kertas kerja buruh

19
EPPE6264 EKONOMI BURUH LANJUTAN SESI 2013/2014 SEM 1 TAJUK: Kesan Perbezaan Kategori Pekerjaan Terhadap Kadar Pendapatan Pekerja Di Selangor Dan W.P Kuala Lumpur PENSYARAH: Prof. Madya. Dr. Zulkifli Osman Nur Hidayah Binti Ramli (P65809)

Upload: pelangi-sepi

Post on 28-Nov-2014

212 views

Category:

Economy & Finance


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja buruh

EPPE6264 EKONOMI BURUH LANJUTAN

SESI 2013/2014 SEM 1

TAJUK:

Kesan Perbezaan Kategori Pekerjaan Terhadap Kadar Pendapatan Pekerja Di Selangor Dan W.P Kuala Lumpur

PENSYARAH: Prof. Madya. Dr. Zulkifli Osman

Nur Hidayah Binti Ramli (P65809)

Page 2: Kertas kerja buruh

Abstrak

Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal manusia khususnya pencapaian pendidikan, pengalaman dan latihan, faktor demografi dan sektor pekerjaan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis kesan perbezaan upah mengikut kemahiran bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta negeri Selangor dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Semenanjung Malaysia yang dijalankan melalui kerja lapangan terhadap 161 responden. Model Mincer digunakan dalam kajian ini untuk meninjau sejauhmana kemahiran pekerja swasta akan memberi kesan kepada perbezaan upah. hasil kajian ini menunjukkan pemboleh ubah modal manusia memainkan peranan utama dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah mengikut kemahiran Hasil kajian ini juga penting untuk melihat pencapaian atau status perkembangan sektor swasta negara dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik, berguna dan bersesuaian serta terbaik bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan yang dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan atau pendapatan masyarakat di masa akan datang.

Page 3: Kertas kerja buruh

Pendahuluan

Dewasa ini, dilihat perkembagan dalam teknologi secara tidak langsung akan mempengaruhi

perubahan struktur industri di Malaysia. Perubahan ini telah mengubah struktur permintaan

tenaga buruh berkaitan dengan kategori pekerjaan, pekerja sambilan,gender. Oleh itu pekerja

yang berada dalam kategori pekerja kurang berkemahiran adalah pekerja yang lebih terdedah

kepada risiko. Hal ini kerana perubahan dalam pasaran buruh, pekerja yang memiliki kemahiran

khusus yang diperlukan oleh syarikat atau firma adalah telah selamat, kerana mendapat

keutamaan firma. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong kepada peningkatan dalam

perbezaan upah.

Sememangnya isu perbezaan upah merupakan satu isu yang penting dalam pasaran buruh.

Perubahan dalam perbezaan upah akibat daripada perubahan teknologi ini yang berlaku secara

pantas telah menyebabkan berlaku perubahan dalam upah relatif. Perubahan ini secara tidak

langsung akan menjejaskan dalam keseimbangan penawaran dan permintaan buruh di Malaysia.

Seperti di malaysia, pendapatan isirumah merupakan pendapatan buruh seperti upah,elaun,kerja

lebih masa dan lain-lain. Oleh itu perbezaan upah sememangnya akan menyebabkan berlaku

perbezaan dalam agihan pendapatan isirumah di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang

mendorong kepada perbezaan upah pekerja antaranya lokasi kerja,jantina, tahap pendidikan,

pengalaman, kemahiran dan lain-lain lagi.

Namun begitu kajian ini menumpukan kesan kemahiran kepada perbezaan pendapatan individu.

Hal ini kerana perkembagan dalam ekonomi Malaysia yang seiring dengan perkembangan

teknologi. Perkembagan dalam sektor swata di dalam negara menyebabkan golongan pekerja

dari tenaga mahir dan tenaga kurang mahir dalam pekerjaan menjadi semakin rumit dan spesifik.

Selain Malaysia negara masih lagi menghadap kekurangan tenaga pekerja

mahir dalam bidang kritikal seperti jurutera, dan doktor. Umumnya,

permintaan terhadap pekerja profesional dan pekerja mahir terus meningkat

dari masa ke semasa, namun jumlah mereka yang mempunyai kemahiran

khusus adalah terhad. Oleh yang demikian tahap pendidikan yang sama

boleh membawa kepada penerimaan upah yang berbeza dalam kalangan

individu, sekiranya kemahiran khusus berbeza.

