kertas kerja pembangunan makmal komputer 120129095910 phpapp02

13
KERTAS KERJA PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS DENGAN KERJASAMA SURIATECH CORPORATION SDN BHD SK. KUNAK 1 91207 KUNAK, SABAH

Upload: anonymous-kxtnhl7

Post on 26-Dec-2015

723 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

PAPER WORK

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS

DENGAN KERJASAMA

SURIATECH CORPORATION SDN BHD

SK. KUNAK 1

91207 KUNAK, SABAH

2014

Page 2: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

PENDAHULUAN

Makmal Sains di sekolah merupakan tempat di mana murid - murid mendalami ilmu

sains di sekolah. Makmal Sains juga berfungsi sebagai sumber ilmu kepada murid - murid,

begitu juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber yang berkaitan dengan ilmu sains.

Walaubagaimanapun kemudahan makmal yang kian uzur, dan perlu pembaikan

menyebabkan penggunaan makmal sains ini dibawah kemampuan sebenar. Dengan erti kata lain,

banyak kemudahan yang perlu diperbaiki, ditambah juga menambah sedikit kecerian untuk

menjadikan makmal lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran.

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan daripada SuriaTech

Corporation SDN BHD bagi membangunkan, membaik pulih serta menambah kecerian bagi

makmal sains SK. Kunak 1.

RASIONAL DAN OBJEKTIF

Program ini adalah untuk :-

A) Penyediaan dan penyenggaraan bilik makmal sains yang lebih luas bagi pengajaran dan

pembelajaran yang lebih kondusif.

B) Penyediaan sistem pendawaian elektrik dalam makmal yang lebih selamat agar kejadian

litar pintas tidak sering terjadi.

C) Penyediaan perabot yang sesuai untuk murid dan guru.

D) Penyediaan sudut keceriaan dan info berkaitan sains

E) Mempunyai radas dan bahan sains yang mencukupi untuk PdP.

Page 3: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang tahun.

PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

SuriaTech Corporation SDN BHD

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangkan ini beroleh sokongan dari semua

pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih serta menceriakan makmal sains

ini tercapai hendaknya.

Page 4: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS,

SK. KUNAK 1

PENASIHAT

En. Mohd Sattah Bin Abdul Rashid

(Guru Besar)

Pn. Hjh Maimunah Binti Zainal Gunong

(YDP PIBG)

PENGERUSI

Pn. Hjh Mumin Binti Haji Madia

(GPK Kurikulum)

SETIAUSAHA

En. Sulaiman Bin Musi

(Guru Penyelaras Makmal Sains)

AJK

En. Buhari Bin Abdul Rahman

(Guru Makmal Sains)

Disediakan Oleh:-

(Sulaiman Bin Musi)

Setiausaha

Program Pembangunan Makmal Sains

Disahkan Oleh:-

(En. Mohd Sattah Bin Abdul Rashid)Guru Besar

Page 5: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

SENARAI BARANG KEPERLUAN DI MAKMAL SAINS

Senarai Keperluan Awal

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA

1UNIT

JUMLAH

1 Penghawa Dingin 2 1500 3000

2 Grill Keselamatan 1 2000 1500

3 Cat & Border 1 500 500

4 Langsir 1 1000 1000

JUMLAH 6000

Senarai Keperluan Perabot

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA

1UNIT

JUMLAH

1 Meja Murid (Jenis A) 20 400 8000

2 Kerusi Murid 40 85 3400

3 Meja Guru 1 250 250

4 Meja Penyelaras 1 250 250

5 Kerusi Guru 1 100 100

6 Kerusi Penyelaras 1 100 100

7 Papan PutihMagnetik 1 500 100

8 Papan Notis 1 250 250

Page 6: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

9 Rak Beg Murid 2 150 300

10 Meja LCD 1 200 200

11 Meja Pencetak 1 100 100

12 Stell Cabinet 1 400 400

JUMLAH 13,450.00

Senarai Keperluan Peralatan Makmal Sains

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA

1UNIT

JUMLAH

1 Mikroskop 20 250 5000

2 Kertas Litmus 30 10 300

3 Bahan Kimia 5 15 200

4 Buret 20 25 500

5 Tabung Uji 20 1.5 30

6 Penunu Bunsen 20 50 1000

7 Slaid Kaca 100 1.5 150

8 Rod Kaca 100 1.5 150

9 Spatula 100 1.5 150

10 Magnet pelbagai 100 25 2500

11 Rak Peralatan 1 150 150

Page 7: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

12 Alat Penggera 1 350 350

JUMLAH 10,480.00

Senarai Keperluan Pendawaian

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA

1UNIT

JUMLAH

1 Pendawaian Elektrik 12 150 1800

2 Rangkaian Port 12 150 1800

3 Kotak Suis 1 400 400

JUMLAH 4000

ANGGARAN PERBELANJAAN

PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS

SK. KUNAK 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1 Keperluan Awal 6000.00

2 Keperluan Perabot 13,450.00

3 Keperluan Peralatan Makmal Sains 10,480.00

4 Pendawaian Elektrik 4000.00

JUMLAH 33,930.00

Page 8: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

CADANGAN PLAN LANTAI MAKMAL SAINS

Page 9: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

Laporan Awal Status Makmal Sains SK. Kunak 1

Gambar diatas menunjukkan keadaan makmal sains disekolah sekarang ini. banyak

kekurangan yang ada. Ianya seakan seperti bukan makmal tetapi kelihatan seperti sebuah kelas.

Dengan perabot yang kurang dan bahan sains yang amat terhad amat menyukarkan guru dan

murid untuk melakukan PdP di dalam makmal ini.

Untuk itu, setelah berbincang dengan syarikat SuriaTech Corporation SDN BHD, salah

sebuah syarikat yang amat terkenal dan mempunyai beberapa anak syarikat di beberapa buah

negeri, akhirnya impian untuk memiliki sebuah makmal sains sebenar akan terlaksana. Syarikat

ini berbesar hati untuk menaja keseluruhan projek pembangunan makmal sains ini, ini mungkin

atas dasar Pengarah Eksekutifnya sendiri merupakan orang tempatan di daerah Kunak ini, dan

beliau ingin melihat anak-anak tempatan sepertinya lebih ramai yang akan berjaya dengan

adanya makmal sains seperti yang dirancangkan.

Page 10: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Komputer 120129095910 Phpapp02

Pengurusan Makmal Sains

Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains,kita perlu tahu apakah yang

dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya

merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada

peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan

universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau

segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini

dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan

dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.

Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah

mempunyai makmal sains. Jika tidak adamakmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan di

sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang dipanggil bilik

sains untuk menggantikan makmal sains. Bilik sains ini mempunyai :

Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai

untuk melakukan eksperimen.

Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sainsdapat disesuaikan untuk P&P sains.

Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak

berisiko tinggi (cth: bikar plastik)

Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.

Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.

Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.

Jika bilik sainsini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah ini

boleh diselesaikan dengan menggunakan ‘bilik sains bergerak’, iaitu guru menggunakan troli,

dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains

ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.