kertas kerja pdk

12
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR BERKAITAN DENGAN KURSUS KURIKULUM DAN PENAKSIRAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN TARIKH : 28 NOV 2012 TEMPAT : PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SLIM RIVER, JALAN MALINJA, TAMAN BUNGA RAYA, 35800 SLIM RIVER. ANJURAN : KURSUS KURIKULUM DAN PENAKSIRAN MURID BERMASALAH PENGLIHATAN (KBP3043) PENGARAH PROGRAM : Mohamad Marwan B. Zailani NO.TEL : 013-5823678

Upload: masturah-hj-md-ali

Post on 12-Aug-2015

87 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA pdk

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BERKAITAN DENGAN KURSUS KURIKULUM DAN

PENAKSIRAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH :

28 NOV 2012

TEMPAT :

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SLIM RIVER, JALAN MALINJA, TAMAN

BUNGA RAYA, 35800 SLIM RIVER.

ANJURAN :

KURSUS KURIKULUM DAN PENAKSIRAN MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

(KBP3043)

PENGARAH PROGRAM :

Mohamad Marwan B. Zailani

NO.TEL : 013-5823678

Page 2: KERTAS KERJA pdk

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada

dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dengan tujuan berikut :

1. Mendapatkan kelulusan pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan

2. Manusia serta pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) bagi melaksanakan dan

menganjurkan program lawatan ini.

3. Mendapatkan kelulusan untuk permohonan pengangkutan.

1.0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar ini adalah satu program berbentuk ilmiah yang

dianjurkan oleh Kursus Kurikulum dan Penaksiran Kanak-Kanak Bermasalah

Pembelajaran (KBP 3043). Tujuan program ini adalah untuk menyediakan pendidikan

yang berkualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Lawatan ini juga untuk

menjadikan mereka insan yang mampu untuk menerima pendidikan sepertimana kanak-

kanak tipikal yang lain mengikut tahap kemampuan kognitif mereka serta memberi

sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara sejajar dengan hasrat Falsafah

Pendidkan Kebangsaan. Dalam program ini para pelajar akan didedahkan kepada

kanak-kanak dan juga orang dewasa berkaitan kaedah pembelajaran dan pengajaran

yang sesuai dilakukan dalam pendidikan khas di pusat pemulihan dalam komuniti.

3.0 OBJEKTIF

Objektif lawatan ini adalah seperti berikut :

1. Memahami konsep yang berkaitan dengan kurikulum dan penilaian dalam bidang

bermasalah pembelajaran (C2, A2, CS2, CT2);

2. Mengenalpasti instrumen dan teknik dalam penaksiran murid-murid bermasalah

pembelajaran (C3, A2, CT2, EM2);

3. Melaksanakan analisa tugasan (task analysis) sesuatu kemahiran (C4, A4, LL2).

Page 3: KERTAS KERJA pdk

4.0 JUSTIFIKASI

Program ini merupakan satu lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di

Malaysia. Melalui lawatan ini diharapkan dapat memberi banyak ilmu pengetahuan

kepada pelajar mengenai Kurikulum dan Penaksiran kepada kanak-kanak bermasalah

pembelajaran yang tidak diperolehi melalui kuliah biasa. Bagi melahirkan bakal guru

yang berilmu dan berpengetahuan program seperti ini sangat diperlukan oleh semua

pelajar Kursus Kurikulum dan Penaksiran Murid Bermasalah Pembelajaran. Di harapkan

dengan adanya maklumat tambahan daripada lawatan yang di lakukan ini akan membantu

semua pelajar memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan kursus yang di ambil.

5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

Lawatan ini untuk mencapai hasil pembelajaran seperti berikut :

i. Dapat membantu pelajar mengetahui pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan ke atas kanak-kanak khas yang terdiri daripada pelbagai jenis kategori.

ii. Dapat membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa

dengan mengendalikan satu program yang memerlukan kerjasama yang tinggi

dikalangan ahli jawatankuasa program.

Melalui lawatan ini, ia ingin mencapai kemahiran insaniah seperti berikut :

i. Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan program ilmiah yang dapat

membantu pelajar mempelajari dan mengetahui kurikulum dan penaksiran yang

dilakukan ke atas kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran.

ii. Dalam program ini para peserta dapat menyemai nilai murni, sikap dan

tingkahlaku yang beretika sesuai dengan identiti sebagai pendidik.

iii. Para pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih dekat lagi dengan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran ini untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi

oleh mereka.

Page 4: KERTAS KERJA pdk

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 28 Nov 2012

Hari : Rabu

Tempat Program : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Slim River

Jalan Malinja,,

Taman Bunga Raya,

35800 Slim River, Perak.

7.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

1. Pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

2. Profesor Madya Dr. Haniz Bin Ibrahim

Pensyarah Kursus Kurikulum dan Penaksiran Kanak-Kanak Bermasalah

Pembelajaran (KBP 3043)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

8.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

1. 31 orang pelajar ijazah sarjana muda pendidikan

2. 1 orang pensyarah pengiring

3. Pihak pusat pemulihan dalam komuniti Slim River

Page 5: KERTAS KERJA pdk

9.0 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

BIL. AKTIVITI HURAIAN AKTIVI

1.