Page 4: Kertas kerja buruh

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis faktor penentu tingkat upah pekerja

mengikut jenis pekerjaan di Malaysia. Seterusnya, artikel ini akan mengenal

pasti faktor penentu perbezaan upah yang berlaku mengikut kemahiran dan

melihat sejauhmana diskriminasi pasaran memainkan peranan. Secara

umumnya, jenis pekerjaan dapat dikategorikan kepada dua jenis yang

utama, iaitu pekerja mahir atau pekerja peringkat tinggidan pekerja tidak

mahir. Pekerja mahir termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai

kelulusan peringkat diploma ke atas iaitu peringkat profesional. Pekerja

mahir ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang telah menerima

segala latihan formal yang difikirkan perlu oleh firma. Dengan kata lain,

firma telah memberi latihan perlu dari segi proses pengeluaran dan

pengendalian peralatan yang secukupnya kepada pekerja ini. Mereka juga

dikategorikan sebagai pekerja yang berpengetahuan(Malaysia, 2006).

pekerja tidak mahir terdiri daripada pekerja yang hanya berkelulusan darjah

enam ke bawah dan juga terdapat sebilangan golongan pekerja yang tidak

mempunyai apa-apa kelulusan. Golongan ini juga masih belum mendapat

sebarang latihan formal daripada firma tempat mereka bekerja.

Kajian lepas

Kajian yang telah dijalakan oleh pengkaji-pengkaji di negara barat telah mengemukan beberapa

teori ekonomi yang menjelaskan hubungan tahap dan perbezaan upah yang berlaku dalam

kalangan pekerja dalam sesebuah ekonomi. Pertama Adam Smith(1776) menjelaskan perbezaan

upah yang berlaku lebih didorong oleh faktor perbezaan dalam pekerjaan. Beliau menyatakan

lagi bahawa perubahan upah adalah mengikut kesesuaian dalam jenis pekerjaan dan seterusnya

akan seimbang. Ahli ekonomi neoklasik menyatakan bahawa dalam keadaan persaingan

sempurna pekerja adalah homogen dimana upah dibayar mengikut maginal produktiviti. Namun

begitu dalam realiti pekerjan adalah heterogen yang memiliki tahap pendidikan dan kemahiran

yang berbeza.

Terdapat tiga teori utama neoklasik yang menunjukan wujud perbezaan upah antara pekerja iaitu

modal manusia, teori kecekapan upah dan ”equalizing difference theory”. Becker(1964),

Schulz(1971) dan Mincer (1974) merupakan pengkaji teori modal manusia yang telah

Page 5: Kertas kerja buruh

menjalankan pelbagai kajian emperikal. Backer (1974) menjelaskan bahawa teori modal manusia

telah menbuktikan keluk agihan perolehan berbentuk terpencong, yang mana disebabkan oleh

perbezaan dalam tingkat pelaburan manusia mengikut individu. Pelaburan ke atas modal manusia

adalah lebih tinggi bagi mereka yangmempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding mereka

yang mempunyai kebolehan yang lebih rendah.

Terdapat banyak kajian empikal yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan bahawa

upah pekerja mahir lebih tinggi daripada pekerja kurang mahir. Kajian Becker (1964) telah

mengaitkan tingkat upah dengan tahun persekolahan, iaitu peningkatan dalam pendidikan formal

mampu meningkatkan perolehan individu peningkatan produktiviti individu. Mincer (1974)

telah mengkaji penentu tingkat upah pelalui anggaran pulangan kepada faktor umur,

pedidikan,kualiti persekolahan, pengalaman kerja. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan

positif antara tahun bersekolah dan pengalaman kerja dengan tingkat pendapatan individu.

Brown, et al (1984) hasil kajian menunjukkan punca perbezaan upah disebabkan oleh jenis

pekerjaan dan tingkat percapaikan pendidikan. Dimana apabila berlaku keseimbangan dalam

pasaran buruh berlaku, oleh itu tingkat upah dan bilangan penawaran tenaga kerja akan dapat

diketahui. Namun telah diketahui ia tidak mudah berlaku dalam realiti sesebuah ekonomi yang

mana keperluan pasaran adalah tidak dapat dijangkakan. Kajian Jung et al (2000) telah

menggunakan model pemintaan dan penawaran buruh membuat analisis perubahan perbezaan

upah mengikut kemahiran selepas tahun 1980, hasilkan diperolehi menunjukkan wujud

perbezaan upah mengikut kemahiran di Korea Selatan yang menurun dari tahun 1980an hingga

1990an dan stabil selepas itu. Ini kerana peningkatan dan perkembangan dalam pendidikan.

