buku hijau

Upload: ian-bun

Post on 17-Jul-2015

135 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

UTUSAN MALAYSIA

SELASA

1 OGOS 2006

MUKA 12

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

Mengurangkan import dan meningkatkan eksport makananOleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

KERAJAAN kini sedang menjalankan pelbagai langkah untuk mengurangkan import bahan-bahan makanan dan pada masa yang sama meningkatkan eksport hasil pertanian negara. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Sofian Mohd Salleh berkata, Malaysia memang banyak mengimport barangan pertanian yang sebenarnya boleh dihasilkan di dalam negara. Misalnya negara mengimport 50 hingga 60 tan metrik cili padi dari Thailand dan Kempen Bumi Hijau diharap dapat mengurangkan nilai berkenaan. Sofian berkata, bagi menyediakan petani untuk mengeksport produk pertanian keluar negara, Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa program seperti Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM). Ini bertujuan bagi meningkatkan kualiti produk pertanian untuk pasaran lebih jauh dalam skala komersial, katanya. Bagi tujuan eksport, Jabatan Pertanian memberikan penumpuan kepada sembilan jenis buah-buahan bagi

tujuan eksport iaitu belimbing, betik, jambu batu, limau mandarin, mangga, nanas, nangka, tembikai dan pisang. Sementara itu kata Sofian, Jabatan Pertanian juga memasukkan dua jenis buah-buahan bermusim iaitu durian dan rambutan. Kebanyakan buah-buahan mendapat pasaran di negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Eropah, Australia, China, Hong Kong, Timur Tengah dan Singapura. Betik eksotika misalnya mendapat pasaran yang menggalakkan di China kerana saiznya yang kecil dan sesuai bagi keluarga yang kecil. Belimbing negara pula mendapat tempat di negara-negara Kesatuan Eropah dan Australia manakala tembikai pula dieksport ke Timur Tengah. Bagi menjamin bekalan buah-buahan yang berterusan bagi tujuan eksport, kerajaan telah mengenalpasti 10 zon pengeluaran buah-buahan di Semenanjung Malaysia. Kawasan berkenaan adalah Zon Batang Padang di Perak bagi tanaman betik dan jambu batu, zon Pontian di Johor dikhususkan bagi nanas. Zon Jasin di Melaka menjadi kawasan pengeluaran mangga manakala zon Seremban, Negeri Sembilan menghasilkan belimbing. Sementara itu Zon Seberang Perai Utara, P u l a u

MENANAM sayuran di kawasan rumah di harap dapat mengurangkan nilai import bahan makanan.

CILI adalah antara sayur-sayuran yang dirancang bagi pasaran eksport.

Pinang dikhususkan bagi pisang dan Zon Kubang Pasu, Kedah bagi pengeluaran mangga. Zon Dungun di Terengganu bagi tanaman limau manakala Zon Bachok di Kelantan dikhususkan bagi tanaman tembikai. Zon Temerloh di Pahang dikhususkan bagi tanaman nangka dan Zon Mersing di Johor pula sesuai untuk. tembikai. Semua zon akan dilengkapkan dengan infrastruktur meliputi insentif, pinjaman, sokongan teknikal dari ladang ke meja hidangan. Misalnya di Batang Padang, Perak terdapat pusat pengumpulan, edaran dan pemprosesan yang boleh dikatakan sebagai one stop centre, kata Sofian sambil menambah eksport buah-buahan tahun lalu RM467.3 juta dengan kuantiti sebanyak 512,800 metrik tan. Selain buah-buahan, negara juga yang terkenal dengan pelbagai jenis bunga-bungaan dan daun-daun yang sememangnya menjadi pilihan negara pengeksport iaitu bunga-bunga temperat seperti teluki, ros, lily, anthurium, kekwa, orkid tropika, ornamental dedaun, paku pakis, dracuena, cordylines dan polyscias. Sofian berkata, eksport bungabungaan pada tahun lalu saja bernilai RM150 juta terutama ke negara seperti Jepun, Australia, Kesatuan Eropah, Thailand, Taiwan dan Singapura.

Negara Jepun banyak mengeksport bunga orkid, kekwa, teluki dan daundaun manakala orkid pula menjadi pilihan Australia. Beberapa negara di Kesatuan Eropah banyak mengeksport orkid dan dedaun, Thailand pula membeli kekwa manakala Taiwan memilih orkid dan kekwa. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi pengeluaran bunga-bungaan kerajaan telah mengenalpasti beberapa kawasan. Kawasan yang dicadangkan bagi penanaman bunga-bungaan adalah Kinta Height Perak, Cameron Highland Pahang, Lojing Kelantan, Sepang, Selangor, Kluang dan Ayer Hitam di Johor. Bagaimanapun terdapat beberapa kawasan yang masih dalam proses permohonan daripada kerajaan negeri masing-masing, katanya. Selaras dengan Kempen Buku Hijau, kerajaan membantu petani dengan merancang untuk mengeksport 13 jenis sayur-sayuran ke rantau Asia seperti Hong Kong dan Singapura. Ini termasuk sayuran buah seperti cili, kacang panjang, timun, bendi, kacang buncis dan tomato. Sayuran daun seperti kobis dan sawi, umbisi termasuk halia, keledek, ubi kayu dan sengkuang serta tanaman ladang iaitu jagung manis. Langkah melancarkan Kempen Bumi Hijau bukan saja bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah tetapi juga meningkatkan eksport hasil-hasil pertanian.

