kertas kerja gotong royong 1 (repaired)

14
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM 1. PENDAHULUAN Kebersihan, kesihatan dan keselamatan(3k) adalah merupakan satu program yang berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang selamat. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberansang suasana pembelajaran kehidupan dan yang berkesan. 2. OBJEKTIF a. Mewujudkan impak kualiti dan kuantiti yang terhasil melalui iklim persekitaran yang konduksif dan selesa b. Penghayatan dan amalan individu sebagai insane yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. c. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan d. Membantu perkembangan sahsiah murid yang bersepadu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. e. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah. f. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. g. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah dan tempat tinggal yang bersih, sihat dan selamat.

Upload: bella-damira

Post on 22-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJ GOTONG ROYONG

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM

1. PENDAHULUANKebersihan, kesihatan dan keselamatan(3k) adalah merupakan satu program yang berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang selamat. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberansang suasana pembelajaran kehidupan dan yang berkesan.

2. OBJEKTIFa. Mewujudkan impak kualiti dan kuantiti yang terhasil melalui iklim persekitaran yang konduksif dan selesa b. Penghayatan dan amalan individu sebagai insane yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.c. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahand. Membantu perkembangan sahsiah murid yang bersepadu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.e. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.f. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.g. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah dan tempat tinggal yang bersih, sihat dan selamat.h. Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan begi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan Program 3K. 3. VISI Melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial menjelang tahun 2020.

4. MISISekolah sebagai intitusi yang menterjemah, merealisasi dan membudayakan komponen kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

5. MATLAMATMembentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

KONSEP 3K

KEBERSIHANMURID BERPERIBADI UNGGULKESIHATAN

SEKOLAH

KESELAMATAN

TAKRIFAN:Kebersihan- Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan konduksif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Kesihatan- Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik da pembangunan sahsiah diri. Keselamatan- Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalam diri(jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

6. TARIKH PELAKSANAAN17 Jun 2013

7. SASARAN80 orang murid termasuk guru dan ibu bapa

8. ANGGARAN PERBELANJAAN Seperti anggaran kos yang telah dinyatakan di dalam butiran anggaran kewangan.

9. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi: Tn. Haji Junus Bin Mohamad Guru Besar SK Padang Garong 2 Naib Pengerusi 1: Encik Azmi B Ismail Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 2: Pn Maznah Bt Ismail Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 3: Pn. Hasliza bt Ahmad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 4: En. Mazlan bin Mahasan Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha: En. Mohd Samsudin B. Mohd Yaman

Bendahari: Pn. Rolaaizah Bt ab Hamid

Ahli Jawatankuasa : Pendaftaran 1) Pn Amnah Bt Abd Halim 2) Cik Nik Norliza Bt Nik Hussin Makanan1) Pn. Maznira Juliati Bt Ibrahim2) Pn. Norhilmiyah Bt Che Hassan3) Pn. Rohaniah Bt Salleh4) Pn. Sabrina Bt Hassan5) Pn. Rosmani Bt Seman

Fotografi 1) En. Mohd Samizi bin Abd Rahman2) En. Wan Suria bin Wan Yaacob

Keselamatan dan Kebajikan1) Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak2) Ustazah Wan Zubairah Binti Wan Hashim

Peralatan1) En Azman Shah Bin Mat2) En Mat Din Bin Abdullah

10. PELAKSANAAN Mesyuarat diadakan di antara barisan pentadbir sekolah dan AJK induk. Pembentangan kertas kerja program Gotong Royong Pembersihan Tanah perkuburan Islam. Permohonan sumbangan dan peruntukan daripada beberapa pihak luar seperti PIBG. Mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program. Melaksanakan Program Gotong Royon Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Cadangan tarikh ialah pada 17 Jun 2013 Kawasan pembersihan Tanah Perkuburan akan dikendalikan oleh guru yang telah ditugaskan. Semua guru kelas diminta mewujudkan kerjasama bersama ibu bapa sekurang-kurangnya 4 orang untuk bekerjasama dan bersama-sama membantu gotong royong yang akan dijalankan. Bantuan seperti kewangan dan bahan atau peralatan sangat-sangat diharapkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan kepada pihak sekolah berupa wang, bahan atau alatan.

11. BUTIRAN KEWANGAN

Butiran Kewangan :

Pendapatan : Sumbangan PIBG: RM 150.00 Sumbangan Guru: RM 150.00JUMLAH : RM 300.00

Perbelanjaan : Peralatan:RM 100.00 Makan dan minum :RM 150.00 Sumbangan kepada masjid:RM 50.00 JUMLAH:RM 300.00

12. TENTATIF PROGRAMBILMASABUTIRAN

14.00 petangPendaftaran

24.15 petang- Bacaan Doa Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak- Taklimat perjalanan program gotong royong oleh Mohd Samsudin Bin Mohd Yaman, (Guru Penyelaras Program)-Taklimat dan tazkirah adab adab ketika berada di kawasan perkuburan oleh Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak

34.30 6.30 petang-Gotong Royong dimulakan-Majlis tahlil

46.30 petangMenjamu selera dan bersurai

Disediakan oleh :

..( MOHD SAMSUDIN BIN MOHD YAMAN )Penyelaras ProgramGotong Royong

Disahkan oleh :

.( TUAN HAJI JUNUS BIN MOHAMAD )BesarSK Padang Garong ( 2 )Kota Bharu.

