kertas kerja bulan kemerdekaan 2013

7
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 SK. PENGIRAN JAYA PIMPING PETI SURAT 86 89728 MEMBAKUT 1. Pendahuluan

Upload: gba02

Post on 11-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Merdeka 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

Kertas Kerja Sambutan

Bulan Kemerdekaan 2015

 

SK. PENGIRAN JAYA PIMPINGPETI SURAT 86

89728 MEMBAKUT  

 

 

 

Page 2: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

1. Pendahuluan

Panitia Pendidikan Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama, Pusat Sumber Sekolah, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim sekolah bagi tahun 2015. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK Pg. Jaya Pimping.

2. Matlamat

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri Kampung secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Pg. Jaya Pimping di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3. Objektif

1.         Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

2.         Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

3.         Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya.

4.         Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.

Page 3: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

4. Tarikh

Pertandingan menghias kelas / keceriaan Kelas bertemakan Hari Kemerdekaan bermula 1 Ogos 2015 hingga 15 September 2015.

Pertandingan mewarna 15 September 2015. Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Lagu Patriotik, pertandingan

basikal berhias dan perarakan kemerdekaan pada 17 September 2015.

5. Kumpulan Sasaran

Semua warga SK Pg. Jaya Pimping.

6. Strategi

Aktiviti dijalankan selepas UPSR kerana aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak mengganggu murid UPSR.

7. Keterangan Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Pelaksanaan                : Sepanjang bulan kemerdekaan

Tempat                       : SK Pg. Jaya Pimping Membakut

Acara kemuncak         : 17 September 2015 di Dewan Terbuka SKPJP

8. Kewangan

PCG Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Pusat Sumber.

Page 4: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

9. Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara/ Aktiviti Kuantiti Anggaran Kos

1 Hadiah Pertandingan Koir Patriotik mengikut Tahap

Tahap 1Johan – RM 30.00N. Johan – RM 25.00Ketiga - RM 20.00Saguhati - RM 10.00Tahap 2Johan – RM 30.00N. Johan – RM 25.00Ketiga - RM 20.00Saguhati - RM 10.00 RM 170.00

2 Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas

Pra Sk ( RM4 X 3 )Tahun 1 ( RM4 X 3 )Tahun 2 ( RM4 X 3 )Tahun 3 ( RM4 X 3 )Tahun 4 ( RM4 X 6 )Tahun 5 ( RM4 X 3 )Tahun 6 ( RM4 X 6 ) RM 108.00

3 Hadiah Pertandingan Menghias Kelas mengikut tahap - Tema Kemerdekaan

Johan - 2 X RM35N. Johan - 2 X RM30Ketiga - 2 X RM20 RM 170.00

5 Pertandingan Basikal Berhias Johan – RM 80.00N. Johan – RM 60.00Ketiga - RM 40.00Saguhati - RM 10.00 X 5 RM 230.00

6 Pertandingan Mendeklemasi sajakTahap 1 dan Tahap 2

Tahap 1Johan – RM 6.00N. Johan – RM 5.50Ketiga - RM 5.00

Tahap 2Johan – RM 6.00N. Johan – RM 5.50Ketiga - RM 5.00 RM 33.00

Jumlah RM 711.00

 

Page 5: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

10. Cadangan Aktiviti

Bil Aktiviti Cadangan Tarikh1 Pertandingan Koir Patriotik Tahap 1 & 2 17 September 20152 Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Tahap 2 15 September 20153 Pertandingan Menghias Kelas Tema Kemerdekaan 1 Ogos – 15 Sept 20154 Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan 17 September 20155 Pertandingan Pakaian Merdeka 17 September 20156 Perarakan Kemerdekaan – Basikal berhias & tanglung 17 September 2015

11. Jawatankuasa Acara Sambutan Bulan Kemerdekaan

AJK NamaPenasihat Pn. Dg. Kasmah Hj. Jailani (Guru Besar)Pengerusi Pn. Dg. Hamidah Hj. Ag. Damit (GPK Kurikulum)Naib Pengerusi En. Matussin Hj. Said (GPK HEM)

Pn. Sairah Hj. Awg. Anak ( GPK Kokurikulum )Penyelaras En. Ibrahim Sapar ( KP Muzik )Setiausaha Pn. Dg. Lauyah Hj. Pg. Salleh ( KP Pendidikan Seni )Naib Setiausaha Pn. Hasnah Ali Hassan ( KP Kajian Tempatan )Bendahari Pn. Latifah Hj Ismail ( Penyelaras Pusat Sumber )Juruacara Majlis Pn. Zurimah Mat MininHakim Koir Patriotik En. Aldrie Osmin

En. Abd Hadi Ag. DurahimPn. Rafikah Hj. Sulaiman

Hakim Pertandingan Kelas Tema Merdeka

Pn. Dg. Kasmah Hj. JailaniPn. Dg. Hamidah Hj. Ag. DamitEn. Matussin Hj. SaidPn. Sairah Hj. Awg. Anak

Hakim Pertandingan Mewarna Semua guru kelasHakim basikal Berhias & Tanglung Merdeka

En. Wasli HamidEn. Tajuddin AsimEn. Herwan Hj. Harun

Hadiah Pn. Dg. Rohaidah Hj. Ag. DamitCik Farah Jacqulin FrancisCik Shirley Grace Francis

Juru Kamera En. Sahiruddin ShahromPn. Myezana Ismat

P.A Sistem En. Abd Hadi Ag. DurahimEn. Herwan Hj. Harun

Banner En. Ibrahim SaparJamuan Pn. Kamariah Hj. Jaafa

Pn. Zuzilah AleakhberPn. Nurhafizah Mohammad

Buku Program Pn. Hasnah Ali Hassan

Page 6: Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013

12. Atur cara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

7.10 pagi          - Perhimpunan

                         - Bacaan Doa

                         - Nyanyian Lagu Rasmi

- Lagu Tanggal 31

- Ucapan Guru Besar

- Pelepasan Perarakan Kemerdekaan & Tanglung

8.30 pagi          - Pertandingan Koir Patriotik

- Pertandingan Pakaian Merdeka

10.00 pagi - Rehat

10.30 pagi - Pertandingan Puisi Kemerdekaan

11.45 pagi - Penyampaian Hadiah

12.30 tengah hari - Bersurai

 

 Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pg. Jaya Pimping ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif.

  Disediakan oleh,                                                 Disahkan oleh,              

 

............................................ ...............................................                     ( IBRAHIM BIN SAPAR ) ( SAIRAH HJ.AWG. ANAK )Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan Penolong Kanan Kokurikulum,SK Pg. Jaya Pimping Membakut. SK Pg. Jaya Pimping Membakut.

Diluluskan Oleh,

..............................................( DG. KASMAH HJ. JAILANI )Guru Besar,SK. Pg. Jaya Pimping Membakut.