kertas kerja linus

12
PENDAHULUAN Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009. ( KPM, 2010) Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas). (KPM,2010) ESEI Konsep Literasi

Upload: ejat-zeman

Post on 10-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009. ( KPM, 2010)

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas). (KPM,2010)

ESEIKonsep LiterasiLiterasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian ( KPM, 2010).

Berdasarkan takrif yang dinyatakan, literasi bolehlah difahami sebagai satu kemahiran bahasa Malaysia dari segi membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat dalam bahasa Malaysia. Matlamat Program LINUS ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi , kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS. (KPM, 2010)

Hubungkaitkan Literasi Bahasa Dengan Kesediaan MembacaKesediaan membaca murid-murid berkait secara langsung dengan pendidikan literasi. Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang murid untuk membaca adalah merujuk kepada kesediaan mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Ini melibatkan pelbagai aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, termasuklah proses mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Umumnya bagi seorang murid yang tidak pernah didedahkan dengan apa jua aktiviti bacaan, bermakna kesediaan membaca yang akan dilalui mereka merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya.

Dari segi fizikalnya, kemampuan kanak-kanak boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu keupayaan alat-alat sebutannya (artikulasi) menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam pelbagai bunyi-bunyi. Manakala dari segi emosi pula, kemampuan seseorang murid dapat dilihat dari dua aspek, iaitu minatnya terhadap bahan-bahan bacaan berkenaan. Ini termasuk kemampuan kanak-kanak boleh bermain dengan bahan bacaan, dapat membelek-belek bahan bacaan berkenaan, tertarik dengan bahan bacaan serta pengaruh rakan-rakan yang minat membaca. Kedua, minatnya untuk mendengar bahan bacaan terutama dalam bentuk cerita. Dari segi mental pula, kemampuan seorang kanak-kanak dapat dilihat dari dua aspek berikut, iaitu keupayaannya mengingat kembali maklumat yang didengar dan kebolehan mengeluarkan maklumat yang telah diketahuinya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita.Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa jua yang telah diketahuinya.Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Kajian menunjukkan kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Konsep PengamatanPengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui sensori atau deria. Ianya berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Oleh itu pada asasnya kemahiran ini boleh dikembangkan dan dipelajari. Beberapa definisi akan menjelaskan lagi kefahaman anda tentang apa yang dimaksudkan dengan pengamatan.

Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.Pengamatan adalah satu istilah psikologi yang digunakan berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai objek-objek dan persekitarannya, situasi dan kejadian-kejadian di mana punca pancaindera fisiologikal dan neurologikal memainkan peranan yang penting. Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman iaitu pengamatan dan ini berhubung rapat dengan pemikiranMaka itu Pengamatan boleh difahami sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Aktiviti PratulisanMerupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri kearah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Di peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.

Aktiviti pratulisan bermaksud suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pra tulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.

Aktiviti pra tulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Antara contoh aktiviti pratulisan:

Melaksanakan Aktiviti Membentuk HurufGuru membimbing murid murid menulis huruf menggunakan jari di udara, pasir, cermin, dan belakang badan rakan. Guru perlu memperkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian huruf besar.1. Latihan menulis di udaraa) Pastikan posisi guru dan murid betulb) Pandu murid menggunakan jari telunjukc) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentakd) Sebut nama huruf semasa menulis di udarae) Latih tubi dan berulang-ulangf) Boleh lakukan secara berpasangan untuk pengukuhan

2. Latihan menulis atas pasira) Bawa murid keluar dari bilik darjahb) Latihan di gelanggang lompat jauh yang berpasirc) Pandu murid menggunakan jari telunjukd) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentake) Sebut nama huruf semasa menulis di pasirf) Latihan secara berulang-ulangg) Aspek keselamatan murid diutamakanh) Gunakan dulang jika melaksanakan di dalam bilik darjah

3. Latihan menulis atas cermin dengan tepunga) Boleh gantikan tepung dengan habuk kayu atau bedakb) Pandu murid menggunakan jari telunjukc) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentakd) Sebut nama huruf semasa menulise) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan

4. Latihan menulis dibelakang badan rakana) Aktiviti aras tinggib) Dijalankan selepas murid melalui aktiviti 1-3 di atasc) Boleh dilaksanakan secara berpasangand) Murid pertama menulis huruf di belakang badan rakane) Murid meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jarif) Jika murid mahir, ubah suai dengan suku kata.