LAMPIRAN

BILBIDANGTUGASANTINDAKAN

1

Pendaftaran1) Menyediakan meja pendaftaran dan borang kehadiran2) Urus setia sesi pendaftaran3) Memberikan penerangan kepada pertanyaan tentang kemusykilan program dan tempat (sekiranya perlu)

Pn Amnah Bt Abd HalimCik Nik Norliza Bt Nik Hussin

2Makanan

1) Menempah makanan2) Menyediakan makanan3) Mengedarkan makananPn. Maznira Juliati Bt IbrahimPn. Norhilmiyah Bt Che HassanPn. Rohaniah Bt SallehPn. Sabrina Bt HassanPn. Rosmani Bt Seman

3Fotografi1) Mengambil gambar dan membuat video sepanjang program

En. Mohd Samizi Bin Ab RahmanEn. Wan suria Bin wan Yaacob

4PeralatanMenyediakan peralatan dan kelengkapan gotong royongEn Azman Shah Bin MatEn Mat Din Bin Abdullah

5Keselamatan dan kebajikan Memastikan keselamatan dan kebajikan peserta semasa program berlangsungUstaz Mohd Raimi Bin Ab RazakUstazah Wan Zubairah Binti Wan Jusoh

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURANPROGRAM BINA INSAN GURUTAHUN 2013

NAMA PELAJAR PPG: MOHD SAMSUDIN BIN MOHD YAMANAMBILAN: JUN 2011SEMESTER: 4OPSYEN: SAINS 2PERINGKAT: 2TARIKH: 17 JUN 2013TEMPAT: TANAH PERKUBURAN ISLAM LAPORAN REFLEKTIF:TAJUK : PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

Semua guru,murid,dan ibu bapa telah mula datang ke sekolah mulai jam 4.00 petang. Acara dimulakan dengan pendaftaran dan bacaan doa .Semua warga sekolah diberi taklimat ringkas tentang gotong royong yang akan dilaksanakan dan kawasan-kawasan yang terlibat. Murid,guru dan ibu bapa dibahagikan kepada kawasan-kawasan khas untuk dibersihkan dan diberi peralatan yang secukupnya untuk digunakan semasa gotong royong dilaksanakan. Tazkirah tentang adab adab ketika memasuki dan semasa berada di tanah perkuburan disampaikan oleh Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak.

Jam 4.30 pagi gotong royong telah dilaksanakan.Semua pihak yang terlibat telah beredar ke kawasan yang telah ditentukan. Mereka telah memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.Mereka telah melaksanakan kerja tersebut dalam suasana riang gembira.

Majlis diteruskan dengan mengadakan majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Mohd Raimi Bin Abdul Razak. Program gotong royong berakhir pada pukul 6.30 petang. Program gotong royong telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan objektif program tersebut dapat dicapai sepenuhnya.

ISU / MASALAH (Jika ada)

Tiada masalah sepanjang gotong royong diadakan. Program yang diadakan berjalan lancar.

(B) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Mendapat sokongan penuh daripada pentadbir sekolah.2. Sumbangan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru melancarkan perjalanan program tersebut.3. Sokongan daripada semua pihak termasuk warga sekolah dan ibu bapa serta penduduk setempat menjayakan program tersebut.4. Perancangan yang teliti menghasilkan kejayaan program yang dilaksanakan.

(ii) KELEMAHAN

1. Kekangan masa terutama guru PPG yang mempunyai banyak tugasan dan tanggung jawab yang diamanahkan.2. Ada di kalangan kumpulan sasaran iaitu murid - murid yang bermasalah tidak dapat hadir ke program tersebut kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.3. Program pada hari tersebut bertindan dengan program lain iaitu kelas tambahan Tahun 6.4. Terdapat banyak aktiviti dalam masa satu hari menyebabkan murid-murid penat.

(iii) PELUANG

1. Mendapat sambutan daripada murid murid, guru - guru dan warga sekolah2. Kawasan perkuburan menjadi lebih bersih, ceria dan kemas.3. Guru - guru dan murid - murid bertugas di kawasan yang diarahkan menyebabkan kerja-kerja lebih teratur dan sistematik.4. Penyertaan ibu bapa dan orang kampong mewujudkan kerja sama dalam komuniti setempat.

(iv) ANCAMAN

1. Pertindihan aktiviti.2. Guru dan murid ada yang datang lambat semasa program dilaksanakan.

(1) REFLEKSI KENDIRI

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Meningkatkan pengetahuan pelajar PPG dalam mengendalikan program khidmat masyarakat. 2. Menguatkan jati diri pelajar PPG.3. Menjadikan pelajar PPG sentiasa bersedia dalam menghadapi apa saja cabaran.4. Mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pentadbir dan juga antara guru dan guru seta guru dengan masyarakat setempat.5. Menggalakkan pelajar PPG menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti dan perisian program.

(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Memperuntukkan waktu yang secukupnya untuk melaksanakan program2. Mengadakan carta aliran kerja.

.

Tandatangan Pelapor:

------------------------------------( MOHD SAMSUDIN BIN MOHD YAMAN )Penyelaras Program Khidmat MasyarakatGotong Royong Membersihkan Kubur.