kertas kerja pameran cegah denggi.docx

7
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH PAMERAN CEGAH DENGGI ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SK PINANG KOTA SAMARAHAN TEMPAT: SK PINANG, JALAN DATO MOHD MUSA, 94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK TARIKH: MAC 2011

Upload: jumardi-muhlis

Post on 11-Feb-2016

59 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pameran Cegah Denggi.docx

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PAMERAN CEGAH DENGGI

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK PINANG KOTA SAMARAHAN

TEMPAT:

SK PINANG, JALAN DATO MOHD MUSA,

94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK

TARIKH:

MAC 2011

MASA:

0800-1130 PAGI

Page 2: Kertas Kerja Pameran Cegah Denggi.docx

1.0 PENDAHULUAN

Pameran Cegah Denggi adalah salah satu daripada Program Kesihatan

Sekolah yang dilaksanakan bagi memenuhi syarat dan kehendak soalan tugasan

KKBI-Kerja Kursus Pendek Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4

Tahun 2011 bagi kursus PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah.

Program ini dikelolakan dengan kerjasama bersepadu semua pihak untuk

memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada

serangan nyamuk aedes. Pameran ini merupakan program yang dirancang khas

selama 1 hari untuk memberi maklumat kepada semua pihak. Walaupun program ini

diadakan dalam masa yang singkat, namun diharap ianya dapat berjalan dengan

lancar seperti yang dirancangkan dan dapat menyampaikan mesej kepada warga

sekolah terutamanya murid-murid.

2.0 RASIONAL

Mengikut statistik kes demam denggi dan kematian yang dicatat mengikut

kawasan bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 01 Januari 2011 (Laman web rasmi

Kementerian Kesihatan Malaysia), negeri Selangor mencatat kes denggi paling

tinggi sepanjang 2010 hingga 2011 ini. Pameran Cegah Denggi ini dapat membantu

memberikan kesedaran kepada warga sekolah SK Pinang dan masyarakat sekeliling

agar mengambil kesedaran tentang bahaya demam denggi.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.

3.2 Dapat menyemai sikap bertanggungjawab melindungi diri, keluarga dan jiran

daripada jangkitan denggi serta prihatin terhadap persekitaran mereka.

Page 3: Kertas Kerja Pameran Cegah Denggi.docx

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Pinang, Kota Samarahan.

5.0 SUMBER KEWANGAN

5.1 Persendirian (Cik Angelina Andrew Daal dan Cik Cecilia Cindy Gugup)

5.2 Sumbangan pihak sekolah

6.0 ORGANISASI

Penasihat : Guru Besar SK Pinang, Kota Samarahan

Pengerusi : Ahamd

Setiausaha : Angelina

Bendahari : Penolong Kanan Kokurikulum

AJK Kebersihan : Ketua Panitia Pendidikan Moral

AJK Peralatan : Ketua Panitia PJK

AJK Makanan dan Jamuan : Guru Penyelaras RMT

AJK Persiapan dewan dan pentas : Ketua Panitia Pendidikan Seni

AJK Pameran : Penolong Kanan HEM

AJK Buku Program : Guru Bimbingan dan Kaunseling

AJK Publisiti dan Dokumentasi : Penolong Kanan 1

AJK Urusetia dan Protokol : Ketua Panitia Bahasa Melayu

Pengacara majlis : Guru Bahasa Melayu

Pembaca doa : Ustaz

Page 4: Kertas Kerja Pameran Cegah Denggi.docx

7.0 ATURCARA TENTATIF

0740 pagi : Ketibaan murid-murid dan guru-guru SK Pinang

0800 pagi : Ketibaan tetamu kehormat (Guru Besar SK Pinang)

0815 pagi : Ucapan Pengerusi Pameran Cegah Denggi oleh Cecilia Cindy Gugup

0830 pagi : Ucapan perasmian Pameran Cegah Denggi oleh tetamu kehormat

0940 pagi : Upacara memotong riben perasmian Pameran Cegah Denggi oleh

tetamu kehormat

1000 pagi : Lawatan tetamu kehormat ke tapak pameran

1100 pagi : Jamuan ringan

1130 pagi : Majlis bersurai

8.0 PERALATAN

Bil. Jenis peralatan Kuantiti1. Sofa VIP 3 buah

2. Meja (VIP dan Jamuan) 2 buah

3. Rostrum 1 buah

4. Mikrofon 1 buah

5. Speaker 2 buah

6. Gelas VIP 3 buah

7. Alas meja (VIP dan Jamuan) 2 helai

8. Kerusi 120 buah

9. Papan pameran 4 buah

10. Set pinggan mangkuk (VIP) 5 set

11. Set pinggan mangkuk (Jamuan) 25 set

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Page 5: Kertas Kerja Pameran Cegah Denggi.docx

Jamuan ringan (untuk VIP dan guru-guru) : RM 2 × 25 orang = Rm 50

Makanan untuk murid (Kudapan- kuih muih) : RM 1 × 40 orang = Rm 40

Air mineral (1 kotak) : RM 10 × 1 kotak = Rm 10

Jumlah : RM 100

10.0 PENUTUP

Semoga pameran yang dijalankan akan dapat memberi kesedaran kepada

murid-murid tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya

juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat

menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara.

Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ............................................

(ANGELINA ) (AHMAD )

Setiausaha Pameran Cegah Denggi, Pengerusi Pameran Cegah Denggi,

SK Pinang SK Pinang

Disahkan oleh,

.......................................

( )

Penasihat Pameran Cegah Denggi,

SK Pinang