadap pembajaan dapat diselesaikan dengan kehadiran polimer yang berkeupayaan tinggi.

Kegunaan baja komersil kepada tanaman NENAS MD II / ha (disyorkan oleh MARDI)

Usia pokok /Bulan

Bilangan pokok /

ha

Unsur Utama campuran / kg / drum Drum / ha

Jumlah kg / haN (AS) K2O (MOP) Cu2SO4 (Terusi) Kapur FeSO4 ZnSO4

1.5 18,000 8 3 1 8 0.5 0.5 5 105

3 18,000 8 3 1 8 0.5 0.5 5 105

5.5 18,000 8 3 1 8 0.5 0.5 7 147

8 18,000 8 3 1 8 0.5 0.5 7 147

9 18,000 8 3 1 8 0.5 0.5 7 147

Jumlah 651

Kegunaan BAJA HIGA® POLIMER kepada tanaman NENAS MD II / ha (Teknologi HIGA®)

Usia pokok / Bulan

Bilangan pokok / ha

HIGA® Super Organic Foliar

N (Urea) kg

Cu2SO4 (Terusi) kg

Kapur kg

Drum / ha

Jumlah kg / ha

1 18,000 500ml 8 1 8 2.5 42.5

2 18,000 500ml 8 1 8 2.5 42.5

3 18,000 500ml 8 1 8 4 68

4.5 18,000 500ml 8 1 8 4 68

Jumlah 221

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 6: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

6.00: Gambar Pertumbuhan NENAS MD II (Oleh MPIB)

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Benih Nenas MD II

Nenas MD II 2 - 3 bulan tanaman

Nenas MD II 3 - 4 bulan tanaman

Nenas MD II 4 - 5 bulan tanaman

Nenas MD II 5 - 6 bulan tanaman

Nenas MD II 6 - 7 bulan tanaman

Nenas MD II 7 - 8 bulan tanaman

Nenas MD II 9 -10 bulan tanaman mula memungung

Nenas MD II 11 -12 bulan tanaman setelah hormon

Nenas MD II 14 - 16 bulan tanaman

HIGA®HIGA®

HIGA®

HIGA®HIGA®

HIGA®

HIGA®

HIGA® HIGA®HIGA®

Page 7: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

6.01: Jadual perbandingan jumlah daun matang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER dan baja komersil untuk tanaman NENAS MD II

* berdasarkan rekod kajian TRD

6.02: Carta perbandingan kadar tumbesaran, Aruhan pembangunan dan tempoh menuai dengan menggunakan BAJA HIGA® POLIMER dan baja komersil untuk tanaman Carta tumbesaran dan bilangan daun matang NENAS MD II. Berdasarkan Jadual 6.01 dan Carta 6.02, mudah kita perhatikan dimana tempoh matang dan menuai pokok NENAS MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan.

Pokok NENAS MD II yang menggunakan Teknologi BAJA HIGA® POLIMER lebih awal matang sesuai aruhan pembungaan iaitu pada bulan ke 5 - 6 berbanding yang menggunakan baja komersil didapati matang pada bulan ke 10 hingga 11 menanam. Penjimatan masa 4 hingga 5 bulan.

NENAS MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER lebih awal masak dan boleh dituai awal iaitu pada bulan ke 10 - 11 menanam, perkara ini telah menjimatkan banyak jangkamasa penanaman satu pusingan penuh NENAS MD II. Menurut laporan MPIB, satu pusingan penuh NENAS MD II adalah 15 - 16 bulan. Hormon pada bulan ke 10 - 12.

Jelas diperhatikan bahawa membaja menggunakan BAJA HIGA® POLIMER telah menjimatkan jangka sebanyak 4 - 6 bulan berbanding menggunakan baja komersil.

