bahasa melayu (penulisan) kembara bahasa
TRANSCRIPT
STRATEGI MENJAWAB
SOALAN KERTAS 1
Katak
Kecil
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-
katak kecil,...
… yang berlumba-lumba
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur:
Tiada penonton yang percaya bahawa katak-katak kecil itu akan berjaya
mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai
ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada seekor katak kecil yang tetap melangkah hingga semakin
tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya katak-katak yang lain
telah berputus asa untuk menaiki
menara kecuali seekor katak kecil
yang berusaha keras dan
BERJAYA sampai KE PUNCAK!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini
boleh melakukannya?
??
??
Seekor katak bertanya kepada katak kecil bagaimana cara dia boleh
berjaya dan mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
?Katak kecil itu hanya tersenyum.
Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu
TULI!!!!
…… ……
Pengajaran:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif
ataupun pesimis...
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan
menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan
kau baca boleh mempengaruhi
perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIF
Dan yang terpenting:
Bersikap TULI jika ada orang mengatakan
bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-
citamu!
Kirim pesanan ini kepada minimum 5 sahabat.
Berikan mereka motivasi!!!
Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang
sering memberi motivasi antara satu sama lain.
Selalulah berfikir:
SAYA BOLEH
BENTUK SOALAN
Terbahagi kepada 3 bahagian :
A: 10 markah/15 minit
B : 30 markah/40 minit
C : 20 markah/20 minit
BAHAGIAN A
1.Bahan grafik dan bukan grafik.
2.Gambar tunggal bersiri atau berpusat.
3. Graf,peta, jadual atau pelan.
4. Bina 5 ayat ( tersirat dan tersurat )
LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB SOALAN
1. Satu nombor hanya sepotong ayat.
2. Ayat yang dibina menceritakan apa yang terdapat dalam gambar.
3. Berikan nama pada watak dalam ayat .
4. Senaraikan kata kerja( aktiviti ) kata sifat (situasi) kedua-duanya (umum).
5. Buat peta minda
1. Gunakan kata hubung yang sesuai seperti dan, sambil,untuk ,yang dan sebagainya.
2. Ayat terpesong ialah ayat yang menceritakan apa yang tidak terdapat dalam gambar.
3. Ayat yang terbaik ialah ayat yang menceritakan apa yang terdapat dalam gambar serta penerangan jelas.
4. Setelah siap baca ayat yang dibina dua kali.
10. Semak dari segi ejaan, tanda baca ,imbuhan,kosa kata dan struktir ayat.
Contoh Jawapan Gambar Berkait
Senarai kata kerja yang terdapat dalam gambar:
4. Pergi pasar/membeli ikan
5. Melayan pelanggan/ membungkus ikan
6. Membeli daging/ menjual daging
7. Bertanya harga/ menunjuk daging yang diingini
8. Menyiat daging/menimbang daging.
A B C D
CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM
CADANGANMARKAH: 8-10
6-7 3-5 0-2
• Ayat gramatis
• Menepati grafik
• Kosa kata luas
• Tanda baca, ejaan dan imbuhan tepat tanpa kesalahan
• Ayat jelas• Menepati
grafik• Kosa kata
sederhana• Sedikit
kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1.Ayat mudah2. sesuai
dengan grafik
3. Kosa kata terhad
4. banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
• Ayat terpesong
• Tidak sesuai dengan grafik
• Kosa kata tidak sesuai
• Tidak menguasai tanda baca dan ejaan serta imbuhan
Bahagian B
Jenis soalan:1. Karangan berformat dan tidak berformat.
2. Diberi 3 soalan dan boleh memilih salah satu daripadanya.
Cara-cara menjawab:
1. Pastikan tajuk berformat atau tidak berformat.
2. Fahami kehendak soalan
3. Garisi kata kunci dalam soalan.
4. Pilih yang kamu tahu.
5. Pastikan banyak isi.
6. Buat peta minda:
a. Pendahuluan
b. 5 isi dengan huraian dan contoh.
c. Penutup
7. Gunakan penanda wacana: -walaupun,selain daripada itu, namun demikian, tambahan pula dan lain-lain lagi.
8. Masukkan simpulan bahasa, peribahasa atau kiasan.
9. Gunakan bahasa yang sesuai dengan jenis karangan.
10. Semak karangan yang dibuat.
BAHAGIAN B
1. Baru-baru ini,Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan.Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu sewaktu mengikuti lawatan tersebut.
