kertas kerja kem jati diri pengawas

8
SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB KERTAS KERJA ________________________________________________________________ PROGRAM KEM JATI DIRI PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS “PELAJAR PROAKTIF PEMANGKIN KEBITARAAN” _____________________________________________________________________ TARIKH : 22-24 FEBRUARI 2008 TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB ANJURAN BERSAMA: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, BADAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUBER SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB DENGAN PERLAKSANAAN : PIHAK DIAMOND OUTDOOR ADVENTURE CONSULTANT

Upload: ahmad-zaki

Post on 05-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kem

TRANSCRIPT

LAPORAN LAWATAN PAMERAN IPTA DI PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM

SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

PROGRAM KEM JATI DIRI PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS

PELAJAR PROAKTIF PEMANGKIN KEBITARAAN

_____________________________________________________________________

TARIKH :

22-24 FEBRUARI 2008

TEMPAT :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB

ANJURAN BERSAMA:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, BADAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUBER SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB

DENGAN PERLAKSANAAN :

PIHAK DIAMOND OUTDOOR ADVENTURE CONSULTANT1.0 BUTIRAN AM

Tajuk: Kem Jati Diri Pengawas dan pengawas pusat

sumber

Anjuran:Unit Bimbingan dan Kaunseling Dan Badan

Pengawas SMART dengan Kerjasama Pihak

Diamond Outdoor Adventure Consultant

Penasihat:En. Mohd Hashim Bin Ahmad (Pengetua)

:En. Mohd Radzi B. Ismail (PK Pentadbiran)

Pengerusi:Pn. Normah Bt. Kamaruddin (PK HEM)

Naib Pengerusi:En. Amin Zaki B. Mohammad Yusof (PKKO)

Setiausaha:En. Roshaimmi Bin Mohamad (Kaunselor)

:Cik Hamilia Sapilla Bt. Abdul Hamid (Kaunselor)

Penolong Setiusaha:En. Nor Hisyam Bin Hj. Mohd Nawi (KaunselorPelatih)

:En. Syaiful Amri Bin Jusof (Kaunselor Pelatih)

AJK: En. Ahmad Helmi B Sabuki (ketua guru pengawas)

Pn Umi Hanom Bt. Omar

(Penolong Guru Pengawas)

Tn Hj. Mohd Asri Bin Suratman

(Ketua guru Pengawas PSS)

Tempat: Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib

Tarikh: 22 hingga 24 FEBRUARI 2008

Jumlah Peserta: 100 orang peserta2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama badan pengawas dan Pusat sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib. Program ini melibatkan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib seramai 100 orang. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pengawas sekolah dan Pengawas PSS sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab seorang pengawas. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.

Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada Pengawas sekolah dan PSS untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi tahap profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama Sekolah3.0 TUJUAN

3.1Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman , serta kelulusan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib mengenai penganjuran Program Jati Diri Pengawas peringkat sekolah.

4.0 TEMA

Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan

5.0

OBJEKTIF PROGRAM

5.1Objektif program ini adalah untuk :

5.1.1Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.

5.1.2Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.

5.1.3Membina keyakinan dan kepercayaan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan pengawas ekolah dan PSS yang ada dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.

5.1.4Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap pengawas sekolah dan PSS apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0

FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

6.1Faedah dan kepentingan melalui program ini adalah :

6.1.1Melahirkan Pengawas yang mempunyai Ketahanan fizikal dan Mental

6.1.2Melahirkan pengawas yang sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah.

6.1.3Memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang terhadap bidang yang diceburi.

7.0

SASARAN

7.1Pengawas dan Pengwas PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul

Rahman Talib.

8.0

KANDUNGAN PROGRAM

8.1Demonstrasi Pengendalian Senam Robik

8.2Demonstrasi Flying fox

8.3Demonstrasi Wall Climbing

8.4Demonstrasi Pengendalian Abseilling

8.5Trecking

8.6 Orienteering9.0

ANGGARAN KEWANGAN

(Sila rujuk Lampiran A)

10.0ATURCARA PROGRAM

Mengikut Jadual Pihak Diamond Outdoor Adventure Consultant

11.0JAWATANKUASA PELAKSANA

(Sila rujuk Lampiran B)12.0PENUTUP

Amatlah diharap agar Program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas Sekolah dan Pengwas PSS. Menyedari pentingnya ketrampilan dan keunggulan Pengawas umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar Sekolah Menenah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu Pengawas dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada Pengawas Sekolah sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN BADAN PENGAWAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB

Kem Jati Diri PengawasDisediakan oleh:

.

(SYAIFUL AMRI BIN JUSOF)

( KAUNSELOR PELATIH )

.

(NOR HISYAM BIN HJ. MOHD NAWI)

( KAUNSELOR PELATIH )

TARIKH:

TARIKH:

Disemak oleh:

(EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD)

(KAUNSELOR SEKOLAH/ KAUNSELOR PEMBIMBING)

TARIKH:

Disahkan oleh:

( EN. MOHD. HASHIM BIN AHMAD)

( PENGETUA SMK ABDUL RAHMAN TALIB)

TARIKH:

LAMPIRAN A

9.0ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan

Jumlah

(RM)BilAnggaran PerbelanjaanJumlah

(RM)

Sumbangan UBK

Yuran Penyertaan

(RM 15 X 100 peserta)

Sumbangan PIBG 850.00

1 500.00

750.00

1.

2.

Diamond Outdoor Adventure Consultant

Luar Jangka

3 000.00

1 00.00

JUMLAHRM 3 100.00JUMLAHRM 3 100.00

LAMPIRAN B

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANAJAWATANKUASA INDUK

Penaung: En. Mohd Hashim Bin Ahmad (Pengetua)

:En. Mohd Radzi B. Ismail (PK Pentadbiran) Penasihat 1

: Pn. Normah Bt. Kamaruddin (PK HEM)

: En. Amin Zaki B. Mohammad Yusof (PK KO)

Penasihat 2: En. Roshaimmi Bin Mohamad (Kaunselor)

:Cik Hamilia Sapila Bt. Abdul Hamid (kaunselor)

AJK: En. Ahmad Helmi B Sabuki (ketua guru

pengawas)

Pn Umi Hanom Bt. Omar

(Penolong Guru Pengawas)

Tn Hj. Mohd Asri Bin Suratman

(Ketua guru Pengawas PSS)JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengarah Program : Syaiful Amri Bin Jusof

(Kaunselor Pelatih)

Timbalan Pengarah : Nor Hisyam Bin Hj. Mohd Nawi

(kaunselor pelatih)

Setiausaha

: Effarina Sueillianie Bt Masran

(Guru Pelatih)Naib setiausaha

: Mohd Fairuz B. Abdul Hamid

(Guru Pelatih)

Bendahari

: Mohd Fitri B. Che Mat

(Guru Pelatih)

Naib Bendahari

: Mohd Akmal B. Jaafar

(Guru Pelatih)