kertas kerja bulan kemerdekaan 2015

9
SK NANGA DRAU D/A, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK 95407 SARATOK SARAWAK KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Tahun 2015

Upload: nur-azmina

Post on 11-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

bulan merdeka

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

 

SK NANGA DRAU

D/A, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK

95407 SARATOK

SARAWAK

 

 

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Tahun 2015 

 

 

SAMBUTAN KEMERDEKAAN SK NANGA DRAU SARATOK

Page 2: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

Pendahuluan

Panitia Kemanusiaan akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim

SK Nanga Drau bagi tahun 2015. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan

aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-

aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang

dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid

selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan

murid dan guru-guru SK Nanga Drau.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi

memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam

murid-murid SK Nanga Drau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti

potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Nanga Drau di peringkat yang lebih

tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif

1. Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat

kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

2. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya.

4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema

kemerdekaan sepenuhnya.

Tarikh

Page 3: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

Bermula 1 Ogos 2015 – 16 September 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 2 September 2015.

Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Nanga Drau Saratok

Strategi

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid

secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi

memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Keterangan Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Pelaksanaan : Sepanjang bulan kemerdekaan

Tempat : SK Nanga Drau Saratok

Acara kemuncak : 15 September 2015

 

Kewangan

Page 4: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

Bil Perkara/ Aktiviti Kuantiti Anggaran Kos

1 Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1 x3 ( RM15 )

Tahap 2 x3 ( RM15)

RM30

2 Hadiah Pertandingan Sajak  x 3 RM15

3 Hadiah Pertandingan Reka Cipta x 3 RM 30

  Jumlah   RM75

 

 Jadual Pelaksanaan

Cadangan Aktiviti

Bil Aktiviti Cadangan Tarikh

1 Pertandingan Mewarna 15 September 2015

2 Pertandingan Sajak 15 September 2015

4 Persembahan Deklamasi Sajak Kemerdekaan 15 September 2015

5 Nyanyian Semua Murid lagu Tanggal 31 dan 1 Malaysia 15 September 2015

 

Jawatankuasa Acara Sambutan Bulan Kemerdekaan

Page 5: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

PENAUNG

EN. AHMAD BIN JAMAN

 

PENASIHAT PROGRAM

EN. AHMAD BIN JAMAN

EN. DOMINIC NAIR AK BANGKANG

EN. CHRISTOPHER UMPI AK MUNANG

EN. FADA@MELISA AK SAGAI

 

PENGARAH PROGRAM

CIK NUR AZMINA BINTI RAZMI

 

SETIAUSAHA

PN. SIBERIA ANGGING AK EDWIN UNJIE

 

BENDAHARI

CIK. MASIDAR BINTI SUDAR

 

AJK PENYELARAS PROGRAM, PERSIAPAN PENTAS DAN PERSEMBAHAN MAJLIS

EN. GALVIN AK RANYUI

EN. LARRY TAMBI AK JERAH 

 

AJK PENYAMBUT TETAMU 

CIK NOOR MARINA BINTI YUNUS

  

AJK BUKU PROGRAM/KAD JEMPUTAN

DAN FOTOGRAFI

CIK NOOR MARINA BINTI YUNUS

  

AJK URUSETIA/JURUACARA 

EN. LARRY TAMBI AK JERAH

EN. ONESIFORUS BIN MEJIT ( MC )

CIK. MASIDAR BINTI SUDAR

 

AJK PERSEMBAHAN 

EN. GALVIN AK RANYUI

CIK NUR AZMINA BINTI RAZMI

 

AJK SIJIL DAN CENDERAHATI 

PN. NUR SARAH ADILAH BINTI AB. RAHIM

 

AJK TUGAS-TUGAS KHAS 

 PN. CHRISTINA AK DUAT

PN. HELLENA SAWAT AK SAGAI

PN. ODIRA AK EDWARD MIKAI

EN. NORAIDI BIN SHARIE

Atur cara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

Page 6: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

7.30 Pagi - Pertandingan Mewarna

8.00 Pagi - Pertandingan Reka Cipta

10.00 Pagi - Perhimpunan

- Nyanyian Lagu Rasmi

- Lafaz ikrar

- Persembahan Murid (Puisi Merdeka)

- Ucapan Guru Besar dan perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan

- Penyampaian Hadiah

- Penutup

 Penutup

Page 7: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2015

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Nanga Drau Saratok ini memerlukan kerjasama

dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh

dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.

 

 Disediakan oleh,

............................................................

(NUR AZMINA BINTI RAZMI)Penyelaras Sambutan Bulan KemerdekaanPeringkat Sekolah,SK Nanga Drau Saratok.

Disemak oleh,

............................................................

(EN. AHMAD BIN JAMAN)Guru Besar,SK Nanga Drau Saratok.