kertas kerja cadangan internship dan projek inovasi

Upload: liza

Post on 08-Jan-2016

660 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI Boling PintarDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)INTERNSHIP PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2015

1.0 Pendahuluan Pencapaian akademik murid bergantung kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh seseorang guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian murid dalam akademik termasuklah sahsiah dan tingkah laku mereka. Kaedah PdP yang berkesan dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. PdP yang baik dapat membantu murid supaya dapat mengingat kembali apa yang dipelajari. Kaedah menggunakan BBM yang berinovasi seperti Boling Pintar dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah satu kaedah yang dapat meningkatkan potensi diri murid dalam menguasai pembelajaran. Selain itu ia juga berkesan bagi memastikan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagian dalam proses PdP yang berlangsung. 2.0 Matlamat Kaedah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang berinovasi amat diperlukan dan seharusnya menjadi rutin kepada setiap guru di sekolah untuk merancang pengajaran kepada murid dalam semua subjek. Ini kerana semua murid berkeperluan kepada pengajaran yang menarik. Jadi, memang sewajarnya setiap guru harus kreatif dan berinovatif merancang setiap RPH untuk mengajar murid sekolah rendah agar proses PdP yang akan berlangsung menarik dan mencapai matlamatnya.. Selain itu ia juga adalah untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran yang terlibat dan yang penting supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Projek inovasi ini diharapkan dapat melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kemahiran berkomunikasi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. 3.0 Objektif 3.1 Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi3.2 Mengubah persepsi dan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah BBM yang menarik dan berinovasi.3.3 Meningkatkan keberkesanan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu. 3.4 Memastikan murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam proses PdP yang diajar.3.5 Dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian4.0 Anjuran Guru pelatih PPG Kohort 2 Ambilan Feb 2012 dalam Semester 8 IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi.5.0 Kumpulan Sasaran30 orang murid Kelas 3 Sejahtera Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi.

6.0 Cadangan PelaksanaanTarikh : 1 September 2015Tempat : Kelas 3 Sejahtera SK Seri Kemudi Masa : 10:15 11:15 pagi

7.0 Strategi dan Pelan Tindakan MingguTarikhPerkara

109.08.15sehingga13.08.15 Mendapatkan bimbingan dan pencerahan dengan Guru Mentor Internship untuk pemilihan kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu yang sesuai untuk projek inovasi Berbincang dengan Guru Mentor Internship berkaitan tajuk projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Menyenaraikan bahan projek inovasi iaitu Boling Pintar dan BBM yang berkaitan

216.08.15Sehingga20.08.15 Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan projek inovasi dalam PdP Persiapan dan pelaksanaan bahan projek inovasi dan BBM yang berkaitan dengan tajuk pilihan

323.08.15Sehingga27.08.15 Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai bagi melaksanakan proses PdP Menyediakan BBM dan salinan bahan yang berkaitan seperti set permainan Boling pintar, kad Pintar, Komputer riba dan pembesar suara, Video, kertas majong dan lembaran kerja.

430.08.15Sehingga03.09.15 Mengadakan perbincangan terakhir dengan Guru Mentor Internship berkaitan sebarang perancangan dan penambahbaikan sebelum melaksanakan proses PdP menggunakan projek berinovasi Melaksanakan proses PdP termasuk membuat rakaman bagi memenuhi syarat menjalankan Internship PPG dan sebagai penilaian pihak IPG Kampus Kota Bharu Menyediakan laporan sepanjang pelaksanaan Internsip

7.0 Anggaran Kos PerbelanjaanBil.PerkaraKuantitiPerbelajaan (RM)

1.Cat mural DArte ( Large )RM 14.30 x 1RM 14.30

2.Cat mural DArte ( Medium )RM 5.40 x 5RM 27.00

3.Cat mural Pelaka (1 Kg )RM 19.90 x 1RM 19.90

4.Gam UHURM 10.80 x 1RM 10.80

5.Gam PVCRM 2.00 x 1RM 2.00

6.Berus CatRM 1.30 x 1RM 1.30

7.DIY EyeRM 1.90 x 1RM 1.90

8.Jambul warnaRM 1.90 x 1RM 1.90

9.Plastik LaminateRM 1.00 x 10RM 10.00

10.Kertas warnaRM 0.10 x 10 RM 1.00

JUMLAH KESELURUHANRM 90.10

8.0 Penutup Projek ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Sejahtera dan dapat mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui penggunakan BBM berinovasi dalam PdP. Selain itu ia juga bertujuan menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang melahirkan murid yang cemerlang, berpotensi dan sekaligus dapat menguruskan kehidupan dengan sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memurnikan sesebuah program yang dirancang agar ianya berjalan dengan lancar. Semoga bantuan dan hasil kerja semua mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Disediakan oleh:Disahkan oleh:

-------------------------------------------------------------------------------------------(YASMALIZA BINTI YASA)(EN. NOORAZMAN BIN ZAWAWI)Guru Pelatih, PPG Kohort 2 Guru Mentor Praktikum, PK PPKISK Seri Kemudi,Bachok