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

MUKA 11

buah-buahan kita boleh dieksport, katanya.

Kelancaran eksportFAMA juga mempunyai beberapa bahagian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang bertanggungjawab memastikan proses eksport buah-buahan berlangsung dengan sempurna. Antara bahagian-bahagian tersebut ialah: Bahagian penggredan dan kawalan yang berfungsi membuat penggredan buah-buahan untuk dieksport yang mana sehingga kini terdapat dua jenis buah yang perlu melalui proses tersebut iaitu belimbing dan betik. Cawangan Eksport pula berperanan membantu pengeksport sedia ada atau berpotensi untuk bersamasama meneroka pasaran baru. Ketika ini program pembangunan usahawan pengeksport juga sedang dilaksanakan. Usaha mempromosikan produk-produk pertanian sama ada di dalam atau luar negara pula dijalankan oleh cawangan galakan pasaran yang mana ia turut membabitkan pengeksport dalam program dan kempen yang dianjurkan. FAMA juga menggalakkan pengeluar-pengeluar tempatan mematuhi prosedur Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) di bawah pengurusan Jabatan Pertanian selain prosedur UEREPGAP yang dijalankan sendiri oleh pengusaha. Apa yang paling penting ialah program penjenamaan Malaysias Best bagi mengukuhkan imej hasil produk negara yang selamat dan berkualiti tinggi serta menggalakkan perundingan dua hala (bilateral) bagi memudahkan kemasukan ke negara-negara tumpuan, jelas Haron. Sesuai dengan hasrat Kementerian Pertanian untuk mencapai sasaran jumlah pengeluaran berjumlah kira-

HARON A. Rahim menunjukkan buah pitaya, iaitu antara buah yang kini sedang giat dipromosikan untuk pasaran antarabangsa.

kira RM15.2 bilion hasil eksport daripada sektor pertanian, perikanan dan haiwan pada 2010, FAMA turut tampil dengan pelbagai usaha bagi sama-sama menjayakan hasrat itu. Mengkaji pasaran pertanian antarabangsa ketika ini dan mengenalpasti bentuk produk terkini yang berpotensi untuk dipasarkan sama ada produk segar atau produk tambah nilai. Penubuhan Atase pertanian di luar negara berperanan mempromosikan hasil pertanian di luar negara yang ketika ini berpusat di Holand, Dubai, China, Amerika Syarikat, Jepun, Bangkok dan Australia.

Di samping itu, FAMA turut mengenalpasti buah-buahan tempatan baru yang berpotensi untuk dipasarkan seperti pitaya merah, pomelo dan pulasan serta negaranegara pengimport baru termasuk Kanada, Pakistan, Turki, Eropah Timur, Poland dan Republik Czek. Malah, sepanjang Rancangan Malaysia ke-9 juga, FAMA akan memberikan tumpuan terhadap eksport hasil pertanian dalam bentuk produk tambah nilai seperti jus, buah-buahan dalam tin dan jeruk berbanding eksport buah segar. Ia memandangkan pasaran untuk produk tambah nilai ini lebih luas selain proses pengendalian dan

pemasaran yang lebih mudah serta produk-produk yang boleh dipelbagaikan, ujar beliau.

BUAH-buahan yang ditanam oleh petani perlu mempunyai standard kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian bagi memudahkan ia dieksport ke luar negara.

MUKA 10

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

Peranan FAMA membantu petani mengeksportOleh MOHD KHUZAIRI ISMAIL

ANTARA komoditi pertanian utama negara yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa ialah buah-buahan, sayursayuran dan bunga-bungaan. Sepanjang 2005 misalnya, eksport buah-buahan mencecah kira-kira RM1 bilion dengan separuh daripadanya disumbangkan oleh buahbuahan tropika seperti rambutan, durian, manggis, betik dan belimbing. Buah-buahan tempatan yang paling mendapat sambutan di pasaran eksport ialah betik, tembikai merah tanpa biji dan belimbing, manakala negara yang menjadi pengimport utama buah-buahan itu ialah Singapura, Hong Kong, China dan Belanda serta beberapa negara Asean lain selain negara-negara Asia Barat. Sayur-sayuran juga turut mendapat permintaan tinggi yang mana dalam tempoh yang sama, nilai eksportnya berjumlah kira-kira RM980.6 juta, manakala bungabungaan pula sebanyak RM328.8 juta. Menurut Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Haron A. Rahim, eksport ketiga-tiga komoditi utama itu ketika ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus. Bagaimanapun, seiring dengan era liberalisasi pasaran di seluruh dunia, eksport ketiga-tiga komoditi ini turut berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran antaranya kemunculan negara pengeksport baru yang lebih kompetitif. Di samping itu, piawaian yang terlalu tinggi yang ditetapkan oleh

