kertas kerja bersatu teguh bercerai roboh

Upload: asuna-yuki

Post on 07-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Internship

TRANSCRIPT

  • SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, KUALA LIPIS

    KERTAS KERJA PROGRAM

    BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

    PROJEK INTERNSHIP INDIVIDU

    Di Bawah Kendalian Guru Pelatih

    Fidelis Anak Rufinus

    PISMP BM Semester 8 Ambilan Januari 2012

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

    Dengan Kerjasama

    Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis

  • 1.0 PENGENALAN

    Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana, menilai projek/program/aktiviti yang berkaitan dengan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, program Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

    Selaras dengan konsep gagasan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

    Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dieratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

    2.0 MATLAMAT

    Mewujudkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan murid Tahun 6.

    3.0 OBJEKTIF I. Membentuk amalan kerjasama antara murid-murid. II. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial. III. Program pengisian selepas UPSR murid-murid Tahun 6 (Pasca UPSR)

    4.0 TARIKH

    14 Oktober 2015

    5.0 SASARAN

    Semua murid Tahun 6

    6.0 TEMPAT

    Seluruh kawasan SK Clifford

  • 7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

    PENAUNG

    Zainal Abidin Bin Hj Ismail

    PENASIHAT 1

    Rohadi Bin Kamarudin

    PENASIHAT 2

    Mohamad Hazimi Bin Hamidon

    PENGERUSI

    Fidelis Anak Rufinus

    8.0 TENTATIF PROGRAM

    Bil Masa Aktiviti Tindakan 1 7.40 Murid-murid mengambil tempat 2 7.50 Taklimat ringkas tentang peraturan program/aktiviti 3 8.20 Pelaksanaan program/aktiviti 4 9.20 Sesi refleksi 5 9.50 Sesi penyampaian hadiah & cenderahati 6 10.00 Majlis Bersurai

    9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    Bil Item Unit Harga Unit Jumlah Unit

    Jumlah

    1 Benang Tebal 1 Gulung 2 Gelang Getah 1 Plastik 3 Laminating Paper 1 Rim 4 Sampul Surat 1 Keping 5 Kertas Berwarna 1 Rim

  • 10.0 PENUTUP

    Semoga dengan berakhirnya program Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ini, timbulnya semangat kebersamaan dan kekitaan di dalam diri murid-murid. Di samping itu pelaksanaan program ini dapat membantu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid-murid Tahun 6 dan bakal menjadikan kenangan setelah mereka meninggalkan sekolah ini kelak.

    Bagi pihak guru pelatih pula, program ini dapat dijadikan sebagai pengalaman baharu yang berguna sebagai ilmu lapangan yang boleh digunakan semasa menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

    Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak adalah diharapkan bagi menjayakan program ini.

  • Disediakan oleh: .. (FIDELIS ANAK RUFINUS) Pengerusi, Program Bersatu Teguh Bercerai Roboh, Sekolah Kebangsaan Clifford. Disahkan oleh: . (MUHAMAD HAZIMI BIN HAMIDON) Guru Penasihat, Program Bersatu Teguh Bercerai Roboh, Sekolah Kebangsaan Clifford. Diluluskan oleh: (ZAINAL ABIDIN BIN HJ ISMAIL) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Tarikh: Bahawasanya dengan sukacita saya meluluskan / tidak meluluskan peruntukan dana dalam kertas kerja ini.