kertas kerja latihan koir sk combined

5
SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED, KUCHING, SARAWAK KERTAS KERJA CADANGAN LATIHAN KOIR SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED ANJURAN : PELAJAR GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG TEMPAT : DEWAN BESAR SK COMBINED TARIKH : 7 OKTOBER 2015 HINGGA 21 OKTOBER 2015

Upload: alicia-j-ajen

Post on 04-Feb-2016

86 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Projek Internship 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Latihan Koir Sk Combined

SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED,

KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA CADANGAN

LATIHAN KOIR SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED

ANJURAN :

PELAJAR GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG

TEMPAT :

DEWAN BESAR SK COMBINED

TARIKH :

7 OKTOBER 2015 HINGGA 21 OKTOBER 2015

Page 2: Kertas Kerja Latihan Koir Sk Combined

1. PENGENALAN

Latihan untuk persembahan koir merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan oleh

pelajar guru Semester 8 PISMP Ambilan Januari 2012 dalam memenuhi terma

dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus dapat

menguji kreativiti guru pelatih di samping melihat komitmen guru pelatih dalam

menjayakan sesuatu projek.

2. MATLAMAT

Melatih murid-murid Kelab Koir agar berupaya untuk mengetuai nyanyian lagu

Negaraku dan Ibu Pertiwiku semasa perhimpunan mingguan sekolah. Di

samping itu, latihan ini juga berupaya membentuk disiplin murid dalam mengetuai

nyanyian lagu serta menerapkan nilai kepimpinan dalam diri murid-murid.

3. OBJEKTIF

3.1 Membentuk sebuah kumpulan koir yang mampu mengetuai nyanyian lagu

kebangsaan dan lagu negeri dengan baik.

3.2 Memupuk rasa hormat terhadap lagu kebangsaan dan lagu negeri dalam

kalangan murid.

3.3 Menerapkan rasa cinta akan negara dalam kalangan murid sekolah.

3.4 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi antara pelajar

guru dengan warga sekolah.

3.5 Memberi pelajar guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala

kemahiran yang telah dipelajari di IPG.

3.6 Memberi peluang kepada pelajar guru untuk merancang dan

melaksanakan aktiviti di sekolah.

3.7 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar

guru dalam program yang dilaksanakan.

4. SASARAN

Murid-murid Kelab Koir

5. TEMPAT

Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan Combined

Page 3: Kertas Kerja Latihan Koir Sk Combined

6. PELAKSANAAN

Tarikh : 7 Oktober 2015 hingga 21 Oktober 2015

Masa : 1.40 petang hingga 3.00 petang

7. JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : Puan Saftuyah binti Haji Adeng

(Guru Besar)

Pengerusi : Puan Sharipah Saptuyah binti Wan Othman

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : Cik Alicia June anak Iha

Bendahari : Cik Beatrice Justina Teo

AJK Dokumentasi : Cik Florinna anak Kennedy

8. KESIMPULAN

Pihak Sekolah Kebangsaan Combined dipohon agar meluluskan kertas kerja ini

supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Pengalaman

yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu

sandaran atau pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru. Aktiviti

ini akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja murid-murid sekolah bahkan

juga pelajar guru sendiri.

Disediakan oleh,

..................................................

(CIK ALICIA JUNE ANAK IHA)

Pelajar Guru

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Page 4: Kertas Kerja Latihan Koir Sk Combined

Disemak oleh,

..................................................

(PUAN SHARIPAH SAPTUYAH BINTI WAN OTHMAN)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Sekolah Kebangsaan Combined

Disahkan oleh,

..................................................

(PUAN SAFTUYAH BINTI HAJI ADENG)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Combined