kertas kerja kursus asas pengawas 2015

5
KERTAS KERJA HARI KELAB PUSAT SUMBER SMKTP 2015 HARI KELAB PUSAT SUMBER SMKTP 2015 . 1. Pendahuluan Ahli Kelab Pusat Sumber merupakan golongan pemangkin setiap pusat sumber sekolah yang boleh diibaratkan sebagai penggerak aktif kepada pengunaan dan pengurusan pusat sumber yang berkesan. Dalam hal ini untuk memastikan aspirasi ini tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan pengetahuan pengawas pusat sumber, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka Hari Kelab Pusat Sumber ini terdiri dari para pengawas pusat sumber dan sebagaian ahli kelab bakal dilaksanakan untuk tujuan memperkukuhkan pengetahuan sedia ada berkenaan bidang tugas dan peranan mereka. Justeru, satu badan jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program ini. 2. Matlamat 2.1 Memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya memperolehi ilmu asas berkaitan pengurusan dan pengunaan pusat sumber sekolah yang lebih efisian.

Upload: kamal-sabaruddin

Post on 10-Jan-2017

254 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

HARI KELAB PUSAT SUMBER SMKTP 2015HARI KELAB PUSAT SUMBER SMKTP 2015..

1. Pendahuluan

Ahli Kelab Pusat Sumber merupakan golongan pemangkin setiap pusat sumber

sekolah yang boleh diibaratkan sebagai penggerak aktif kepada pengunaan dan

pengurusan pusat sumber yang berkesan. Dalam hal ini untuk memastikan aspirasi

ini tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari

aspek ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih

disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara

seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi.

Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan pengetahuan pengawas pusat

sumber, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah,

maka Hari Kelab Pusat Sumber ini terdiri dari para pengawas pusat sumber dan

sebagaian ahli kelab bakal dilaksanakan untuk tujuan memperkukuhkan

pengetahuan sedia ada berkenaan bidang tugas dan peranan mereka. Justeru, satu

badan jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program ini.

2. Matlamat

2.1 Memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya memperolehi

ilmu asas berkaitan pengurusan dan pengunaan pusat sumber sekolah

yang lebih efisian.

2.2 Untuk melahirkan pengawas yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua

masalah yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam kehidupan

rutin.

2.3 Melahirkan murid-murid yang rajin berusaha mengamalkan nilai kerja yang

bersistematik untuk mencapai kejayaan.

2.4 Menanamkan sikap cintakan ilmu pengetahuan dalam melengkapkan diri

sebagai pengawas pusat sumber dan ahli kelab yang berilmu.

3. Objektif

3.1 Memberi kemahiran dalam menyediakan diri sebagai penggerak kepada

pembangunan pusat sumber sekolah.

3.2 Menyediakan diri dengan pengetahuan asas mengendalikan pusat sumber

untuk membantu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli

pusat sumber sekolah dalam menentukan hala tuju sekolah.

3.3 Memberi pendedahan maklumat asas pengurusan pusat sumber yang lebih

berkesan untuk pembangunan setempat.

3.4 Menyediakan peserta sebagai pengawas pusat sumber yang benar-benar

berkualiti untuk pembangunan sekolah dan seterusnya negara.

3.5 Mendekatkan para pengawas dengan perpustakaan serta menjadikan

khidmat bakti kepada perpustakaan sebagai satu rutin asas amalan

kehidupan sepanjang hayat.

4. Tema `Asas Pengetahuan Berkesan Wahana Kejayaan Pusat Sumber Cemerlang’.

5. Tempat

Pusat Sumber SMK Taman Panglima.

6. Tarikh & Masa

Tarikh : 29hb Mac 2015 Masa : 7.30 pagi hingga 1.40 petang

7. Tentatif Program

7.30 pagi - 7.55 pagi - Pendaftaran 8.00 pagi - 8.15 pagi - Taklimat Kursus 8.15 pagi - 8.45 pagi - Pengenalan Kursus – Pusat Sumber Sekolah 8.45 pagi - 10.00 pagi - Pengkelasan “Dewey Decimal Classification” – Asas

Aktiviti I10.00 pagi - 10.30 pagi - Rehat / Minum Pagi10.30 pagi - 12.00 pagi - Pengautomasian (e-khutubkhanah) & Praktikal

Aktiviti II12.00 pagi - 1.30 tgh - Pengurusan Pusat Sumber 1.30 ptg - 1.40 ptg - Makan Tengahari & Majlis Penutup

8. Implikasi kewangan

8.1 Kos program diambil dari wang peruntukan Kokurikulum

8.1.1 Minum pagi = 60 X RM2.50 = RM150.008.1.2 Makan tgh. = 60 X RM4.50 = RM270.008.1.3 Aktiviti I & II = RM 70.00

8.2 Kos keseluruhan program RM490.00

9. Kumpulan Sasar & Guru Terlibat 9.1 Seramai 53 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan ahli Kelab Pusat

Sumber akan terlibat yang terdiri daripada :

9.1.1 Tingkatan 1 = 20 orang9.1.2 Tingkatan 2 = 7 orang9.1.3 Tingkatan 3 = 10 orang9.1.4 Tingkatan 4 = 9 orang9.1.5 Tingkatan 5 = 7 orang9.1.5 Guru = 7 orang

9.3 Guru yang terlibat di dalam program ini :-

9.3.1 En. Ahmad Kamal b. Hj.Sabaruddin (Guru Penyelaras Pusat Sumber ) 9.3.2 Pn Fauziah bt Abdul Hamid (Guru Perpustakaan) 9.3.3 Pn Junaidah bt Abd Ghani (Guru Penasihat Kelab PSS)

10.Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta

dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam

melahirkan pengawas dan ahli kelab yang cemerlang dari semua sudut sama ada

akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha

Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat

keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang

teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta

hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

.................................................... AHMAD KAMAL B. HJ. SABARUDDIN Guru Perpustakaan dan Media SMK Taman Panglima

Disahkan oleh

.................................................... EN MUHAMMAD DAN B MAHAT Pengetua SMK Taman Panglima

LAMPIRAN