Bilangan Daun Aktif (helai)

Bulan penanaman 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Baja Komersil 4 5 8 12 16 20 24 28 32 36 38 38

BAJA HIGA® POLIMER 4 10 17 24 31 36 36 36 36 36 36

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Bila

ngan

dau

n M

ATAN

G A

KTI

F

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Bulan tanaman1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan 5 bulan 6 bulan 7 bulan 8 bulan 9 bulan 10 bulan 11 bulan 12 bulan 13 bulan 14 bulan 15 bulan

Baja komersil BAJA HIGA® POLIMER

Pokok sesuai aruhan pembungaan 35 hingga

38 daun matang

Page 8: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

7.00 UKURAN PERTUMBUHAN VEGETATIF (VGM)

Ukuran vegetatif pokok Nenas MD II (VGM) merupakan analisis fizikal yang mengkaji kadar pertumbuhan vegetatif pokok NENAS MD II. Terdapat 2 ukuran am yang dilakukan iaitu panjang daun (cm) dan lebar daun (mm). Setiap ukuran menunjukkan tahap efficiency keseluruhan proses fisiologi dalam menghasilkan foliaj atau jisim pokok NENAS MD II tersebut.

7.01 Jadual Ukuran Pertumbuhan Vegetatif (VGM) Panjang Daun

* berdasarkan rekod kajian TRD

Jadual 7.01 menunjukkan purata ukuran panjang daun NENAS MD II di dalam kawasan kajian dari bulan 1 tanaman sehingga bulan ke 12 tanaman.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa kadar pertumbuhan vegetatif sekata di semua peringkat tumbesaran disepanjang tempoh kajian tersebut, menunjukkan tempoh kajian selamat daripada ganguan cuaca dan fakta-fakta yang mungkin merencatkan tumbesaran.

Perbandingan menunjukkan bacaan oleh penggunaan BAJA HIGA® POLIMER lebih awal mencapai tumbesaran ke tahap maksima berbanding baja komersil tersebut iaitu 6 bulan lebih cepat, perbandingan secara fisiologi, kesihatan daun pokok Nenas MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER didapati lebih cepat membesar dan mencapai panjang optimum.

Perkara Ini jelas menunjukkan bahawa pokok yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER lebih awal mencapai peringkat matang dan sesuai untuk aplikasi hormon.

Berdasarkan laporan MPIB dan MARDI, buah nenas dapat dituai antara 135 hingga 150 hari setelah aplikasi hormon dilakukan. Maka secara teori perningkatan hasil juga mempunyai tambahan sebanyak 50% berdasarkan tumbesaran ke peringkat matang awal akibat penggunaan BAJA HIGA® POLIMER.

Kajian 1 Usia Pokok Bacaan kawalan cm

Bacaan mengunakan BAJA HIGA® POLIMER

Bacaan mengunakan baja komersil

Ukuran Pertumbuhan

Vegetatif (VGM)

Panjang Daun

1 bulan 20 ~ 30 30 cm 20 cm

2 bulan 25 ~ 35 45 cm 27 cm

3 bulan 35 ~ 45 63 cm 35 cm

4 bulan 45 ~ 55 70 cm 40 cm

5 bulan 55 ~ 65 75 cm 45 cm

6 bulan 65 ~ 75 75 cm 50 cm

7 bulan 65 ~ 75 75 cm 55 cm

8 bulan 65 ~ 75 75 cm 60 cm

9 bulan 65 ~ 75 75 cm 65 cm

10 bulan 65 ~ 75 75 cm 65 cm

11 bulan 65 ~ 75 75 cm 65 cm

12 bulan 65 ~ 75 75 cm 65 cm

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 9: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

7.02: JADUAL BACAAN PURATA UKURAN LEBAR DAUN (mm)

* berdasarkan rekod kajian TRD

Jadual 7.02 menunjukkan purata ukuran lebar daun NENAS MD II di dalam kawasan kajian dari bulan 1 tanaman sehingga bulan ke 12 tanaman.

Pertandingan tumbesaran antara kedua-dua kumpulan baja menunjukkan bahawa pokok yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER lebih cepat berbanding baja komersil. Secara perbandingan fisiologi juga pokok yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER menunjukkan matang awal 50%.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa pertumbuhan vegetatif akan mencapai maksima semasa pokok berusia 6 bulan dengan menggunakan BAJA HIGA® POLIMER, manakala didapati yang menggunakan baja komersil pula mencapai maksima semasa pokok berusia 11 bulan iaitu 5 bulan lebih lambat.

Kehadiran daun matang yang merupakan kilang memproses makanan tumbuhan telah mencukupi untuk penghasilan buah lebih awal bermakna masa menunggu satu musim penuh telah diperpendekkan secara tidak langsung.

