kertas kerja keceriaan tandas2013

4
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN TANDAS PELAWAT, TANDAS GURU DAN TANDAS MURID SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR TAHUN 2013 Pengenalan Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa 3K, SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai bagi tahun 2013. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua guru di sekolah ini. Setiap guru akan menyumbang RM10 kepada sekolah bagi tujuan menceriakan persekitaran sekolah. Sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha menambahbaik kemudahan tandas dan menyediakan tandas yang ceria dan selamat untuk digunakan. Melalui aktiviti ini, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk disamping dapat menceriakan lagi semua tandas yang terdapat di SMKDPT. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah betapa pentingnya amalan penjagaan kebersihan tandas yang baik. Isu kebersihan dan keceriaan tandas ini kelihatan seperti perkara biasa tetapi amat perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kesihatan, kebersihan persekitaran serta imej sekolah. Tandas yang bersih dan ceria membawa imej yang baik kepada warga sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia menyambut Hari Tandas Sedunia setiap tahun bermula pada tahun 2001. Tahun UNIT KEBERSIHAN SMKDPT

Upload: achikgai

Post on 22-Dec-2015

2.742 views

Category:

Documents


310 download

DESCRIPTION

keceriaan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Keceriaan Tandas2013

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN TANDAS PELAWAT, TANDAS GURU DAN TANDAS MURID

SMK DATO’ PENGGAWA TIMURTAHUN 2013

Pengenalan

Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa 3K, SMK Dato’ Penggawa

Timur, Masai bagi tahun 2013. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan

pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua guru di sekolah

ini. Setiap guru akan menyumbang RM10 kepada sekolah bagi tujuan

menceriakan persekitaran sekolah. Sumbangan ini akan digunakan sebaik

mungkin dalam usaha menambahbaik kemudahan tandas dan menyediakan

tandas yang ceria dan selamat untuk digunakan.

Melalui aktiviti ini, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk

disamping dapat menceriakan lagi semua tandas yang terdapat di SMKDPT.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah betapa

pentingnya amalan penjagaan kebersihan tandas yang baik. Isu kebersihan dan

keceriaan tandas ini kelihatan seperti perkara biasa tetapi amat perlu diberi

perhatian kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kesihatan,

kebersihan persekitaran serta imej sekolah. Tandas yang bersih dan ceria

membawa imej yang baik kepada warga sekolah.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia menyambut Hari Tandas

Sedunia setiap tahun bermula pada tahun 2001. Tahun lepas, Hari Tandas

Sedunia disambut dengan tema Tandas Bersih, Kesejahteraan 1Malaysia.

Menyambut usaha baik kerajaan dalam mencapai sasaran sifar tandas kotor di

Malaysia menjelang tahun 2020, Unit Kebersihan (3K) SMKDPT berbesar hati

menganjurkan program menceriakan tandas sekolah ini. Sasaran ini adalah

bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang cantik, menarik dan bersih dalam segala aspek. Jawatankuasa Kebersihan

(3K) berharap agar usaha ini memberi kebaikan kepada seluruh warga SMKDPT

khususnya dan masyarakat sekitar amya.

UNIT KEBERSIHAN SMKDPT

Page 2: Kertas Kerja Keceriaan Tandas2013

1. NAMA PROGRAM :

1 Guru 1 Poster Kebersihan.

2. ANJURAN:

Unit Kebersihan SMKDPT.

3. MATLAMAT PROGRAM:

Membersihkan kawasan sekolah agar berada dalam persekitaran yang

bersih dan ceria.

4. OBJEKTIF PROGRAM:

4.1.Menceriakan semua tandas di SMKDPT terutamanya tandas

pelawat dan tandas guru.

4.2.Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.

4.3.Mewujudkan suasana ceria dan cantik terutamanya keceriaan

tandas kepada warga SMKDPT dan juga para tetamu yang

datang ke sekolah.

5. SASARAN:

Guru-guru SMK Dato’ Penggawa Timur.

6. TARIKH:

7 – 31 Mac 2013.

7. SUMBER TENAGA:

Guru-guru dan murid-murid SMKDPT.

8. KOS:

RM 1000.00

UNIT KEBERSIHAN SMKDPT

Page 3: Kertas Kerja Keceriaan Tandas2013

9. PENILAIAN PROGRAM:

9.1.Setiap guru dapat menyumbangkan sekurang-kurangnya RM 10.00

kepada pihak sekolah bagi keperluan menghias tandas.

9.2.Kawasan sekolah terutamanya tandas menjadi lebih ceria dan lebih

selesa digunakan.

10.PENUTUP:

Adalah menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa Kebersihan dan juga

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid agar Projek Keceriaan Tandas Sekolah ini dapat

dilaksanakan dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini

dapat memberi manfaat dan impak yang besar kepada seluruh warga sekolah.

Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi ke arah mencapai tandas bertaraf lima

bintang.

UNIT KEBERSIHAN SMKDPT

Disediakan oleh;

____________________________ (RUGAYAH BINTI PAIDIN)

Guru Penyelaras Kebersihan,

SMK Dato’ Penggawa Timur.

Disahkan oleh;

____________________________

Disemak oleh;

____________________________