Katz dan Murphy (1992) menunjukkan permintaan bagi pekerja yang

berpendidikan tinggi jauh mengatasi penawaran terhadapnya sejak awal

1980an. Keadaan ini telah menjadikan upah kepada buruh berpendidikan

tinggi meningkat secara konstan. Peningkatan ini disumbangkan oleh

pelbagai faktor termasuk teknologi dan perdagangan antarabangsa. Keadaan

ini secara tak langsung menunjukkan permintaan terhadap pekerja

berkemahiran tinggi telah meningkat. Rahmah (1987) hasil kajian

menggunakan data Malaysian Family life survey telah menunjukkan bahawa

Page 6: Kertas kerja buruh

jenis pekerjaan professional dan teknikal,pentadbiran dan pengurusan

mendapat pulangan yang tinggi, selarh dengan pelaburan modal manusia.

Kajian Lim (1978), pula menunjukkan keperluan pendidikan adalah berbeza

mengikut jenis pekerjaan.

Berdasarkan kepada pelbagai kajian, perbezaan upah mengikut kemahiran

boleh diterangkan menerusi dua faktor utama. Pertama adalah perubahan

dalam penawaran buruh relatif melalui pendidikan atau kemahiran (Levy &

Murnane,1992; Katz, Loveman & Blanchflower, 1995; Autor Katz, et al 1998).

Kedua, permintaan buruh yang lebih berpendidikan dan berkemahiran

mengatasi permintaan buruh yang kurang berpendidikan dan kurang mahir

kesan daripada perubahan teknologi. Begitu juga bagi kajian yang telah

dilakukan terhadap negara-negara OECD bagi tahun 1970an sehingga awal

1990an telah membuktikan terdapat perbezaan yang luas dalam upah

antara buruh mahir dengan buruh tidak mahir.

Metodologi kajian

Kajian ini meggunakan kaedah kajian secara kaji selidik dan diedarkan kepada pekerja swasta di

negeri Selangor dan wilayah persekutuan. walaupun asal borang kajian yang diedarkan sebanyak

200 borang manun hanya 161 orang sahaja yang mengisi maklumat secara lengkap. Kaedah

statistik kajian ini telah menggunakan Model persekolahan yang dikembangkan oleh Schultz

(1960,1961), Backer (1962, 1964) dan Mincer(1970, 1972, 1974, 1976) untuk mengenalpasti

perbezaan upah yang diterima dengan oleh pekerja kategori pekerja mahir, dan kurang mahir.

Kaedah kajian menggunakan Anova menggunakan analisis OLS linear dan diskriptif .

secara umumnya model persekolahan Mincer adalah seperti dibawah

Persamaan 1 :

In Y = β0 + β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2 + β4 GEN+ µ

Di mana,

Y = Pendapatan Bulanan Individu

Page 7: Kertas kerja buruh

SCH = Tahun Persekolahan EXP = Pengalaman Kerja EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua GEN = Jantina Respondenμ = Ralat rawak

Persamaan 2:

InY=β0+ β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2 + β4 GEN + β5(DUMj.kerja) +µ

Y = Pendapatan Bulanan Individu

EXP = Pengalaman Kerja

EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua

DUMj.kerja = Dami kategori pekerjaan (0 = lain-lain, 1 = pegawai kanan dan pengurusan,

profesional,juruteknik dan profesional bersekutu )

Pembolehubah pendapatan (Y) dikira berasaskan kepada pendapatan bulanan individu. Tahun

persekolahan(SCH) dikira dengan mengambilkira tempoh individu berada dalam sistem

pendidikan. Pengalaman kerja di kira dengan mengambil umur semasa ditolak dengan tahun

persekolahan dan jumlah tahun tidak bersekolah (6 tahun). Pengalaman kerja dikatakan dapat

meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Maka, pembolehubah pengalaman kuasa dua

digunakan untuk melihat sama ada pendapatan individu terus meningkat dengan peningkatan

pengalaman atau sebaliknya.

Dalam model pengubahsuaian yang kedua ini, telah membuat penambahan pembolehubah bebas

iaitu kategori pekerjaan. Untuk melihat kesan perbezaan upah pembolehubah dummy

dibahagikan kepada dua peringkat iaitu kategori pekerjaan mahir dan pekerjaan tidak

mahir.