Oleh yang demikian membaja menggunakan BAJA HIGA® POLIMER telah meningkatkan hasil dan akan bertambah pusingan penanaman sebanyak 35%.

Sebagai contoh baja komersil hanya boleh buat 2 pusingan dalam masa 3 tahun manakana BAJA HIGA® POLIMER boleh membuat minima 3 pusingan penanaman dalam masa yang 3 tahun dan kualiti hasilnya juga lebih tinggi dan kurang serangan penyakit.

Kajian 1 Usia Pokok Bacaan kawalan mm

Bacaan mengunakan BAJA HIGA® POLIMER

Bacaan mengunakan baja komersil

Ukuran Pertumbuhan

Vegetatif (VGM)

Lebar Daun

1 bulan 20 ~ 30 25 mm 20 mm

2 bulan 25 ~ 35 35 mm 27 mm

3 bulan 35 ~ 45 45 mm 35 mm

4 bulan 45 ~ 55 55 mm 40 mm

5 bulan 55 ~ 65 65 mm 45 mm

6 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

7 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

8 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

9 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

10 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

11 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

12 bulan 65 ~ 75 75 mm 50 mm

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Page 10: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Petak Baja POLIMER®

5 bulan tanamanPetak Baja Komersil8 bulan tanaman

Petak Baja Komersil 5 bulan tanaman

Kesan Baja KomersilLebar 50mm

Kesan Baja HIGA® POLIMER

Lebar 75mm

Petak Baja HIGA® POLIMER 5 bulan tanaman

Page 11: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

8.00 Kajian kemanisan buah NENAS MD II

Perbandingan kemanisan buah Nenas MD II yang terhasil menggunakan Alat Ukur Kemanisan Buah:- (Refractometer Brixs DBR-85) adalah refractometer brix digital yang sangat canggih yang sudah dilengkapi dengan fitur ATC (Automatic Temperature Compensation) mampu mengukur kadar brixs atau kadar manis dengan rentang pengukuran antara 0% sampai dengan 85% dengan tingkat akurasi ±0.2% dan resolusi pengukuran 0.1.

Kaedah pengambilan bacaan Brixs ditunjukkan seperti di bawah:-

Buah-buah NENAS MD II tanah gambut yang dihasilkan daripada ladang penanaman yang menggunakan kumpulan baja yang berlainan telah diambil. Bacaan berbentuk darjah Brixs telah dicatit seperti di bawah.

Jadual 9.00: Rekod kemanisan buah nenas MD II - darjah Brixs

* berdasarkan rekod kajian TRD

9.01 Perbandingan kemanisan

Nenas MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER didapati mempunyai purata kemanisan 17.90 darjah Brixs berbanding 13.60 darjah Brixs menggunakan baja komersil iaitu puratan4 darjah Brixs lebih tinggi. Tahap tertinggi mencapai 19.00 darjah Brixs telah mengatasi kajian penyelidikan yang dilakukan oleh MARDI 17.50 darjah Brixs iaitu sebanyak 1.50 darjah Brixs berlebihan.

Kadar kemanisan Nenas MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER didapati lebih tinggi berbanding yang menggunakan baja komersil. Kandungan gula telah mencapai tahap maksima terhadap pokok Nenas MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER iaitu bacaan Brixs 17.90 manakana yang menggunakan baja komersil hanya memperolehi bacaan Brixs 13.60 sahaja.

Penggunaan jenis bajaKandungan gula sample NENAS MD II (Brixs) Jumlah

(Brixs)Purata (Brixs)Sample 1 Sample 2 Sample 3 Sample 4 Sample 5

BAJA HIGA® POLIMER 17.00 18.00 19.00 18.00 17.50 89.50 17.90

Baja Komersil 13.00 14.00 13.50 14.00 13.50 68.00 13.60

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018

Menitikkan cecair buah tersebut keatas permukaan

alat yang ditetapkan

BacaanRefractometer Brixs DBR-85

Page 12: NENAS MD II - higaorganic.com Data Nenas MD2.pdf · semulajadi oleh mikroorganisma-mikroorganisma. Terdapat juga proses-proses tindakbalas yang dilakukan secara industri seperti proses