Format : Surat Kiriman Tidak RasmiPendahuluan : Kata penghadap surat
Isi: 1. Tujuan menulis surat
2. Tarikh,penganjur,jumlah peserta,tujuan
lawatan,bayaran
3. Tempat yang dilawati
4. Kesan/faedah
Penutup : Harapan
BAHAGIAN B
2. Kamu dan rakan kamu telah berbual-bual tentang persediaan menghadapai peperiksaan UPSR yang bakal kamu hadapi pada bulan September nanti.Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
A B C D
CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM
CADANGAN MARKAH: 24- 30
16-23 08 - 15 00- 07
• Penyampaian menarik
• Pengolahan idea cemerlang
• Ayat gramatis
• Kosa kata yang luas
• Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan.Tiada sebarang kesalahan.
1. Penyampaian jelas
2. Pengolahan idea baik
3. Ayat menarik
4. Kosa kata sederhana
5. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1. Penyampaian ringkas dan mudah
2. Pengolahan idea dasar sahaja
3. Ayat dasar4. Kosa kata
terhad5. banyak
kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
1. Penyampaian terpesong
2. Pengolahan tiada kaitan
3. Ayat tidak difahami
4. Kosa kata tidak sesuai
5. Tidak menguasai kemahiran tanda baca, ejaan dan imbuhan
FORMAT : DIALOGPendahuluan : Kata Sapaan
Isi : Persiapan sebelum peperiksaan
-baca buku tambahan
-Perbincangan kumpulan
- jadual waktu belajar
- kelas tambahan
-Bertanya guru,rakan,keluarga
- kem motivasi
- berdoa dan bersembahyang hajat
Penutup : harapan
BAHAGIAN CJenis-jenis rangsangan:
a. bahan sastera- pantun atau sajak
b. bahan bukan sastera- rencana atau cerita
c. karangan berformat
Jenis-jenis soalan:1. Amalan-amalan baik - perbuatan yang baik dilakukan.2. Nilai-nilai murni. - 16 nilai murni.3. Pengajaran. - perkara baik dalam cerita yang patut dicontohi. - perkara yang tidak baik dalam cerita harus diteladani.4. Kebaikan / faedah.
Nilai-nilai murni:1. baik hati2. Berdikari3. Hemah tinggi4. Hormat5. Kasih sayang6. Keadilan7. Kebebasan di sisi undang-undang.8. Berani
9. Kebersihan fizikal dan mental10. Jujur11. Rajin12. Kerjasama13. Sederhana14. Kesyukuran15. Rasional16. Semangat bermasyarakat
Cara-cara menjawab:
1. Baca arahan soalan.2. Garisi kata kunci dalam soalan.3. Baca karangan rangsangan.4. Baca ayat demi ayat.5. Garisi kata kunci dalam karangan rangsangan.6. Senaraikan seberapa banyak amalan baik/nilai murni /pengajaran/ kebaikan.
7. Buat peta minda atau jadual.8. Bina ulasan dalam satu perenggan.9. Gunakan penanda wacana.10. Boleh menggunakan kata ganti diri saya, aku, atau kita.11. Boleh juga menggunakan nama watak itu semula.12. Semak ayat yang telah dibina.
Contoh Soalan Amalan Baik :Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jason mengemaskan bilik tidurnya. Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan ayahnya. Jason juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Jason dan kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Jason memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas. Sekiranya dia sampai awal di sekolah,dia membaca buku di kantin.
A B C D
CEMERLANG BAIK MEMUASKAN MINIMUM
CADANGANMARKAH : 16-20
11-15 5-10 0-4
• Ulasan jelas, tepat dan menarik
• Ayat gramatis
• Menepati bahan rangsangan
• Kosa kata yang meluas
• Tepat penggunaan tanda baca, ejaan dan imbuhan
• Ulasan jelas dan tepat
• Ayat jelas• Sesuai
dengan bahan rangsangan.
• Kosa kata sederhana
• Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
• Ulasan jelas.• Ayat mudah
dan ringkas• Sesuai
dengan bahan rangsangan
• Kosa kata terhad
• Banyak kesalahan tanda baca, ejaan dan imbuhan
• Ulasan terpesong
• Ayat tidak difahami
• Tidak sesuai dengan bahan rangsangan
• Kosa kata tidak sesuai
• Tidak menguasai tanda baca, ejaan dan imbuhan
Contoh Soalan Pengajaran:Semasa kakak pergi bekerja,adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain,tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri. Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai.Emak memarahi adik. Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.
PINTU KECEMERLANGAN SENTIASA TERBUKA
ASALKAN SAYA SANGGUP BERUSAHA DAN BEKERJA KUAT
SEPANJANG MASA
J A N GA N B ER I DA L I H
TA PI K A TA
B OL EH !