kertas kerja linus

14
CONTOH 1 SK BATU TUJUH JALAN PAHANG 35000 TAPAH PERAK KERTAS KERJA PROGRAM SANTAI LINUS PROGRAM LITERASI & NUMERASI (LINUS) SK BATU TUJUH 1.0 Pendahuluan LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening . LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi (Matematik) semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini

Upload: salena-shairi

Post on 21-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Memantapkan pengurusan program linus di sekolah.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Linus

CONTOH 1

SK BATU TUJUH

JALAN PAHANG

35000 TAPAH PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM SANTAI LINUS

PROGRAM LITERASI & NUMERASI (LINUS)

SK BATU TUJUH

1.0 Pendahuluan

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program

intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia)

dan asas numerasi (Matematik) semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang

belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tahun 2012, iaitu berada di

Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian

Page 2: Kertas Kerja Linus

Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, di era tranformasi

kini kecemerlangan dalam bidang pendidikan menjadi titik tolak kepada masa depan yang lebih

terjamin. Oleh yang demikian, di Sk Batu Tujuh PROGRAM SANTAI LINUS ini dirancang dan

dilaksanakan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid-murid yang masih tidak

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Di samping menarik perhatian murid

kepada aktiviti p&p dan meningkatkan tabiat membaca di kalangan murid dan pembelajaran

sepanjang hayat.

2.0 Tujuan

Program Santai Linus ini bertujuan membantu mencapai sifar murid LINUS Tahun 1 hingga

3 dan meningkatkan penguasaan konstruk 1 hingga konstruk 12 menggunakan “BIG BOOK” dan

permainan puzzle.

3.0 Rasional

Program ini dijalankan bagi membantu menarik perhatian murid kepada aktiviti p&p

sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain itu,

program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya

dijalankan dalam kumpulan kecil. Program ini dijalankan secara berterusan dan berfokus

Page 3: Kertas Kerja Linus

4.0 Matlamat

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran

membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya

serta memupuk tabiat membaca. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid linus

tegar dan meningkatkan penguasaan murid bagi setiap konstruk.

5.0 Objektif

5.1 Membantu menarik perhatian murid TIDAK MENGASAI K1-K2

khususnya kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran

5.2 Membantu murid-murid menguasai asas literasi dan numerasi

5.3 Mensifarkan murid-murid tegar bagi literasi dan numerasi.

5.4 Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam setiap ujian saringan

LINUS.

5.5 Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam literasi dan numerasi.

Page 4: Kertas Kerja Linus

6.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 ( Tidak Menguasai K1-K12)

Tahun 1 = 50 orang

Tahun 2 = 42 orang

Tahun 3 = 5 orang

7.0 Tempat dan Masa

7.1 Tempat : Bilik Pemulihan – murid-murid linus tegar.

Bilik Tahun 1 Dinamik dan 1 Kreatif

Bilik Tahun 2 Dinamik & Kreatif

Bilik Tahun 3 Dinamik & Kreatif

7.2 Masa : 30 minit setiap sesi pembelajaran

8.0 Jawatan kuasa Induk Program SANTAI LINUS

Pengerusi : Puan Hamidah bt Abdul Majid (Guru Besar Sk Batu 7)

Timbalan Pengerusi : Encik Razman bin Omar ( Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi : Puan Hajah Faridah bt Abd Halim ( PK HEM)

Page 5: Kertas Kerja Linus

Naib Pengerusi 2 : Puan Noorhuzairy bt Abd Majid (PK Ko kurikulum)

Setiausaha : Cik Afizayanti bt Gudang

Bendahari : Puan Siti Nurbaya bt Yusof

Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

Pn Wak Salmah a/p Kakka (Guru Bahasa Malaysia Tahun 1)

Pn Zahani Hanim bt Awang (Guru Bahasa Malaysia Tahun 3 & Guru Matematik Tahun 2)

Pn Noraini bt Abu Bakar (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Pn Khairiyatul Basyirah (Guru Matematik Tahun 3)

En Johalizan bin Mohd Ali (Guru Matematik Tahun 1)

En Bah Goli a/l Alok (Guru Bahasa Malaysia Tahun 2)

Pn Siti Nurbaya bt Yusof (Guru Pemulihan Khas)

Cik Afizayanti bt Gudang (Guru Pemulihan Khas Linus)

Cik Masayu bt Bahari (Guru Bahasa Malaysia Tahun 3)

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Big Book : RM 300

Fotostat Bahan : RM 100

Hadiah : RM 200

Jumlah : RM 600

Page 6: Kertas Kerja Linus

Sumber kewangan : i. Panitia Bahasa Malaysia

ii. Panitia Matematik dan,

iii. Bimbingan dan Kaunseling

10.0 Konsep Perlaksanaan Program Santai Linus

Program dijalankan selama 30 minit pada waktu pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah mengikut jadual waktu guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan

Matematik yang terlibat. Aktiviti dijalankan secara santai mengikut kumpulan. Murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diberi nama tertentu (4 orang setiap

kumpulan).

