koperasi kampung jawi johor bahru berhad (4583) .2015-01-15 · seluas 1000 ekar di mukim paloh pada
Post on 04-Jul-2019
225 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
KOPERASI KAMPUNG JAWI JOHOR BAHRU BERHAD (4583)
ARKIB KKJJBB
SEJARAH PENUBUHAN LADANG SEHINGGA KINI
BIRO ARKIB :: Puan Mariamah Bte Ahmad Cik Iszarida Bte Ismail
DISEMAK/DIEDIT ; Pengurusan & ALK
2
AKTIVITI UTAMA( Agen Pengurusan/ Agen Pelawat & Penasihat/kakitangan )
Ladang Kelapa Sawit
- Syarikat/Koperasi telah mendapat tanah kurnia dari Kerajaan
seluas 1000 ekar di Mukim Paloh pada tahun 1989. Setelah dikurniakan tanah, Syarikat/koperasi dikehendaki membuat bayaran premium tanah sebanyak RM 377,092.80 dan bayaran ukur tanah sebanyak RM 25,188.00. Syarikat/Koperasi telah memohon pinjaman dengan pihak PPNJ melalui Pertubuhan Peladang Kawasan JBT (PPK JBT ) kerana Syarikat /Koperasi pada ketika itu adalah ahli syarikat PPK JBT dibawah skim SKATA ( Syarikat Kerjasama Asas Tani). Pinjaman tersebut disebut Bayaran Premium dan ukur tanah PTD 5444 Mukim Kahang termasuk kadar faedah dikenakan sebanyak 4% setahun. Pada peringkat awal ladang telah diuruskan oleh pihak Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ). Sebelum projek tanaman kelapa sawit dijalankan , pihak PPNJ meminta Syarikat/koperasi melantik syarikat Penilai tanah. Setiausaha Koperasi , Tuan Haji Md Talib Bin Ismail telah menghubungi pihak Syarikat Tetuan Suleiman & Co di alamat Bilik 503, Bangunan Wisma Peladang , Jalan Selat Tebrau 80000 Johor Bahru , Koperasi bersetuju melantik syarikat tersebut dan perlu membayar sebanyak RM 2,000.00 hingga RM 3,000.00 untuk kos nilaian .
- Oleh kerana ada beberapa terma yang tidak dipersetujui diantara syarikat/koperasi
dengan PPNJ, maka pihak syarikat/koperasi telah berusaha untuk membangunkan sendiri tanah ladang tersebut dengan membuat permohonan pinjaman dengan Bank Pertanian Malaysia sebanyak RM2,950,000.00 pada tahun 1989. Jenis pinjaman SPKP dengan kadar 4% setahun , dimana geran tanah adalah dijadikan cagaran. Pembangunan ladang mula dijalankan pada tahun 1991. Sehingga tahun 1991 keseluruhan pinjaman mencecah sebanyak RM 3,020,000.00, Tempoh pinjaman adalah 177 bulan.
