kertas kerja khidmat masyarakat smkur

4
KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SMK UNDANG REMBAU 71309 REMBAU, NSDK KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT SMK UNDANG REMBAU PENGENALAN : Program Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. OBJEKTIF :

Upload: nor-hafizah

Post on 11-Jul-2016

50 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Khidmat Masyarakat Smkur

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SMK UNDANG REMBAU

71309 REMBAU, NSDK

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

SMK UNDANG REMBAU

PENGENALAN :

            Program Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah

dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan

meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran

dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat

merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah

memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik

darjah.

2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap

masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :Semua pelajar SMK Undang Rembau

Page 2: Kertas Kerja Khidmat Masyarakat Smkur

TEMPOH PERLAKSANAAN :Jun hingga Oktober.

PENGISIAN :

Tema                                      : Hidup Bermasyarakat

Nama Projek                         : “ALLEY AKSARA” ( melestarikan laluan pejalan kaki Blok K)

Aktiviti yang dicadangkan   : Menghasilkan mural dinding mengikut tema khidmat masyarakat

bagi setiap tingkatan.

Kumpulan Sasaran               : Semua  pelajar SMK Undang Rembau

Tarikh Pelaksanaan              : Bulan Jun hingga Oktober

Masa                                      : Waktu PdP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penglibatan guru                   :Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK

Undang Rembau.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAANRujuk lampiran A ( PCG Matapelajaran)

Disediakan oleh :                                                     Disemak oleh :

________________________                                __________________________

( PN NOR HAFIZAH BT MD SALLEH )                  (PN. NORZIAH BT MOHD YUSOF)

Ketua Panitia                                                      Ketua Bidang

Pend Sivik & Kewarganegaraan                             Bidang Kemanusiaan

Disahkan oleh :

________________________

(TUAN HAJI MAD AMIN B MAD YUSOF )

Pengetua Smk Undang Rembau

Page 3: Kertas Kerja Khidmat Masyarakat Smkur

Lampiran A

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

PERKARA BIL SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)

Minuman Pelajar 1000 pelajar 0.50 RM  500.00

Plastik hitam 3 plastik 10.00  RM    30.00

- *Cat  (Ungu striking

dan merah jambu) 6 tin 40.00RM    240.00

Cat Pelaka

- Biru

- Hitam

- Kuning

- Putih

- Hijau

50 20.00 1000.00

Berus cat 50 batang 4.00 RM  200.00

Berus warna ( pelbagai saiz) 50 batang 1.50 RM 75.00

Pelarut cat 5 tin 18.00 RM  80.00

Penggelek  cat 5 batang 10.00 RM  50.00

Bekas penggelek cat 5 bekas 10.00 RM  50.00

Jumlah RM2225.00