kertas-kerja-individu

Upload: nicole-lau-bik-siew

Post on 07-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Internship

TRANSCRIPT

SJK (C) THIAN CHIN96000 Sibu, Sarawak

KERTAS KERJA GENERAL KNOWLEDGE QUIZ BAHASA CINA ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN THIAN CHIN

PROJEK INTERNSHIPPISMP SEMESTER 8 / 2012 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

TARIKH:13 OKTOBER 2015

OLEH:PENNY LOI SZE SZE

DENGAN KERJASAMA:MURID TAHUN 3K

1.0 PENGENALANSekolah merupakan pusat pendidikan formal bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membuat persediaan menghadapi sebarang cabaran pada masa kelak. Demi tujuan-tujuan demikian, sekolah seharusnya mempunyai iklim yang kondusif untuk membantu perkembangan murid yang seimbang dari segi ilmu dan jiwa, di mana sekolah yang murid berada selamat, ceria dan sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam sekolah aliran Cina, mata pelajaran Bahasa Cina merupakan salah satu subjek utama. Penguasaan Bahasa Cina yang tulen penting dalam pertuturan dan penulisan. Hari ini, murid-murid didapati kurang minat terhadap Bahasa Cina dan mengabaikan kepentingannya disebabkan oleh kesusahan dalam menguasai mata pelajaran ini. Oleh itu, guru boleh mengadakan general knowledge quiz Bahasa Cina untuk memahami kemahiran mereka dalam penggunaan Bahasa Cina.

2.0 RASIONALQuiz ini sebagai aktiviti pengukuhan pengetahuan murid dalam bidang Bahasa Cina.

3.0 OBJEKTIF Quiz ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :3.1 Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.3.2 Menunjukkan penghargaan terhadap budaya and warisan Cina3.3 Memahami kebolehan dan kelemahan diri

4.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 13 Oktober 2015 Masa : 8:15pagi 9:15pagi

5.0 TEMPAT Kelas 3K

6.0 SASARAN / PESERTA Murid Tahun 3K

7.0 PELAKSANAAN PROJEKTarikhAktiviti

28/09/15 -12/10/15 Berbincang dengan guru-guru berkenaan. Menyediakan soalan-soalan yang sesuai untuk murid-murid.

13/10/15 Quiz dijalankan.

15/10/15 Penyampaian hadiah.

8.0 JAWATANKUASA PENGERUSI:EN. KHO KIAT HEE (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI:PN. LING LUNG MEE (GPK 1)

:CIK CHIEW SIEW YING (GPK HEM)

:PN. SU SIONG KING (GPK KOKO)

GURU PENASIHAT:PN. TENG LI YIEN

PENYELARAS:CIK PENNY LOI SZE SZE

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan adalah seperti yang berikut:BILPERKARAKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1Kertas 1 rim10.0010.00

2Hadiah310.0030.00

JUMLAH KESELURUHAN 40.00

10.0 PENUTUPDiharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga quiz ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar di samping memupuk semangat belajar. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

........................................(PENNY LOI SZE SZE)Guru Pelatih,IPG Kampus Tuanku BainunDisemak oleh,

..........................................(PN. TENG LI YIEN)Guru Penasihat,SJK (C) Thian Chin

Diluluskan oleh,

..........................................(EN. KHO KIAT HEE)Guru Besar,SJK (C) Thian Chin