GERAN TANAH (LOT PTD 5444 ) 99 TAHUN PAJAKKAN
3
Tapak kawasan awal Pembalakan (Sg Selai )
Pihak Pengurusan sedang meninjau tapak ladang
4
Kerja kerja Menanda Batu Sempadan di Ladang Jawi Tahun 1990
Setiausaha Koperasi , Tuan Haji Md Talib Bin Ismail bersama Pengurus Ladang, Encik Mohd Hairuddin Bin Md Talib sedang memerhatikan kerja-
kerja menanda batu sempadan
5
Surat Permohonan Pengukuran Surat Akuan Juru Ukur Perimeter PTD 5444 Tanah
Jalan Masuk Ladang Jawi Daripada Ladang PKEINJ (Ladang Zamrud ) tahun 1990
6
Kerja Kerja Pembersihan Tanah Ladang Koperasi Tahun 1991
Pembersihan kawasan ladang
7
Kerja-Kerja Pembakaran selepas pembersihan
Kerja-kerja mengumpul , memerun dan membakar semula
8
Kerja membuat sistem perparitan
Kerja Kerja Membina Parit Gajah Tahun 1991
9
Lawatan Pengurusan Ladang ke Tapak Semaian PPNJ di Machap Tahun 1991
Penghantaran Bahan Tanaman ke Ladang tahun 1991
10
Tanaman anak sawit pertama dilakukan oleh Setiausaha Tuan Haji Md Talib Bin Ismail Tahun 1991
Tanaman sampingan di tanam oleh Tn.Hj Md Talib Bin Md Talib , Encik Ali Bin Abd Rahman Dan Tuan Haji Abd Jalil Bin tengah (Setiausaha dan AJK ) tahun 1991
11
Pemandangan selepas tanaman sawit Tahun 1991
Kawasan ladang selepas penanaman tahun 1991
12
Pembinaan Pejabat & Banglo Ladang tahun 1991
Rumah Banglo yang telah siap Tahun 1991
13
Lawatan Pemeriksaan oleh Agen Penasihat tahun 1992/93
Lawatan bersama pihak BPM/LPP/Penasihat 1992/93
Lawatan Pegawai PTD di Ladang1992/93
14
Lawatan Bersama Anggota Koperasi Tahun 1993
Jentera Pertanian Ladang
Kenderaan Pengurusan
15
Kerja membina Lorong Tuai
Tumbesaran Pokok tanaman tahun 1993/1994
16
Masalah utama pintu masuk ladang PKEINJ sering ditutup pada tahun 1993/1994
Masalah serangan haiwan Babi dan Landak tahun 1994
17
Masalah bencana banjir dijalan masuk BT 26 pada tahun 1994
Kawasan dalam Ladang yang terlibat
Pemeriksaan Pengurusan ke ladang semasa banjir
18
Lawatan secara bulanan Pengurusan dan AJK Ladang
PENGURUSAN AWAL LADANG
- Syarikat/Koperasi telah membuat perjanjian dengan pihak PPNJ pada tahun 1990 sebagai agen pengurusan ladang.
- Pandangan pihak Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang dan pihak agen pengurusan ladang PPNJ meminta Syarikat melantik Penyeliaan/Pengurus Projek ladang pada 8 Febuari 1991. dengan syarat perlu diiklankan jawatan tersebut diakhbar dengan syarat syarat yang ditetapkan .
- Pada 17 Februari 1991 ,setelah di temuduga oleh pihak Koperasi, En Hairuddin bin Md Talib telah dilantik sebagai Pengurus Ladang. Beliau adalah kakitangan pertama Syarikat /koperasi sebagai Pengurus Ladang .
- Pihak PPNJ melalui suratnya bertarikh 3 Mac 1991 memohon untuk
menamatkan perjanjian dengan Syarikat/Koperasi disebabkan pihak mereka ingin menumpukan sepenuh masa untuk memajukan 3 bidang tanah yang telah dikurniakan oleh Kerajaan Johor selain memberi pandangan bahawa Syarikat/Koperasi menunjukkan kesungguhan dan kemampuan bagi membangunkan ladang.
- Melalui keputusan Mesyuarat AJK ke -3 bertarikh 9 Mac 1991
memutuskan menerima Penamatan pihak PPNJ sebagai agen ladang kelapa sawit dan meminta kawasan kawasan terlebih tolak dan
19
batu batu sempadan yang hilang ataupun rosak dimasa pembersihan kawasan yang dalam penjagaan dan pengurusan PPNJ diselesaikan.
- Syarikat Agrotrop Plantation And Services Sdn Bhd dari Klang telah menawarkan untuk menjadi Agen Pelawat dan Penasihat Ladang. Pihak Syarikat/Koperasi telah bersetuju melantik Syarikat Agrotrop sebagai agen pelawat dan penasihat ladang.
a- akan melawat ladang 4 kali dalam tempoh setahun b- mengambil contoh daun dan analisa sekali bagi dua tahun c- setahun sekali akan memberikan nasihat bahan pembajaan d- nasihat tentang hama dan penyakit bila diperlukan e- akan mengadakan lawatan khas dari semasa kesemasa
Pada 2 April 1991 Syarikat/Koperasi telah memohon untuk mendapatkan bekalan anak pokok benih sawit seluas 404.5 hektar di Mukim Paloh sebanyak 6000 pokok dan mewakilkan Encik T.Vanialingam (Agrotrop Plantation Services Sdn Bhd) untuk menguruskan pembekalan anak benih daripada Syarikat Highland Research Unit, di Klang Selangor. a- Pada tahun 1- 1991 ladang ditanam dengan anak benih sawit .
b- Pada tahun 2- 1992 mengikut rekod sebanyak 22000 pokok
terencat ,atas nasihat agensi,penasihat , pokok tersebut dimusnahkan setelah kaedah pembajaan (corrective manuring) tidak berhasil , 22000 pokok terpaksa dibuat sulaman semula , malangnya serangan landak, tikus dan babi menyebabkan keseluruhan 36,000 pokok rosak.
c- Pada tahun 3- 1993 Serangan gajah liar mulai dikesan dan dapat
dikawal ,parit gajah masa itu masih kukuh tetapi pagar elektrik sering dirosakkan .Serangan gajah liar melalui beberapa laluan parit gajah yang runtuh.
d- Pada tahun 4- 1994 serangan gajah liar sukar dikawal. Akibat daripada serangan gajah liar tersebut, Koperasi telah menganggarkan kerugian sebanyak RM 1.7 juta. Kos tersebut telah diselaraskan di dalam Kos Pra tanaman yang merupakan baki setelah diselaraskan atas kemusnahan seluas 600 ekar akibat serangan gajah liar oleh pihak Audit Pendaftar , Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor pada tahun 1999/2000.
20
KAWASAN SERANGAN GAJAH LIAR ; Tapak ladang PPNJ
Tanda biru ; Kawasan Serangan Tanda merah ; laluan gajah
- Pada 4 Ogos 1995 , Syarikat telah memajukan surat kepada Jabatan Perhilitan Kluang,untuk melaporkan serangan gajah liar yang semakin berleluasa. Laporan serangan gajah liar
Catitan Bancian Kemusnahan Pokok
1- Jumlah Pokok dimusnahkan ; 16562 pk 2- Serangan dan terencat ; 5056 pk 3- Serangan awal bancian 94 ; 5803pk
------------- JUMLAH KESELURUHAN ; 27,421 PK =======
- Pada bulan Ogos 1995 Syarikat / koperasi telah membuat permohonan pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang bagi pembiayaan Parit Gajah dan baik pulih Pagar Elektrik berjumlah RM 35,400.00. Pada bulan April 1996 , pihak LPP telah pun meluluskan pinjaman tersebut yang berjumlah sebanyak RM 37,247.00 tanpa faedah ( melalui rekod)
- Syarikat/Koperasi telah memesan anak benih sawit daripada United Plantation Berhad melalui Pertubuhan Peladang Kawasan JBT sebanyak 10,500 anak benih pokok sawit jenis D x P dengan harga RM 2.60 sepokok secara kredit pada tahun 1996.
21
- Akibat serangan gajah lebih kurang di kawasan 600 ekar , pihak
BPM telah membuat penilaian kerugiaan sebanyak RM 1.7 juta , manakala pihak Audit LPP telah membuat penilaian semula hapuskira kerugiaan sebanyak RM 1.7 juta
Masalah serangan gajah liar di kawasan sempadan tahun 1994
KEMUSNAHAN 600 EKAR AKIBAT SERANGAN GAJAH LIAR
- Selepas kemusnahan 600 ekar kawasan ladang sawit akibat serangan gajah , situasi ladang agak teruk , namun usaha dan semangat pihak Pengurusan dan AJKnya pada ketika itu terus membara untuk membangunkan semula kawasan tanah ladang yang musnah. Melalui komen daripada surat yang dimajukan kepada pihak LPP dari pihak PORIM (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa sawit M
Recommended