Aktiviti pratulisan sangat penting bagi menyediakan pelajar untuk mempelajari kaedah menulis yang betul. Teknik ansur maju perlu ada bagi pelajar supaya mereka menguasai kemahiran menulis secara berperingkat-peringkat kerana pengajaran yang terancang akan menjadikan murid memahami, mengingati dan seterusnya mampu menulis dengan baik.

Aktiviti Penulisan MekanisPenulisan mekanis merupakan peringkat mendirikan asas, iaitu setelah murid menjalankan latihan pra tulisan.Murid memahami dan mengetahui cara memegang pensel dan boleh duduk dengan cara yang betul. Murid boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

Kemahiran menulis mekanis bertujuan untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad dengan betul. Selanjutnya murid menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Kemahiran dapat dikuasai melalui beberapa aktiviti seperti membuat corak, menekap, membentuk dan menyalin huruf.

Melatih murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, murid dilatih pula membentuk hurud pada halaman yang bergaris. Guru perlu memulakan latihan menulis murid-murid daripada 4 garisan kemudian 3 garisan, 2 garisan sehingga kepada lembaran satu garis.

Aktiviti mekanis membolehkan murid menguasai kemahiran menulis huruf hinggalah menulis ayat. Dengan aktiviti-aktiviti yang seperti membuat corak, menekap ,membentuk dan menyalin huruf dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid dalam menulis perkataan dengan betul dan jelas.

Secara kesimpulannya, program literasi merupakan program pemulihan yang sistematik dan merupakan usaha yang bersungguh-sungguh kementerian pendidikan Malaysia dalam mengatasi masalah pelajar yang ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai. Literasi bukan sahaja menekankan kemahiran membaca bahkan ianya juga menjadi latihan khas menulis bagi pelajar yang terlibat. Semoga dengan usaha ini, matlamat kementerian pendidikan Malaysia akan tercapai dan seterusnya tiada lagi murid yang ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira iaitu 3M yang menjadi teras dalam kurikulum pelajaran di Malaysia.

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga kami menyiapkan tugasan LNP 2202W Pendekatan Pengajaran Literasi dan Numerasi. Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi setiap pelajar DPLI- SR j-QAF 2013 dan merupakan tugasan bagi sem akhir di IPG Ipoh memandangkan pada bulan Jun nanti akan berakhirnya pengajian di IPG Ipoh ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang literasi dan numerasi walaupun major pengajian saya adalah Bahasa Arab. Disamping itu, saya juga dapat belajar tentang kaedah pengajaran literasi dan numerasi di sekolah dan pelaksanaannya. Sebelum ini, saya hanya mengetahui tentang literasi dan numerasi melalui aktiviti LINUS di sekolah. Tidak banyak yang saya ketahui tentang program ini sebelum melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini telah membantu saya agar lebih bersedia menghadapi alam sebenar profesion perguruan di sekolah. Guru di sekolah bukan sahaja perlu menguasai bidang yang diajar bahkan perlu menguasai semua kemahiran yang bermanfaat untuk disumbangkan kepada sekolah, masyarakat dan murid khasnya.

Di sebalik manfaat dan banyak kelebihan yang saya dapat daripada tugasan ini, saya juga menghadapi beberapa masalah ketika melaksanakan tugasan ini seperti kenkangan masa memandang tugasan ini dipertanggungjawabkan ketika saya sedang sibuk menjalani praktikum di sekolah. Selain itu,saya juga sukar untuk mendapatkan sumber rujukan dan berbincang dengan rakan-rakan kerana jarak yang jauh dan kemudahan internet yang tidak memuaskan. Oleh itu , saya akan cuba mengatasi masalah ini di masa hadapan dengan membuat perancangan seawal mungkin.

Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya perolehi daripada bimbingan puan Noradzimah iaitu pensyarah kursus ini di sepanjang tugasan ini dijalankan dapat diaplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar sebagai seorang guru. Ini kerana guru di zaman yang serba moden dan interaktif ini memerlukan kepakaran dalam semua bidang untuk bergelar seorang guru yang profesional dan berdaya saing.Sekian.

RUJUKANHaji Razali Yahya. Linus Literasi Bahasa Malaysia Tahun 2. Seri Kembangan: Cemerlang Publications sdn bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. NUMERASI: Modul Guru Tahun 2. Putrajaya: Bhg Pembangunan Kurikulum. Kementerian pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 2. Putrajaya: Bhg Pembangunan Kurikulum. Kementerian pelajaran Malaysia.

http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/?p=1 23 mac 2014

Haikakhazi.2013.articles/LINUSbantukuasaiasasliterasi_numerasihttp://www.bharian.com. my/bharian 23 mac 2014

UNIT LINUS PPDKP //www.ppdkp.net 23 mac 2014