kertas kerja .doc
TRANSCRIPT
KESELAMATAN MURID SEBELUM DAN SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN
PENGENALAN
Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada
sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran
dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini
berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes
kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di
stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang
dan dapur.
Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah
pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan
bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara
penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau
poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid
dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua
warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek
keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Bijak Sifir Matematik Tahun 1, 2 dan 3 merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan
minat murid dalam penghafalan sifir 1 hingga 9. Bijak sifir yang dijalankan ini membolehkan
murid-murid memperoleh keputusan dalam matematik dengan lebih memberangsangkan lagi.
Bijak sifir yang dijalankan ini dapat memberi faedah kepada murid-murid semasa menjawab
soalan darab dan bahagi dalam subjek matematik. Program bijak sifir ini perlulah
dilaksanakan secara berterusan untuk membolehkan murid menguasai fakta asas matematik
dengan lebih kukuh sebelum mereka berada di Tahun 4, 5 dan 6.
MATLAMAT
Matlamat aktiviti ini adalah untuk meransang minat murid dalam menghafal sifir dan
seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam ujian matematik.
OBJEKTIF/ RASIONAL
Antara rasional aktiviti ini dijalankan ialah :
1. Meransang minat pelajar dalam penghafalan sifir.
2. Mempertingkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
3. Memperkukuhkan fakta asas darab dan bahagi murid.
4. Mempersiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada masa akan datang.
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tahun 1, 2, dan 3.
TEMPOH MASA
Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada
pukul 12:50 tengah hari. Program Bijak Sifir ini akan bermula pada bulan Januari dan
berakhir pada November iaitu sebelum Cuti Akhir Tahun 2014.
PENGOPERASIAN
A. Pelajar
1. Para pelajar akan dikumpulkan di tapak perhimpunan pada setiap hari isnin hingga
jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 12:50 tengah hari.
2. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu bijak sifir dijalankan.
3. Pelajar patut datang awal ke sekolah di antara pukul 12 tengah hari hingga 12:30
untuk menyertai program bijak sifir.
4. Pelajar harus menggunakan kad bijak sifir yang telah dibeli oleh mereka.
5. Pelajar akan diuji sifir secara hafalan dengan meminta guru matematik
menandatangani Kad sifir, kemudian, pelajar diuji sekali lagi sifir dengan bertanyakan
sifir secara rawak.
B.Tempat
Program Bijak Sifir akan dijalankan di tapak perhimpunan setiap hari.
C. Guru
Semua guru Matematik Tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam bijak sifir ini. Berikut adalah senarai
nama guru yang ditugaskan untuk membimbing pelajar menghafal sifir.
Guru Hari
Pn. Jennie Lementan Isnin
Cik Nur fahani Selasa
Cik Hazima Rabu
Pn. Lee Siew Eng Khamis
Pn. Qistina Jumaat
Guru yang membimbing pelajar untuk penghafalan sifir adalah terdiri daripada guru
matematik dan termasuk juga guru pemulihan. Guru ini ditugaskan untuk membimbing
pelajar kerana guru tersebut lebih kenal dan arif dengan subjek matematik. Jikalau guru
matematik tidak dapat menghadirikan diri pada hari tersebut, guru yang bertugas harian yang
lain akan mengambil alih tugas guru matematik supaya penghafalan sifir dapat dilaksanakan
seperti biasa. Cara ini diharapkan dapat membantu pelajar yang masih lemah atau tidak
pandai dalam sifir.
D. Kehadiran / ketidakhadiran pelajar
1. Pelajar-pelajar diwajibkan hadir untuk program bijak sifir ini .
E. Pemantauan
Pemantauan akan dibuat oleh Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penyelia Petang dan
Ketua Panitia mata pelajaran. Pemantauan akan dibuat dalam 2 kaedah.
1. Pihak yang disebut di atas akan memantau di tapak perhimpunan semasa program
dijalankan .
2. Menyemak kad bijak sifir murid.
PENILAIAN
A. Guru
Program ini akan dijadikan sebagai penilaian prestasi guru dalam borang penilaian prestasi
tahunan. Penilaian akan dibuat berdasarkan :-
1. Kehadiran
B. Pelajar.
Setiap pelajar akan dinilai menerusi kad bijak sifir yang telah dibeli oleh mereka. Pelajar
yang telah berjaya menghafal sifir akan ditandatangani oleh guru dan pelajar akan disoal sifir
secara rawak. Selain itu, ibu bapa juga perlu menguji sifir anak mereka semasa di rumah dan
menandatangani kad bijak sifir anak mereka. Ruang sifir 2 hingga 9 yang telah
ditandatangani oleh guru dan ibu bapa dianggap sebagai pelajar tersebut telah pandai dalam
sifir dan pelajar tersebut layak menerima hadiah semasa perhimpunan pada hari isnin. Hadiah
sebanyak 30 akan disediakan kepada pelajar yang paling awal habis menghafal sifir 2 hingga
9. Hadiah diberikan sebagai rangsangan kepada murid untuk bersemangat dalam hafal sifir.
C. Impak/Hasil
Berasaskan kepada prestasi pelajar dalam pelajaran.
PENUTUP
Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk
meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran para pelajar. Aktiviti ini bukan
sahaja untuk pelajar menghadapi dalam ujian penggal 1 dan penggal 2, malahan amat penting
bagi pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Diharapkan program
bijak sifir ini dapat membantu meningkatkan lagi minat murid dalam mata pelajaran
matematik dan mempunyai keyakinan semasa menjawab soalan dalam ujian yang dijalankan.
Sekian, terima kasih
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘
Saya yang menurut perintah,
Disediakan oleh :
( PN. LEE SIEW ENG ) ( PN. JENNIE LEMENTAN )
Guru Mata pelajaran Matematik Guru Mata pelajaran Matematik
SK Lutong SK Lutong
Disemak oleh :
(EN. GEORGE LANGAT NGAU )
Ketua Panitia Matematik
SK Lutong
Salinan Kepada;
I. Fail Kurikulum Sekolah
II. Fail Panitia
Disahkan oleh :
(EN. SAUFIE B. HJ. SA’AIT)
Guru Besar
SK Lutong