BUAH pitaya atau Dragon Fruit merupakan salah satu jenis buah yang mempunyai potensi besar untuk dieksport.

sesebuah negara bagi membolehkan produk pertanian negara menembusi pasaran mereka juga turut menjadi cabaran kepada perkembangan hasil eksport negara, katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Dalam menjadikan ketiga-tiga komoditi itu kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa, FAMA menurut Haron, telah mengatur pelbagai strategi antaranya memastikan kos pengeluaran produk pada tahap yang rendah atau setanding dengan negara-negara pengeksport utama lain seperti China, Thailand dan Vietnam. Aspek yang turut diberi perhatian ialah kualiti buahbuahan yang dihasilkan oleh pengusaha yang perlu mematuhi piawaian atau standard yang digariskan oleh sesebuah negara pengimport. Ia amat penting dalam membuka

SAYUR-sayuran Malaysia sememangnya mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa kerana kualitinya yang tinggi.

peluang pasaran eksport ke negaranegara berpotensi antaranya Australia, Jepun dan Amerika Syarikat yang ketika ini tidak membuka pasaran memandangkan kualiti produk negara yang tidak mencapai piawaian mereka. Untuk itu, FAMA memberikan penekanan kepada dua faktor utama yang digariskan oleh negara-negara

tersebut iaitu keselamatan makanan serta kebolehan buah-buahan tersebut dikenal pasti dari ladang mana ia dikeluarkan. Faktor keselamatan misalnya memerlukan pengeluar di negara ini mematuhi 17 protokol yang ditetapkan negara pengeksport antaranya berkaitan tanah, buruh, baja, pengairan dan sebagainya sebelum

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

MUKA 9

yang akan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa di peringkat kebangsaan. Memandangkan kumpulan sasar bagi kempen ini amat luas, kerjasama daripada pelbagai kementerian, jabatan dan kerajaan negeri amat diperlukan. Bagi menjayakannya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan satu jawatankuasa induk di peringkat kebangsaan dan jawatankuasa perlaksanaan di peringkat negeri bagi merancang, melaksana dan menilai program ini, katanya. Sofian berkata, dengan peruntukan yang mencukupi, perancangan yang rapi dan komitmen semua pihak dijangka seramai

500,000 keluarga akan mendapat faedah secara langsung daripada pelaksanaan program berkenaan. Misalnya jika satu keluarga menanam 15 jenis pokok sama ada sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan, mereka boleh menjimatkan belanja antara RM600 sehingga RM1,000 setahun. Bagi menjayakan Kempen Bumi Hijau, aktiviti latihan diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran hands-on pegawai, penyelia dan peserta projek Bumi Hijau. Latihan berkenaan berasaskan kepada penanaman sayur-sayuran berkonsepkan kitchen garden. Peserta-peserta yang terlibat di negeri-negeri akan dilatih secara hands-on di taman-taman perumahan, kata Sofian. Bagi memastikan Kempen Bumi Hijau berjalan lancar, jawatankuasa peringkat kebangsaan harus menyediakan pela-

SELAIN daripada mendapat hasil tanaman, kawasan rumah juga akan kelihatan cantik.

poran kemajuan projek. Misalnya Pegawai Daerah akan melakukan pemantauan di peringkat daerah manakala exco pertanian peringkat negeri akan menghantar laporan kemajuan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sofian berkata, perlaksanaan kempen ini juga akan mewujudkan kesan multiplier di mana lebih ramai penduduk akan melibatkan diri dalam penghasilan sayur-sayuran bagi keperluan sendiri.

Kemajuan Pelaksanaan Projek Bumi Hijau Peringkat Negeri.

Projek IndividuNegeri Perlis Kedah Perak Selangor N Sembilan Melaka Johor Terengganu KelantanSOFIAN MOHD SALLEH

Lokasi/taman 3 8 114 7 1 15 28 1 8 185

Jenis projek perumahan/sekolah Sayur sayur/ulam/herba sayur/ulam/ubi sayur/ ulam Sayur Sayur Sayur Sayur Sayur -

Bil peserta 185 1,347 7,139 69 200 750 3,323 355 580 13,948

Bil pokok peserta 63 32 4 6 5 4 5 15 7 83

JUMLAH

MUKA 8

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

Tanaman, ternakan dan akuakultur teras Bumi HijauOleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

KENAIKAN harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini memberikan impak yang besar kepada penduduk negara ini. Bagi menangani masalah kenaikan harga barangan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Kempen Bumi Hijau 3 Mac lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Sofian Mohd. Salleh berkata, matlamat utama kempen Bumi Hijau adalah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Kempen berkenaan diharap dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutamanya di kalangan penduduk taman perumahan di bandar, katanya semasa ditemui di pejabatnya barubaru ini. Kempen Bumi Hijau terdiri daripada tiga komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Amalan bercucuk tanam kata Sofian, akan dilaksanakan dengan menanam tanaman yang sesuai bagi keperluan sesebuah keluarga. Kempen berkenaan menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk kegunaan sendiri dengan jenis

BELIMBING merupakan tanaman yang boleh dimakan sendiri atau dikomersialkan.

tanaman seperti sayuran buah dan ulam-ulaman. Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama kepada penduduk taman perumahan, rumah pangsa dan pelajar sekolah, tambah be liau. Bagi menjayakan kempen berkenaan, 63,800 biji benih dan 176,000 anak pokok telah diedarkan bagi tanaman seperti sawi, bayam, cili, terung, selom, daun kari dan kunyit. Manakala komponen ternakan melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur yang boleh dilakukan di kawasan tanah terbiar.

Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ikan tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum. Sofian berkata, penanaman dapat dilaksanakan sama ada secara individu atau komuniti dengan melibatkan penyertaan semua penduduk terBETIK boleh di tanam di kawasan rumah. masuk belia dan pelajar Penanaman akan diuruskan oleh sekolah di bandar. Penanaman secara individu bia- satu badan pengurusan dan ini sanya melibatkan keluarga dan membolehkan pelbagai tanaman dilaksanakan di kawasan rumah ditanam bagi keperluan setiap keluarga. dengan tanaman yang sesuai. Badan pengurusan, tambah Sofian Ini sesuai dilaksanakan di rumah teres, rumah pangsa dan pangsapuri bertugas merancang pelaksanaan dan bagi meningkatkan impak seperti mendapatkan kebenaran atau pelaksanaan projek sekurang- kelulusan rasmi pihak berkaitan. Bagi memastikan pelaksanaan kurangnya 40 peserta diperlukan di Kempen Bumi Hijau beberapa aktivsatu-satu kawasan, katanya lagi. Sementara itu, penanaman secara iti akan dibuat seperti publisiti, pamkomuniti sesuai dilaksanakan di eran dan promosi, pertandingan kawasan perumahan yang mempun- Kitchen Garden, latihan, penyediaan yai kawasan lapang, misalnya bekalan input, sokongan teknikal dan pelaporan dan penilaian projek kawasan tanah kosong.

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

MUKA 7

sebahagian lagi di kawasan penanaman berhampiran rumah. Kawasan penanaman di bahagikan kepada beberapa plot penanaman. Plot tersebut yang juga dikenali sebagai taman kebun komuniti disertai oleh beberapa penduduk bergotong-royong mengusahakannya dengan pelbagai jenis tanaman. Antara tanaman tersebut ialah sayuran-sayuran seperti kacang panjang, herba, daun kesum, bendi, limau, sawi, kangkung pucuk manis, terung, kacang panjang, nanas dan pelbagai jenis ulam-ulaman. Seorang penduduk, Abdul Rahim Mohamad berkata, komitmen kerajaan untuk membantu rakyat menjayakan kempen tersebut mendorong mereka menyahut seruan untuk bertani bagi keperluan sendiri dan seterusnya mengurangkan beban perbelanjaan seharian. Lagipun golongan yang telah bersara boleh mengisi masa mereka dengan bertani, ujarnya. Dia turut bersetuju bahawa banyak faedah sampingan lain yang boleh diperoleh daripada projek tersebut, antaranya suri rumah tidak lagi perlu membeli barangan keperluan tersebut di pasar, sebaliknya mereka hanya mengambilnya dari tanaman di hadapan rumah yang menjimatkan belanja dan mendapat bekalan sayur segar. Mengenai kerja-kerja penanaman, pegawai Jabatan Pertanian di Cheras sering turun padang membantu memberi nasihat dalam hal berkaitan kaedah penanaman, pembajaan dan penggunaan racun perosak. Sebelum ini, mereka telah diberi kemudahan anak-anak pokok dan benih bagi memulakan kerja-kerja penanaman. Abdul Rahim berkata, setakat ini hasil yang telah dipetik antaranya ialah nanas, cili, terung bendi, daun pandan, serai , daun kesum dan kun-

ABDUL RAHIM MOHAMAD

yit. Meskipun, hasilnya bukan untuk dijual sebaliknya untuk kegunaan sendiri, dia tetap berpuas hati memandangkan tidak ada keperluan lagi untuk membelinya di pasar. Seorang lagi penduduk, Rokiah Che Hussain, 59, memberitahu semangatnya untuk bertani bagi keperluan sendiri bertambah selepas kerajaan melancarkan kempen tersebut. Ini kerana, dia sendiri telah mengamalkan penanaman sayursayuran di dalam pasu di halaman rumahnya sejak 15 tahun lalu. Dengan bantuan bekalan benih dan khidmat nasihat Jabatan Pertanian, Rokiah lebih bersemangat menanam sayursayuran seperti kacang bendi dalam

