kertas kerja karnival mini pendidikan dan keusahawanan

12
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015 1. PENDAHULUAN Program Karnival Pendidikan dan Keusahawanan merupakan salah satu program yang melibatkan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan seksyen 1 Bandar Kinrara. Ianya adalah anjuran Kelab Bahasa Melayu bersama 4 Panitia mata pelajaran teras dan semua kelab dan persatuan serta Kelab Bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Seksyen 1 Bandar Kinrara yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Ini adalah salah satu usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping aktiviti keusahawanan dan sosial yang berkaitan. Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap melalui aktiviti ilmuan dan uji minda kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Program ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan maklumat kepada murid melalui pelbagai strategi dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi tahun 2015 ini , tema program ini ialah “ Kemenjadian Murid secara Kreatif dan Gembira”. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dimantapkan lagi selaras dengan Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Pembangunan Individu dalam Memenuhi Aspirasi Negara”. 2. TEMA KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRA” 3. OBJEKTIF 3.1 Menggalakkan murid, guru melibatkan diri secara kreatif dalam Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 1

Upload: farah

Post on 30-Sep-2015

1.369 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Karnival Pendidikan & Keusahawanan2015

1.PENDAHULUAN

Program Karnival Pendidikan dan Keusahawanan merupakan salah satu program yang melibatkan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan seksyen 1 Bandar Kinrara. Ianya adalah anjuran Kelab Bahasa Melayu bersama 4 Panitia mata pelajaran teras dan semua kelab dan persatuan serta Kelab Bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Seksyen 1 Bandar Kinrara yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Ini adalah salah satu usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping aktiviti keusahawanan dan sosial yang berkaitan.Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap melalui aktiviti ilmuan dan uji minda kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Program ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan maklumat kepada murid melalui pelbagai strategi dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.Bagi tahun 2015 ini , tema program ini ialah Kemenjadian Murid secara Kreatif dan Gembira. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dimantapkan lagi selaras dengan Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Pembangunan Individu dalam Memenuhi Aspirasi Negara.

2.TEMA

KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRA

3.OBJEKTIF

3.1Menggalakkan murid, guru melibatkan diri secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di luar kelas

3.2Mengembangkan bakat dan potensi murid secara aktif dalam aktiviti kelab/persatuan

3.3Menyampaikan pelbagai ilmu bagi mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) dalam bentuk pameran dan aktiviti interaktif

4.KUMPULAN SASARAN

4.1Murid sekolah rendah 4.2Guru 4.3 Ibu bapa

5.IMPAK

5.1 Melahirkan warga pendidik dan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam bahasa Melayu dan tiga subjek teras yang lain5.2 Melahirkan warga pendidik dan pelajar yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pembangunan Individu dalam Memenuhi Aspirasi Negara.

5.3 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang mata pelajaran teras

6.TARIKH PELAKSANAAN

27 Macl 2015 |Jumaat

7.TEMPAT

Tempat Aktiviti/Pertandingan/ Pameran :

Dewan SKS1 Bandar Kinrara Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

8. ANJURAN DAN KELOLAAN

Karnival Pendidikan dan Keusahawanan ini adalah anjuran Kelab Bahasa Melayu bersama 4 Panitia mata pelajaran teras dan penglibatan semua kelab dan persatuan serta Kelab Bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Seksyen 1 Bandar Kinrara dengan kerjasama daripada :8.1Pembekal Buku8.2 Pembekal ABM

9.AKTIVITI ILMUAN/ACARA YANG DIJALANKAN

9.1Pameran9.3Pertandingan Teka Kata9.4 Aktiviti Keusahawanan

10. LOKASI AKTIVITI KEUSAHAWANAN

Tertakluk kepada pindaan

11. TENTATIF PROGRAM27 Mac 2015 |Jumaat

MasaAktivitiTempat

8:00 pgPerasmian/taklimat Program Pn. Hajah Zalijah bt Mohd NorGuru BesarSKS1 Bandar Kinrara- Ucapan Perasmian

- Dataran Perdana SKS1 Bandar Kinrara

Sesi 18:30 pg-11.30 pg

Sesi 22.30 ptg-4.30 ptg

Pameran dan aktiviti interaktif:

i. Panitia Bahasa Melayuii. Panitia Bahasa Inggerisiii. Panitia Sainsiv. Panitia Matematik

- Dewan SKS1 Bandar Kinrara/- Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

Rehat11.30pagi - 2.30 petang

-

Sesi 18:30 pg-11.30 pg

Sesi 22.30 ptg-4.30 ptg

Aktiviti Keusahawanan:

- Semua Kelab/ Persatuan- pembekal buku dan ABM

- Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

4.30 ptgBersurai

12. PENYERTAAN

12.1 Semua murid dan guru SKS1 Bandar Kinrara dan pembekal buku/ABM

13. HAKIM :

13.1Pelantikan semua hakim akan diselaraskan oleh pihak jawatankuasa pengelola. Setiap Jawatankuasa kelab yang terlibat akan mencalonkan hakim bagi kategori pertandingan mengikut ketetapan pihak pengelola.

13.2Hakim akan terdiri daripada, wakil-wakil pihak yang bekerjasam dan guru-guru berpengalaman.

14. PEMASANGAN KAIN RENTANG / AKSARA LATAR KARNIVAL :

14.1Urusetia mencadangkan kain rentang :

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2015ANJURAN : KELAB BAHASA MELAYU DAN PANITIA BAHASA MELAYUPENGELOLA: SKS1 BANDAR KINRARATEMA: KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRATARIKH: 27 MAC 2015MASA: 8.00 pagi 4.30 petangiTEMPAT: Dewan dan Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

Tema warna : Biru Tua, Merah, Putih dan kuning( warna logo sekolah)Konsep : Ceria dan gembira

15. MAKLUMAT TAMBAHAN :

15.1Semua peserta perlu mematuhi masa pendaftaran dan menjaga segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pengelola.15.2Segala peralatan / kemudahan yang disediakan oleh pengelola perlu dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan perlu dimaklum dan kos pembaikannya ditanggung oleh pihak terlibat jika ia sengaja dilakukan.

16. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT:PN. HAJAH ZALIJAH BT MOHD NORGURU BESAR SKS1 BANDAR KINRARA

PENGERUSI:EN. KHAIRI ANUAR B MOHAMAD YUSOFPK KURIKULUM

TIMBALAN PENGERUSI I:PN SABARIAH BT ALIASPK KOKURIKULUM

TIMBALAN PENGERUSI II:PN MUNALIZA BT NAWAWIPK HEM

TIMBALAN PENGERUSI III:PN NORAFIZA IDAYU BT ZABIDIPK PETANG

SETIAUSAHA

:PN NORMAH ISMAILKETUA PANITIA BAHASA MELAYU

JAWATANKUASA PENGELOLA PENGERUSI:PN ZALEHA HUSSAINPENYELARAS KELAB BAHASA MELAYU

NAIB PENGERUSI I:PN. NORMAH ISMAILKP PANITIA BAHASA MELAYU

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS : (Penolong Kanan Kokurikulum)

PENDAFTARAN:AJK Kelab Bahasa MelayuBidang Tugas Meyelaras pendaftaran peserta karnival . Menyediakan buku pendaftaran dan sistem bersesuaian untuk kelancaran aktiviti. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

SUMBANGAN /TAJAAN DAN PAMERAN:Ketua Panitia & S/U Panitia (BM,BI,SN dan MT),B&K, KPA dan Pusat Sumber SKS1BKBidang Tugas Mendapatkan sumbangan atau tajaan bagi program ini. Menjemput peserta berkaitan untuk mengadakan pameran

TEKNIKAL PERTANDINGAN DAN PENGHAKIMAN:AJK Kelab/Persatuan 2Bidang Tugas Menyediaan borang-borang penyertaan, borang pemarkahan hakim dan rumusan markah pertandingan. Menyelaraskan pertandingan-pertandingan yang diadakan. Mendapatkan hakim-hakim bagi pertandingan

PERSIAPAN TEMPAT, DEWAN DAN PENTAS :AJK Kelab/Persatuan 3 ,Bimbingan dan KaunselingBidang Tugas Kelengkapan pentas/perhiasan pentas. Memastikan PA System berfungsi dengan baik. Memastikan ada back-up PA System. Bajet/kos jika perlu. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

BUKU PROGRAM:

AJK Kelab/Persatuan 4Bidang Tugas Mendapatkan maklumat/kandungan. Menyemak dengan teliti draf Buku Program untuk mengelakkan kesilapan. Menyerahkan Buku Program kepada JK Sambutan yang telah siap sebelum majlis berlangsung. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

JEMPUTAN :S/U Kelab Bahasa MelayuBidang Tugas Menyediakan contoh kad jemputan. Membuat/mencetak kad jemputan. Menyediakan senarai jemputan. Mengedarkan kad jemputan 1 minggu sebelum majlis berlansung. Bajet/kos. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

BACKDROP, PUBLISITI DAN SERANTA:AJK Kelab/Persatuan 5 Bidang Tugas Membuat hebahan mengenai program. Menghubungi pihak akhbar yang pellbagai untuk publisiti mengenai aktiviti sambutan. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