Lawatan ke

Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti

- membuat pemerhatian dan kajian mengenai

Kurikulum dan Penaksiran Kanak-kanak Bermasalah

Pembelajaran

10.0 TENTATIF PROGRAM

28 Nov 2012

7.30 pagi : bertolak dari Kolej Kediaman Za’ba / Pintu Timur

9.00 pagi : Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Slim River

2.00 tengah hari : Makan dan solat

3.00 petang : Bergerak pulang ke Tanjung Malim.

4.00 petang : Dijangka tiba di Tanjung Malim

Page 6: KERTAS KERJA pdk

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

BIL JAWATANKUASA PELAKSANA SENARAI TUGAS

1. Unit Pengangkutan - Mendapatkan pengangkutan untuk ke tempat program.

- Menguruskan semua hal mengenai pengangkutan.

2. Unit Publisiti dan Siaraya - Membuat memo dan hebahan kepada peserta.

- Mengambil gambar sepanjang program.

3. Unit Makanan - Menyediakan minuman untuk peserta.

- Memantau penyediaan makanan.

- Menguruskan hal-hal berkaitan makanan sepanjang program.

4. Unit Cenderamata - Menyediakan cenderamata untuk tetamu kehormat.

5. Unit 3K (Keselamatan, Kebajikan dan

Kebersihan)

- menjaga keselamatan dan kebajikan

semua peserta semasa program berjalan.

Page 7: KERTAS KERJA pdk

10.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat : Prof. Madya Dr. Haniz Bin Ibrahim

Pengarah Program : Sdr.Mohamad Marwan Bin Zailani ( D20102039633)

Timbalan Pengarah : Wan Nur Laila Binti Wan Abdullah (D20102039625)

Setiausaha : Sdri.Nurul Nadia Bt Abd Azizi (D20102039616)

Bendahari : Sdr.Mohammad Hazwan Bin Ashri (D20102039622)

Ahli-ahli Jawatankuasa

Unit Pengangkutan : Sdr.Khairul Anuar B. Md. Sohaimi (D20102040011)

Unit Publisiti dan Siaraya : Sdr.Abdul Hafiz Bin Abd Khadir (D20102039627)

Unit Perhubungan Awam : Sdri. Mazni Bt Yasok @ yussof (D20102039615)

Unit Jamuan dan Makanan : Sdri.Siti Aisyah Binti Muhamed (D20102039631)

Unit Cenderamata : Sdri. Narhasnah Ruhani Bt Mat Jusoh (D20102039623)

Unit 3K

(Keselamatan,Kebajikan dan Kebersihan) : Sdri.Nur Liyana Binti Abd Latiff (D20102039614)

Page 8: KERTAS KERJA pdk

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 Pendapatan

Kutipan duit daripada peserta (RM 3 x 31 orang) RM 93.00

JUMLAH PENDAPATAN (A) RM 93.00

10.2 Perbelanjaan

BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Pengangkutan (Bas) 1 unit (bawah tanggungan JHEPA)

2. Hadiah dan Cenderamata

- Cenderahati untuk pihak Pusat Pemulihan Dlam Komuniti

- Beg Kertas UPSI

RM30x unit = RM21.60

Sumbangan dari Majlis Perwakilan Pelajar

JUMLAH

RM21.40

3. Makanan:

-Sarapan pagi RM2.00 x 31

JUMLAHRM62.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM83.60

4. KONTIGENSI RM 9.30

JUMLAH KESELURUHAN RM93.00

Page 9: KERTAS KERJA pdk

11.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif

sebenar program ini diadakan. Dengan adanya program berbentuk ilmiah ini di harapkan dapat

melahirkan lebih ramai guru yang berkeyakinan, berpengetahuan luas dan berilmu tentang

pendidikan khas terutamanya kepada semua pelajar Kursus Kurikulum dan Penaksiran Murid

Bermasalah Pembelajaran. Lawatan ini juga membuka peluang kepada semua pelajar kursus

ini untuk mendalami dan mendekatkan lagi diri dengan dunia Pendidikan khas yang sebenar.

Besar harapan kami agar pihak fakulti memberikan kelulusan untuk menjayakan program ini.

Page 10: KERTAS KERJA pdk

Disediakan oleh :

Mohamad Marwan Bin ZailaniPengarah Program,Program Lawatan Sambil Belajar Berkaitan Kursus Intervensi Awal Kanak-kanak Dalam Pendidikan Khas(KBK3033), Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900, Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ...............................................

Tarikh:

Disemak oleh : Prof. Madya Dr. Haniz bin IbrahimPensyarah Kurikulum dan Penaksiran Murid Bermasalah Pembelajaran(KBK3033), Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas,Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : ...............................................

Tarikh:

Disahkan oleh :

Profesor Madya Dr. Haniz Bin IbrahimKetua Jabatan,Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas,Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : ...............................................

Tarikh: