kertas kerja bengkeltulisan jawi

Upload: perodua1962

Post on 07-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ggg

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA BENGKELTULISAN JAWI BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT 4( SK. KOTA DALAM )

Pendahuluan

Tulisan Jawi umpama gerbang pembelajaran tentang Islam dan juga merupakan warisan kebudayaan Melayu yang unggul. Sejarah pendidikan di Nusantara dan Tanah Melayu menunjukkan betapa akrabnya masyarakat Melayu dengan tulisan Jawi sebagai wahana yang mengangkat tahap keilmuan mereka di mercu kecemerlangan. Apatah lagi dengan hakikat bahawa kitab suci al-Quran hanya dapat dibaca menerusi penguasaan tulisan Jawi yang baik. Demikian juga Pendeta Zaaba telah menyusun satu sistem tulisan Jawi untuk tujuan persuratan bahasa Melayu yang diterima pakai hingga ke hari ini. Maka, pelajar dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn berasa terpanggil untuk mengadakan bengkel tulisan Jawi dalam kerangka yang lebih kreatif bagi memantapkan lagi kesedaran yang sudah pun bersemi dalam kalangan pelajar sekolah ini. BengkelJawi ini boleh dianggap sebagai suatu kesinambungan ke arah pengukuhan kecekapan pelajar menggunakan sistem tulisan Jawi yang tepat dengan lebih berkesan.

2 Rasional

2.1 Masih terdapat pelajar yang kurang cekap dalam sistem tulisan Jawi 2.2 Tulisan Jawi hanya digunakan untuk tujuan peperiksaan 2.3 Buku bahasa Melayu bertulisan Jawi semakin lenyap di pasaran 2.4 Sistem komunikasi atas talian juga didominasi tulisan rumi 2.5 Tulisan Jawi tidak dihargai dalam urusan komersial 2.6 Penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah begitu terhad

3 Tema

Ke Arah Memartabatkan Tulisan Jawi Di Sekolah

4 Matlamat Menyemarakkan Semula Kecintaan Terhadap Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar

5 Objektif

4.1 Menerima pendedahan sistem tulisan Jawi yang tepat

4.2 Menggunakan kaedah tulisan Jawi yang berkesan

6 Tarikh dan Tempat

Pada __September 2015 = Zulhijjah1436 di kelas tahun 3 Bestari

7 Penyertaan 7.1 Pelajar tahun 3 Bestari seramai 20 orang

8 Pemudah Cara 8.1Puan Samiah binti Sekan

9 Perbelanjaan 9.1 Kertas putihRm 2.00 9.2 Art line Rm 10.00

Jumlah Besar = RM12.00

10 Sumber Kewangan

10.1 Perbelanjaan secara individu ( sendiri )

11.1 Bengkel

Penutup

Sesungguhnya daya usaha bagi memartabatkan kedudukan dan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat seharusnya bermula dalam dunia pendidikan, termasuk di sekolah. Mudah-mudahan usaha kecil ini mendapat keberkatan dan redha Ilahi, Insya-Allah. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan sehingga memungkinkan program yang dirancang ini beroleh kejayaan. Amin.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(______________________)Pelajar Institut Perguruan Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor.