kursus asas powerpoint

13
1 KURSUS ASAS POWERPOINT (Meletakkan gambar, menjadikan gambar sebagai latar belakang, membuat pautan) MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM SLAID 1. Buka fail ‘Persembahan 1’ yang telah dibuat ketika kursus siri 1 sebelum ini. 2. Pilih slaid pertama. Klik Insert pada bar menu Picture From File (Rajah 1) 3. Kotak Insert Picture seperti Rajah 2 akan muncul di paparan skrin anda. 4. Klik tanda ‘V’ pada ruangan Look in atau pilih senarai pada panel kiri kotak Insert Picture untuk mencari lokasi fail / gambar yang ingin digunakan disimpan (rujuk Rajah 2). Sebagai contoh, klik Desktop untuk mendapatkan gambar ‘SEKOLAH.jpg’. (Rajah 3) 5. Klik View Thumbnails untuk mendapatkan paparan fail / gambar yang lebih jelas. (Rajah 4) Rajah 1 Rajah 2 Klik di sini untuk mencari lokasi fail / gambar disimpan

Upload: udakanna

Post on 17-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

asas power point

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus Asas Powerpoint

1

KURSUS ASAS POWERPOINT

(Meletakkan gambar, menjadikan gambar sebagai latar belakang, membuat pautan)

MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM SLAID

1. Buka fail ‘Persembahan 1’ yang telah dibuat ketika kursus siri 1 sebelum ini.

2. Pilih slaid pertama. Klik Insert pada bar menu Picture From File (Rajah 1)

3. Kotak Insert Picture seperti Rajah 2 akan muncul di paparan skrin anda.

4. Klik tanda ‘V’ pada ruangan Look in atau pilih senarai pada panel kiri kotak Insert Picture

untuk mencari lokasi fail / gambar yang ingin digunakan disimpan (rujuk Rajah 2).

Sebagai contoh, klik Desktop untuk mendapatkan gambar ‘SEKOLAH.jpg’. (Rajah 3)

5. Klik View Thumbnails untuk mendapatkan paparan fail / gambar yang lebih jelas.

(Rajah 4)

Rajah 1

Rajah 2

Klik di sini untuk mencari lokasi fail / gambar disimpan

Page 2: Kursus Asas Powerpoint

2

6.

6.

6.

6. Klik pada gambar ‘SEKOLAH.jpg’,

kemudian klik butang Insert yang

terdapat di penjuru kanan paling

bawah pada kotak Insert Picture. (rujuk Rajah 4)

7. Gambar SEKOLAH.jpg tersebut akan terpapar pada slaid (Rajah 5)

8. Anda boleh mengubahsuai kedudukan atau saiz gambar tersebut. (rujuk Rajah 6)

MENJADIKAN GAMBAR SEBAGAI LATAR SLAID (BACKGROUND)

View

Rajah 3

Rajah 4

Insert

Rajah 5 Rajah 6

Page 3: Kursus Asas Powerpoint

3

1. Klik pada gambar SEKOLAH.jpg. Besarkan saiznya sehingga meliputi keseluruhan

permukaan slaid (Rajah 7). Perhatikan bahawa teks juga telah terlindung di sebalik

gambar tersebut.

2. Teks tersebut boleh diperlihatkan semula tanpa perlu menaip sekali lagi.

3. Bawakan tetikus kepada gambar, kemudian klik butang kanan tetikus. Pastikan

senarai seperti Rajah 8 muncul pada skrin anda.

4. Klik Order Send To Back (Rajah 9), untuk

meletakkan gambar tersebut berada di belakang

teks (Rajah 10)

Rajah 7

Rajah 8

Page 4: Kursus Asas Powerpoint

4

5. Anda boleh ubahsuai warna atau bentuk tulisan sekiranya tidak bersesuaian dengan

latar belakang slaid.

MEMBUAT PAUTAN (LINK) DI DALAM PERSEMBAHAN POWERPOINT MENGGUNAKAN

FUNGSI HYPERLINK

Rajah 9

Rajah 10

Page 5: Kursus Asas Powerpoint

5

Pautan Diantara Slaid

I. Perkataan (Teks)

1. Pilih slaid ke-2, iaitu ‘Mengenai SMAPT’.

2. Hitamkan (highlight) perkataan ‘Sejarah’. Kemudian klik Insert Hyperlink (Rajah 11)

3. Satu kotak Insert Hyperlink akan terpapar di skrin . (Rajah 12)

4. Panel sebelah kiri di kotak tersebut menunjukkan lokasi fail atau dokumen yang ingin

anda hubungkan dengan perkataan ‘Sejarah’ tadi. Dalam tugasan ini, anda perlu klik

pada ‘Place in This Document’ kerana slaid yang anda ingin hubungkan dengan

perkataan tersebut berada dalam dokumen powerpoint yang sama. (rujuk Rajah 12)

5. Seterusnya, anda boleh pilih diantara slaid-slaid yang disenaraikan yang sesuai

dihubungkan dengan perkataan yang anda pilih. Sebelum ini, anda telah pilih perkataan

‘Sejarah’, dan slaid yang sesuai adalah slaid 3.