10.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, berdasarkan semua kajian terhadap pokok Nenas MD II yang menggunakan BAJA HIGA® POLIMER menunjukkan rekod bacaaan yang terbaik berbanding lain-lain baja komersil, baja sebatian, baja organik atau baja control release (CRF). Kajian fisiologi juga menunjukkan bahawa terdapat banyak peningkatan dalam prestasi pokok Nenas MD II tersebut terutama tumbesaran peringkat awal tanaman. Ini menunjukkan bahawa BAJA HIGA® POLIMER berjaya meningkatkan kadar tumbesaran dan hasil berbanding lain-lain baja komersil dengan kadar yang lebih rendah yang lebih menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Keupayaan BAJA HIGA® POLIMER yang jauh lebih cekap telah membawa perningkatan hasil sebanyak 60% hingga 100%. Secara tidak langsung hasil boleh dipertingkatkan sebanyak 50% hingga 100% dengan menggunakan BAJA HIGA® POLIMER tanpa menambahkan keluasan penanaman.

Pembajaan menggunakan kadar baja yang banyak dan atau kepekatan yang tinggi akan memperolehi hasil tanaman yang tinggi pada peringkat permulaan menaikkan kadar tetapi ia merupakan satu kesilapan petani-petani yang akan mengakibatkan keracunan kepada tanaman, sumba air, dan tanah. Sekiranya keracunan berlaku, tanaman akan terus menjadi lemah dan mudah diserang perbagai penyakit. Penurunan hasil yang mendadak akan mengakibatkan keuntungan merosot. Kadar baja dan racun terpaksa dipertingkatkan untuk mengawalan penyakit.

RUJUKAN

Ball and Norton (2002). Agricultural Productivity: Measurement and Sources of Growth. Boston/Dordrecht/London: Kluwer Academic Publishers. Chan YK (1995).

Performance and Stability of Pineapple Hybrids in GxE Trials in Malaysia. In Proceedings of the 2nd Symposium International Ananas, 20-24 February 1995. Martinique, French & Wes Indies: Acta Horticultur, 425 : 201-211. Johaary, A.H.,Abu, K.A.,Ariffin, T. dan Setefarzi, M.N. (2007). Teknologi Pertanian:

Kajian Impak Teknologi Bagi Penggunaan Varieti Nanas Josapine Di Kalangan Petani di Malaysia. Malaysian Journal of Science and Technology Studies: Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Johaary, AH and Abu, K.A. (2008).

Impact Assessment on Josapine Pineapple Variety Grown in Peat Soil. Proceeding in International Symposium and Workshop on Tropical Peat Land at Hilton Kuching Hotel, Sarawak on 19-22 August 2008. Lee H.K (1996). ‘Josapine’: A new Pineapple Hybrid Developed at MARDI. In Mohamad, O., Mahani, et al. (eds.).

Proceedings of the 2nd National Congress on Genetics. Kuala Lumpur, hlm. 217-220. Malaysia (2000) Rancangan Malaysia Kelapan 2000-2005. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri: Kuala Lumpur. Malaysia (2006).

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri : Putrajaya. Mohamad, S.M. (2007). Meningkatkan Produktiviti Ladang Nanas: Memaksimumkan

Penggunaan Kepelbagaian-Bio dan Persekitaran Dalam Sistem Tanaman. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Serdang. Kertas Kerja Dibentangkan Pada Syarahan Khas Penyelidikan pada 4 Oktober 2007. Raziah ML (2010). Senario dan Prospek Industri Nanas Malaysia.Economic and Technology Management Review.

Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI). Serdang. Ruttan, L.M (2003). How Individual and Institutions Matter. Review of Individuals, Institutions and Markets by L. Mantzavinos, Cambridge University Press. Skinner, J. and Staiger, D. (2005).

The Adoption From Hybrid Corn to Beta Blockers. Proceedings at Federal Reserve Bank of San Francisco, Nov 18-19, 2005. Syahrin (2010). Kajian Impak Teknologi Nanas Maspine. Laporan Tidak Diterbitkan. Serdang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Syed A (2005).

Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Bagi Buah-Buahan. Serdang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Zairy Z (2009). Kajian Terhadap Ciri-Ciri Buah Nanas Segar Yang Menjadi Pilihan Pengguna. Laporan Tidak Diterbitkan. Serdang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Disediakan oleh Biochemistry Professor Dato’ Seri Dr. Allen 31 Oct 2018