kertas kerja kejohanan olahraga ajk kebersihan

Upload: kanageswary-sai

Post on 07-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

gerko kertas kerja

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA AJK KEBERSIHAN DAN KECERIAANKEJOHANAN OLAHRAGAPERINGKAT IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2016

TARIKH:30 APRIL 2016

TEMPAT :PADANG,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

ISI KANDUNGAN

BILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0Butiran Program3

2.0Penganjur3

3.0Pengenalan3

4.0Matlamat3

5.0Objektif4

6.0Asas Pertimbangan4

7.0Pelaksanaan4

8.0Anggaran Perbelanjaan4

9.0Penutup5

1.0 BUTIRAN PROGRAM

1.1Nama Projek: Kejohanan Olahraga Tahun 2016 IPG Kampus Raja Melewar1.2Penganjur: Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar1.3Tarikh : 30/4/20161.4Tempat: Padang IPG Kampus Raja Melewar1.5Penyertaan: Semua guru pelatih PPISMP, PISMP, DPLI dan GSTT

2.0 PENGANJUR

Badan yang bertanggungjawab Kejohanan Olahraga peringkat IPG Kampus Raja Melewar 2016 ialah kumpulan Gerko Semester 5 Ambilan Januari 2014.

3.0 PENGENALAN

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912.

Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan. Selain itu, olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi pemenang. Olahraga juga terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain.

4.0 MATLAMATMatlamat AJK Kebersihan dan Keceriaan adalah memastikan kawasan pertandingan dan persekitarannya sentiasa bersih dan selesa untuk semua peserta.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memastikan kebersihan berada pada tahap memuaskan semasa pertandingan5.2 Memastikan aspek kebersihan diamalkan semasa bertanding5.3 Memastikan tong sampah tersedia semasa pertandingan

6.0 ASAS PERTIMBANGAN

Dalam melaksanakan tugas dan peranan sebagai AJK Kebersihan dan Keceriaan kami telah mengenal pasti beberapa asas pertimbangan sepanjang melaksanakan tanggungjawab kami. Antaranya , memastikan kebersihan semasa Kejohanan Tahunan ini berada pada tahap yang selesa dan sempurna. Di samping itu, kami juga harus memilih satu kaedah yang sesuai untuk melaksanakan agenda pembersihan ini.

7.0 PELAKSANAAN

Fasa awal perlaksanaan kami sebagai AJK Kebersihan dan Keceriaan adalah merancang kaedah yang digunakan untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga. Kami telah membuat perbincangan dalam kalangan ahli jawatankuasa mengenai tugasan yang akan kami lakukan. Kami telah bercadang untuk bertindak dalam kumpulan bagi membersihkan kawasan padang sebelum Kejohanan Olahraga diadakan. Contohnya, memungut sampah sarap di kawasan khemah rumah sukan masing-masing. Bagi keceriaan pula, kami bercadang untuk menghias padang dengan bendera-bendera kecil. Bagi keceriaan rumah sukan pula, setiap ahli rumah sukan akan bertanggungjawab untuk menghias khemah masing-masing. Fasa semasa dan selepas program ini pula, kami sentiasa memastikan bahawa setiap tugasan yang diberikan akan dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan komited.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

Beg Plastik (10 Pek Sebungkus)1RM4.30RM 4.30

RM 4.30

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, penglibatan semua peserta atau lebih tepat lagi guru pelatih dalam Kejohanan Olahraga seumpama ini dapat membentuk keperibadian peserta baik dari segi fizikal mahupun mental. Selain daripada itu, melalui aktiviti seperti ini kita dapat membentuk satu perhubungan yang erat kerana terdapatnya kesepaduan antara kaum dalam kalangan peserta yang terlibat. Jika kita melihat dengan lebih mendalam lagi, melalui program ini juga, penglibatan peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam merancang dan menguruskan sesuatu program, mengambil keputusan yang rasional dan melaksanakan sesuatu perkara. Oleh hal yang demikian, program seperti inilah yang membuka jalan bagi peserta yang terlibat menimba ilmu dan pengalaman yang dapat membantu mereka pada masa hadapan.

Manakala, jika melihat kepada perlaksanan aktiviti sebagai Ajk Kebersihan dan Keceriaan, segala perkara dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna kerana kerjasama yang penuh daripada ahli ajk lain. Di samping itu, komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat juga telah meringankan dan melancarkan segala perlaksanaan aspek-aspek kebersihan dan keceriaan.

Kesimpulannya, melalui Kejohanan Olahraga mampu untuk membentuk keperibadian yang sempurna bukan sahaja dari segi akal fikiran bahkan juga fizikal yang sihat. Selain itu, melalui program ini juga, setiap yang terlibat dapat membentuk sebuah kumpulan yang mampu berkerja bersama sama.

Disediakan oleh,

(Kanageswary Chandran)Pengerusi Ajk Kebersihan dan Keceriaan

Diluluskan oleh,

(Encik Tamilchelvan A/L Periasamy)Pensyarah Penasihat Gerko OlahragaInstitut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar4