kertas kerja membaik pulih stesen penternakan 2015

Upload: monis-diana-abu-bakar

Post on 10-Mar-2016

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PPKIMP

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBAIK PULIH STESEN PENTERNAKAN : KOLAM IKAN KELI BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PEMELIHARAAN HAIWAN, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SMK TAMAN PUTRI, KULAIJAYATAHUN 2015

1. TAJUK

Kertas kerja cadangan membaik pulih stesen penternakan : kolam ikan keli bagi mata pelajaran kemahiran hidup pemeliharaan haiwan, program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran SMK Taman Putri, Kulaijaya bagi tahun 2015

2. PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKIMP) adalah satu program yang dikhususkan untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas. Segala aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan potensi dan jati diri setiap murid. Melalui program ini, murid-murid PPKIMP SMK Taman Putri akan mendapat bimbingan melalui pendedahan dalam pelbagai aktiviti dengan pendekatan yang sesuai berdasarkan keupayaan mereka. Pada Ogos 2014, Stesen Penternakan Ikan Keli Dalam Kolam Kanvas telah dimulakan tetapi pada hujung tahun lepas stesen ini telah rosak terutamanya bahagian bumbung akibat angin kencang. Semua bumbung dari net hitam telah koyak dan kayu beam banyak yang patah. Oleh itu, cadangan membaikpulih stesen ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada air kolam yang panas kerana terdedah kepada pancaran matahari. Secara tidak langsung, murid-murid ini juga dapat diterapkan dengan kerja-kerja pertukangan dan menyemai semangat berganding bahu, berdikari dan membina keyakinan diri. Selain itu, adalah diharapkan agar aktiviti ini akan mewujudkan kemahiran sosial yang positif dikalangan murid Pendidikan Khas ke arah hidup berdikari sebagai individu yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan negara.

3. RASIONAL

Kurikulum sekolah biasanya tertumpu kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di dalam bilik darjah sahaja. Namun, kaedah ini agak berbeza bagi murid-murid berkeperluan khas. Kaedah P&P murid-murid berkeperluan khas ini memerlukan pengalaman menerusi penglibatan dirinya dalam aktiviti yang nyata untuk mencapai objektif yang lebih berkesan. Oleh itu, dengan adanya stesen penternakan yang sudah dibaikpulih ini diharapkan agar aktiviti penternakan ikan keli dalam kolam kanvas dapat dijalankan dengan sempurna dan kondusif.

Aktiviti sebegini juga dapat menarik dan mengukuhkan usaha murid-murid PPKIMP, SMK Taman Putri untuk menjadi individu yang berproduktif dalam melahirkan insan yang berpotensi cemerlang. Selain itu juga, ia dapat membina semangat guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara dalam melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi untuk berdikari dan berdaya saing dalam masyarakat luar.

4. OBJEKTIF5.1. Membaik pulih bumbung stesen penternakan dengan memasang net hitam secara menegak dan menambah beam serta tiang kayu bagi setiap pagar.5.2. Mengukuhkan tiang pagar sedia ada.5.3. Membaik pulih pintu stesen penternakan.

5. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat: Pn. Hjh Lily Bu Binti Abdullah Pengetua SMK Taman Putri

Penyelaras Projek: En. Jairuddin Bin Hadjilani Penyelaras PPKIMP

Setiausaha: Pn. Monis Diana Binti Abu Bakar

Bendahari: Pn. Siti Zaharah Binti Putek

Pegawai Pemasaran: Pn. Faiza Binti Abd. Samad

AJK: 1.Pn. Yanti Mastika Binti Maskam 2.Pn. Noor Izerleena Binti SuhaimiAJK Pelaksana: 1. Che Ku Mohd. Hasif Bin Che Ku Razak 2. Low Zhi Xian 3. Chan Kah Lock 4. Mohd. Razif Bin Abdul Razak 5. Chong Dickson 6. Muhammad Hanif Bin Ramlan 7. Liew Sheng Long

6. KUMPULAN SASARAN

Sasarannya adalah semua murid lelaki PPKIMP SMK Taman Putri yang telah dikenalpasti. Senarai mereka adalah seperti ajk pelaksana diatas.

7. SUMBER KEWANGANPeruntukan PCG Pendidikan Khas,

8. ANGGARAN KOS MEMBAIK PULIH STESEN PENTERNAKAN

Bil.Stesen PenternakanHarga Seunit(RM)KuantitiJumlah(RM)

1.Net Hitam (90%) 90.003 unit270.00

2.Kayu beruti 2X2X6ft8 btg

3.Kayu beruti 2X4X10ft4 btg

4.Kayu beruti 1X2X12ft36 btg

5.Paku besi 2 inci1 kg

6.Paku besi 2 inci1 kg

7.Engsel pintu6 biji

8.Pintu papan nipis2 keping

9.Tombol pintu14.002 set28.00

JUMLAH KOS PERBELANJAAN

9. SUMBER TENAGAProjek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh murid-murid Pendidikan Khas dibawah bimbingan guru-guru Pendidikan Khas. Guru-guru KH Aliran Perdana akan menjadi rakan penasihat kepada kelancaran projek.

10. PENUTUPMurid-murid Pendidikan Khas atau pun Berkeperluan Khas ini sebenarnya berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka ini hanya sekadar kurang bertindak balas dengan sempurna terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh yang demikian, pelbagai program perlu dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan murid ini sebagai bekal kepada mereka untuk menempuh alam dewasa sekaligus mampu menjadikan mereka insan yang berdikari didalam kehidupan mereka.

Kecemerlangan Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama

Disediakan oleh

................ ( EN. JAIRUDDIN B. HADJILANI )PENYELARAS PENDIDIKAN KHASSMK TAMAN PUTRI

Diluluskan oleh,

.............................................................(PN. HJH LILY BU BINTI ABDULLAH)PENGETUASMK TAMAN PUTRI

Tarikh kelulusan : ____________________

Cop sekolah:4