kertas kerja kursus bina rumah hijau

7
KOLABORASI STRATEGIK DENGAN : KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN ASAS TANI KURSUS MEMBINA TAPAK PERTANIAN AUTO AGRO DAN RUMAH HIJAU KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR

Upload: rosedi-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

725 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja  kursus bina rumah hijau

KOLABORASI STRATEGIK DENGAN :

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN ASAS TANI

KURSUS MEMBINA TAPAK PERTANIAN AUTO AGRO DAN RUMAH HIJAU KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR

Page 2: Kertas kerja  kursus bina rumah hijau

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini di buat adalah untuk memohon kelulusan daripada pihak

Pengurusan Kolej Komuniti Batu Pahat dari aspek kewangan dan kebenaran

menggunakan kawasan untuk menjalankan kursus ini.

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan program anjuran bersama antara e-Tech Center Kolej

Komuniti Batu Pahat dengan Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat. Ia melibatkan

pelajar-pelajar Kolej Komuniti Batu Pahat Johor. Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

Memasuki abad ke 21 ini, masyarakat dunia mulai sedar bahaya yang

ditimbulkan oleh penggunaan bahan kimia sintetis dalam pertanian. Pertanian organik

adalah teknik yang mesra dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa

menggunakan bahan-bahan kimia sintetis. Tujuan utama pertanian organik adalah

menyediakan produk-produk pertanian yang mensyaratkan jaminan bahawa produk

pertanian harus selamat untuk dimakan (food safety attributes), mempunyai kandungan

nutrisi tinggi (nutritional attributes) dan mesra alam (eco-labelling attributes). Hal ini akan

menyebabkan permintaan produk pertanian organik dunia meningkat pesat.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan telah

menghebahkan tentang memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja

merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan

aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Merujuk kepada Teras 3 Pelan

Pengukuhan keusahawanan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia 2010-2015 yang menyarankan agar setiap e-Tech Center

Kolej Komuniti memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawan.

Selaras dengan hasrat ini, e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Pahat mencadangkan

agar di anjurkan satu kursus yang melibatkan kemahiran membina kelengkapan

pertanian sayur organik berserta rumah hijau.

Program ini adalah jalinan kolaborasi strategik dengan Jabatan Pertanian

Daerah Batu Pahat. Di harap cadangan ini dapat diluluskan dan seterusnya memberi

impak yang positif di dalam rangka melahirkan usahawan tani.

Page 3: Kertas kerja  kursus bina rumah hijau

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi ilmu dan kemahiran membina tapak pertanian auto agro dan rumah

hijau

ii. Memberi bimbingan dan latihan kepada para pelajar untuk menjadi usahawan

tani yang berjaya.

iii. Melahirkan usahawan tani yang berjaya dan berdaya saing

4.0 ANJURAN

e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Pahat berkolaborasi strategik dengan

Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat

5.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk bermula pada :

24 November 2012

6.0 TEMPAT

Kolej Komuniti Batu Pahat

7.0 KUMPULAN SASARAN

20 peserta

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 1

9.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai

objektif yang digariskan. Kerjasama diperlukan dari semua pihak amatlah

diharapkan untuk menjayakan program ini. Semoga semua mendapat ilmu

dan manfaat yang berguna dari program ini.

Page 4: Kertas kerja  kursus bina rumah hijau

Disediakan oleh :

...................................

(ROSEDI BIN IBRAHIM)

Pegawai Keusahawanan,Kolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :

.......................................(RADZUAN BIN OTHMAN)PenngarahKolej Komuniti Batu PahatKementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

ULASAN :..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Disemak oleh,

.......................................(SITI NORMAH BTE SUIB )Ketua JabatanPembelajaran Sepanjang HayatKolej Komuniti Batu Pahat,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Page 5: Kertas kerja  kursus bina rumah hijau

LAMPIRAN 1ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah(RM)

1. Pembiayaan

Duit peruntukan untuk program keusahawanan asas tani2300 00

Jumlah Pembiayaan 2300 00

1.

2.

SENARAI BAHAN MENTAH

Bil. Butiran Kuantiti Harga/ Unit (RM)

Jumlah

1. 10’ X 3 " PVC pipe class O 10 Batang 30.00 300.002. 3 " PVC pipe fitting elbow 50 pcs 5.00 250.003. 10’ X 3 " X 2 " kayu 5 batang 30.00 150.004. 3 " Besi Pengikat 50 pcs 3.00 150.005. 10’ X 1 " Galvani pipe 10 Batang 40.00 400.006. Galvanise clips 50 pcs 2.00 100.00

7. Green House plastic cover 20 meter 20.00 400.008. 10kg Batu Mineral 5 bag 50.00 250.00

JUMLAH 2000.00

BAYARAN PENCERAMAHBil. Butiran Kuantiti Harga/ Unit

(RM)Jumlah

1. Bayaran Penceramah 1 300.00 300.00JUMLAH 300.00

Jumlah Perbelanjaan 2300 00