kertas kerja - ifolio - authentication - universiti ... · web viewkertas kerja english...

18
KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22 MAC 2014 (SABTU) TEMPAT DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

Upload: dangquynh

Post on 10-Mar-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

KERTAS KERJAENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MASUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

TARIKH

22 MAC 2014 (SABTU)

TEMPAT

DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI,MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN”

Page 2: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

KERTAS KERJAENGLISH SPEAKING ZONE

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dalam menjayakan Program English Speaking Zone (ESZ) untuk mahasiswa/i kolej-kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia yang diterajui oleh Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi, Kolej Keris Mas.

2.0 PENGENALAN

Program English Speaking Zone ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di bawah Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Program ini menjadi pelantar bagi para pelajar dan warga kolej bagi memahami kepentingan serta mengaplikasikan kemahiran berbahasa Inggeris yang sedia ada di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa Inggeris pada masa kini.

Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut. Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, mahasiswa/i dapat mencungkil kemahiran Berbahasa Inggeris mereka melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan. Ilmu yang diperolehi akan menjadi bonus untuk mereka gunakan semasa bekerja nanti.

Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang mendaftar di setiap kolej-kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bertemakan “EXPLORING ENGLISH,ENJOY THE FUN” yang selaras dengan matlamat program ini untuk memberi pengisian yang akan menbantu mereka memahami kepentingan Bahasa Inggeris dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana dan peserta, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan program ini mampu:

3.1 Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

3.2 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris

3.3 Memperkukuhkan pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar yang sedia ada

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 2

Page 3: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

3.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan Bahasa Inggeris yang sedia ada

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini iaitu:

4.1 Membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dalam semua aspek di samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang efektif.

4.2 Melahirkan pelajar yang berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi dalam apa jua keadaan melibatkan fizikal, mental, emosi dan rohani.

4.3 Menaikkan semangat seluruh warga universiti khususnya pelajar dalam meningkatkan kualiti pengurusan, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersialan seiring ke arah universiti terkemuka dunia.

4.5 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Keris Mas ke peringkat yang lebih tinggi.

5.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/ learning contract (LC) seperti berikut : 

5.1       Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

 5.2       Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat

mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

 5.3       Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

(HPP3) : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

 5.4       Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) :Rakyat

Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 3

Page 4: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

5.5       Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5) : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

 5.6       Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya

kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

 5.7       Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan

sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

 5.8       Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat

Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Kesemua objektif ini akan digarap sebaik mungkin seiring dengan usaha yang berterusan dari pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia melahirkan para pelajar yang memenuhi keperluan negara serta membawa kesejahteraan rakyat Malaysia.

6.0 TEMA

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN”

Tema ini dipilih kerana ia amat bertepatan dengan misi dan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak kami di samping menetapkan harapan dan objektif yang jitu kepada para peserta supaya mempunyai semangat bersaing yang tinggi sebagai persediaan di masa depan di peringkat nasional dan juga global.

7.0 ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)Kolej Keris MasUniversiti Kebangsaan MalaysiaSesi 2013/2014

8.0 TARIKH

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 4

Page 5: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 22 Mac 2014Hari : Sabtu

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan di Dewan Besar Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia

10.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi Penutup:

i) Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. KarimTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

ii) Dr. Ruslin Bin AmirPengetua Kolej Keris Mas

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Guess it Right

Tayangan ini bermula pada pukul 10.30 pagi. Peserta akan diminta untuk menjawab kuiz Bahasa Inggeris yang dibuka selepas tayangan movie berakhir. Mereka yang berjaya menjawab dengan betul, akan diberi hadiah.

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 5

Page 6: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

13.2 Spell It Right

Spell It Right merupakan pertandingan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Pertandingan ini akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Hadiah bagi pemenang pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ).

13.3 Scrabble

Scrabble merupakan pertandingan membina perkataan dalam Bahasa Inggeris. Peserta yang mengutip mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini akan berlangsung pada pukul 12.30 petang hingga 1.30 tengahari. Hadiah bagi pemenang pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ).

13.4 Dream-Wheel@Roda Impian

Pertandingan Dream Wheel ini menggunakan konsep Roda Impian. Peserta akan menjawab soalan berdasarkan kategori-kategori yang disediakan. Peserta yang menang akan diberikan hadiah.

13.5 Tongue-Twisted

Tongue-Twisted merupakan pertandingan menyampaikan ayat bergilir-gilir kepada orang lain dalam bahasa Inggeris. Peserta yang berjaya mendengar dengan baik dan menulis perkataan yang diberi dengan betul akan diberi hadiah.

13.6 Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ)

Majlis ini akan berlangsung pada pukul 5 petang.Pengumuman dan pemberian hadiah kepada pemenang bagi semua pertandingan akan diberikan pada majlis ini.

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran D

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 6

Page 7: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

16.0 RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Pejabat Pengurusan Kolej,Aras 3, Pusat Kemudahan Kolej,Kolej Keris Mas,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi,Selangor Darul Ehsan.(u/p : Saidatul Eliya bt Rasman – 012-7564963

: Raja Nor Ezzurien bt Raja Ishak- 017-2594589)

Tel : 03-8921 4011Faks : 03-8921 4009E-mel : [email protected]

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 7

Page 8: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program English Speaking Zone ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM dan mendapat pertimbangan yang sewajar nya serta diluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran projek sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak, tidak kira kepada pihak penganjur mahupun mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh,

SAIDATUL ELIYA BT RASMANKetua PengarahEnglish Speaking Zone,Ketua Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi 1Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)Kolej Keris MasSesi 2013/2014Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong oleh

NUR NARIMAH BT JAMALIFelo PenasihatEksekutif Pembangunan Akademik dan InovasiSesi 2013/2014Kolej Keris MasUniversiti Kebangsaan Malaysia

Disemak Oleh,

MOHD FARID BIN IBARAHIM @IBRAHIMKetua Eksekutif Pelajar,Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),Kolej Keris Mas,Sesi 2013/2014Univerisiti Kebangsaan Malaysia,

Disahkan oleh,

DR.RUSLIN BIN AMIRPengetuaKolej Keris MasUniversiti Kebangsaan MalaysiaNo. Tel (P) : 0389214009;(H/P) : 019 2686865

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 8

Page 9: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 MAC 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASIENGLISH SPEAKING ZONE

SESI 2013/2014

PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PenyelarasTuan Hj. Musa Zainal Abidin bin Othman

Timbalan Pendaftar JPPel

Penasihat UtamaDr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

Penasihat Tuan Haji Ishak Abdul RahmanTimbalan Pengetua Kolej Keris Mas

En.Haji Mat Yusof bin AchinPengurus Kolej Keris Mas

En. Mahadi bin LongPenolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM

Siti Narimah bt JamaliFelo Penasihat Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi

Ketua Pengarah Saidatul Eliya bt RasmanFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2

A140587 012-7564963

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 9

Page 10: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

Timbalan Ketua PengarahMaisarah bt Shahrain

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2A139732

012-9247481

SetiausahaNur Aidasyakirah bt Mohd Tahir

Fakulti Sains dan Teknologi/1A145843

012-2980655

BendahariSiti Zakiah bt Lazat

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1A143152

013-4199464

Ketua Eksekutif Program : Raja Nor Ezzurien bt Raja IshakFPI/1 A144763

Timbalan Eksekutif Program : Fadhilah bt Mat RodziFEP/1 A143116

Eksekutif Jamuan : Siti Nor Fatihah bt SalbinihFST/1 A146122

Eksekutif Publisiti & Multimedia dan Gimik : Nor Hisyam bin Mansor

FTSM/1 A146871

Eksekutif Teknikal & Logistik : Rahwani Zayani bt PuslanFEP/1 A143312

Timbalan Eksekutif Teknikal : Muzdalifah bt Abdul ManafA143333

Eksekutif Tugas-tugas Khas : Nurulain Fatin bt Muhammad Radzi FST/1 A146086

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 10

Page 11: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

Eksekutif Perolehan dan Penajaan : Nur Adlin Munirah bt MisrolFST/1 A146071

Eksekutif Sijil &Cenderamata : Tengku Shamira Adila bt Tengku RosdiFKAB/1 A144249

