bilik sukan

20
BILIK SUKAN. Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK). Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, banyak sekolah telah menukar corak fizikal dalaman kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat, kondusif. Hal ini demikian sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang merangkumi Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya dalam Sukan, Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga, Kemahiran Sukan dan Kecergasan fizikal. Fungsi Bilik Sumber Sukan dan PJPK Bilik ini berfungsi bagi dua fasa yang berbeza iaitu : Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti Sukan Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan Pengajaran PJPK. Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah lebih khusus untuk Pembelajaran dan Pengajaran PJPK sahaja. Bilik ini boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat,

Upload: rahmat-dahman

Post on 03-Dec-2015

604 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Bahan Pendidkan Jasmani.

TRANSCRIPT

BILIK SUKAN.

Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah. Bilik ini

menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah

mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan

Kesihatan (PJPK).

Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, banyak

sekolah telah menukar corak fizikal dalaman kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat,

kondusif.

Hal ini demikian sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang merangkumi

Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya dalam Sukan,

Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga, Kemahiran Sukan dan Kecergasan

fizikal.

Fungsi Bilik Sumber Sukan dan PJPK

Bilik ini berfungsi bagi dua fasa yang berbeza iaitu :

Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti Sukan

Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan Pengajaran PJPK.

Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah lebih khusus untuk Pembelajaran dan

Pengajaran PJPK sahaja.

Bilik ini boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat, perjumpaan ringkas dan proses

peminjaman alatan. Pengawas Bilik Sukan akan membantu guru menyediakan alatan yang

diperlukan oleh guru Rumah Sukan dan Guru PJPK atau memastikan bilik sentiasa kemas dan

teratur.

Soalan.

1.Apakah yang anda faham dengan istilah bilik sukan berkesan?

2.Kenapa sekolah menitik beratkan kekemasan bilik sukan?

3.Bagaimanakah anda boleh mengaitkan kekemasan bilik sukan dan KSSR ?

4.Apakah langkah-langkah yang diambil oleh anda bagi memastikan bilik sukan sekolah anda

kemas dan teratur?

5.Bagaimana bilik sukan yang teratur dan kemas boleh mempengaruhi tingkah laku murid?

STOR SUKAN

Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan )

( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )

Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

Tatacara Am.

Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.

Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya

diadakan pada hari atau masa yang berasingan

Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan

rapi sepanjang masa.

Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli

Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk

peralatan sukan.

Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.

Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.

Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan

yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

Tatacara Murid.

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.

Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.

Merekod semua alat sukan yang digunakan.

Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.

Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.

Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.

Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan

sukan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

Tatacara Am.

Sentiasa menjaga kebersihan stor.

Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan

peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.

Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk

alat-alat sukan.

Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.

Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.

Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.

Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan

selamat.

Tatacara Murid.

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.

Murid tidak dibenarkan bermain – main dengan peralatan lain apabila berada didalam stor suka ketika mengambil alatan sukan.

Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil peralatan sukan.

Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Tatacara Jurulatih/Guru.

Menjaga kebersihan stor sukan.

Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.

Memadamkan suis apabila keluar dari stor.

Mempunyai pelan keselamatan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.

Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.

Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

2.0 STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan

sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa

membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu

diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

2.1 TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1 Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang

digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang

memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian

peralatan berlaku.

2.1.2 Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa

Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu

dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

2.1.3 Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan

diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan

daripada guru yang bertugas.

2.1.4 Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-

undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5 Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang

ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.

2.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1 Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya

individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan

pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2 Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang

digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3 Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat

dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah

peralatan yang telah dikeluarkan.

2.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1 Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan

yang digunakan.

2.3.2 Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan

yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru

juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan

seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3 Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain

itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik

untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4 Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu

diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau

dilupuskan.

2.3.5 Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam

mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan

tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang

pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan

jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan

pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan

kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor

dengan

kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali

setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di

samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih

kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan

jumlah alatan

yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak

yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang

disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk

menyenangkan proses

menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi

Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan

padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi

barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan

pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang

panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat

yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan

yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah

mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara

Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak

menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi

membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna.

Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian

bawah rak

simpanan.

Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian

yang tajam menghala ke bawah.

Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain

dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.

Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang

lain

tunggu di luar.

Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan

kering sebelum

di simpan bagi mengelak reput.

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat

kuasa.

Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu

stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan

kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan

alatan keselamatan

dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor

dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani

mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani,

kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh

pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara

penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut

contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.