Keputusan kajian

Jadual 1: Analisis diskriptif responden

Page 8: Kertas kerja buruh

perkara Bil Peratus

 jantina    

Lelaki 79 49.1

Perempuan 82 50.9

Jumlah 161 100.0

Kaum

Melayu 125 77.6

India 8 5.0

Cina 28 17.4

Jumlah 161 100

Data-data telah diperolehi melalui kaji selidik ke atas 161 responden yang bekerja di sektor

swasta di negeri Selangor dan wilayah persekutuan Semenanjung Malaysia yang menunjukkan

jumlah responden terdiri daripada 82 orang wanita iaitu 50.9% dan lelaki seramai 79 orang

merangkumi 49.1%. kategori etnik pula didapati etnik melayu adalah seramai 125orang(77.6%),

etnik Cina 28 orang(17.4%) dan India 8orang(5.0%).

Jadual 2: Analisis Ordinal Least Square(OLS).

P/Ubah Koefisien Nilai t  

Konstan 5.210 24.442  

Pengalaman kerja 0.054 5.538  

Pengalaman kerja kuasa dua -0.001 -3.047  

Dum jantina 0.169 3.306  

Tahun Bersekolah 0.149 11.105  

R2     0.489

F     37.263

N     161

Page 9: Kertas kerja buruh

In Y = 5.210 + 0.149SCH + 0.199GEN+ 0.054EXP -0.001EXP2

Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2 adalah 0.489 yang menunjukkan

sebanyak 48.9 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di

terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan

yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus.

Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi

upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan

meninggkatkan kadar upah sebanyak 16.07 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman

yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman

akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.55 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman

kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan

pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah

kurang. Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman

kerja. Bagi pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki

mendapat pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 18.4 peratus.

Jadual 3: model kesan

P/Ubah Koefisien Nilai t

Konstan 5.380*** 26.093  

Tahun bersekolah 0.134*** 10.095

Pengalaman kerja 0.051*** 5.543  

Pengalaman kerja kuasa dua -0.001** -2.960  

Dumjantina 0.143** 2.917  

Page 10: Kertas kerja buruh

Dumi. J.kerja 0.228*** 4.201  

R2     0.541

F     36.523

N     161

InY=5.380+ 0.134SCH + 0.051EXP – 0.001EXP2 + 0.143 GEN + 0.228DUMj.kerja +µ

Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2 adalah 0.541 yang menunjukkan

sebanyak 54.1 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di

terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan

yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus.

Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi

upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan

meninggkatkan kadar upah sebanyak 14.34 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman

yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman

akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.2 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman kerja

kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan

secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.

Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Bagi

pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat

pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 15.5 peratus. Bagi pembolehubah tambahan model

dua dumi kategori pekerjaan individu didapati ia adalah positif yang bermaksud pekerja

mahir/profesional mendapat pendapatan lebih daripada kurang mahir/ non-profesional sebanyak

25.61 peratus.

Kesimpulan

Page 11: Kertas kerja buruh

Analisis dalam artikel ini menunjukkan perbezaan upah berlaku mengikut

kemahiran. Pembolehubah modal manusia terutamanya tahun bersekolah,

pengalaman dan latihan memainkan peranan yang penting dalam

menentukan tingkat dan perbezaan upah pekerja dalam sampel kajian.

Keputusan daripada pengiraan model pengasingan upah menunjukkan.

perbezaan upah antara pekerja mahir dan kurang mahir. Hasil kajian ini jelas

menunjukkan bahawa tingkat dan perbezaan upah amat dipengaruhi oleh

pembolehubah modal manusia. Oleh itu, pelaburan modal manusia perlu

dipertingkatkan dalam kalangan pekerja.

Ini selaras dengan strategi kerajaan yang meletakkan pengetahuan sebagai

kunci pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut permintaan buruh pula,

semua sektor dalam ekonomi perlu mengenal pasti perspektif baru operasi

industri dengan mengambil kira pengetahuan sebagai pendorong

pertumbuhan, iaitu dengan meningkatkan penggunaan teknologi tinggi serta

menyediakan kemudahan latihan kepada pekerja. Ini selain daripada

meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja, sekaligus dapat

merapatkan jurang perbezaan upah yang wujud.