AJK Pelaksana : Che Suhaida bt Che Rahim FST/1 A146050

Norhazirah bt HarifFST/1 A146090

Noor Fatimah Jaini bt Salihatun FKAB/1 A143920

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 11

Page 12: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAMENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

SABTU, 22 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

9.00 pagiPendaftaran peserta (Dewan

besar KKM)

Dewan Besar Kolej Keris Mas, UKM

9.30 pagi

Pertandingan Spell it Right bermula

Venue : Kafe KKM

10.30 pagi

Tayangan movie pendek Bahasa Inggeris Guess it

RightVenue : Bilik Seminar 1

12.30 tengahari Pertandingan Dream-Wheel bermula

Venue : Dewan KKM

1.30- 2 petang Rehat/Solat/Makan tengahari

2 petang Pertandingan KaraokeVenue : Kafe KKM

3 petang Pertandingan Tongue-Twisted bermula

Venue : Bilik Konvensyen

5 petang Penyampaian Hadiah dan penutup

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 12

Page 13: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

2500

1500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 4000

Anggaran Perbelanjaan

BIL

PERKARA RM

1.

2.

3.

Makanana) AJK

i) Sarapan (20 orang x RM4)ii) Makan Tengahari (20 orang x RM5 )

b) Jamuan Majlis Penutup dan Perasmiani) Peserta program (100 orang x RM3)ii) AJK (20 orang x RM3)iii)VIP (30 orang x RM5)

Tugas-tugas Khasi) Tag Nama Urusetia (20 orang x RM 2)ii) Backdrop ( 2 x RM 75)iii) Poster (100 x RM2 )iv) Flyers

Sijil & Cenderamatai) Sijil Peserta (100 orang × RM 2)ii) Sijil AJK (20 x RM2)iii) Cenderamata VIP ( 2 orang × RM 100 )

80100

30060150

40150245

20040200

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 13

Page 14: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

4.

5.

6.

Hadiah Pemenang (RM1000)Hadiah Saguhati ( RM500)

Pengurusan programi) Kertas A4 ( RM 13 × 5 reams )ii) Fotokopiiii) Cartridgeiv) Peralatan dan Alat Tulis

Rencam

1000500

65250250200

170

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 4000

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 14

Page 15: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

LAMPIRAN D

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan ‘Guess it Right!”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 3 orang

3. Para peserta akan ditayangkan dengan potongan filem pendek dan diminta menjawab soalan yang diberi

4. Sentimen perkauman, elemen politik mahupun berbaur lucah dalam petikan filem adalah dilarang sama sekali

5. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

6. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Spell it Right!”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara individu. Maksimum 5 orang setiap kolej.

3. Peserta akan diberi perkataan bahasa Inggeris dan diminta mengejanya dengan ejaan yang betul, lancar dan jelas

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan sama sekali.

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 15

Page 16: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Dream Wheel@Roda Impian”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 3 orang setiap kolej.

3. Para peserta akan menjawab soalan berdasarkan kategori-kategori yang telah disediakan

4. Peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan dan aduan tidak akan dilayan

sama sekali

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Tongue-Twisted”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 5 orang

3. Para peserta akan diberikan potongan ayat dalam bahasa Inggeris yang panjang, peserta yang berjaya mendengar dengan baik dan menulis perkataan tersebut dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Karaoke

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan atau individu.

3. Para peserta dikehendaki membawa Minus One masing-masing dan hanya lagu Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan.

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan sama sekali.

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 16

Page 17: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · Web viewKERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 17