6. Klik pada Slide Titles yang ke-3, iaitu SEJARAH (rujuk Rajah 12)

7. Setelah selesai, perhatikan bahawa perkataan Sejarah tersebut akan berubah dari warna

asal.

8. Untuk menguji sama ada Hyperlink anda berfungsi dengan betul atau tidak, klik Slide

Show View Show. Sekiranya anda gerakkan penunjuk tetikus pada perkataan Sejarah,

anak panah tersebut akan bertukar kepada bentuk tangan. Tekan tetikus. Sekiranya

Rajah 11

Rajah 12

Page 6: Kursus Asas Powerpoint

6slaid Mengenai SMAPT tadi berubah kepada slaid Sejarah, bermaksud anda telah

membuat Hyperlink dengan betul. (rujuk Rajah 13)

II. Bentuk / Simbol

1. Klik pada slaid ke-3, iaitu slaid SEJARAH.

2. Kemudian, klik pada butang Autoshapes yang terdapat pada Toolbar Drawing, berada

di bawah penjuru sebelah kiri skrin. (rujuk Rajah 14)

3. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh kita gunakan untuk dijadikan simbol Hyperlink,

tetapi untuk tugasan ini kita gunakan Action Buttons Home (bentuk seperti rumah)

(Rajah 15)

Rajah 13

Page 7: Kursus Asas Powerpoint

7

4. Kemudian, bawakan anak panah tetikus ke arah

penjuru kanan sebelah bawah slaid Sejarah dan lukiskan Button Home yang telah dipilih

sebelum ini (rajah 16). * Pastikan semasa melukis bentuk tersebut, jangan lepaskan

tetikus sebelum bentuk tersebut siap mengikut kehendak anda.

5. Apabila anda selesai melukis Button (lepaskan tetikus), satu kotak Action Settings akan

muncul pada skrin (rujuk Rajah 16). Anda boleh tentukan slaid yang mana akan

dihubungkan apabila Button Home tadi ditekan.

6. Untuk tugasan ini, pastikan anda klik Mouse Click pada kotak Action Settings. Action on

Click Hyperlink to: Slide… (Rajah 17). Pada kotak Hypelink To Slide yang muncul

selepas itu, klik pada slaid Mengenai SMAPT. (Rajah 18)

7. Akhir sekali, klik OK.

8. Untuk menguji Hyperlink yang telah dibuat, caranya sama seperti sebelum ini. Klik pada

Slide Show View Show. Pastikan anak panah tetikus anda berubah kepada bentuk

tangan apabila apabila ia digerakkan mengenai Button Home.

9. Seterusnya, klik pada Button tersebut, dan apabila slaid anda berubah kepada slaid

Mengenai SMAPT, bermaksud anda telah membuat fungsi Hyperlink dengan tepat.

(rujuk Rajah 19)

Autoshapes

Rajah 14

Rajah 15

Rajah 15

Page 8: Kursus Asas Powerpoint

8

Lukiskan Buton Home di sini

Kotak Action Settings Rajah 16

Rajah 17

Rajah 18

Rajah 16

Rajah 19

Page 9: Kursus Asas Powerpoint

9

10. Kini, anda boleh cuba buat fungsi Hyperlink untuk perkataan-perkataan atau bentuk-bentuk yang lain. Selamat mencuba!

Pautan Diantara Slaid dan Dokumen Lain Dalam Komputer

1. Sebelum ini, anda telah mempelajari cara membuat hyperlink diantara slaid dalam

dokumen powerpoint yang sama. Dengan menggunakan cara yang sama, anda boleh

menghubungkaitkan slaid anda dengan dokumen-dokumen lain dalam komputer anda

seperti gambar, teks dari Microsoft Office Word atau jadual dari Microsoft Office Excel.

2. Klik pada slide ke-7, iatu PELAJAR. Lukiskan button Document menggunakan

Autoshapes Action Button Document. Lokasi Button Document tersebut adalah

sama seperti lokasi Button Home sebelum ini, iaitu di penjuru kanan paling bawah slaid

anda. (Rajah 20)

3. Pada kotak Action Settings, klik Mouse Click Hyperlink To Other File.(rujuk Rajah

20) Pastikan kotak Hyperlink To Other Files muncul pada skrin anda.

4. Pada kotak tersebut, cari fail My Documents gambar PELAJAR.jpg dalam ruangan

Look in: (cara yang sama ketika mencari lokasi gambar Sekolah.jpg sebelum ini). Setelah

itu klik OK. (rujuk Rajah 21)

Page 10: Kursus Asas Powerpoint

105. Uji Hyperlink anda. Apabila Button Document ditekan, gambar PELAJAR.jpg tadi akan

terpapar pada skrin, tetapi dalam bentuk dokumen lain, bukan dokumen powerpoint

yang sama. (rujuk Rajah 22)

6. Untuk kembali semula kepada slaid powerpoint anda, klik butang Close (butang merah

bertanda ‘X’) pada dokumen gambar tadi. (rujuk Rajah 22)

Lukiskan Button Document di sini

Pilih Hyperlink to: Other File…

Rajah 20

Rajah 21Butang Close (Tutup)

Page 11: Kursus Asas Powerpoint

11

7. Kini, anda boleh

pelbagaikan fungsi Hyperlink anda!

Selamat Mencuba!

Rajah 22