pasu dan hasilnya lebih daripada mencukupi. Saya orang kampung dan telah biasa melakukan kerja-kerja menanam sayur-sayuran sejak dahulu, ujarnya. Dia menolak tanggapan bahawa kerja-kerja menanam sebagai susah sebaliknya menanam sayur-sayuran seperti kacang bendi di dalam pasu hanya memerlukan perhatian yang sedikit Sejak mengamalkan kerja-kerja bercucuk tanam itu, Rokiah berkata, dia tidak lagi perlu bersusah payah membeli barangan keperluan tersebut di pasar. Rakannya Rosni Kasa, 49, yang aktif menanam pelabagi jenis sayursayuran di kawasan rumah dan menyertai kebun komuniti. Memberitahu, satu perkara menarik yang boleh dipelajari daripada kempen Bumi Hijau ialah hubungan antara jiran bertambah mesra. Ini berlaku kerana dia dan rakanrakan di kawasan perumahan tersebut bertukar-tukar hasil tanaman setiap kali sampai masanya waktu memetik. Ditanya mengenai dakwaan ba-

hawa penduduk di kawasan bandar sukar meniru cara mereka yang menjadi suri rumah, Rosni berkata, ia bukan satu masalah besar memandangkan kerja-kerja penjagaan tanaman boleh dijadualkan. Sekiranya kita telah memeriksa tanaman dan melakukan kerja-kerja rutin sebelah pagi, maka pada sebelah petang boleh ditumpukan kepada kerja-kerja lain, katanya yang juga guru mengaji al-Quran di kawasan tersebut. Menurut Rosni, cuti hujung minggu juga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang tinggal di kawasan bandar untuk bercucuk tanam yang tidak semestinya memerlukan kawasan yang luas.

PENANAMAN sayur-sayuran diberi penekanan dalam Program Bumi Hijau. Gambar hiasan

ROSNI Kasa kelihatan ceria menunjukkan hasil tanaman pokok terungnya di Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.

MUKA 6

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

Bumi Hijau meringankan perbelanjaan dapurOleh LAUPA JUNUS Gambar ASWAD YAHYA

MENYERONOKKANdan meringankan beban. Itulah kata-kata paling tepat menggambarkan keseluruhan perasaan beberapa penduduk di Taman Perumahan Sri Nanding Hulu Langat, Selangor yang dipilih sebagai perintis program atau kempen Bumi Hijau. Mereka malah sudah menanam sendiri sayur-sayuran dan pelbagai tanaman lain di halaman rumah sejak lebih sedekad lepas atau tepatnya sejak menduduki perumahan tersebut 15 belas tahun lalu. Tidak hairanlah apabila ditanya pendapat mereka mengenai kempen Bumi Hijau, secara spontan mereka menyatakan sokongan berhubung program tersebut kerana jelas ia mampu meringankan beban perbelanjaan membeli barangan keperluan harian seperti sayur dan ulamulaman. Sebelum kempen dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac lepas, mereka sudah pun diberi pendedahan mengenai teknik penanaman menerusi seminar yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian, manakala sebahagian lagi penduduk di situ sebenarnya memi-

ROKIAH CHE HUSSAIN

liki kemahiran menanam kerana telah biasa melakukannya. Kempen tersebut menurut mereka berjaya bukan sahaja daripada sudut ekonomi tetapi pada masa yang sama mengeratkan hubungan antara penduduk dan memastikan kawasan persekitaran rumah bersih. Di taman perumahan tersebut, terdapat 1,345 buah rumah yang mana sebahagian penghuninya menanam sayur-sayuran dalam pasu di halaman rumah masing-masing dan

SAYUR-SAYURAN yang ditanam berkonsepkan kebun komuniti oleh penduduk Taman Perumahan Sri Nanding Hulu Langat, Selangor.

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

MUKA 5

Pelihara ayam dengan reban mudah alihSETAKAT tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik. Daripada jumlah tersebut, 75 peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas. Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang tinggal di tamantaman perumahan di bandar. Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan teknologi reban mudah alih. Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung yang dipelihara secara bebas. Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.

Ciri-ciri reban mudah alihReban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki. Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat. Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman, bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda. Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih RM3,000 satu set lengkap. Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina. Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan sebanyak 1-2 ekor jantan. Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu. Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan untuk pembiakan seterusnya.

MODUL reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau.

Kebaikan sistem1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik 2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan 3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja organik 4. Sistem pemantauan dapat dija-

lankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan 5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang efektif. 6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini. LAUPA JUNUS

Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi HijauPerkara Jumlah anak ayam kampung untuk 1,000 peserta Kos reban mudah alih Kos anak ayam umur 1 hari @RM3/ekor Kos makanan ayam 100 beg (50kg) atau RM60/beg Bekas makanan dan minuman@ RM80 JUMLAH Kos setiap peserta 20 ekor RM1,000 RM60 RM60 RM80 RM1,200 Peruntukan yang diperlukan 20,000 ekor RM1,000,000 RM60,000 RM60,000 RM80,000 RM1.2 juta

