kertas kerja msn

Upload: azami-mustama

Post on 29-Oct-2015

146 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja lawatan ke pusat sukan

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA,

KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JANUARI 2009KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA,MELAKA.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 1.0 TUJUANKertas kerja ini bertujuan untuk membuat lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga adalah sebahagian daripada subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidkan Jasmani.

2.0 LATAR BELAKANG

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Lawatan sambil belajar ini merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP semester lima ambilan Januari 2010. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dimana pelajar dikehendaki membuat lawatan sambil belajar ke sebuah sekolah yang menjalankan program pembangunan sukan dan belajar untuk cara-cara mengendalikan sesebuah organisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.3.0 OBJEKTIF LAWATANi.Mempelajari struktur, pentadbiran sekolah sukan yang merangkumi Perlembagaan dan Pentadbiran organisasi, Pengendalian Mesyuarat, dan Pengurusan Kewangan.

ii.Mendalami ilmu Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan yang merangkumi Kepimpinan, Sumber Kewangan, Membuat Keputusan, Penyelesaian Masalah, Penilaian, Pengurusan Stor dan perkara berkaitan.

iii.Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang program-program pembangunan sukan yang telah diadakan antaranya program Pembangunan Jurulatih dan Atlit.

iv.Mengenalpasti perkaitan antara undang-undang dan sukan dan pengaplikasian liabiliti dalam sukan.

v.Melahirkan guru pelatih yang sentiasa peka tentang isu-isu dalam sukan seperti wanita dan sukan, politik dan sukan dan cabaran sukan kepada negara membangun.

vi.Menanamkan semangat kesukanan dalam diri guru pelatih melalui lawatan ilmiah yang dijalankan.vii. Menguji kebolehan guru pelatih mengelola pertandingan permainan

tradisionalviii.Memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran .4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN4.1 Program lawatan sambil belajar ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengetahuan bersama komuniti sukan, membina dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan interaksi sesama guru pelatih dan juga masyarakat setempat serta dapat menimba ilmu dalam cara menguruskan sesebuah organisasi. Selain itu guru pelatih juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan luar dari teori ke aplikasi. Program lawatan sambil belajar ini akan diadakan mengikut butiran berikut : Tempat

: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota ,Melaka

Tarikh

: 23 Februari 2012-24 Februari 2012 Masa :

Bilangan Peserta: 47 orang pelajar4.2 Bilangan pensyarah pengiring yang terlibat ialah seperti berikut :

1. Dr. Azita bin Amrin Ketua Jabatan Kajian Sosial/Pensyarah2. En. Mohammad Hamzah bin Sarimun Ketua Unit Pendidikan Jasmani/Pensyarah4.3 Senarai Ahli Jawatankuasa Program Lawatan Sambil Belajar

Rujuk lampiran 1

4.4 Pelaksanaan Aktiviti

Rujuk lampiran 2

5.0 KAEDAH PEMEROLEHAN MAKLUMATi.Pembahagian tugasan mengikut kumpulanGuru pelatih telah dibahagikan kepada 11 kumpulan. Tugasan dan kumpulan dinyatakan dalam lampiran 4.

ii.Temubual

Guru pelatih menjalankan sesi temubual berkenaan Pentadbiran dan pengurusan program pembangunan Sukan bersama guru penasihat .iii.Sesi Ceramah

Pihak sekolah mengadakan sesi ceramah bersama guru pelatih.

.60 BELANJAWANRujuk lampiran 3

7.0 PENUTUP

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru yang berdisiplin, tabah

menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar

permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan

dapat dijalankan.

Disediakan oleh,

........................................

(Mohd Syamim Waqiyuddin Bin Ramli)

Setiausaha Lawatan

PISMP Ambilan Jan 2010

Disemak oleh,

.........................................

(Muhammad Zulhisham Bin Zakaria)

Pengerusi LawatanPISMP Ambilan Jan 2010

Disokong oleh,

.......................................

(Dr. Azita Bin Amrin)

Ketua Jabatan Kajian SosialInstitut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

........................................

(Dr. YM Raja Azizah Hanim binti Raja Abdul Aziz)

Pengarah,

Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa AntarabangsaLampiran 1Senarai Ahli Jawatankuasa Lawatan

Jawatankuasa Program Lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota,MelakaPenasihat

: Dr. Azita Bin Amrin

En Mohammad Hamzah Bin SarimunPengerusi

: Muhammad Zulhisham Bin ZakariaNaib Pengerusi

: Jasmine Low Hui JeanSetiausaha

: Mohd Syamim Waqiyuddin Bin RamliNaib Setiausaha

: Nur Farhana Binti OmarAhli Jawatankuasa:-1. Perhubungan- Wan Saiful Azami Bin Wan Mustama2. Cenderahati

- Zuraidah Binti Che Azmi3. Pengangkutan

- Ismail Bin Ibrahim

Lampiran 2Pelakasanaan Aktiviti

Pelakasanaan aktiviti kami pada hari berikut adalah seperti tentatif program di bawah :Tarikh : Hari :8.30 pagi

: Berkumpul di tempat letak bas dan mendengar taklimat.9.00 pagi

: Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota.9.30 pagi

: Tiba di sekolah menengah kebangsaan seri kota dan

mendengar taklimat.11.00 pagi

: Melawat kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan

Seri Kota.1.30 tengahari: Makan Tengahari dan solat zohor

2.00 petang

: Taklimat daripada guru penasihat4.00 petang

: Penyerahan saguhati

4.00 petang

: Pengurusan diri dan Solat Asar5.00 petang

: Sukan rakyat

6.30 petang

: Pengurusan diri

Tarikh : Hari : 8.00 pagi

: Bergerak ke SMK Seri Kota 8.30 pagi

: Taklimat Permainan Tradisional

9.00 pagi

: Pertandingan Permainan Tradisional

11.30 pagi

: Majlis Penutup

1.00 petang

: Bergerak ke MSSN Melaka

2.00 petang :Melawat kawasan MSSN Melaka

3.30 petang :Taklimat berkenaan pengurusan sukan oleh pegawai MSSN 5.00 petang :Bergerak pulang ke institut

Lampiran 3Belanjawan

Belanjawan untuk Program Lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan oleh pihak sekolah.

Beg cenderahati

: 10 beg

Air mineral

: 4 kotak

Antara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian sepanjang lawatan ini ialah :Pentadbiran Sekolah Pembangunan Sukan

Perlembagaan organisasi badan sukan sekolah Pentadbiran organisasi sukan

Pengendalian komuniti sekolah Belanjawan dan pengurusan kewangan

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kepimpinan

Mengenalpasti dan penggunaan sumber

Pengurusan sumber manusia

Bekerja dengan sukarelawan

Sumber kewangan

Perancangan

Penyelesaian masalah

Membuat keputusan

Penilaian

Komunikasi

Teknologi dalam sukan

Pengurusan kemudahan

Pengurusan stor

Program pembangunan sukan

Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran

Pembangunan jurulatih

Kenalpasti bakat

Pembangunan atlit

Undang-undang dan pentadbiran sukan

Kaitan undang-undan dan sukan

Liabiliti perundangan dalam sukan

Isu-isu dalam sukan

Wanita dan sukan

Sukan dan media massa

Politik dan sukan

Insentif dan atlit

Perjudian dan sukan

Cabaran sukan negara membangun masa kini

Nilai dan etika dalam sukan

Permainan bersih (fair play) Penyalahgunaan bahan dalam sukan

Keganasan dalam sukan

Gangguan dalam sukan