kertas kerja dasar kbs 2011

14
KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011 KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2011 SK KAMPONG RAJA, PAGOH, MUAR. 1

Upload: syahidah-shabuddin

Post on 09-Aug-2015

147 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI SOLAT

TAHUN 2011

SK KAMPONG RAJA,

PAGOH, MUAR.

1

Page 2: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.

Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam

kehidupan seharian. Sehubungan itu, seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)

Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5

Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model

projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari

Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan

hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan hasrat murni dapat

dijayakan.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT.

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid

boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara

intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. KBS ini disarankan dibuat sebanyak

4 kali dalam tempoh setahun.

3.0 TARIKH/MASA

*1. 25 Jun 2011 8 pagi – 12.30 tengahari

*2. 23 Julai 2011 8 pagi – 2.00 petang

*3. 24 September 2011 8 pagi – 2.00 petang

*4. 8 Oktober 2011 8 pagi – 2.00 petang

2

Page 3: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

4.0 TEMPAT

Sk Kampong Raja, Pagoh, Muar, Johor.

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat

2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna

3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu

4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul

5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancer

6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 26 orang murid beragama Islam Tahun Satu Sk Kampong Raja.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

3

Page 4: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:

Membentuk jawatankuasa pelaksana

Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:

Menguruskan surat-menyurat

Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program

Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat

Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:

Menyedia anggaran perbelanjaan

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa

Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan

Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:

4

Page 5: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan

fail

Menyediakan buku program

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:

Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’

Menentukan pengerusi majlis

Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti

Mengagihkan kumpulan peserta

Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:

Membentuk jawatankuasa kecil

Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu

Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum

Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan

Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program

Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:

Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai

Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

5

Page 6: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:

Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula

Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan

Menyedia senarai barangan keperluan peserta

9. Dokumentasi/Penilaian:

Mengurus fotografi dan rakaman audio-video

Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti

Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:

Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot

Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

11. Teknikal dan peralatan

Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,

pembesar suara dan lain-lain.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

6

Page 7: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: Tn. Hj. Lokman B Hassan (Guru Besar)

Pengerusi: En. Abbas bin Kamsari (GPK Koko)

Naib Pengerusi: 1. Pn Hjh Ramlah bt Ithnin

2. Pn Hjh Azah bt Naman

Penyelaras : Cik Noor Syahidah binti Shabuddin (Guru pelatih j-QAF)

Ahli Jawatankuasa:

1. En Mazham bin Abdullah (GPI) Kem kali kedua: 23 Julai 2011

2. Pn. Hjh Ramlah bt Hassan

3. Pn. Siti Mahanum bt Hj Bebit Kem kali ketiga: 24 September 2011

4. Pn. Farhana bt Abd Aziz

5. Pn. Zalina bt Zakaria Kem kali keempat: 8 Oktober 2011

7

Page 8: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

6. Cik Farrah Adiba bt Azman

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

8.00pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

8.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 1

(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

9.30 pagi – Rehat dan kudapan

10.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 2

(Bacaan pendek dalam solat)

10.45 pagi – Rehat dan kudapan

11.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3

(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

12.00 tengahari- Makan tengahari

1.00 petang - Persiapan solat berjemaah

8

Page 9: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

2.00 petang - Bersurai

LAMPIRAN 3

KEWANGAN

Dalam usaha untuk menjayakan Kem Bestari Solat ini, pihak jawatankuasa telah cuba sedaya

upaya untuk mendapatkan dana mahupun peruntukan demi memastikan kem ini berjalan lancar.

Pendapatan dan perbelanjaan kewangan adalah seperti berikut:

PENDAPATAN

1. Peruntukan j-QAF

RM 32.50 X 4 kali KBS = RM 130 RM 130

PERBELANJAAN

1. Makanan dan minuman

RM 1.25 X 4 kali X 26 Orang RM 130

9

Page 10: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

10.0 PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan

kepada semua murid tahun 1 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab dalam

menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama. Sesungguhnya solat merupakan

antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-murid dapat menerapkan amalan

solat dengan berkesan dan berterusa, seteruusnya mendidik diri menjadi insan berdisiplin dan taat kepada

Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan

kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang

diperintahkan oleh Allah s.w.t.

10

Page 11: KERTAS KERJA DASAR KBS 2011

KERTAS KERJA DASAR KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2011

Disediakan oleh:

Noor Syahidah binti Shabuddin

Guru Pelatih j-QAF

Sk Kampong Raja

11