10.1 “Puzzle huruf atau nombor”

Setiap kumpulan akan diberi set puzzle menyelesaikan huruf atau nombor. Guru akan

membimbing murid terlebih dahulu sebelum aktiviti dilaksanakan.

10.2 “Big Book”

Guru akan menggunakan ‘Big Book’ untuk membimbing murid mengenal huruf dan bacaan

mudah. Aktiviti dilaksanakan secara bimbingan dan pembentukan kumpulan kecil. Aktiviti ini

turut melibatkan bimbingan rakan sebaya.

Page 7: Kertas Kerja Linus

11.0 Jadual Perlaksanaan Program Santai Linus

Masa Aktiviti Bahan / Peralatan

30 minit Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

Aktiviti dijalankan secara bimbingan guru dan

rakan sebaya. Buku terbahagi kepada 3

peringkat bermula dari peringkat asas ke tahap

bacaan ayat mudah.

Big Book

30 minit Puzzle dibahagikan kepada kumpulan kecil.

Murid bekerjasama dalam kumpulan

menyelesaikan puzzle secara bimbingan guru.

Puzzle

12.0 Penilaian Program

Pemenang akan dinilai berdasarkan nilai mata bintang yang dapat dikumpul keseluruhan oleh

kumpulan seperti berikut:

Bintang biru = 10 mata

Bintang Merah = 7 mata

Bintang Kuning = 5 mata

Keberkesanan program ini akan dinilai berdasarkan keupayaan meningkatkan penguasaan

konstruk pada Saringan Kedua Tahun 2013.

Page 8: Kertas Kerja Linus

13.0 Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan padu semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat

mencapai objektif yang disasarkan. Program ini dijangkakan dapat membantu murid

meningkatkan penguasaan setiap konstuk dan mengurangkan bilangan murid-murid TIDAK

MENGASAI K1-K2. Di samping itu program ini dapat menarik minat murid kepada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tidak membebankan murid malah mampu melatih murid

bekerjasama dalam kumpulan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... .........................................

( CIK AFIZAYANTI BT GUDANG) (PN HAMIDAH BT ABD MAJID)

Setiausaha Program SANTAI LINUS Guru Besar

SK Batu Tujuh. SK Batu Tujuh

Page 9: Kertas Kerja Linus

CONTOH 2,

PROGRAM BERSAMAMU KASIHPROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

SK BATU 142013

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan program ini adalah untuk membimbing dan membantu murid-murid

LINUS di SK Batu 14 yang masih belum menguasai asas literasi dan

numerasi di samping meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian murid.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program LINUS ialah salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan

LINUS dilaksanakan adalah untuk membasmi masalah buta huruf dan buta

nombor dikalangan murid sekolah rendah.

2.2 Sasaran LINUS ialah semua murid-murid tahap satu kecuali murid yang

mempunyai masalah pembelajaran atau murid dari golongan orang kurang

upaya (OKU) dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun

mengikuti pendidikan rendah. Sebanyak 2 saringan akan dijalankan setiap

tahun mulai Tahun 1 sehingga murid tersebut berada di Tahun 3.

2.3 Selepas Saringan 6 dan Saringan 3 dijalankan ke atas murid Tahun 2 dan

Tahun 1 pada 2012, didapati bilangan murid yang belum menguasai literasi

dan numerasi adalah masih tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pihak

Jawatankuasa LINUS SK Batu 14 bercadang untuk mengadakan satu

program khas bagi membantu murid-murid untuk mengatasi masalah

tersebut.

Page 10: Kertas Kerja Linus

2.4 Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa kerja LINUS SK Batu 14

mencadangkan program Bersamamu Kasih dilaksanakan bagi memastikan

semua murid tahap 1 dapat menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas

tiga tahun persekolahan.

3.0 TAKRIFAN PROGRAM BERSAMAMU KASIH

3.1 PROGRAM BERSAMAMU KASIH ditakrifkan sebagai satu program intervensi

kepada murid dimana mereka akan dibimbing oleh Guru Pembimbing untuk

membaca, membatang suku kata, mengenal nombor, mengira dengan cara

yang betul. Program ini memberi fokus kepada murid yang masih belum

menguasai kesemua konstruk K1 hingga K12.

4.0 OBJEKTIF DAN SASARAN PROGRAM BERSAMAMU KASIH

4.1 Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan setiap murid yang

masih belum menguasai asas literasi dan numerasi (Konstruk 1 hingga

Konstruk 12) dapat menunjukkan peningkatan kepada satu tahap yang lebih

tinggi pada akhir perlaksanaan program ini. Ini bermaksud murid yang tidak

mengenali abjad atau nombor sebelum mengikuti program ini boleh membaca

suku kata, perkataan, mengenal nombor dan mengira seterusnya mencapai

status perdana apabila saringan dilaksanakan.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Kumpulan Sasaran

Semua murid yang tidak menguasai K1 hingga K12 (Tahun 1 hingga Tahun 3)

asas Literasi dan Numerasi.

( seperti lampiran 1)

5.2 Tarikh dan Jadual Perlaksanaan

Berikut adalah cadangan tarikh pelaksanaan program.

(seperti lampiran 2)

Page 11: Kertas Kerja Linus

5.3 Pengoperasian Program BERSAMAMU KASIH

Program ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali bermula dari Mei hingga

September 2013.

Semua murid tidak menguasai LINUS Tahun 1 hingga Tahun 3 akan diagihkan

kepada guru (Guru Pembimbing). Setiap murid diberikan bahan bacaan.

Langkah Pelaksanaan Program

1. Penyediaan bahan oleh guru matapelajaran

Guru menyediakan bahan bacaan, nombor dan pengiraan diberikan

kepada murid

2. Penerangan / Arahan kepada murid

Murid diminta membaca / membatang suku kata / membilang /

mengira bahan yang disediakan dihadapan 3 Guru Pembimbing dan

Ibu bapa

3. Pengesahan Guru Pembimbing / Ibu bapa

Guru Pembimbing dan Ibu bapa membimbing murid dan membuat

pengesahan pada bahan bacaan murid tersebut

4. Pengumpulan Bahan

Bahan yang telah disahkan akan dikumpulkan oleh Guru

Matapelajaran untuk disemak.

5. Program dilaksanakan mengikut ketetapan masa yang ditetapkan

6. Penilaian program

Murid dinilai menggunakan instrumen saringan.

5.4 Peruntukan Kewangan dan Prosedur Pembayaran

( seperti Lampiran 3)

Page 12: Kertas Kerja Linus

6.0 Jawatan Kuasa Program BERSAMAMU KASIH 2013

( seperti Lampiran 4)

7.0 Penutup

7.1 Pelaksanaan Program BERSAMAMU KASIH merupakan satu langkah

intervensi yang diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam

Literasi dan Numerasi khususnya murid-murid LINUS di SK Batu 14. Harapan

jawatankuasa LINUS SK Batu 14, program BERSAMAMU KASIH dapat

dilaksanakan seperti yang dirancang serta berjaya mencapai objektif yang

yang disasarkan.

Page 13: Kertas Kerja Linus

(Lampiran 1)

(Lampiran 2)

Tarikh PelaksanaanProgram BERSAMAMU KASIH

SK BATU 142013

FASA 1 FASA 2MULA AKHIR MULA AKHIR

Mei Julai Ogos September

(Lampiran 3)

PERLAKSANAAN Program KEM BERSAMAMU KASIH LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

2013

BIL PERKARA Pengiraan Kos OS290001 ABM/BBM/BAHAN 43 murid x RM 5 RM215.00

LITERASITAHUN 3 TAHUN 2 TAHUN 1

K1-K2 K3-K12 K1-K2 K3-K12 K1-K2 K3-K128 16 5 12

Page 14: Kertas Kerja Linus

(Lampiran 4)

JAWATANKUASA KERJA LINUS (LITERASI & NUMERASI) PPD BATANG PADANG

Pengerusi : En. Ahmad Pauzi Bin Nawawi Guru Besar SK Batu 14

Timbalan Pengerusi : Pn. Sarina Binti Metuhu PK Pentadbiran

Penyelaras : En. Mohd Affandi Bin Che Yem Guru Penyelaras LINUS

Setiausaha : Pn. Kismarkarmila A/P Kajang Setiausaha LINUS

Ahli Jawatankuasa :

1. Pn. Kiah Binti Uda Arus - Guru Bahasa Malaysia Thn 1

2. Cik Shara Nor Raifana Bt. Shamsuddin - Guru Matematik Thn 1/2/3

3. En. Mohamad Nazree Farhan Bin Rosdi - Guru Bahasa malaysia Thn 2

4. Pn. Nur Syazana Bt. Mohammad Nazer - Guru Bahasa Melaysia Thn 2/3

5. Pn. Suziyana Bt. Ahmad Supian - Guru Pemulihan LINUS