kertas kerja klinik sofbol 2015

Upload: alicessa-jasz

Post on 14-Jan-2016

113 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

aktiviti kokurikulum asrama

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA KLINIK SOFBOL PENGGAL PERTAMA BAGI UNIT KOKURIKULUM ASRAMA 20151.0 PENGENALANBidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal pelajar selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, klinik sofbol diperkenalkan bagi menarik minat pelajar agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap pelajar menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.2.0MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran sofbol dan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar. Program ini juga dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia 1 Murid 1 Sukan untuk meningkatkan potensi setiap pelajar dari awal bangku sekolah. Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan bakal pemain sofbol yang bakal diwujudkan terulung kali di sekolah di Malaysia.

3.0OBJEKTIF 3.1Memberi pendedahan kepada pemain sofbol yang terpilih tentang konsep permainan sofbol.

3.2Untuk memupuk semangat kerjasama antara para peserta di samping menyemai sikap berdisiplin yang tinggi di kalangan peserta program

3.3Memupuk kesedaran tentang sukan dengan pencapaian cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

3.4Memberi pendedahan kepada para peserta tentang aktiviti yang akan dianjurkan.4.0TEMPOH/MASA/TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh

: 14 Februari 2015

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.00 am 5.00 pm

Tempat: Padang SMK Oya5.0SASARAN PENYERTAAN

Program Pembangunan Dan Pencarian Bakat Permainan Sofbol ini akan disertai oleh :

5.1Pemain sofbol dan yang berminat iaitu seramai 26 orang pelajar.(Rujuk lampiran)5.2Terbuka kepada guru-guru yang berminat

6.0STRATEGI PERLAKSANAAN

6.1Latihan dan kemahiran berkala berkaitan :

6.1.1Asas permainan sofbol

6.1.2Undang-undang dan kepengadilan

6.1.3Pengendalian Pertandingan

7.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan :1. Minum Pagi Kuih Karipap

Cucur Pisang

Air Nescafe dan Teh ORM 2.00 X 10 orang guru RM 20.00

2. Makan Tengahari Nasi putih

Ayam masak merah

Telur masin

Buah oren

Air sirapRM 9.00 X 10 orang guruRM 90.00

3. Minum Petang Bihun goreng

Kuih

Air Teh susu dan Nescafe ORM 4.00 X 10 orang guruRM 40.00

JUMLAHRM 150.00

8.0JAWATANKUASA INDUK PENGELOLAAN KLINIK SOFBOL SMK OYA

Pengerusi

: En. Suhaimi Bin Mokhtar

Timb. Pengerusi

: Ustazah Norhayati Binti Sulaiman

Setiausaha

: Jasmaniah A/P Osman

Jurulatih

: 1. Terry Samuel

2. Hamdan Bin Mansor

3. Angeline Jumpo

4. Siti Nurasikin Bt SanipFasilitator Jemputan

: En. Hassan Bin Sharbini

( Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD

Daro )

Ajk Peralatan

: 1. Razif Bin Kiprawi 2. Felicia Ho Yien Fang

Ajk Cenderamata/Pengacara Majlis: 1. Fatin Nabilah Bt Abdul Razak

Ajk Makanan dan Minuman

: 1. Ustazah Zulfaizah 2. Pengawas9.0PENUTUP

Besarlah harapan dan semoga apa yang dirancang dan diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan Klinik Sofbol SMK Oya ini.

Disediakan Oleh :

.............................................................

( Jasmaniah A/P Osman)

Setiausaha Kokurikulum, SMK Oya

Disahkan Oleh :

..............................................................

(En. Suhaimi Bin Mokhtar)

Pengetua, SMK Oya2