CENDERAMATA, HADIAH& SIJIL:AJK Kelab/Persatuan 7 dan 8Bidang Tugas Mendapatkan nama penerima hadiah dan menyediakan sijil-sijil. Menyusun hadiah/cenderamata/ sijil di meja yang disediakan. Mengatur pergerakan penerima hadiah/ cenderamata. Membuat penyelarasan dengan J/K Juruacara. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PENGACARA MAJLIS DAN PEMBACA DOA:AJK Panitia Bahasa MelayuBidang Tugas Mengenalpasti petugas untuk pengacaraan majlis. Menyediakan pembaca doa. Menyediakan skrip pengacara. Menetapkan pakaian pengacara. Berhubung terus dengan JK Hadiah & Cenderamata untuk senarai nama penerima hadiah/ cenderamata dan penyelarasan tugas supaya majlis lancar. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

JAMUAN PESERTA

:AJK Kelab/Persatuan 6Bidang Tugas Mengurus dan memastikan tempat jamuan khemah/ kerusi/ meja tersedia. Menguruskan persediaan tempat/ peralatan dan sebagainya yang berkaitan di meja makan tetamu kehormat. Menetapkan menu jamuan tetamu kehormat. Berhubung terus dengan pembekal makanan. Mempastikan jumlah jemputan. Merancang menu yang bersesuaian. Mengenalpasti petugas/ pelayan. Menentukan tempat jamuan Bajet/ kos. Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

KAWALAN DAN KESELAMATAN MURID & KAWALAN LALULINTAS

:AJK Kelab/Persatuan 9 dan 11Bidang Tugas Memastikan murid dalam keadaan terkawal sepanjang majlis berlangsung. Menyediakan petugas/ pengawas secukupnya Mengenal pasti tempat letak kereta tetamu kehormat.

RAKAMAN , PENGGAMBARAN DAN DOKUMENTASI AKHIR

:

AJK Kelab/Persatuan 10Bidang Tugas Sesi penggambaran aktiviti/ semasa majlis sambutan. Menyediakan peralatan/ petugas secukupnya. Penggambaran penerima hadiah/ cenderamata. Menyediakan laporan akhir karnival. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PA SISTEM:JK Panitia Bahasa MelayuBidang Tugas Memastikan PA Sistem disetiap venue dapat berfungsi dengan baik. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

KARNIVAL :JK Kelab Bahasa MelayuBidang Tugas Menyelaras Karnival termasuk gerai & pameran. Mendapatkan gerai dan pemeran yang bersesuaian. Mengurus penyewa dan lain-lain keperluan Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

GIMIK PERASMIAN:JK Panitia Bahasa MelayuBidang Tugas Menyediakan gimik perasmian dari segi bahan, media mahupun sumber manusia yang terlibat. Bekerjasama dengan JK Rakaman dan Dokumentasi Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PERTANDINGAN:JK Panitia Bahasa MelayuBidang Tugas Mengumpul maklumat berkaitan keputusan pertandingan dan menyediakan jadual berkaitan. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

TUGAS-TUGAS KHAS:AJK Kelab/Persatuan 12 dan 13Bidang Tugas Menyediakan tag AJK Pengelola & Pelaksana Membantu JK Pameran dan Gerai dari segi keperluan berkaitan. Memastikan keperluan teknikal setiap JK disediakan. Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

17.ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAKOSJUMLAH(RM)SUMBER PERUNTUKAN

1.Makan/minum murid(AJK)35 org x RM5.00RM175.00- Unit Koko sekolah

3.Hadiah/ Cenderahati 50 orang (sijil)RM30.00- Unit Koko sekolah

8 org (c/hati) RM40.00- Unit Koko sekolah

4.

Percetakan* Bahan aktivitiRM24.00RM24.00 - Unit Koko sekolah

BackdropRM20.00RM20.00- Hasil Jualan Panitia

BannerRM50.00RM50.00

Buku ProgramRM0.20 x 30 RM6.00

JUMLAH KESELURUHANRM345.00

18. KESIMPULANKarnival Pendidikan dan Keusahawanan ini adalah satu aktiviti yang memberi galakkan dan dorongan kepada murid-murid supaya lebih berminat untuk menguasai mata pelajaran teras dan terlibat dalam aktiviti kelab/persatuan. Mereka mampu menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman berdasarkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dirancangkan. Aktiviti yang dirancang mampu menerokai kemahiran pembelajaran di samping menyerlahkan lagi bakat kreatif dan potensi masing-masing.Semoga usaha ini dapat menyedarkan semua pihak terutama guru mata pelajaran teras tentang pentingnya program ini dilaksanakan.

Disediakan oleh :

______________________(PN. NORMAH BT ISMAIL)Ketua Panitia Bahasa MalaysiaSk. Seksyen 1, Bandar Kinrara(Setiausaha Program)

Disahkan oleh :

_______________________________(PN. HAJAH ZALIJAH BT MOHD NOR)Guru BesarSk. Seksyen 1, Bandar Kinrara

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa MelayuSK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 10