kertas kerja kempen datang awal ke sekolah.docx

9
1 KEMPEN DATANG AWAL KE SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran dan kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah merupakan sebuah organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Justeru itu, kempen Datang Awal Ke Sekolah akan diwujudkan bagi membudayakan murid yang berdisiplin dan cemerlang dengan datang awal ke sekolah pada setiap hari. Kempen ini dijalankan seiring dengan pelaksanaan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi menjayakan kempen ini, beberapa aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan bagi menarik minat murid untuk datang ke sekolah lebih awal daripada biasa. Aktiviti tersebut melibatkan penggabungjalinan beberapa panitia iaitu Panitia Matematik dan Pendidikan Islam. Antara pengisian aktiviti semasa kempen dijalankan ialah murid boleh melibatkan diri dalam Program Bijak Sifir dan Kuiz Matematik. Program Bijak Sifir ini melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 sebagai asas pengenalan dan pengukuhan kepada bacaan sifir. Murid akan diberikan peluang membaca sifir di atas pentas supaya dapat melatih diri menjadi seorang yang cerdas dan pintar sifir. Selain itu, Kuiz Matematik secara spontan juga akan dijalankan bagi menguji kecekapan murid dalam penguasaan kemahiran asas Matematik. Kempen datang awal ke sekolah juga akan diselitkan dengan kuiz Ramadan untuk menguji pengetahuan asas terhadap Pendidikan Islam sempena bulan Ramadan. Kesimpulannya, program yang dirancang tersebut diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna kepada murid terutama dalam bidang intelek disamping mewujudkan emosi yang seimbang untuk datang ke sekolah lebih awal.

Upload: amizah-sabri

Post on 11-Oct-2015

602 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

KEMPEN DATANG AWAL KE SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran dan kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah merupakan sebuah organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Justeru itu, kempen Datang Awal Ke Sekolah akan diwujudkan bagi membudayakan murid yang berdisiplin dan cemerlang dengan datang awal ke sekolah pada setiap hari. Kempen ini dijalankan seiring dengan pelaksanaan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjayakan kempen ini, beberapa aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan bagi menarik minat murid untuk datang ke sekolah lebih awal daripada biasa. Aktiviti tersebut melibatkan penggabungjalinan beberapa panitia iaitu Panitia Matematik dan Pendidikan Islam. Antara pengisian aktiviti semasa kempen dijalankan ialah murid boleh melibatkan diri dalam Program Bijak Sifir dan Kuiz Matematik. Program Bijak Sifir ini melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 sebagai asas pengenalan dan pengukuhan kepada bacaan sifir. Murid akan diberikan peluang membaca sifir di atas pentas supaya dapat melatih diri menjadi seorang yang cerdas dan pintar sifir. Selain itu, Kuiz Matematik secara spontan juga akan dijalankan bagi menguji kecekapan murid dalam penguasaan kemahiran asas Matematik. Kempen datang awal ke sekolah juga akan diselitkan dengan kuiz Ramadan untuk menguji pengetahuan asas terhadap Pendidikan Islam sempena bulan Ramadan.

Kesimpulannya, program yang dirancang tersebut diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna kepada murid terutama dalam bidang intelek disamping mewujudkan emosi yang seimbang untuk datang ke sekolah lebih awal. 2.0 RASIONAL

Kempen Datang Awal Ke Sekolah merupakan satu program yang dirancang supaya dapat meningkatkan semangat murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Pemilihan program Bijak Sifir, Kuiz Matematik dan Kuiz Ramadan merupakan pengisian yang diharapkan dapat menggalakkan murid untuk datang ke sekolah lebih awal dan dapat menyertai program yang dianjurkan tersebut.

Program Bijak Sifir dirancang kerana murid didapati masih lemah dalam mengingati sifir dan menyukarkan murid untuk menyelesaikan soalan Matematik. Begitu juga Kuiz Matematik supaya dapat meningkatkan kecekapan murid dalam mengira secara spontan.

