kertas kerja kembara alam
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
KEMBARA ALAM KE HUTAN LIPUR BUKIT MERTAJAM
JABATAN SAINS SOSIAL DAN KELAB AKTIVIS ALAM SEKITAR KAMPUS (CARE)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 MENGKUANG, PULAU PINANG
TARIKH
15 JANUARI 2012
PESERTA
30 ORANG GURU PELATIH JABATAN SAINS SOSIAL IPGKTB
TEMPAT
HUTAN LIPUR BUKIT MERTAJAM
ANJURAN
JABATAN SAINS SOSIAL DAN KELAB AKTIVIS ALAM SEKITAR (CARE) IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
1. PRAKATA
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pentadbiran IPG Kampus Tuanku Bainun(IPGKTB) Pulau Pinang bertujuan mendapatkan kelulusan bagi menjayakan Program Kembara Alam – Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
2. PENDAHULUAN
Jabatan Sains Sosial IPGKTB begitu komited dalam melaksanakan usaha pembangunan insan guru-guru pelatih dibawah kelolaannya. Justeru, bagi meneruskan usaha tersebut Jabatan Sains Sosial dengan kerjasama Kelab CARE IPGKTB menyimpan hasrat menyebarluas kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar melalui pendidikan kepada seluruh guru pelatih kelolaannya khususnya masyarakat amnya. Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti seperti Program Kembara Alam ini dirancang untuk terus menarik minat guru-guru pelatih dan seterusnya menyemai kesedaran di dalam diri bakal-bakal pendidik ini.
3. MATLAMAT
Matlamat Program Kembara Alam ke Hutan Lipur Bukit Mertajam ini adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang pentingnya menghargai dan mengekalkan keindahan alam semulajadi.
Selain itu, Program Kembara Alam ke Hutan Lipur Bukit Mertajam ini memberi peluang kepada para peserta untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kehidupan seharian. Fokus Program Kembara Alam ke Hutan Lipur ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta supaya:
Menghayati keindahan dan kepelbagaian biodiversiti di negara kita. Menghayati peranan diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang cinta akan alam
sekitar. Memahami keperluan menghargai alam sekitar. Melatih dan membina pasukan pelapis Kelab CARE IPGKTB. Membina jaringan dengan masyarakat luar melalui Sahabat Alam Malaysia.
4. ANJURAN
Jabatab Sains Sosial dan Kelab Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) IPGKTB.
5. TARIKH
15 Januari 2012
6. TEMPAT PROGRAM
Hutan Lipur Bukit Mertajam Pulau Pinang.
7. PENYERTAAN
30 orang guru pelatih Jabatan Sains Sosial IPGKTB
8. JADUAL PROGRAM
*Rujuk Lampiran 1.
9. SENARAI NAMA PESERTA
*Rujuk Lampiran 2.
10. KEWANGAN
Segala sumber kewangan dan perbelanjaan adalah ditaja oleh pihak Sahabat Alam Malaysia.
Perkara Huraian Kos Jumlah
Fail dan bahan edaran RM 2 X 50 orang RM 100
Makanan
Sarapan RM 2 X 50 RM 100 + RM
RM200
Makan Tengah Hari 4 X 50
Jumlah RM 400
11. PENGANGKUTAN
Kenderaan disediakan oleh pihak IPG Kampus Tuanku Bainun.
12. SENARAI AHLI JAWATANKUASA
*Rujuk Lampiran 3
13. PENUTUP
Program Kembara Alam ini merupakan permulaan kepada pengenalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan peserta yang jarang terdedah kepada unsur-unsur pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Justeru, program ini dilihat sebagai satu jalan yang terbaik bagi memberi peluang kepada para peserta dan menarik minat mereka untuk memurnikan usaha ke arah pewujudan komuniti yang peka terhadap kelestarian alam sekitar.
Disediakan oleh:
Setiausaha Program Kembara Alam Hutan Lipur Bukit MertajamJabatan Sains Sosial IPG Kampus Tuanku Bainun.