kertas kerja mazollah ulul albab

7
SMA SHAMSUDDINIAH 2015 PROJEK MAZOLLAH ULUL ALBAB (ASTAKA PENCARIAN ILMU) KERTAS KERJA

Upload: suriman8901301938

Post on 29-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja sudut sarana

TRANSCRIPT

SMA SHAMSUDDINIAH

2015

PROJEK MAZOLLAH ULUL ALBAB

(ASTAKA PENCARIAN ILMU)

KERTAS KERJAMAZOLLAH ULUL ALBABSMA SHAMSUDDINIAH

PENGENALAN

Mazollah Ulul Albab yang dirancang adalah satu kawasan rehat atau ruangan menunggu yang boleh digunakan oleh pelajar, ibu bapa atau penjaga dan warga sekolah. Sudut ini mempunyai ruangan papan kenyataan yang akan digunakan bagi memaparkan maklumat-maklumat berkenaan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) supaya ibu bapa dan komuniti lebih celik dan peka tentang kepentingan mereka sebagai salah satu penyumbang kepada kecemerlangan pelajar sama ada di dalam sekolah mahu pun di luar sekolah.

RASIONAL Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para pelajar. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan sebagai salah satu medium yang boleh diguna pakai untuk menyampaikan maklumat mengenai SARANA atau lebih dikenali sebagai PIBK pada masa kini. Diharapkan dengan pembinaan Mazollah Ulul Albab ini dapat memberikan sedikit panduan kepada ibu bapa, komuniti, guru-guru, warga sekolah dah pelajar itu sendiri mengenai pelaksanaan PIBK di peringkat sekolah. Diharapkan melalui penglibatan semua pihak dalam pelaksanaan PIBK dapat memantapkan lagi tahap kecemerlangan pelajar.

OBJEKTIF

i. Menjadikan Mazollah Ulul Albab sebagai pusat untuk para pelajar, guru, ibu bapa, komuniti dan warga sekolah bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan PIBK menerusi panduan dan maklumat yang disediakan.

ii. Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

iii. Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan / kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan kelak.

iv. Melatih pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam menghias ruangan yang kecil, tapi padat dengan maklumat.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh:Februari hingga Jun 2015Tempat: Kawasan lapang di hadapan asrama (Padang Pasir)

JAWATANKUASA PELAKSANA

INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

PERINGKAT SEKOLAH

PENGERUSI: Tuan Haji Mohd Samsi Bin Haji Hussin (Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI: Ustaz Hj. Kasbollah Bin Mohd Satari (GPK HEM/ Pengurus PIBK)

SETIAUSAHA: Ustazah Nurul Ain Binti Ismail

AHLI JAWATANKUASA:

i. Ustaz Ahmad Radzuan Bin Katimin (GPK Pentadbiran)

ii. Ustaz Haji Lukman BinHj Md Sawari (GPK Kokurikulum)

iii. En Zainal Abidin Bin Md. Juri (YDP PIBG)

iv. Ustazah Suaibatul Aslamiah Bte Muhamad (Setiausaha PIBG)

v. En. Abdul Wahab Sharani Bin Jamaluddin (Ketua Biro KSIB)

vi. En Harun Bin Mohd Nor (Ketua Biro Maklumat)

vii. Ustaz Muhammad Adam Bin Tukiran (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT DALAM PROJEK 1. Dayana Ulfa Binti Khoirulnizat (5 Ibnu Abbas)

2. Siti Mariam Binti Rasid (5 Ibnu Abbas)

3. 'Ain Nazihah Binti Kamisan (5 Ibnu Abbas) 4. Nur Aliah Binti Mohmat Rasit (5 Ibnu Abbas)

5. Siti Mashitah Binti Norazman (5 Ibnu Abbas)

KEPERLUAN

BIL

ITEM

Anggaran Harga (RM)

Catatan

1.

Bumbung

(Bahan terpakai)

2.

Tiang

(Bahan terpakai)

3.

Rangka

(Bahan terpakai)

4.

Lantai Papan

3 000

5.

Upah pekerja

2 000

6.

Pelbagai Hiasan ( Huruf, Reben, Kertas Warna, Kain)

100

7.

Pokok bunga/ pokok hiasan

(Sumber: KHB Pertanian)

8.

Cat

200

9.

Bunting

100

10.

Papan Kenyataan (Berkunci) saiz 6X4

1000

JUMLAH

6 400

NOTA MINTA

DILAMPIRANKAN

SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah

PENUTUP

Di harap projek pembinaan Mazollah Ulul Albab ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu medium yang digunakan bagi memantapkan lagi sokongan ibu bapa dan komuniti terhadap sekolah seterusnya dapat meningkatkan lagi tahap kecemerlangan pelajar. Diharap pondok ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru untuk menyampaikan maklumat dan para pelajar dapat menggunakan kawasan ini secara optimum sebagai salah satu kemudahan baru yang perlu sentiasa dijaga.

Disediakan oleh,

NURUL AIN BINTI ISMAILSetiausaha PIBK,SMA Shamsuddiniah.

Disemak dan disahkan oleh,

USTAZ HJ. KASBOLLAH BIN MOHD SATARI

GPK Hal Ehwal Murid,

SMA Shamsuddiniah.

Tarikh: _____________________

Lampiran 6-1SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT IIPETI SURAT 505 Rujukan : SMKK2/KWK/201189057 KUDAT Tarikh : NOTA MINTA

Kepada :Pengetua,SMK Kudat II

Daripada : Guru Kanan Mata Pelajaran BahasaSMK Kudat IIPERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK AKTIVITI MINGGU BAHASA MELAYUBerhubungan dengan perkara tersebut di atas, diharap dapat tuan meluluskan permohonan mendapatkan bekalan seperti berikut:-

Bil.

Perihal Barang

Kuantiti

AnggarnHarga RM

Tarikh Diperlukan

Catatan oleh Pengetua

1

2

3

Cat

Colour Foam Board

Fail poket (plastik)

2 tin

6 keping

20 keping

RM45 X 2 = RM90.00

RM13.50 X 6 = RM81.00

RM1.20X 20 = RM24.00

13 Mei 2011

JUMLAH = RM195.00

Sekian dan terima kasih.Saya yang benar,Permohonan di atasDiluluskan / Tidak diluluskan(ZUBAIDAH BINTI SIPIL)(SUID BIN HANAPI) Pemohon Pengetua

Untuk Kegunaan Unit Kewangan Sahaja

Peruntukan : RMBaki Peruntukan : RMSyarikat :

T.Tangan KPT :Tarikh :

LAMPIRAN

Lakaran papan kenyataan Berbumbung yang diletakkan di dalam gazebo.

KERTAS KERJA

Papan Kenyataan

Papan Kenyataan

Kerusi

Kerusi