Pemilihan Kuiz Ramadan pula ialah bersempena dengan kempen ini yang berlangsung dalam bulan Ramadan. Hal ini supaya dapat meningkatkan pengetahuan murid terhadap ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan bulan Ramadan.

Murid yang berjaya membaca sifir dan menjawab kuiz dengan baik akan diberikan kupon. Murid akan diberikan hadiah berdasarkan bilangan kupon yang diperoleh pada akhir program. Oleh itu, murid akan bersaing untuk mengumpul seberapa banyak kupon dengan datang awal ke sekolah dan menyertai program tersebut.

Penglibatan murid dalam kempen ini diharapkan agar dapat meningkatkan motivasi dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan yang seimbang pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF

Setelah tamat program ini, peserta diharapkan akan dapat mencapai objektif berikut:3.1 Mensasarkan peningkatan murid sebanyak 80% yang hadir ke sekolah lebih awal.3.2 Meningkatkan murid dalam menguasai sifir 1-9.3.3 Meningkatkan minat murid bagi mempelajari mata pelajaran Matematik.3.4 Meningkatkan pengetahuan murid dalam Pendidikan Agama Islam.

4.0 MASA

Setiap hari bermula 7.20 pagi hingga 7.40 pagi.

5.0 TARIKH

14 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014.

6.0 TEMPAT

Bacaan sifir, kuiz Matematik dan kuiz Ramadan akan diadakan di Dewan Sinaran SK Bohor.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

PenasihatDatin Rattana a/p YanPengerusiPuan Ku Faizah bt Ku Marzuki

Naib PengerusiEncik Izhar bin Haji Ahmad

MentorPuan Maizura bt Mustapha

Ketua ProjekWan Nur Aziemah Izyan bt Wan Hashim

Penolong Ketua ProjekShazneeza Nazneem bt Abdul Wahab

SetiausahaAmizah bt Mohamad Sabri

Ahli Jawatankuasa:

DokumentasiSiti Masni Binti Zakaria

8.0 PESERTA

Melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 6.

9.0 JADUAL PROGRAM

MingguHari / TarikhAktiviti

1Ahad / 13 Julai 2014Pelancaran Kempen Datang Awal ke Sekolah

Isnin / 14 Julai 2014Bijak Sifir

Selasa / 15 Julai 2014Kuiz Matematik

Rabu / 16 Julai 2014Kuiz Ramadan

Khamis / 17 Julai 2014Bijak Sifir

2Ahad / 20 Julai 2014Bijak SIfir

Isnin / 21 Julai 2014Bijak Sifir

Selasa / 22 Julai 2014Kuiz Matematik

Rabu / 23 Julai 2014Kuiz Ramadan

Khamis / 24 Julai 2014Bijak Sifir

3Ahad / 3 Ogos 2014Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BilBilangan KuponJumlah

1.2.3.4.5.6.7.8.8 kupon (RM 8) x 5 peserta7 kupon (RM 7) x 5 peserta6 kupon (RM 6) x 5 peserta5 kupon (RM 5) x 5 peserta4 kupon (RM 4) x 5 peserta3 kupon (RM 3) x 5 peserta2 kupon (RM 2) x 5 peserta1 kupon (RM 1) x 10 pesertaRM 40RM 35RM 30RM 25RM 20RM 15RM 10RM 10

JumlahRM 185

11.0 SUMBER KEWANGANSegala sumber perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak sekolah.

12.0 PENUTUP

Semoga Kempen Datang Ke Sekolah Awal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid dan mampu memberi impak yang positif kepada mereka. Semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak, sekali gus dapat merealisasikan segala objektif yang telah dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Disediakan oleh,

.......................................................................(AMIZAH BT MOHAMAD SABRI)Setiausaha,Kempen Datang Awal Ke Sekolah.

BAHAGIAN A : MENTOR / GURU PEMBIMBING Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

ULASAN:

Tarikh: ............................................ Tandatangan & Cop BAHAGIAN B : Guru Penolong Kanan

Disahkan betul.DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:

Tarikh: ......................................Tandatangan & Cop BAHAGIAN C : Guru Besar

ULASAN: .

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh: Tandatangan & Cop

9