MUKA 4

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

Ternak ikan keli dalam kanvasOleh LAUPA JUNUS

SELAIN penanaman makanan, salah satu pendekatan lain yang diperkenalkan dalam Kempen Bumi Hijau ialah penternakan ikan air tawar dalam kanvas. Sistem tersebut dibangunkan dengan kemudahan teknologi terkini untuk pengeluaran makanan dan hiasan dari satu ruang yang terkini dan tidaklah hanya tertumpu kepada kolam tanah atau singkat terapung. Kaedah ini sesuai bagi kawasan kecil dan dalam keadaan tanah yang kolam tidak boleh dibina. Konsep ternakan ikan keli tangki kanvas secara komersial ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dengan sokongan teknikal kumpulan pakar perikanan Universiti Sains Malaysia (USM) pada pertengahan 2005 melalui Program Mempelbagaikan Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan di Machang, Kelantan. Jabatan Perikanan Kelantan kemudiannya mengubahsuai beberapa aspek teknikal tangki kanvas berkenaan untuk dijadikan usahawan komersial berdasarkan prinsip perbelanjaan modal dan pengurusan minimum tetapi mendapat hasil atau pulangan maksimum. Spesies ikan keli yang diperkenalkan pada 1988 adalah sesuai kerana berupaya hidup tahan lama dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan akan memakan masa selama antara tiga dan empat bulan. Spesies ini juga memerlukan kawasan ternakan yang kecil dan sedikit sahaja kuantiti air yang diperlukan.1. Konsep Ia menekankan konsep pengeluaran ikan air tawar sebagai sumber protein yang memenuhi keperluan keluarga dengan Amalan Akuakultur Baik. 2. Kadar pelepasan Benih ikan keli bersaiz tiga inci atau 10 gram (g) seekor. Kadar pelepasan pula sebanyak 700 ekor bagi setiap tangki atau 129 ekor bagi setiap meter persegi. Kadar peratus hidup pula dianggarkan sebanyak 86 peratus. 3. Pengurusan air Ketinggian paras air dicadangkan ialah 0.45 meter (m) daripada paras tangki (1 m) dengan jumlah isipadunya 3,240 liter padu. Pengaliran air adalah dengan kadar 60 liter/jam selama 12 jam pada waktu malam.

MOHD. Shariff Omar tertarik melihat anak ikan yang diternak dalam kanvas.

Ruang Sistem ini memudahkan ternakan ikan dijalankan tanpa penggunaan ruang yang besar dan luas dan kaedah ternakan ini tidak memerlukan tenaga kerja dan boleh dianggap sebagai tugas sampingan atau pun hobi. Di samping mendatangkan kepuasan, usaha ini juga akan dapat mengurangkan perbelanjaan keluarga bagi keperluan sumber protein.

Komponen ternakanKomponen Tangki kanvas lengkap paras air 0.45 meter Pam air Benih ikan keli Makanan ikan (berselang-seli) Air (sumber semulajadi) Butiran 4.5 meter (m) X1.2m x 1m 0.5 hp/3p saiz tiga inci Permulaan ( sehari) Pertumbuhan ( tiga hari) Perigi dan sungai Harga Dengan bingkai RM1,200 seunit RM300/1,000/unit RM0.10/ekor RM1.90/kg RM1.60/kg

Proses ini bagi menggantikan sistem pengudaraan biasa dan memberikan hasil ikan yang tiada rasa lumpur dan tiada bau hanyir. Air hanya ditukar apabila perlu atau sekali dalam masa 30 hari dan proses mencuci tangki dijalankan semasa tukaran air. Pemantauan kualiti air perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan ternakan mencapai kadar tumbesaran dan kadar kemandirian yang diharapkan. Parameter air yang perlu diberi penekanan ialah pH, suhu, oksigen terlarut (DO) dan ammonia. 4. Pengurusan pemakanan Bagi pengurusan ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, pemakanan pelet yang mengandungi protein tinggi diperlukan. Maka, kos makanan ternakan untuk ternakan ikan keli menggu-

nakan sistem ini lebih tinggi berbanding ternakan ekstensif lain. Pengurusan pemakanan disarankan berselang seli iaitu bermula dengan satu hari pemakanan 35 peratus protein (permulaan) dan diikuti dengan tiga hari pemakanan pertumbuhan sehingga tamat tempoh ternakan. Kadar pertukaran makanan (FCR) dianggarkan 1:2:1. Hasil yang diperoleh juga mempunyai kandungan zat yang tinggi kerana ternakan hanya diberikan makanan rumusan. 5. Tempoh ternakan Ikan bersaiz 10 gram (tiga inci) dianggarkan mengambil masa 90 hari untuk mencapai saiz pasaran iaitu antara 150 gram dan 200 gram. 6. Keperluan Tenaga Kerja

Bagi sistem ternakan ikan keli dalam kanvas ini, keperluan pekerja adalah sangat minimum memandangkan guna tenaga hanya diperlukan untuk kerja-kerja pemberian makanan yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Seorang pekerja dianggarkan boleh mengurus antara 10 dan 18 tangki kanvas dengan guna tenaga sebanyak empat jam sehari. 7. Pemungutan hasil Ikan keli sesuai dijual pada saiz antara 150 dan 200 gram atau berat lima atau enam ekor sekilogram. Biasanya pengguna lebih gemar membeli ikan yang hidup atau segar. Harga jualan ladang yang dicadangkan ialah RM5 memandangkan kos pengeluaran bagi 1 kg ikan menerusi sistem ini ialah antara RM3 dan RM3.50.