Kesimpulannya, perbezaan upah buruh merupakan isu penting dalam

pasaran buruh. Perbezaan upah buruh terutamanya dalam kategori

pekerjaan yang sama mestilah diminimumkan. Berdasarkan kepada hasil

kajian yang telah diperolehi, langkah penting dalam mengurangkan

perbezaan upah buruh adalah melalui pengurangan perbezaan pencapaian

pendidikan. Tahap pendidikan pekerja perlu ditingkatkan secara seimbang

dan ini selaras dengan proses pembangunan ekonomi yang menuntut

kepada pertambahan lebih ramai golongan yang berkemahiran, khususnya

yang berpendidikan tinggi. Dalam masa yang sama keseimbangan dalam

pencapaian pendidikan dalam kalangan pekerja boleh menyumbang kepada

kesetaraan upah mengikut pelbagai dimensi termasuklah mengikut

kemahiran. Selain itu, amalan diskriminasi majikan terhadap pekerja perlu

diminimumkan melalui campur tangan kerajaan yang lebih tinggi dalam

Page 12: Kertas kerja buruh

meletakkan kadar upah pekerja terutamanya di sektor swasta. Pengenalan

kepada sistem upah mínimum boleh mengurangkan masalah perbezaan

upah.

Page 13: Kertas kerja buruh

Rujukan

Al-Samarrai, S. 2007. Changes in Employment in Bangladesh, 2000-2005: The Impacts on Poverty and Gender Equity.

Asadullah, M. 2005. Returns to Education in Bangladesh. QEH working Paper Series. Number 130, Oxford.

Arrow, K., 1973. The Theory of Discrimination. In: Ashenfelter, O. and Rees, A., Editors, 1973. Discrimination In labor Market Princeton Univ. Press, Princeton, NJ. 3-33.

Becker, Gary S. 1964. Human Capital : A theoretical and Empirical Analysis, With Special Reference to Education. New York: Columbia University Press.

Brown, J. N. et al. 1984. Taxation, Wage Variation, and Job Choice. National Bureau of economic research. Working Paper No. 1284.

Katz, L., and K. Murphy. 1992. Changes in RelativeWages, 1963-1987: Supply and Demand Factors. Quarterly Journal of Economics. 107(1): 35-78.

Katz, et al. 1998. Computing Inequality: Have Computers Changed The Labor Market. Quarterly. Quarterly Journal of Economics 113(4): 1169-1213

Krugman, P. 1994. Past and Prospective Causes of High Unemployment, Proceedings, Federal Reserve Bank of Kansas City, issue Jan. 49-98.

Lim, C. Y. 1978. Economics and Current Affairs, Vol. I (In English and Chinese), Sin Chew Jit Poh.

Mincer, J. 1974. Schooling, Experience and Earnings. New York: National Bureau of Economic Research

Rahmah Ismail. 2003. Penentu Perbezaan Pendapatan Buruh Mengikut Kemahiran Dalam Industri Pembuatan di Malaysia. Journal Of Economics an Management 13: 119-137.

Smith A. 1776. The Wealth of Nations. The modern library 1973 Random House, Inc.

Page 14: Kertas kerja buruh

Variables Entered/Removeda

Model Variables Entered Variables

Removed

Method

1

Jantina

responden, EXP,

YS, EXP2b

. Enter

a. Dependent Variable: log_wage1

b. All requested variables entered.

Model Summaryb

Model R R Square Adjusted R

Square

Std. Error of the

Estimate

Change Statistics

R Square Change F Change df1 df2

1 .699a .489 .475 .31053 .489 37.263 4

a. Predictors: (Constant), Jantina responden, EXP, YS, EXP2

b. Dependent Variable: log_wage1

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients Standardized

Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1

(Constant) 5.210 .213 24.442 .000

YS .149 .013 .836 11.105 .000

EXP .054 .010 1.205 5.538 .000

EXP2 -.001 .000 -.672 -3.047 .003

Jantina responden .169 .051 .197 3.306 .001

Variables Entered/Removeda

Model Variables Entered Variables

Removed

Method

1

Jantina

responden,

K.kerja, EXP, YS,

EXP2b

. Enter

a. Dependent Variable: log_wage1

b. All requested variables entered.

Page 15: Kertas kerja buruh

Model Summaryb

Model R R Square Adjusted R

Square

Std. Error of the

Estimate

Change Statistics

R Square Change F Change df1 df2

1 .735a .541 .526 .29518 .541 36.523 5

a. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2

b. Dependent Variable: log_wage1

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1

Regression 15.911 5 3.182 36.523 .000b

Residual 13.505 155 .087

Total 29.416 160

a. Dependent Variable: log_wage1

b. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients Standardized

Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1

(Constant) 5.380 .207 26.039 .000

YS .134 .013 .751 10.095 .000

EXP .051 .009 1.149 5.543 .000

EXP2 -.001 .000 -.621 -2.960 .004

K.kerja .228 .054 .242 4.201 .000

Jantina responden .143 .049 .167 2.917 .004

a. Dependent Variable: log_wage1