kertas kerja keceriaan

7
Kertas Kerja Penyelenggaraan Kecil dan Pembinaan Tapak PDP Anjuran: Program Pendidikan Khas Integrasi SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI WAN JAAFAR 34510 BATU KURAU, PERAK

Upload: aleen-samhimin

Post on 27-Jan-2016

208 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

KECERIAAN

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja keceriaan

Kertas KerjaPenyelenggaraan Kecil dan

Pembinaan Tapak PDP

Anjuran:Program Pendidikan Khas IntegrasiSEKOLAH KEBANGSAAN HAJI WAN

JAAFAR34510 BATU KURAU, PERAK

Page 2: kertas kerja keceriaan

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Tampin yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Jelai 3 (F) akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid,

ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan

sekolah.

Page 3: kertas kerja keceriaan

2.4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang

telah disediakan.

2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 7, 8, 10 dan 11 Oktober 2013

Tempat : Kawasan sekitar Pendidikan Khas SK Haji Wan Jaafar

Masa : 10.00pagi-12.00 tengahari

Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

Tarikh / Hari Cadangan Aktiviti Tindakan

Isnin ( 7 Oktober 2013) Mengecat pasu bunga Pn Norazlin bt Samhimin

Selasa (8 Oktober 2013) Penanaman bunga untuk

diletakkan di sekeliling

kelas Pendidikan Khas

Pn Jamilah bt Che Nawi

Rabu (10 Oktober 2013) Penanaman biji benih

tanaman seperti terung,cili,

bendi, kucai, dan tomato

En. Dhevendren a/l Ayaoo

Khamis (11 Oktober 2013) Pembinaan Taman Terapi

Refleksologi

En. Dhevendren a/l Ayaoo

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

a) LPBT = RM 600.00

Page 4: kertas kerja keceriaan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah(RM)

1. Tin Cat (1 liter) 2 unit x RM17.00 34.00

3. Berus Cat 10 unit x RM5.00 50.00

4. Penggarit 3 unit x RM6.00 18.00

5. Plastik Beg Sampah 5 unit x RM2.00 10.00

6.Berus Sabut

5 unit x RM2.50 12.50

7. Sabun Pencuci 3 unit x RM10.00 30.00

8. Berus Longkang 2 unit x RM6.00 12.00

9. Pencedok longkang 2 unit x RM8.00 16.00

10. Pokok bunga 12 pasu x RM 8.00 96.00

11. Tanah hitam 12 beg x RM 4.00 48.00

Page 5: kertas kerja keceriaan

12. Batu putih (hiasan) 2 beg x RM 15.00 30.00

13. Batu refleksiologi 10 x RM 12.00 120.00

14. Cakar Besi 1 x RM 15.00 15.00

15. Canesen 2 X RM 9.00 18.00

10 Runcit 90.50

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM600.00

Page 6: kertas kerja keceriaan

8.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : Pn. Fazillah bt Din (Guru Besar)Pengerusi : En. Hairul Rajuddin bin Masod (GPK HEM)Penyelaras : En. Dhevendren a/l AyaooBendahari : Pn. Norazlin bt SamhiminMakanan : Pn Nor Hidayah bt Abd Manas Peralatan : Pn. Jamilah bt Che Nawi

Disiplin dan : Pn. Suzana bt Zainal AbidinKeselamatan

Disediakan oleh

………………………………..……….(NORAZLIN SAMHIMIN)Setiausaha ProgramProgram Pendidikan Khas IntegrasiSK Haji Wan Jaafar34510 Batu Kurau, Perak.

Disemak dan disahkan oleh

………………………………..………………..(PN. FAZILLAH BT DIN)Guru BesarSK Haji Wan Jaafar34510 Batu Kurau, Perak.