MUKA 2

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006

ABDULLAH Ahmad Badawi dan Muhyiddin Yassin tertarik dengan pameran sayur-sayuran pada pelancaran Kempen Bumi Hijau di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Oleh LAUPA JUNUS

PELAKSANAAN Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Kabinet pada 19 Ogos 2005. Kempen tersebut bermatlamat untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-

sayuran, ulam-ulaman dan buahKempen tersebut bertemakan buahan bagi membendung impak `Tanam, Ternak Guna Sendiri - Jimat kenaikan harga barangan makanan Cermat Bina Ekonomi dilihat mamserta meringankan bepu memberi kesedaran ban kewangan kesan kepada rakyat mengenai kenaikan harga mipentingnya bidang pernyak. tanian. Kempen tersebut ini Timbalan Menteri akan dapat mewujudPertanian dan Industri kan kesedaran dan miAsas Tani, Datuk Seri nat rakyat terhadap Mohd. Shariff Omar pertanian terutama di yang juga pengerusi kalangan penduduk taKempen Bumi Hijau man perumahan di peringkat pusat berkata, bandar. sebelum ini kerajaan Ia juga diharap dapat telah memperkenalkan mewujudkan kesedakempen seumpama itu ran terhadap makanan semasa kegawatan ekoMOHD. SHARIFF OMAR segar, berkhasiat dan nomi pada 1997. selamat dimakan di Saya nampak setakat samping pada masa yang sama men- ini kempen masih belum begitu cercantikan persekitaran rumah. gas, mungkin disebabkan publisiti yang belum meluas, katanya ketika

Buku Hijau

diwawancara di pejabatnya barubaru ini. Beliau berkata, pelancaran kempen di peringkat pusat sahaja masih belum mencukupi, sebaliknya ia perlu diperhebatkan sehingga ke peringkat akar umbi. Selepas peringkat pelancaran di peringkat pusat, kerajaan-kerajaan negeri juga sewajarnya berperanan mencetuskan minat dengan pelancaran di negeri masing-masing, seterusnya ke peringkat mukim dan peringkat kampung. Beliau berkata, setakat ini antara negeri yang telah melancarkan kempen tersebut termasuk Selangor, Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis, Perak dan Johor. Mohd. Shariff berkata, dengan adanya kempen tersebut, rakyat akan memahami dan sedar, mereka boleh mengurangkan beban kos hidup

PROGRAM Bumi Hijau bukan sahaja menambah keperluan hariantetapi juga mencantikkan persekitaran rumah.

Sejajar dengan itu, kerajaan telah melancarkan kempen Bumi Hijau yang mempunyai kaitan dengan Rancangan Buku Hijau yang pernah diperkenalkan pada 20 Disember 1974 oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu, objektifnya ialah memaksimumkan pembangunan tanah secara menyeluruh melibatkan tanaman jangka pendek, perkebunan secara berkelompok, ternakan air tawar dan meningkatkan pemasaran produk pertanian. Namun kempen kali ini yang disempurnakan pelancarannya pada 3 Mac tahun ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor diberi suntikan baru bagi memberi kesedaran kepada rakyat supaya berdikari dan meningkatkan ekonomi mereka.

Kaedah tanamanPendekatan kaedah tanaman terbahagi kepada dua sama ada secara individu atau berkomuniti dan melibatkan semua penduduk termasuk belia dan pelajar sekolah di bandar. 1 - Penanaman secara individu melibatkan seorang atau satu keluarga yang mana penanaman di laksanakan dalam kawasan rumah mereka. Kaedah ini, sesuai dilaksanakan di rumah-rumah teres, rumah pangsa dan pangsapuri. 2 - Bagi kawasan perumahan yang terdapat tanah lapang di kawasan berhampiran, penanaman secara komuniti boleh dilaksanakan. Penanaman akan diuruskan oleh satu badan pengurusan. Pada masa yang sama, latihan akan diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran hands-on pegawai atau penyelia dan peserta projek Bumi Hijau. Peserta pula akan menerima input pertanian seperti biji benih, anak-anak pokok sayur dan herba yang disediakan oleh Jabatan Pertanian secara percuma. Hanya mereka yang terlibat sahaja akan diberi bantuan tersebut. Jabatan Pertanian akan memberi sokongan teknikal berupa khidmat nasihat meliputi aspek pengurusan, agronomi dan penjagaan tanaman dan landskap. Khidmat tersebut melibatkan pemilihan jenis sayur, susun atur tanaman, pembajaan, penuaian dan kawalan perosak. Penekanan diberikan kepada pengurusan tanaman yang bebas daripada sisa baki racun.

UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2006 disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid.

