kertas kerja kursus kepimpinan 2012

Upload: maiza-rahman

Post on 15-Jul-2015

442 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

KURSUS KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI KELAB, PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFOM 1. LATAR BELAKANG Di dalam sesebuah pertubuhan atau organisasi, Ahli Jawatankuasa merupakan sekumpulan manusia yang akan menentukan mundur, maju, malap atau gemilangnya pertubuhan atau organisasi tersebut. Namun demikian bukan semua orang dilahirkan mempunyai bakat kepemimpinan semula jadi. Kepemimpinan boleh diajar dan dipelajari. Sekolah merupakan tempat latihan bagi para pelajar menyiapkan diri mereka untuk menjadi pemimpin pada masa depan. Sehubungan dengan itu, Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi Kelab, Persatuan dan Unit Berunifom ini wajar diadakan sebagai satu langkah membantu para pelajar memantapkan organisasi yang diwakilinya. 2. 2.1. MATLAMAT Untuk melahirkan individu yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggung jawab dan mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari masa ke semasa. 3. OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, diharapkan peserta akan dapat; 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. Menjalinkan hubungan lebih akrab antara sesama ahli dan ahli lain. Menjadi individu yang lebih memberi perhatian dan prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap kelab dan persatuan yang diterajui. Bekerja secara berkumpulan dengan lebih efektif. Mampu merancang dan melaksanakan melaksanakan sesuatu projek/program atau tanggungjawab yang diamanahkan oleh guru penasihat. Menjadi contoh atau model kepada individu atau pelajar-pelajar lain. Menghasilkan kertas kerja,minit mesyurat serta laporan perjumpaan dan program dengan lebih bersistematik. 4. TEMA Pemimpin Cemerlang Organisasi Terbilang

MUKA SURAT 1

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

5. 5.1. 5.2. 5.3. 5.4 6. 6.1. 6.2. 6.3. 7. 7.1 7.2. 7.3. 8. 8.1. 8.2. 8.3. 9. 9.1

KANDUNGAN KURSUS Caragaya pemimpin dan kepemimpinan Tugas dan tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan Teknik berkawad METODOLOGI KURSUS Ceramah Bengkel Perbincangan Dalam Kumpulan KUMPULAN SASARAN Pengerusi Kelab, Persatuan dan Unit Berunifom. Setiausaha Kelab, Persatuan dan Unit Berunifom. Bendahari Kelab, Persatuan dan Unit Berunifom. TARIKH/ HARI/MASA Tarikh : 25 Februari 2012 Hari Masa : Sabtu : 7.30 pagi 4.30 petang

TEMPAT Dewan SMKDAR

MUKA SURAT 2

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

10.

JAWATANKUASA INDUK KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB, PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFORM Penasihat : Pn.Shamsiah binti Ahmad Jupri Pengetua SMK Dato Ahmad Razali Timbalan Pengerusi : Pn. Maimunah binti Mohd Jamil Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi I : Pn. Mahatom binti Yaacob Penolong Kanan Kurikulum Naib Pengerusi II : Pn. Rodhiah binti Haji Saad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha Penyelaras Program : : AJK Pendaftaran : : AJK Makanan & Minuman AJK Fotografi & Dokumentasi AJK Hadiah & Sijil AJK P.A. Sistem & Persiapan Dewan AJK Disiplin & Kebersihan : : En. Muhammad Khubaib bin Ahmad Fuad Pn. Norshuhaini binti Mohamad Sukor : : : : : : Pn. Normaiza binti Rahman Pn. Salbiah binti Mohd Razali Pn. Raihan binti Mahpot Pn. Azlinda binti Abdul Aziz Pn. Khatijah binti Anwarali Khan En. Mohd Shahrul Reeza bin Sabry Pn. Wan Rozzawati binti Wan Hassan Pn. Wan Suhaila binti Wan Ismail Pn. Siti Fauziah binti Mohd Amin Pn. Zainon binti Asmawi En. Mohd Rozi bin Abdul Rahman

MUKA SURAT 3

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

11.

JADUAL KURSUS Bil 1. 2. Masa 7.30 pg - 8.00 pg 8.0 pg - 9.00 pg Aktiviti Pendaftaran - Cara pecahan kumpulan Cara berkawad Amanah seorang pemimpin persatuan Tugas-tugas : Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan Kuasa 3. 9.00 pg - 10.30 pg - LDK 1 : Contoh kertas kerja & laporan LDK 2 : Kelebihan persatuan anda & kaedah menarik minat pelajar untuk menyertai 4. 5. 6. 7. 10.30 pg -11.00 pg 11.00 pg - 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.30 ptg 2.30 ptg - 4.30 ptg persatuan Rehat/ Sarapan pagi - Membuat perancangan aktiviti persatuan - Bagaimana mencari kewangan untuk persatuan Makan tengahari/ solat - LDK 3 LDK 4 LDK 5 LDK 6 LDK 7 LDK 8

12.

KEWANGAN.

MUKA SURAT 4

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

12.1. i. ii.

ANGGARAN PERBELANJAAN. Makanan & Minuman Pelajar Perkhidmatan Konsultan 111 orang x RM10.00 = RM1,110.00 = RM1,000.00

___________________________________________________________________ JUMLAH RM2,110.00

___________________________________________________________________

12.2. i. ii.

ANGGARAN PENDAPATAN SUWA Kokurikulum PIBG = RM1,110.00 = RM1,000.00

___________________________________________________________________ JUMLAH RM2,110.00

___________________________________________________________________

13.

PENUTUP Di akhir kursus ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dengan berkesan dan cemerlang. Dengan input-input yang dikongsikan oleh guru dan penceramah akan membantu mempertingkatkan lagi jati diri kepimpinan pelajar di masa hadapan. InsyaAllah.

MUKA SURAT 5

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI KELAB,PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

Disediakan oleh, . (NORMAIZA BINTI RAHMAN) Setiausaha Program Kepimpinan & Pengurusan Organisasi Kelab, Persatuan & Unit Beruniform SMK Dato Ahmad Razali .

Disemak dan disahkan, ............ (MAIMUNAH BINTI MOHD JAMIL) Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato Ahmad Razali

Diluluskan oleh, .. (SHAMSIAH BINTI AHMAD JUPRI) Pengetua SMK Dato Ahmad Razali

MUKA SURAT 6