MUKA 3 peruntukan sehingga RM5 juta untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang termasuk penyediaan input sebanyak RM3 juta, publisiti (RM1.2 juta), pertandingan Bumi Hijau (RM200,000) dan program lain. Sesungguhnya Kempen Bumi Hijau dijangka dapat menggalakkan orang ramai khususnya penduduk di taman perumahan di bandar-bandar supaya bercucuk tanam untuk mengeluarkan sayur-sayuran dan dengan peruntukan yang disediakan, dijangka seramai 100,000 keluarga akan mendapat faedah secara langsung daripada pelaksanaan program tersebut. Menurut Mohd. Shariff, pihaknya juga mempunyai sebuah jawatankuasa khas untuk memantau kemajuan dan perkembangan projek Bumi Hijau melibatkan agensi-agensi kementerian. Selain itu pertandingan juga diadakan bagi meningkatkan minat dan kesedaran orang ramai untuk menyertai kempen Bumi Hijau. Setakat ini, kempen akan terus berjalan tanpa ada tarikh penamatnya, kata beliau yang berharap orang ramai mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk menceburi bidang pertanian.

Tanaman mudah alih

KEMPEN Bumi Hijau yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.

daripada pembelian makanan harian dengan mengusahakannya sendiri. Beliau berkata, selain penganjuran kempen untuk menangani masalah inflasi, kempen tersebut menurut Mohd. Shariff mahukan rakyat supaya bercucuk tanam di halaman rumah mereka atau menternak. Dengan itu, mereka dapat berjimat cermat kerana tidak perlu membeli sayur-sayuran atau ikan dan ayam, dan menyimpan wang tersebut untuk keperluan lain terutama pendidikan anak-anak atau untuk tabung kesihatan. Mereka juga lebih sihat kerana mengeluarkan peluh dengan bercucuk tanam, dan memakan sayursayuran segar, ujarnya. Mohd. Shariff memberitahu, beliau sendiri menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di halaman rumahnya di Pulau Pinang, bagi memberi contoh kepada orang ramai bahawa, meskipun berkemampuan membeli barangan keperluan harian, beliau telah memberi satu teladan yang baik. Beliau berkata, selain berguna sebagai pembekal keperluan harian untuk makanan atau kitchen garden, pokok yang ditanam juga berfungsi sebagai edible lanscape dengan memanfaatkan ruang sedia ada untuk

mengindahkan kawasan rumah. Menurut beliau, konsep pelaksanaannya adalah mudah, iaitu menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja dan tanaman yang dipilih ialah sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan. Kempen tersebut ditujukan kepada semua lapisan rakyat dengan fokus

Bagi menjayakan kempen tersebut, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta dan rumah ibadat. Tanaman sekali tuai seperti sawi dan bayam, tanaman tuai berulangulang seperti cili, selom dan herba seperti daun kari dan daun kunyit sesuai dilaksanakan. Bagi komponen ternakan, sama ada ternakan ayam kampung atau burung puyuh serta komponen akuakultur, ia akan dilaksanakan berhati-hati kerana perlu selaras dengan peraturan kerajaan tempatan. Oleh kerana itu, komponen tersebut akan dilaksanakan di kawasan perumahan pinggir bandar yang sesuai, manakala ternakan ayam kampung dan burung puyuh akan dilaksanakan secara pemeliharaan tertutup dalam kurungan. Bagi akuakultur, ia akan melibatkan pelepasan benih-benih ikan di kawasan pengairan umum seperti kolam atau parit dan pemeliharaan takungan seperti kanvas. Kementerian pula menyediakan

Kemajuan Pelaksanaan Projek Bumi Hijau Peringkat Negeri.

Projek KomunitiNegeri Lokasi/taman perumahan/sekolah Kedah 3 Perak 18 Selangor 4 N.Sembilan 1 Melaka 15 Johor Terengganu 1 Kelantan 7 JUMLAHSEORANG pengunjung tertarik dengan tanaman tembikai susu pada pelancaran Kempen Bumi Hijau di Terengganu.

Konsep Bumi HijauJenis projek sayur herba sayur pisang sayur/nanas herba Sayur Sayur Sayur Sayur Bil petak komuniti 3 73 10 1 15 20 1 18 141 Luas 4704 25,258 100 1,050 15,736 500 10,500 58,002 Bil peserta 63 695 20 150 228 14 113 2,863 Tanaman - Sayur-sayuran daun - Sayur-sayuran buah - Ulam-ulaman - Herba Ternakan - Ayam kampung - Burung puyuh Ternakan ikan air tawar dalam kanvas.

49

Perkembangan Kempen Bumi Hijau (sehingga 12 Julai 2006) Sehingga kini sebanyak tujuh buah negeri telah mengadakan majlis pelancaran iaitu Selangor, Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Setakat ini, jabatan berkaitan telah mengedarkan sebanyak 48,750 risalah penanaman sayur-sayuran, 36,734 paket benih dan 113,344 anak pokok kepada seramai 16,707 orang. Sehingga kini, seramai 16,811 peserta telah mengambil bahagian melaksanakan projek secara individu dan komersial. Bagi projek komuniti, secara keseluruhannya terdapat 49 lokasi taman telah dikenal pasti melaksanakan projek tersebut melibatkan 141 petak komuniti. Kempen tersebut boleh dilaksanakan sama ada secara individu atau pun komuniti. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membekalkan input-input pertanian yang sesuai termasuk benih, baja dan risalah panduan menanam. Untuk ternakan ayam kampung dan ikan air tawar, kementerian akan membekalkan dengan Teknologi Reban Mudah Alih serta kanvas untuk menternak ikan.